Kehebatan Teknologi Nabi Nuh | Mesteri

Sunday, April 10, 2011



Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.
Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.
Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa 'profesion' Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.

Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.
Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.
Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif
Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.
Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.
Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria
Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.
 Carkera padat purba yang ditemui di China
Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.
Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.
Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran: 
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. 
Qs.Al-An'am: 6
Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.
Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.

p/s : Segala fakta dan gambar di atas (kesan radioaktif di Mohenjo-Daro, bateri Baghdad,  cakera padat Dropa, loji nuklear di Oklo), hanyalah fakta sokongan kepada 'kemajuan teknologi umat zaman terdahulu' dan tidak merujuk kepada zaman Nabi Nuh as.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Membongkar Mesteri Dajjal



Kira-kira 3500 tahun yang lalu, di kawasan desa yang terpencil bernama Samirah di negara Palestin (yang sudah hampir tidak wujud, yang wujud sekarang ialah negara Zionis), lahirlah seorang bayi manusia yang ditakdirkan oleh Allah SWT akan membawa bencana atau fitnah kepada seluruh manusia samada muslim atau bukan muslim, fitnah atau bencana yang dibawanya itu adalah suatu bencana atau fitnah yang "maha dahsyat". Suatu fitnah atau bencana yang belum terjadi di sepanjang zaman manusia sejak dari zaman Nabi Adam a.s sehinggalah terbitnya matahari di ufuk barat.

Tidak seorang pun para Nabi yang tidak memberi amaran akan kelahiran bayi manusia ini, mereka para Anbia yang seramai 124,000 orang itu dengan serius memberi amaran akan fitnah atau bencana yg akan menimpa manusia itu. Bahkan termasuklah Nabi Nuh a.s, seperti maksud dari sebuah hadis rasulallah s.a.w :
"Sungguh aku benar - benar akan memperingatkan kamu akan bahayanya (Dajjal) tidak ada suatu nabi pun kecuali ia memperingatkan kaumnya (akan fitnahnya) dan NUH juga telah memperingatkan kaumnya, akan tetapi aku akan mengatakan kepada kamu suatu perkataan yg belum pernah dikatakan oleh nabi-nabi sebelum aku terhadap kaum mereka, sesungguhnya dia bermata sebelah dan Allah bukanlah bermata sebelah (bermata satu ) "
Hadith Rasulullah SAW yang lain yang mengambarkan tentang fitnah Dajjal bermaksud,
"Semenjak Adam diciptakan sampai berdirinya kiamat, tidak ada hal (fitnah) yang lebih besar dari Dajjal "
Diriwayatkan oleh Muslim di dalam sahihnya
Dajjal lahir 100 tahun lebih awal daripada Nabi Musa a.s. Dajjal adalah dikalangan manusia atau makhluk Allah yang dipanjangkan umurnya, ia termasuk dikalangan Al MUNTAZIRIN . Selain Dajjal, Nabi Isa a.s , Iblis, Nabi Khidir a.s , Imam Mahdi r.a juga termasuk dikalangan Al MUNTAZIRIN .
Seperti maksud firman Allah SWT
"Ia berkata ; Tangguhkan ajalku sampai hari ketika mereka dibangkitkan "Tuhan manjawab ; "Sesungguhnya kamu termasuk yang ditangguhlkan (ajalnya)"
Surah A'raf ayat ke 14
  • Dailog yang terdapat di dalam ayat di atas adalah di antara Iblis dengan Allah SWT setelah dihalau keluar daripada Hadrat Allah SWT
  • Iblis berjanji akan memesongkan manusia dan jin yang beriman sehingga menjadi pengikutnya lalu diizinkan oleh Allah SWT
  • Hasutan itu kebal kepada orang yang beriman yang ikhlas dikalangan hamba Allah SWT
  • Al Muntazirin adalah bermaksud jamak atau banyak tidak bermaksud mufrad atau satu, oleh itu selain daripada Iblis ada lagi makhluk Allah yang diberi tangguh akan ajalnya ke suatu masa yang telah ditetapkan. wallah a'lam...

