Biodata Iblis | Harus Di Ketahui

Tuesday, May 24, 2011
Creadit To :  Sinar Rahmat


Nama sebenar : Iblis laknatullah
Mula terkenal : Selepas derhaka kepada Allah Ahli keluarga : Puak puak taghyut(yang menentang dan memusuhi Allah)
Rakan taulan : Puak-puak munafiqiin
Agama tetap : Kafir
Darjat kebesaran : Fasik kelas pertama
Hobbi utama : Berlaku taghyut dan kesesatan
Kesukaannya :Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan
Cita-citanya : Mengsyirikkan seluruh manusia

Pekerjaan : " Ketua pengarah @ CEO" puak-puak yang dimurkai ALLAH
Pejabat operasi :Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Tempoh kerja : Sehingga tiba hari pembalasan
Rakan kongsi :Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan manusia
Teman Sejawat :Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Sumber pendapatan :Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan :Menggalakkaan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah
Rancangan jangka panjang:menggoda manusia sehingga mati dalam keadaan syrik dan sesat
Tempoh perkhidmatan :Sehingga hari kiamat
Matlamat perkhidmatan :Membawa setiap makhluk ke Neraka Jahannam
Modal pusingan :Angan-angan kosong yg tinggi
Upah kerja : Dosa- dosa , termasuklah pengikut-pengikutnya & kemurkaan Allah
Bentuk interaksi/promosi : mengumpat, mencaci memaki hamun, menghasut, pendengki mengadu-domba dan pendendam
Motto kerja :'Hipokrasi asas akhlak'
lambang korporat: sebarang tatu
Alat perangkap paling hebat :Wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya
Empayar jajahan : Di hati yang tidak ada "zikrulLaah"
Jalan perjuangan : Bengkok dan penuh penyelewengan
Pusat pertemuan /tempat meeting : Pasar-pasar & pusat maksiat

Alamat tetap : Neraka Jahannam
Tempat lepak : Hati org-org yang lalai (Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah)
Lambang amalan : Nifaq( hipokrit )
Isteri di dunia : Wanita yang tidak menutup aurat dan mentaati Allah, Rasul dan suaminya
Kekasih utama : org yang lalai dari mengingati Allah
Kediaman rasmi : Dalam jamban tahi
Sifat utama : Tidak tetap pendirian,terpulang pada keadaan
makanan asasi : Daging mayat (pengumpat ) dan segala najis dan kotoran
Pertahanan diri : Tipu daya syaitan selalunya lemah
Buruan utama : Golongan-golongan wanita Ungkapan rahsia : "Akulah.." iaitu kalimah takabbur
Janji manisnya : Janji kosong, angan-angan dan tipu daya

Musuh ketat & ditakuti :Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Yang dibenci :Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Saat yang menyedihkan : Apabila manusia beristighfaar & bersujud kepada Allah

Sumber

http://www.ukhwah.com/article.php?sid=106&mode=thread&order=0
http://www.activeboard.com/forum.spark?aBID=1623&p=3&topicID=7490983
http://www.ukhwah.com/article.php?sid=1881&mode=thread&order=0
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Gay Dan Lesbian Itu HALAL | Dr.Siti Musdah

Barat nampaknya terus-menerus memberikan pengiktirafan tinggi kepada individu-individu yang memalukan Islam. Kalau sebelum ini mereka menjadikan Salman Rushdie (novelis The Satanic Verses), Aayan Hirsi Ali, wanita Islam Somalia yang telah murtad dan kini berlindung di Belanda serta Talisma Nasrin, penulis Bangladesh yang sedang bermastautin di Amerika Syarikat sebagai wira, kini mereka memberikan pengiktirafan pula kepada seorang lagi individu serupa.


Wirawati baru mereka itu ialah Profesor Dr. Siti Musdah Mulia, seorang pendukung liberal femenisme yang menyokong lesbian, gay serta homoseksual. Pengiktirafan itu diterima oleh Dr. Siti Musdah pada 26 November lalu dari II Premio Internazionale La Donna Dell' Anno Year 2009 (Anugerah Antarabangsa Wanita 2009), yang diadakan di Saint Vincent, Itali.


Dr. Siti Musdah menewaskan dua orang finalis lain, iaitu Aicha Ech Channa dari Maghribi dan Mary Akrami, Afghanistan. Majlis penganugerahan tersebut dihadiri oleh 200 orang tetamu dan wartawan, manakala pihak Kedutaan Besar Indonesia di Rom diwakili oleh Wakil Presiden, Yuwono Agus Putranto.


Untuk rekod, Anugerah Antarabangsa Wanita 2009 itu dibentuk pada 1998 oleh Majlis Serantau Aosta Valley dengan kerjasama Kementerian Luar Itali, Aosta Valley dan Soroptimist International Club Valle d'Aosta. Penghargaan itu turut mendapat pengiktirafan Presiden Itali.


Ketiga-tiga finalis pula dipilih melalui saringan yang ketat daripada 36 orang calon dari 27 buah negara. Semua mereka adalah wanita dan dianggap telah memberikan sumbangan besar kepada wanita di negara masing-masing.
Aicha Ech Channa adalah pengasas Solidarite Femanine (SF) yang ditubuhkan pada 2002 untuk membantu ibu-ibu tunggal di Maghribi. Mary Akrami pula menjalankan pelbagai kegiatan amal untuk mewujudkan pusat-pusat perlindungan membantu wanita Afghanistan mendapatkan pelajaran, kemahiran serta kebolehan membuat keputusan.