Menurut kajian oleh beberapa pengkaji Yahudi dan Dajjal The AntiChrist, ada yang berpendapat bahawa Dajjal berasal daripada keturunan Yahudi Ashkenazi. Ia juga dikatakan mempunyai kaitan dengan penguasaan dunia kini oleh Yahudi dari suku Ashkenazi. Antara tokoh-tokoh terkemuka dunia yang berasal dari suku Ashkenazi ialah Baron Rothschild, John D. Rockefeller, Karl Marx, Albert Einstein, Henry Kensigger dan Adolf Hitler.

Dajjal Keturunan Suku Yahudi Ashkenazi?

Ibu-bapa Dajjal adalah daripada keturunan Bangsa Yahudi. Ada yang berpendapat Dajjal adalah dari suku Ashkenazi. Teori Dajjal dari keturunan Ashkenazi ini disokong oleh fakta realiti masa kini, yang mana suku bangsa Yahudi yang menguasai dunia pada hari ini berasal dari suku ini di antaranya ialah Albert Eistein, Karl Marx, Henry Kensigger, keluarga Rothschild, keluarga Rockefeller dan Adolf Hitler. 
Hipotesis 
“Dajjal Adalah Dari Suku Ashkenazi”
Di atas adalah pernyataan teori saya tentang asal usul Dajjal. Hipotesis ini dilakukan secara ringkas sahaja melalui maklumat-maklumat dari buku, jurnal dan internet. Di bawah ini saya ingin menjelaskan mengapa saya beranggapan Dajjal berasal dari suku Ashkenazi. 

Apa itu Ashkenazi?

Ashkenazi ialah nama suku (tribe) dari salah satu cabang dari bangsa Yahudi. Manakala Yahudi itu pula ialah berasal dari suku bangsa sebelah Siti Sarah iaitu isteri Nabi Ibrahim a.s. Semua anak keturunan dari perut Siti Sarah adalah digelar Bani Israel.

Bani Israel ialah gelaran kepada Nabi Yaakob a.s. yang mana semua keturunannya bermula dari Nabi Daud, Nabi Sulaiman sehinggalah Nabi Musa dan Nabi Isa adalah berketurunan Yahudi yang digelar Bani Israel.

Populasi Suku Ashkenazi?

Populasi terbanyak adalah di Amerika Syarikat dimana dianggarkan seramai 5-6 juta orang menetap di sana. Diikuti pula oleh negara Israel, dianggarkan seramai 3-4 juta orang menetap di Israel. 

Adakah Dajjal berketurunan Yahudi?

Tiada hadith khusus menyebut Dajjal dari keturunan Yahudi. Saya berpegang kepada atas 2 fakta sahih di bawah:

1 – Berdasarkan riwayat Ahmad dan Muslim dari Anas.
“Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi Isfahan yang memakai toga.”
Orang-orang Yahudi mempunyai sifat semulajadi iaitu hanya mempercayai orang sebangsa dengan mereka. Ini disebabkan semenjak zaman Nabi Ibrahim lagi umat Yahudi berpegang bahawa mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah.

Yahudi Isfahan (Isfahan ialah sebuah kota di Iran dimana terletaknya loji nuklear Republik tersebut) mengikut arahan Dajjal kerana mereka tahu pemimpin mereka adalah berbangsa Yahudi seperti mereka

2 – Berdasarkan realiti dunia hari ini yang dikuasai golongan Yahudi.

 Saya telah menerangkan dalam artikel-artikel sebelum ini betapa Yahudi sejak 300 tahun dahulu telah pun menguasai dunia dari pelbagai aspek seperti:
  • Politik Antarabangsa
  • Ekonomi Dunia
  • Hiburan dan Perfileman

Di atas dua fakta di atas saya amat berkeyainan Dajjal berketurunan Yahudi. Cuma dalam artikel ini saya ingin mengkhusus akan suku-suku Yahudi itu.

3– Berdasarkan pendapat Janet Moser 
Janet Moser seorang pengkaji konspirasi Yahudi berpendapat bahawa Dajjal (AntiChrist) adalah dari bangsa Yahudi.

Dalam artikelnya yang bertajuk “THE EARLY JEWISH & CHRISTIAN VIEW OF THE IDENTITY OF THE ANTICHRIST”, Moser mengambil fakta dari kitab Injil dalam bab 11 (Daniel) ayat ke-37, yang berbunyi:
“Neither shall he regard the God of his fathers . . .nor regard any god: for he shall magnify himself above all.”
Sama ada ayat-ayat dari Injil benar atau tidak bukanlah tugas kita, ia adalah tugas cendekiawan-cendekiawan Islam untuk memperbetulkannya, misalnya Syeikh Ahmed Deedat, Syeikh Dr. Zakir Nair dan Muhammad Isa Dawud. Namun apa yang hendak ditegaskan di sini ialah umat Kristian sendiri mempercayai bahawa Dajjal itu adalah berketurunan Yahudi. 

Permasalahan Suku Bangsa Asal Dajjal

Cuma yang boleh kita perhalusi ialah dari suku manakah Dajjal itu berasal kerana Yahudi mempunyai pelbagai cabang suku antaranya ialah:
  • Mizrahi
  • Khazar
  • Sephardi
  • Askhenazi
  • Samaritan
Tetapi dalam suku-suku di atas saya berkeyakinan (InsyaAllah) Dajjal itu adalah dari suku Ashkenazi di atas beberapa fakta. 

Fakta 1 : Tokoh-Tokoh Suku Ashkenazi

Ada beberapa sebab tertentu mengapa saya cenderong untuk mengatakan Dajjal berasal dari suku Ashkenazi. Fakta-fakta tersebut ialah…
  • Kebanyakan tokoh-tokoh perang dunia berasal dari suku Ashkenazi.
  • Tokoh-tokoh sains Eropah adalah dari bangsa Yahudi
  • Tokoh-tokoh ekonomi dunia sekarang adalah berasal dari Yahudi suku Ashkenazi
  • Kesemua tokoh berpengaruh dunia adalah berbangsa Yahudi Ashkenazi

Beberapa Latar Belakang Tokoh Ashkenazi yang perlu diketahui, (gambar : dari kiri : Baron Rothschild, John D. Rockefeller, Karl Marx dan Albert Einstein.

  1. Albert Eistein, merupakan Yahudi suku Ashkenazi, beliau adalah saintis terulung yang diagung-agungkan oleh Barat sehingga wataknya dimasukkan dalam program Microsoft Office bahagian ‘Office Assistant”. Padanlah begitu, Bill Gates juga berbangsa Yahudi.
  2. Karl Marx, juga berbangsa Yahudi suku Ashkenazi. Beliau menulis beberapa buku dan juga pengasas fahaman Nazi yang selepas itu didokong oleh Adolf Hitler (juga seorang Yahudi, sebelah ibunya).
  3. Henry Kensigger, bekas setiausaha kerajaan Amerika Syarikat juga dari suku Ashkenazi. Sekarang ini menjadi salah seorang pemimpin kumpulan sulit bernama The Bilderberg Group.
  4. Keluarga Rothschild. Merupakan keluarga yang terkaya di dunia dan 50% kekayaan dunia sekarang adalah miliknya. Keluarga Rothschild adalah penyebab bagi segala peperangan dunia dari 1800-an ahingga sekarang.
  5. Keluarga Rockefeller, juga penguasa ekonomi dunia, dikatakan 40% kekayaan dunia sekarang adalah miliknya termasuk semua mesin-mesin carigali minyak dismua negara Arab. Rockefeller adalah pengasas kepada Trilateral Commission malah mempunyai universiti sendiri. Sesetengah pengkaji konspirasi meramalkan dia adalah orang yang boleh berhubung terus dengan AntiChrist (Dajjal)

Di atas hanya beberapa tokoh sahaja dari suku Yahudi Ashkenazi. Yahudi dari suku lain juga mungkin menguasai pelbagai dimensi sosial dunia. Cuma Dajjal berkemungkinan lebih cenderung untuk menaikkan saudara mara sukunya pada peringkat teratas.
“Yakni Dajjal mahukan tokoh-tokoh dari sukunya iaitu Ashkenazi menjadi pemimpin bagi semua tokoh-tokoh dari suku Yahudi yang lainnya” 
Fakta 2 : Misteri Angka 13

Terdapat fakta lain yang lebih menyakinakn saya tentang suku Ashkenazi ini. Fakta itu ialah tentang malapetaka penyakit yang ditimpakan Allah ke atas suku ini.