Dr Musdah Mulia menghuraikan strategi menguasai pilihanraya Indonesia anjuran IRI (International Republican Institute), sebuah yayasan demokrasi, Amerika Syarikat.

Jadi, mengapa Dr. Siti Musdah, 51, dipilih sebagai pemenang, bukannya Aicha atau Mary? Inilah persoalannya. Secara ringkasnya, Dr. Siti Musdah merupakan seorang kaunselor dan penulis keagamaan yang terkenal di Indonesia. Beliau juga merupakan Ketua Lembaga Agama dan Gender serta pernah menjadi Ahli Peneliti Utama Syarahan Keagamaan, Badan Penelitian dan Pengembangan Agama, Indonesia.

Selain itu, Dr. Siti Musdah adalah pensyarah Pemikiran Politik Islam di School of Graduates Studies, Universiti Islam Syarif Hidayatullah, Jakarta, juga Profesor Penyelidik di Institut Kajian Sains Indonesia sejak 2003.

Seperti yang dinyatakan di atas tadi, faktor utama yang sering kali diberikan perhatian oleh Barat untuk memilih pemenang adalah keberanian seseorang itu menentang aliran pemikiran umum serta tradisi. Tetapi, dalam konteks ini, apa yang dipertikaikan ialah, perkara yang ditentang oleh Dr. Siti Musdah adalah juga, antaranya sudah termaktub di dalam al-Quran dan hadis serta disepakati oleh jumhur ulama.

Antaranya, pada 2004 Dr. Musdah telah mengetuai perbincangan Tim Penulis Pembaruan Hukum Islam yang kemudiannya mengeluarkanCounter Legal Draf - Kompilasi Hukum Islam (CLD-KHI) dengan membuat resolusi bahawa:

* Poligami tidak sah dan mesti dinyatakan batal secara undang-undang.

* Perkahwinan yang berbeza agama, termasuk antara Muslimah dan bukan Islam mesti dikira sah.

* Masa 'iddah bukan hanya untuk wanita sahaja, tapi juga untuk laki-laki. Masa 'iddah laki-laki adalah 130 hari.

* Isteri juga boleh menjatuhkan talak.

* Bahagian warisan anak laki-laki dan anak perempuan adalah sama.


Ekoran itu Majlis Ulama Indonesia (MUI) dengan tegas menyelar draf ini sebagai bidaah (penyimpangan) dan taghyir (perubahan) dari hukum Islam. MUI juga menganggap CLD-KHI sebagai tindakan memanipulasi nas-nas al-Quran.

Tindakan Dr. Musdah dan gagasan CLD-KHI itu juga membuatkan Menteri Agama Indonesia ketika itu, Prof. Dr. H. Said Agiel Al Munawar mengecam Tim Penulis Pembaruan Hukum Islam itu agar tidak lagi mengadakan seminar atau kegiatan serupa atas nama Tim Departemen Agama. Beliau juga mengarahkan semua draf CLD-KHI diserahkan kepada Menteri Agama RI.

Tidak habis di situ, Menteri Agama Republik Indonesia yang baru, Maftuh Basyuni kemudiannya segara membatalkan CLD-KHI pada 14 Februari 2005. Dr. Siti Musdah pula sebagai Ketua Tim Penyusun CLD-KHI dilarang menyebarluaskan idea tersebut.


Musdah Mulia bersama Irshad Manji, seorang penulis Kanada yang mengkritik Islam yang beridolakan Salman Rushdie

Berhentikah Dr. Musdah? Tentu saja tidak. Beliau bersama kawan-kawannya dengan dibantu oleh The Asia Foundation, sebuah dana tajaan Amerika Syarikat (AS) yang sering mendukung gagasan liberalisme, terus menghebahkan idea liberalnya itu. Malah, Dr. musdah kemudian muncul bersama para penulis buku Fiqh 
Lintas Agama yang membawa idea bercanggah dengan kesepakatan jumhur ulama.


Pada September 2009, Dr. Siti Musdah muncul lagi sebagai salah seorang tokoh di Indonesia yang menyatakan sokongan supaya pelakon filem lucah Jepun, Maria Ozawa diberikan kebenaran masuk ke Indonesia bagi menjalani penggambaran sebuah filem berjudulMenculik Miyabi.

Bagaimanapun, klimaks kepada pendirian liberal Dr. Musdah ialah apabila beliau mahu dihalalkan sesuatu yang sudah terang dan jelas diharamkan oleh Islam, iaitu homoseksual serta aktiviti lesbian dan gay.

Keberanian Dr. Siti Musdah ini antara lainnya telah beliau nyatakan dalam sebuah perbincangan dengan aktivis-aktivis Islam Liberal Indonesia pada 31 Mac yang lalu di Jakarta. selesai perbincangan itu, Dr. Musdah sebagai ketuanya tampil dengan resolusi yang sangat mengejutkan iaitu: "Homoseksual adalah perkara semula jadi dan ia diciptakan oleh Tuhan, oleh itu ia dibolehkan dalam agama."




Musdah Mulia bersama Paula Dobriansky, Timbalan Setiausaha Negara, Amerika Syarikat. Ketika itu dia mendapat anugerah 'Internationa Women of Courage Award' dari Jabatan Negara, USA.


Musdah Mulia bersama Condoleeza Rice, (ketika itu) Setiausaha Negara Amerika Syarikat


Pengharaman homoseksualiti, dakwa Dr. Musdah, sebenarnya dilakukan oleh ulama-ulama yang berfikiran sempit. Sedangkan, tegas beliau, tiada perbezaan antara lesbian dan bukan lesbian kerana orang yang dipandang mulia oleh Allah adalah yang bertakwa.


"Bercakap tentang takwa, hanya Allah yang layak menghakiminya. Intipati ajaran Islam ialah memanusiakan manusia, hormat menghormati dan menjaga maruah mereka," tegas beliau.


Pandangan Dr. Musdah ini disokong oleh Pengarang Urusan majalahMata Air, Soffa Ihsan. Soffa turut bersetuju homoseks, gay dan lesbian boleh diamalkan dengan alasan kepelbagaian dan kesamarataan, termasuk dalam soal seks. Untuk itu, kata Soffa, ijtihad baru mesti dilakukan supaya masyarakat tidak beku dalam pemikiran lapuk.


Anehnya, seorang wakil dari Nahdatul Ulama (NU), Nurofiah yang turut menyertai perbincangan itu juga menyatakan sokongannya kepada Dr. Musdah dan homoseksual. Ahli NU itu berhujah, homoseksual diharamkan hanya kerana ia dibantah oleh majoriti anggota masyarakat, bukannya oleh agama.
Seorang lagi peserta perbincangan tersebut pula mengatakan, atas dasar kepelbagaian itu tadi, Indonesia sendiri sebenarnya menerima homoseksualiti. Sebagai contoh, masyarakat Bissu di Makassar bukan setakat menerima homoseksual, malah meletakkan orang itu di tempat yang tinggi. Masyarakat Penorogo juga dikatakannya mengamalkan homoseksual.

Bagaimanapun, pandangan Dr. Musdah dan sahabat-sahabat liberalnya ini disanggah keras oleh golongan agama di Indonesia, terutamanya Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan Hizbut Tahrir Indonesia. Pengerusi MUI, Amir Syarifuddin mengecam dengan berkata, "Ia berdosa. Kami bukan kata orang yang mengamalkan homoseks itu musuh, tetapi kami mahu mereka tahu apa yang mereka buat itu salah di sisi agama."
Pengerusi HIT, Rokhmat pula menggesa mereka yang mengamalkan homoseksual dan yang menyokong perlakuan itu supaya segera bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus.

Nahdatul Ulama Indonesia (NU), sebuah pertubuhan yang dianggotai Dr. Musdah turut menjauhkan diri daripada tokoh femenisme berfikiran liberal itu. Pemimpinnya, Abdullah Syamsul Ariffin menempelak dengan berkata, memang Dr. Musdah ahli NU, namun ideanya itu tidak sejalan dan tidak dipersetujui oleh NU. "Soal pemikiran memang hak setiap orang. Jadi dia memiliki pemikiran seperti itu merupakan hak dia," kata Abdullah.

Melihat kepada kelantangan Dr. Siti Musdah itu, Ketua Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia, Dr. Adian Husaini pula tanpa ragu-ragu mengatakan wanita itu memang 'berani'. "Dr. Musdah memang sangat berani dalam menyuarakan pendapatnya, meskipun sangat kontroversi dan mengejutkan banyak pihak."
'Berani' yang dimaksudkan oleh Adian bukanlah berani menyatakan kebenaran untuk menghancurkan kebatilan atau kezaliman, tetapi berani mengubah-ubah hukum Islam sambil menganggap dirinya sebagai mujtahid.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah pelbagai penghargaan telah diraih oleh Dr. Musdah atas besarnya 'sumbangan serta keberanian melawan pemikiran tradisi.'

Untuk pengetahuan anda, sebelum penghargaan dari Itali ini, Dr. Musdah pernah menerima Anugerah Wanita Gigih Antarabangsa pada 7 Mac 2007, dari kerajaan Amerika Syarikat. Majlis penganugerahan itu dilakukan sendiri oleh Menteri Luar AS ketika itu, Condolezza Rice di pejabat Kementerian Luar AS, Washington DC.
Apa yang menarik, Dr. Musdah memberitahu, dia hanya mempunyai satu hari sahaja untuk menguruskan visa dan terbang ke negara berkenaan, dan semuanya dapat dibereskan dengan mudah.

Dr. Musdah sememangnya seorang yang berani. Jika tidak berani, tidak mungkin sejurus selepas menerima anugerah II Premio Internazionale La Donna dell 'Anno Year 2009, beliau memberitahu sebuah akhbar Itali bahawa, "Aku tidak takut orang-orang yang menghalangi pekerjaan aku."


Sedikit lagi fakta ringkas Dr. Siti Musdah Mulia

Lahir di Bone, Sulawesi Selatan pada 3 Mac 1958. Beliau adalah Pengerusi Persidangan Agama Untuk Keamanan Indonesia sejak 2007, iaitu sebuah NGO yang mempromosi dialog antara agama, pluralisme dan demokrasi bagi tujuan keamanan.

Dr. Musdah juga merupakan Penasihat Kanan kepada Menteri Hal Ehwal Agama (1999-2007) dan melalui institusi itu, serta atas kapasitinya sebagai Kordinator Pasukan Pemerdanaan Gender, pada 2004 beliau melancarkan The Counter Legal Draf-Kompilasi Hukum Islam (CLD-KHI) yang mencetuskan kontroversi itu.