Angka tiga belas (13) amat menarik untuk dikaji dan dijadikan hujah kukuh. Allah telah menimpakan 13 jenis penyakit “wajib” atas suku ini. Maksud perkataan wajib itu ialah setiap 25 hingga 40 orang dari suku Ashkenazi akan terkena salah satu penyakit genetik ini. Sumber adalah berdasarkan statistik dari Jewish Genetics Centre.

Sesungguhnya penyakit genetik Ashekanazi ini mempunyai 13 jenis:
1. Bloom’s Syndrome
2. Canavan Disease
3. Cystic Fibrosis
4. Factor XI Deficiency
5. Familial Dysautonomia (Riley-Day syndrome)
6. Fanconi Anemia
7. Gaucher Disease
8. Mucolipidosis IV
9. Niemann-Pick Disease
10. Non-Classical Adrenal Hyperplasia
11. Nonsyndromic Hearing Loss
12. Tay-Sachs Disease
13. Torsion Dystonia
(Sumber : www.jewishgeneticscentre.org)

Penyakit ini sebanyak 90% melanda masyarakat Yahudi Ashkenazi di Israel. Kadang kala ia dihidapi juga oleh orang-orang Yahudi di Amerika dan Eropah. Namun ia tetap menyerang golongan Yahudi suku Ashkenazi walau di mana mereka berada.

Dan saya percaya ibu bapa Dajjal mengidap salah satu penyakit di atas dan saya juga percaya Dajjal salah satu penyakit di atas.

Fritz Springmeier (pengkaji konspirasi Yahudi) menyatakan Dajjal berasal dari salah satu 13 keturunan pilihan. 13 keturunan itu ialah:

1. Keluarga Astor
2. Keluarga Bundy
3. Keluarga Collins
4. Keluarga DuPont
5. Keluarga Freeman
6. Keluarga Kennedy
7. Keluarga Lee
8. Keluarga Onassis
9. Keluarga Reynolds
10. Keluarga Rockefeller
11. Keluarga Rothschild
12. Keluarga Russell
13. Keluarga Van Duyn 

Fakta 4 : Ujian Kecerdasan IQ

Walaupun suku Ashkenazi dimudharatkan dengan 13 jenis penyakit mutasi, namun Allah berkehendak ke atas mereka untuk menjadi suku bangsa paling bijak dari suku-suku lain.

Muhamad Isa Dawud pula sering menggunakan perkataan-perkataan ini untuk membahaskan tentang Dajjal, iaitu 
“anak genius itu….” atau “….yang genius itu” 
Pada mulanya saya hanya beranggapan Muhammad Isa Dawud sengaja menggunakan perkataan “genius” untuk membezakan Dajjal dan manusia biasa. Tetapi gelaran yang diberikan Muhammad Isa Dawud memang benar.

Menurut Danial A. Segal, seorang pakar antropologi, kajian ke atas tahap IQ bangsa Yahudi Ashkenazi mendapati mereka mengatasi suku-suku bangsa lain di dunia. Mereka mencatat 7 – 12 mata dan ke atas bagi setiap kajian.

Berikut adalah Ujian IQ ke atas sampel Yahudi Ashkenazi berdasarkan dari 6 sumber.
Source
Sample sizes. Number of Ashkenazi Jews tested.
Average IQ Ashkenazi Jews in USA and/or UK
Backman 1972
1236
107.8 verbal IQ
Backman in present study
150
107.5 crystallized IQ
Lynn
Estimated
103.5 Ashkenazi Jews in Israel
Storfer
Suggested IQ
112
Bachman 1970
Lesser than 100
112.8
Herrnstein/Murray 1994
59
112.6
Atau lihat buku-buku berikut:

Daniel A. Segal ‘The European’: Allegories of Racial Purity, Anthropology Today, Vol. 7, No. 5 (1991), muka surat. 7-9

Barnett, Susan M. and Williams, Wendy (2004). “National Intelligence and the Emperor’s New Clothes”. Contemporary Psychology: APA Review of Books 49 (4): muka surat 389-396. 

Kaitan Ashkenazi dan Dajjal : persoalan-persoalan yang timbul
  • Sekiranya Dajjal bukan perancang bagi segala kemusnahan dunia mengapa semua kekayaan dunia dan pemerintahan dimiliki oleh golongan elit Yahudi Ashkenazi?
  • Mengapa suku Ashkenazi amat berpengaruh dan sedang meluaskan pengaruhnya dari tahun 1800 hingga sekarang?
  • Mengapa Dajjal memilih suku ini dari suku-suku lain untuk memimpin kumpulan-kumpulan sulit Yahudi seperti Bilderberg, Skull and Bones, Illuminati, Trilateral Commission, Freemason dan Council on Foreign Relationship?
  • Mengapa hanya keturunan keluarga Rothschild dan Rockefeller sahaja yang dipilih untuk menguasai ekonomi dunia sejak 300 tahun dahulu?
  • Mengapa konspirator-konspirator Yahudi dari suku lain (misalnya Mizrahi dan Sephardi) tidak membantah penguasaan Rothschild dan Rockefeller?
  • Adakah mereka semua telah ketahui bahawa Rothschild dan Rockefeleer adalah keluarga terpilih oleh Raja mereka?
  • Ataupun adakah suku-suku Yahudi lain telah pun mengetahui bahawa Dajjal berasal dari suku ini?

Oleh kerana persoalan-persoalan inilah yang membuatkan penulis amat yakin suku Ashkenazi adalah suku asal Dajjal. Dan Dajjal sudah tentu mempunyai sebab-sebab tertentu untuk memilih sukunya sendiri. 

Kesimpulan

Umum mengetahui bahawa dunia hari ini dikuasai oleh bangsa Yahudi dari segala aspek bermula dari politik hinggalah ke dunia hiburan serta pendidikan.

Tetapi masyarakat dunia (khususnya umat Islam), tidak mengetahui bahawa kebanyakan Yahudi yang menguasai dunia hari ini adalah dari suku Ashkenazi. Dan ramai juga yang tidak tahu, mengapa?

Dajjal Adalah Manusia
Perkataan Dajjal sudah termaktub dalam minda setiap muslim bahawa ia berkaitan dengan kejahatan dan manusia akhir zaman. Bahkan bila seseorang itu marah, lantas ia bisa menyebut terus perkataan “Dajjal” itu. Dan kejahatan Dajjal ini tidak disukai juga oleh orang yang engkar arahan Allah.
Cuba anda panggil seorang yang tidak pernah sembahyang dengan gelaran Dajjal, pasti orang termasuk akan marah. Yakni, umat Islam yang kufur juga menganggap Dajjal adalah seteruk-teruk manusia.
Persoalannya, siapa Dajjal itu? di mana ia tinggal? atau wujudkah dia?. Saya akan menjawab soalan ketiga iaitu, dia adalah makhluk yang memang wujud, serta kewujudan adalah sebagai makhluk yang bernama manusia bukannya gelaran bagi sesuatu kelompok manusia atau pertubuhan atau fahaman. Ya, ianya memang seorang manusia.
Apa buktinya? Untuk membuktikan Dajjal adalah manusia, ada dua perkara yang perlu kita baca, kaji dan fahami. Saya ulang sekali lagi, BACA, KAJI dan FAHAMI. Pertama sekali kita perlu baca hadith-hadith yang berkaitan. Setiap hadith membolehkan kita membuat dua tanggapan tentang Dajjal, iaitu tanggapan Dajjal itu sebagai manusia dan kedua tanggapan Dajjal itu sebagai sebuah fahaman atau sikap. Dan ini adalah perkara biasa, sememangnya hadith itu mengandungi makna tersirat yang perlu dibahas oleh umat Islam.

Menganggap Dajjal adalah Sebuah Konsep, Pertubuhan atau Pemikiran Adalah Salah 
Bagi sebahagian orang Muslim, mereka beranggapan perkataan Dajjal yang selalu Rasulullah sebutkan adalah merujuk kepada sebuah sistem, gaya pemikiran, ideologi, konsep pemerintahan, jenis pertubuhan dan sebagainya. Anggapan seperti ini adalah salah sama sekali. Kita ambil contoh sebuah hipotesis, Dajjal adalah sebuah sistem pemerintahan. Saya tidak bersetuju sama sekali tetapi jika dikatakan Dajjal mencipta sebuah sistem pemerintahan, saya bersetuju.
Dan saya juga bersetuju Dajjal tidak menggunakan nama Dajjal untuk hidup di tengah-tengah manusia, kerana dia sendiri tahu nama Dajjal itu sudah popular dikalangan umat Islam. Dajjal sudah pasti, dan memang PASTI akan menggunakan nama lain untuk mengkaburi mata masyarakat dunia.
Jika Dajjal muncul dengan menggunakan nama asalnya iaitu DAJJAL, tidak perlulah Rasululllah bersabda panjang lebar dalam pelbagai hadith, cukup sekadar satu hadith saja. Rasulullah bersabda tentang Dajjal dengan banyaknya disamping memberikan ciri-ciri fizikal sekali kerana Dajjal itu sukar dikenali. Maka gunanya hadith-hadith yang banyak itu ialah untuk mengenal ia dengan tepat. 