Selain itu, Dr. Musdah adalah Ketua Bahagian Penyelidik Majlis Ulama Indonesia (MUI) bermula 2000-2005 serta fellow pelawat kepada pelbagai universiti. Sehingga kini beliau telah menulis pelbagai buku, antaranya Muslimah ReformisIslam Mengkritik Poligami serta Islam dan Inspirasi Kesamaan Gender.
p/s : sumber Al Islam, Februari 2010


Creadit To : Dady Rahman
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kerana Kayu Di jadikan Pencungkil Di Seksa 70 tahun Dalam Neraka

Monday, May 23, 2011
 

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.


Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..




 
Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.


Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... 


astaghfirullah al azim...
elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...


Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita ???
Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya.. ..?

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...


Creadit To : http://bersihjiwahati.blogspot.com/
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wanita Tua Yang Hanya Berbicara dengan Al-Quran

Sunday, May 22, 2011

Berkata Abdullah B Mubarak R.A:

Saya berangkat menunaikan haji ke Baitullah al-Haram dan menziarahi makan Rasulullah S.A.W. Ketika saya berada di sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesusuk tubuh yang berpakaian hitam yang diperbuat daripada bulu. Ia adalah seorang perempuan tua. Saya berhenti sejenak dan memberi salam kepadanya. Maka, terjadilah dialog dengannya selama beberapa minit.

Dalam dialog tersebut, wanita tua itu menjawab dengan menggunakan ayat-ayat al-Qur'an di atas setiap pertanyaan Abdullah Bin Mubarak.
----------------------------------------------------------------------------------
Abdullah: Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Wanita tua: 
سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

"Ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani". (Yaa Siin 56)

Abdullah : Semoga Allah merahmati anda, mengapa anda berada di tempat ini?”

Wanita tua : 

مَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَلَا هَادِىَ لَهُ
"Barang siapa disesatkan Allah, maka tiada petunjuk baginya". (Al-A’raaf 186)

Dengan jawapan ini, maka tahulah saya, bahawa ia telah tersesat jalan.

Abdullah : “Kemana anda hendak pergi?”

Wanita tua:

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬

مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا
"Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya di waktu malam dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin)". (Al-Israa’ 1)

Dengan jawapan ini, saya mengerti bahawa ia sedang mengerjakan haji dan hendak menuju ke Masjidil Aqsa.

Abdullah : “Sudah berapa lama anda berada di sini?”

Wanita tua : 

ثَلَـٰثَ لَيَالٍ۬ سَوِيًّ۬ا
"Selama tiga malam dalam keadaan sihat". (Maryam 10)

Abdullah : “Apa yang anda makan selama dalam perjalanan?”

Wanita tua : 

وَٱلَّذِى هُوَ يُطۡعِمُنِى وَيَسۡقِينِ
"Dialah Allah pemberi aku makan dan minum". (Asy-Syu’araa’ 79)

Abdullah : “Dengan apa anda melakukan wudhu?”

Wanita tua : 

فَلَمۡ تَجِدُواْ مَآءً۬ فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدً۬ا طَيِّبً۬ا
"Apabila tiada air maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah, debu yang bersih". (Al Maaidah 6)

Abdulah : “Saya mempunyai sedikit makanan, apakah anda mahu menikmatinya?”

Wanita tua : 

ثُمَّ أَتِمُّواْ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيۡلِ‌ۚ
"Kemudian sempurnakanlah puasamu sampai malam, maghrib". (Al- Baqarah 187)

Abdullah : “Bukankah diperbolehkan berbuka ketika musafir?”

Wanita tua : 

وَأَن تَصُومُواْ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
"Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui". (Al- Baqarah 184)

Abdullah : “Mengapa anda tidak menjawab sesuai dengan pertanyaan saya?”

Wanita tua : 

مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ۬
"Tiada satu ucapan yang diucapkan, kecuali padanya ada Raqib Atid". (Qaaf 18)

Abdullah : “Anda termasuk jenis manusia yang manakah, hingga bersikap seperti itu?”

Wanita tua : 

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ‌ۚ

إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً۬
"Jangan kamu ikuti apa yang tidak kamu ketahui.., karena pendengaran, penglihatan dan hati, semua akan dipertanggung jawabkan". (Al-Israa’ 36)

Abdullah : “Saya telah berbuat salah, maafkan saya.”

Wanita tua : 

قَالَ لَا تَثۡرِيبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡيَوۡمَ‌ۖ

 يَغۡفِرُ ٱللَّهُ لَكُمۡ‌ۖ وَهُوَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ
"Pada hari ini tidak ada cercaan untuk kamu, Allah telah mengampuni kamu dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani". (Yusuf 92)

Abdullah : “Bolehkah saya mengangkatmu untuk naik ke atas untaku ini, untuk melanjutkan perjalanan kerana anda akan menjumpai kabilah yang di hadapan.”

Wanita tua : 

وَمَا تَفۡعَلُواْ مِنۡ خَيۡرٍ۬ يَعۡلَمۡهُ ٱللَّهُ‌ۗ
"Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah". (Al-Baqarah 197)

Lalu wanita tua ini berpaling dari untaku, sambil berkata :

قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ
"Katakanlah pada orang-orang mukminin, tundukkan pandangan mereka." (An-Nuur 30)

Maka saya pun memejamkan pandangan saya, sambil mempersilakan ia menaiki unta.

Tetapi tiba-tiba terdengar koyakan pada pakaiannya kerana unta itu terlalu tinggi baginya. 

Wanita tua itu pun berkata:

مَآ أَصَـٰبَڪُم مِّن مُّصِيبَةٍ۬ فَبِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِيكُمۡ
"Apa saja yang menimpa kamu disebabkan perbuatanmu sendiri". (Asy-Syuura 30)
Setelah selesai mengikat unta itu, saya pun mempersilahkan wanita tua itu naik.

Wanita tua berkata:

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَـٰذَا وَمَا ڪُنَّا لَهُ ۥ مُقۡرِنِينَ

وَإِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ
"Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya , Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali". (Az-Zukhruf 13-14)

Saya pun segera memegang tali unta itu dan melarikannya dengan sangat pantas. 

Wanita tua itu berkata lagi:

وَٱقۡصِدۡ فِى مَشۡيِكَ وَٱغۡضُضۡ مِن صَوۡتِكَ‌ۚ
"Sederhanakan jalanmu dan lunakkanlah suaramu". (Luqman 19)

Lalu aku jadikan unta itu berjalan dengan perlahan, sambil mendendangkan beberapa syair

Wanita tua itu pun berkata: 

فَٱقۡرَءُواْ مَا تَيَسَّرَ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ‌ۚ
"Bacalah apa-apa yang mudah dari Al-Qur’an". (Al-Muzzammil 20)

Abdullah : “Sungguh anda telah diberi kebaikan yang banyak.”

Wanita tua : 

وَمَا يَذَّڪَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
"Dan tidaklah mengingat Allah itu kecuali orang yang berilmu". (Al- Baqarah 269)

Dalam perjalanan itu saya bertanya kepadanya.

Abdullah : “Apakah anda mempunyai suami?”

Wanita tua :  

لَا تَسۡـَٔلُواْ عَنۡ أَشۡيَآءَ إِن تُبۡدَ لَكُمۡ تَسُؤۡكُ
"Jangan kamu bertanyakan sesuatu, jika itu akan menyusahkanmu". (Al Maaidah 101)

Maka aku senyap seketika sehingga berjumpa dengan kabilah di hadapan kami.

Abdullah : “Adakah orang anda berada dalam kafilah itu?”

Wanita tua :  

ٱلۡمَالُ وَٱلۡبَنُونَ زِينَةُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ
"Adapun harta dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia". (Al-Kahf 46)

Baru saya mengerti bahwa ia juga mempunyai anak.

Abdullah : “Bagaimana keadaan mereka dalam perjalanan ini?”

Wanita tua : 

وَبِٱلنَّجۡمِ هُمۡ يَہۡتَدُونَ
"Dan dengan tanda bintang-bintang mereka mengetahui petunjuk". (Al-Nahl 16)

Daripada jawapan ini, saya dapat fahami bahawa mereka datang mengerjakan ibadah haji mengikuti beberapa petunjuk. Kemudian saya bersama wanita tua ini menuju ke perkhemahan.

Abdullah : “Adakah kamu kenal orang yang berada dalam khemah ini?”

Wanita tua : 

وَٱتَّخَذَ ٱللَّهُ إِبۡرَٲهِيمَ خَلِيلاً۬
"Kami jadikan ibrahim itu sebagai yang nabi yang dikasihi". (An-Nisaa’ 125)

وَكَلَّمَ ٱللَّهُ مُوسَىٰ تَڪۡلِيمً۬ا
"Dan Allah berkata-kata kepada Musa". (An-Nisaa’ 164)

يَـٰيَحۡيَىٰ خُذِ ٱلۡڪِتَـٰبَ بِقُوَّةٍ۬‌ۖ
"Wahai Yahya! Pelajarilah kitab itu bersungguh-sungguh". (Maryam 12)

Lalu saya memanggil nama-nama, ya Ibrahim, ya Musa, ya Yahya, maka keluarlah anak-anak muda yang bernama tersebut. Wajah mereka tampan dan ceria, seperti bulan yang baru muncul. Setelah tiga anak ini datang dan duduk dengan tenang maka berkatalah wanita tua itu:

فَٱبۡعَثُوٓاْ أَحَدَڪُم بِوَرِقِكُمۡ هَـٰذِهِۦۤ إِلَى ٱلۡمَدِينَةِ فَلۡيَنظُرۡ أَيُّہَآ أَزۡكَىٰ طَعَامً۬ا
"Maka suruhlah salah seorang dari kamu pergi ke kota dengan membawa wang perak ini, dan carilah makanan yang lebih baik agar ia membawa makanan itu untukmu". (Al-Kahf 19)

Maka salah seorang dari tiga anak ini pergi untuk membeli makanan, lalu dihidangkan dihadapanku, lalu wanita tua itu berkata :

كُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ هَنِيٓـَٔۢا بِمَآ أَسۡلَفۡتُمۡ فِى ٱلۡأَيَّامِ ٱلۡخَالِيَةِ
"Makan dan minumlah kamu dengan sedap, sebab amal-amal yang telah kamu kerjakan di hari-hari yang telah lalu". (Al-Haaqqah 24)

Abdullah: “Makanlah kalian semuanya makanan ini. Aku belum akan memakannya sebelum kalian mengatakan padaku siapakah perempuan ini sebenarnya.”

Ketiga anak muda ini secara serentak berkata :

“Beliau adalah orang tua kami. Selama empat puluh tahun beliau hanya berbicara menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an, hanya kerana bimbang tersalah bicara.”

Lalu Abdullah bin Mubarak berkata Maha Suci Zat Yang Maha Kuasa terhadap sesuatu yang dikehendakinya dan berkata:

ذَٲلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ
"Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar". (Al-Hadiid 21)

Dipetik dari kitab : KaifaTahfazul Quran ( DR Mustafa Murad )
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: Bagaimana dengan kita?...Berapa banyak patah perkataan yang kita keluarkan setiap hari yang tidak mendatangkan apa-apa pahala, bahkan menambahkan dosa..
: Berapa banyak ayat Quran yang kita baca setiap hari?