Hipotesis 1 : Dajjal sebagai konsep atau sistem 
Jika benar Dajjal bukan seorang manusia, dan dia adalah simbolik kepada suatu konsep atau sistem, cuba kita baca hadith di bawah. Saya percaya, orang yang menganggap Dajjal sebagai suatu konsep tidak mampu mentafsir hadith ini. Dan tiada nabi, sahabat, ulama atau imam mengatakan Dajjal itu sebuah sistem. 

Hadith Panjang Yang Membatalkan Hujah Hipotesis 1 

(Di sini saya hanya ambil sebahagian potongan hadith panjang itu) . Perkataan yang diwarnakan BIRU adalah hadith, manakala perkataan berwarna MERAH adalah dialog yang ditutur oleh Dajjal dalam hadith Rasulullah. 
Fatimah r.a berkata, “…..maka aku pergi ke masjid dan menunaikan solat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah menyelesaikan solatnya, Rasulullah SAW duduk di mimbar. Sambil tersenyum baginda bersabda; “Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya. Selanjutnya beliau bersabda, “Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?”
Mereka menjawab, “Hanya Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”
Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan atau ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu semua oleh sebab Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang berbai’at untuk masuk Islam. Ia menceritakan kepada ku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia menceritakan kepada bahawa ia mengendarani sebuah kapal bersama tiga puluh orang dari Lakham dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lantas mereka berlabuh di suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu.”
“Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang  yang banyak bulunya, yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakang. Mereka berkata;
“Celaka kamu, apakah kamu ini?”
Binatang itu menjawab; “Aku adalah mata-mata.”
Mereka bertanya, “Mata-mata apa?”
kemudian ia menjawab, “Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana ia merindukan berita dari kamu.”
Tamim ad-Dari berkata, “Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan perempuan.”
Selanjutnya ia berkata, “Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi hingga ke dua mata kakinya. Kami katakan,…”
“Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini?”
Ia menjawab, “Kamu semua telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini?” 
(saya ringkaskan hadith ini)
“…..maka kami pun bersegera menjumpai mu. Kami takut pada binatang itu, dan kam tidak tenang, jangan-jangan ia adalah syaitan betina.”
Orang itu (Dajjal) berkata, “Beritahukan kepada ku tentang kurma Baisan?” 
“Tentang apakah yang ingin engkau tanyakan?” 
“Aku bertanya kepada kamu, apakah kurma itu hampir tidak akan berbuah?” 
“Ya…”
Lalu ia berkata lagi, “Beritahukan kepadaku tentang Tasik Tabriyah.” 
“Tentang apakah yang hendak engkau tanyakan?”, 
“Apakah tasik itu masih berair?” 