Creadit To : Prince Killer Mr
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Minuman Coca-Cola Bermaksud - 'Tiada Mekah Tiada Muhammad' | disebalik tulisannya

Saturday, May 21, 2011
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Adam Sebelum Adam Part 8 (Keujudan bangsa Mim yang tak hilang di dunia)



Kita semakin menghampiri kepada kemuncak tajuk. Segala puzzle hampir selesai. Cuma tinggal sedikit saja lagi mengenai misteri bangsa MIM ini. Apakah itu MIM dan apa kaitannya dengan MELAYU pula. Mari kita selesaikan misteri ini dengan secepat mungkin dan dengan padat.

Seperi yang saya terangkan sebelum ini, Wasiat Nuh menyuruh bangsa MIM dan anak cucunya menuju ke pentas sunda yang tenggelam. Ini kerana, Pentas sunda adalah tanah paling tinggi dan di kenali sebagai IBU TANAH. Tiap perkara mempunyai ‘center’ atau tempat kelahiran. Begitu juga dengan tanah. Tanah telah berkembang dari daratan pentas sunda yang ketika itu hanya ada satu benua semata-mata. Pentas sunda tetap di situ akan tetapi seperti yang saya beritahu tadi, tiap perkara harus ada batasnya. Jadi, pentas sunda harus ‘mati’. Tapi, penciptaan dunia dan akhirat mempunyai ‘LAW’ dia tersendiri. Tiap yang ‘mati’ akan ‘bangkit’ kembali. Seperti manusia yang mati, akan di bangkitkan di alam barzah dan kemudiannya di alam akhirat. Tapi sebenarnya, Alam barzah itu hanyalah ‘pit stop’ atau hentian semata-mata. Begitu jugalah semua perkara. Sebelum di bangkitkan semula, akan ada ‘hentian seketika’ sebelum kebangkitan sepenuhnya berlaku.

“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.”

Ayat 6 surah al-anaam

Jika musnah sesuatu bangsa atau kaum itu, akan bangkit sesuatu kaum dari kaum yang di binasakan itu dengan yang lebih baik. Kita adalah generasi dari kaum-kaum yang telah di musnahkan kerana itu adalah sunnahtullah. Tapi, kita harus ingat bahawa tiap kaum dan bangsa baik yang ada sekarang tetap akan mengalami proses yang serupa andai kata mereka tidak kembali ke jalan ALLAH. Tapi, ada suatu bangsa ini tidak akan musnah selama-lamanya.

Bangsa ini adalah bangsa MIM. Kenapa tidak dapat di musnahkan..hebat sangatkah?!



Ya, cukup hebat. MIM ini harus wujud kerana itu adalah ‘perintah’ pada ADAM dan warisnya sehinggalah dunia di kiamatkan. Boleh di katakan bangsa yang terakhir akan ‘mati’ adalah bangsa MIM. Jadi, apakah sebenarnya bangsa MIM ini. Mari kita selesaikan bongkah blok yang terakhir ini.



Mari kita imbas kembali dari ERA NuH, ERA IBRAHIM dan perjalanan seterusnya.

Pada Era Nuh, anak cucu Nabi Nuh akan menjadi raja-raja agung dan memimpin manusia di kala itu. Di dalam bahtera itu, terdapat suatu bangsa yang sudah asimilasi akibat lamanya pelayaran itu. Bangsa itu di namai Bangsa MIM atau Quraisy Kuno (wallahuaklam). Tapi, selepas beberapa ribu dan ratusan tahun, kucar kacir mulai berlaku. Penyembahan berhala mulai berlaku di sana sini. Ia seolah-olah mengulangi kejadian pada ERA ADAM dahulu yang mana terdapat mereka yang menyembah DEWA-DEWI dari waris ADAM yang di beri ILMU SEGALA ini.



Darah keturunan yang sepatutnya menjadi raja di buru dan di bunuh. Bangsa MIM mulai berpuak-puak dan membentuk suku kaum masing-masing. Akhirnya pelbagai bangsa wujud akan tetapi ia di khianati dengan penyembahan sesama makhluk yang sepatutnya tidak berlaku. Dari situlah bencana mulai berlaku. Bangsa-bangsa ini di hapuskan dan di ganti dengan bangsa yang lebih baik. Maka, kitalah generasi di zaman ini menunggu-nunggu detik

‘mati’ bangsa-bangsa seperti yang di beritahu dalam Al-quran.



Seperkara lagi, meskipun banyak bangsa di hapuskan, akan tetapi akan terdapat mereka yang di selamatkan. Golongan yang di selamatkan inilah golongan beriman yang di pimpin oleh para nabi yang juga mempunyai ILMU SEGALA ini. Tapi tidak semua bangsa pada zaman dahulu yang di hapuskan. Ada juga yang berevolusi dan menjadi bangsa pada zaman ini seperti bangsa eropah yang bermula dari golongan Babarian.



Kemudiannya, pada ERA IBRAHIM, isteri-isteri baginda yang datang dari darah keturunan yang mulia banyak melahirkan bangsa yang menjadi induk pada masa kini. Seperti yang kita ketahui, Hajar melahirkan ARAB, Sarah melahirkan Bani isreal dan eropah dan QETURAH melahirkan bangsa pahlawan seperti Babylon, Akkadian, Cheldea dan ARYAN.