(Saya berhentikan hadith ini di sini sahaja untuk penelitian) 
Nah, bagi mereka-mereka yang beranggapan Dajjal adalah seperti Hipotesis 1, sila tafsirkan hadith ini dengan kaedah “mengandaikan” Dajjal sebagai suatu sistem. Bolehkah anda tafsirkan ia? Mana mungkin anda boleh. Jika benar Dajjal itu tidak wujud dan bukan manusia, habis! dengan siapa Tamim ad-Dari bercakap? Adakah Tamim ad-Dari bercakap dengan sebuah SISTEM? Mungkin orang yang berpegang dengan Hipotesis 1 akan berkata begini?
Tamim ad-Dari pergi ke suatu kawasan dan hidup di kawasan itu dengan pemerintahnya menjalankan sistem diktator….bla…bla.. kemudian Tamim ad-Dari kembali ke Madinah dan menceritakan peristiwa hidupnya di kawasan ‘itu’ dengan menggunakan gaya bahasa KIASAN kerana orang zaman dahulu suka bersyair dan bermadah.”
Jika ini jawapan dari kelompok pendokong Hipotesis 1, ini bermakna Rasulullah juga berbahasa kiasan dalam menceritakan hal ehwal Dajjal. Jika Rasulullah bersabda secara kiasan tentang Dajjal, mengapa hadith lain tentang Iblis tidak dianggap kiasan? Mengapa kita percaya Iblis itu ada walaupun kita tidak nampak? sedangkan Dajjal pula kita tidak percaya ia wujud?
Adalah kekuasaan Allah untuk melakukan sesuatu perkara yang di luar jangkaan manusia. Sekiranya ada makhluk berumur panjang seperti jin dan syaitan boleh dicipta adalah tidak mustahil Dajjal juga mampu dicipta Allah. 

Hipotesis 2 : Dajjal Adalah Manusia Berumur Panjang?
Hujahnya adalah mudah. Semua hadith menceritakan Dajjal sebagai seorang manusia. Cuma apa yang tidak digambarkan ialah Dajjal sebagai bapa konspirasi (konspirasi atau fitnah Dajjal tidak disabdakan dengan teliti oleh Rasulullah dengan tujuan untuk kita berfikir tentangnya). Untuk membuktikan Dajjal adalah manusia dan memang wujud hidup sehingga sekarang. Ianya boleh dibuktikan dengan 2 perkara. 

Pertama : Hadith-hadith Rasulullah 
Kedua : Sejarah dunia.
Bukti melalui hadith tidak perlu saya huraikan panjang lebar kerana anda boleh baca sendiri di kebanyakan blog-blog di internet tentang Dajjal.
 Abu Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda: "Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajjal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "
 
saibaba2123
Rasanya ramai yang mengenali Sai Baba yang kononnya dikatakan sebagai jelmaan Dajjal. Beberapa pembaca dan pengembara tanpa segan silu telah membenarkan kata masing-masing tanpa merujuk dahulu hadith-hadith sahih dan situasi masa kini. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa Sai Baba yang terdapat hanya 30 peratus ciri-ciri fizikal Dajjal telah dianggap sebagai Dajjal. 

Siapakah Sai Baba? 
Sebelum melangkah lebih jauh, kita lihat dahulu siapakah sebenarnya Sai Baba. Nama sebenar beliau ialah Sathyanarayana Raju telah dilahirkan pada 23 November 1927. Sai Baba berasal dari Selatan India, sebuah kampung yang bernama Puttaparthi yang terletak dalam daerah Anantapur. Semenjak kecil lagi beliau dilihat sebagai budak yang keramat dan amat alim dalam agamanya.
Keajaiban Sai Baba dikatakan bermula sebelum ibunya mengandungkannya. Menurut cerita, sebelum mengandungkannya ibunya telah bermimpi melihat tuhan Hindu yang bernama Sathyanarayana. Easwarrama memberitahu suaminya telah dia telah mengandung selepas bermimpi melihat tuhan. Dia (ibu Sai Baba) juga mendakwa semasa mimpikan Tuhannya, dia telah melihat suatu cahaya biru datang ke arahnya dan bersatu dengan badannya. Maka disebabkan itu, dia menyimpulkan bahawa itu adalah roh pemberian tuhan Hindu ke dalam kandungannya. Selepas kelahirannya juga, orang-orang kampug mendakwa telah melihat beberapa ekor ular tedung (binatang suci orang Hindu) berkeliaran di luar rumah Sai Baba. 
Ciri-Ciri Persamaan Sai Baba Dengan Dajjal
  • Berambut kerinting
  • Berbadan besar
  • Berupaya menghidupkan yang mati.(Sai Baba tak berjaya menghidupkan semula adik bongsunya yang mati pada 18 Oktober 2003)
Ciri-Ciri Yang Tiada Pada Sai Baba Tetapi Ada Dalam Hadith
  • Ibunya berbadan besar dan rendah manakala bapanya tinggi lampai dan hidung seperti paruh burung.
  • Kulit mukanya putih kemerah-merahan.
  • Berketurunan Yahudi
  • Berasal dari