Info: Pendekar Sufi

Adam Sebelum Adam Part 9
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

[18SG] Mangsa Jenayah Cemburu | Padah Kemaluan Menjadi Mangsa [18SX]

Friday, May 20, 2011
Cemburu.
Salah satu sifat yang sentiasa ada dalam jiwa dan hati manusia. Tidak kira jantina, pangkat, umur, dan latar belakang seseorang. Cemburu boleh membawa kepada kebaikan dan keburukan. Tapi bagi aku, 99% dari sifat cemburu itu menjurus ke arah keburukan. Gila apa cemburu ke arah kebaikan. Ada ke? Sila bagitahu aku. Explain pun tidak apa. Yang tidak logiknya, bila ada pepatah mengatakan; cemburu itu tandanya sayang! Yakah? Ini terserah kepada keadaan dan situasi. Tapi bila membawa ke arah sesuatu keadaan itu menjadi buruk dan negatif, cemburu tidak patut lagi dilabel sebagai tanda sayang.


Definisi cemburu.
Cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik kandungnya.

Cemburu buta.
Dalam kes ini, cemburu buta boleh dialami oleh setiap orang. Cuma peratusannya mungkin rendah. Bagi aku cemburu sedemikian inilah yang banyak menjurus ke arah negatif. Sebagai contoh berlakunya pergaduhan, perselisihan faham, saling tidak tegur menegur, dan yang paling menakutkan adalah saling bunuh membunuh, khianat, dan menyakiti orang. Untuk sifat cemburu ini, patutlah kita hindari. Bahaya.

Dahulu, masih aku ingat kes di mana, si isteri memotong kemaluan si suami apabila si isteri termimpi si suaminya melakukan curang. Dek kerana takut dan cemburu membabi buta, si isteri memotong kemaluan suami hingga putus sebaik sahaja si isteri terjaga dari tidur!

Mak oi! Bila kita imagi kejadian ini, seriau rasanya kan? Rasa bodoh pun ada kan? Masakan tidak. Bukti tiada. Terus menjatuhkan hukum kepada si suami. Hukuman yang wajar tidak mengapa juga. Ini memotong kemaluan! Aduh! Sakit tidak terperi weh! Berbulan kalau tidak silap aku, pembedahan mencantumkan kembali kemaluan si suami. Yang aku rasa sejuk hati dan bangga sebagai lelaki apabila si suami menyatakan yang dia masih sayangkan si isteri dan tidak berniat untuk menceraikan si isteri. Wah, baik si suami kan? Psttt.. baik ke bodoh ya? Fikir-fikirlah sendiri..

Kali ini, mari kita lihat gambar di bawah. Yang ada lemah jantung, darah tinggi, lemah semangat, dilarang tengok atau meneruskan bacaan. Anda pengsan, aku tidak akan bertanggungjawab, okey.



Sumber : Chelaka.com

Sadis! Gerun! Muntah! Semua berbaur! Suami @ pakwe mana yang kejam sangat sampai sanggup bakar kemaluan wanita ini?! Memang tidak berhati perut dan binatang weh! *Oh, ter-EMO secara tiba-tiba* Teringat pula dialog P Ramlee dalam Ali Baba Bujang Lapok. "Macam setan!"

Cemburu boleh mencetus sifat amarah. Bila marah, macam-macam perkara yang tidak wajar boleh jadi! Gambar di atas antara salah satunya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (HR Al-Tirmidzi).


"Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (HR Abu Daud).


Jahui sifat cemburu dan hasad dengki. Sesungguhnya syaitan dan iblis amat menyukai sifat-sifat ini. Mahukah anda jadi 'setan'? Mari bersama-sama bermuhasabah diri.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Return of the King


• Sebelum munculnya Al-Masih Ad-Dajjal (Dajjal Al-Akbar), terlebih dahulu muncul dajjal si pendusta yang jumlah mereka menghampiri 30 orang, masing-masing mendakwa diri mereka adalah pesuruh Allah.

• Dajjal itu buta mata kanannya, seperti buah anggur yang terjojol keluar. Di antara dua matanya tertulis “Kafir” (kaf,fa,ra) yang boleh dibaca oleh setiap muslim, meskipun mereka yang buta huruf.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

• Dajjal memiliki kesempatan untuk menjelajah bumi selama 40 malam, sehari seperti setahun, sehari di antaranya seperti sebulan, sehari di antaranya seperti seminggu, dan hari-hari berikutnya sebagaimana hari-hari sekarang ini.

• Dajjal mempunyai seekor keldai sebagai tunggangannya. Jarak antara kedua-dua telinga keldai itu adalah 40 hasta. Dajjal turut membawa beberapa gugusan roti.

• Dajjal akan berkata,” Aku adalah Tuhanmu,” padahal sebelah matanya buta dan terdapat tulisan ‘kafir’ di antara kedua matanya.

• Dajjal membawa 2 buah telaga. Sebuah telaga disebutnya sebagai syurga dan satu lagi sebagai neraka. Orang yang dimasukkan ke dalam ‘syurga’ itu ternyata adalah neraka, sementara orang yang dimasukkan ke dalam ‘neraka’ itu ternyata adalah syurga.

• Para syaitan diutuskan bersamanya untuk berbicara kepada manusia. Dia membawa satu fitnah yang amat besar.

• Pada pandangan mata manusia, dajjal boleh memerintahkan langit supaya menurunkan hujan serta boleh menghidupkan kembali seseorang manusia yang telah dibunuhnya. Lalu, akan diserunya,”Apakah selain Tuhan dapat melakukan perkara seperti ini?”

• Maka, orang-orang Islam akan berlarian menuju ke gunung Dukhan di Syam, tetapi sempat dihadang oleh Dajjal.

• Setelah itu, turunlah Isa putera Maryam. Ketika Isa putera Maryam yang turut serta bersama mereka selesai menunaikan solat Subuh, mereka pun keluar menghadapi Dajjal.

• Lalu, ketika Dajjal melihat Isa, si pendusta itu meleleh seperti garam yang mencair di dalam air. Isa berjalan ke arahnya dan membunuhnya, hingga pepohonan dan batu-batuan berseru,”Wahai Ruhullah, ini ada orang Yahudi.” Maka beliau pun membunuh setiap orang yang menjadi pengikut Dajjal.

• Riwayat ini hanya terdapat pada Ahmad. (Imam Ahmad)

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata:

“Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda:

“Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”

Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal.

Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah
tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah.

Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan.

Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”

Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata:
“Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan. Setelah dia tunjukkan kehebatannya
menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Wallahu A’lam


Kedatangan Nabi Isa

Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa: “Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat.

Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”

Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam, bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata: “Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik.”

Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk me-ngenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah.

Dia akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik.

Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.”

Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir.

Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam,

Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: “Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).

“Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.”

Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.

“Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: “Bukakan pintu itu.” Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata.

“Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu.


“Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya.

Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: “Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Dajal akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu malam.”

Mendengar yang demikian ada yang bertanya: “Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu singkat ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukur sajalah jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.”

Rasulullah s.a.w berkata: “Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu
tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya.

“Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah.

Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah.

“Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.”

Ibnu Katsir berkata: “Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: “Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama maksudnya dengannya. Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim
dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika
itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas’ud, dari Rasulullah s.a.w:
“Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Mereka membincangkan hari kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim. Tetapi beliau hanya menjawab: “Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa.” Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab: “Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa.” “Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata: “Sebenarnya tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku
ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: “Wahai orang muslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia.”

Kata Nabi Isa lagi: “Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang muslim pulang ke rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru.

Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan.

Air sungai dan tasik semua habis mereka minum.”

Tambah beliau lagi: “Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke laut.”

Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan haji dan umrah, atau sehinga Allah SWT
menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya.

Nabi Isa dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji.”

Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT.

Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahu A’lam.

Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa.

Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti.

Muhammad bin Ka’ab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w.

Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa merupakan kuburan yang keempat.
History of the King

Creadit to : Scripters
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tolong Jangan Seksa Lelaki

Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.


Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.
Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. “Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?” Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.
Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.
“Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!” Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?
Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.
Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak.
You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.
Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.
Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN TUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”









You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.

Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri.
Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.

Renung-renungkanlah wahai wanita yang amatku sayang. Jangan jadikan fesyen zaman sekarang sehingga maruah anda sendiri yang tergadai.. icon smile Wanita, Jangan Seksa Lelaki



Creadit to : Pencacai Dhoif
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Web Anda Kena Block? Di Sini Cara Penyelesaian

Monday, May 16, 2011
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Assalamulaikum ...

Web Kegemaran Anda Kena Block Ke? .. Bawah nie jihad ada beberapa program ... Klik program tu then surf macam biasa..

Jihad sertakan 2 jenis format satu berbentuk zip dan lagi satu boleh terus execute... file nya kecil senang disimpan didalam Pendrive/Thumdrive...

Cuba ultrasurf versi baru u96 cuba dulu lepas tu tolong bagi feedback Jihad nak tahu perkembangan pada yang telah memakai u96 ni ...



Cara Kedua
Masuk web http://www.proxness.com/



Cara Ketiga
Surf ikut web http://www.bypassfirewallnow.com/



Cara Keempat
Klik ---> Hide My Ass



cara keempat ini ada arahan kat sana sila study sikit ...
tak susah anda hanya perlu ikut arahan sahaja...
cara keempat nie satu sahaja saya nak pesan...
tolong jangan buat perkara yg dikemarahi orang.



Salam..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Batu Karang : Tanda-Tanda & Gejalanya

Untuk kali ini saya akan menerangkan pula tentang tanda-tanda dan gejala-gejala yang akan dilalui oleh mereka yang mempunyai penyakit ini.

Bagi sesetengah individu,mereka mungkin tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai penyakit batu karang.Ini disebabkan penyakit ini langsung tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda diperingkat awalnya.Walaupun begitu,antara tanda yang paling umum ialah kadang-kadang mereka akan merasai kesakitan yang amat sangat.Hal ini kerana batu karang melalui lintasan sempit di saluran kencing.

Selain itu,tanda dan gejala-gejala berikut boleh berlaku:

1. Rasa tajam dan kejang di bahagian belakang dan tepi perut.Selain itu,rasa tersebut juga dapat dirasakan dibawah perut dan pangkal paha.Dan rasa sakit ini boleh berlaku selama beberapa minit sahaja dan boleh berlanjutan selama beberapa jam bergantung kepada saiz batu tersebut.

2. Rasa sakit atau rasa seperti terbakar ketika membuang air kecil.

3. Air kencing akan berwarna merah kerana mengandungi darah(hematuria).

4. Selalu rasa hendak membuang air kecil.

5. Selalu berasa mual dan muntah.

6. Demam dan menggigil kerana berlaku jangkitan kuman dalam saluran kencing.

Haa..itulah dia antara tanda-tanda dan gejala yang akan dihadapi oleh mereka yang mempunyai penyakit batu karang.

Creadit to : Pencacai Dhoif
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed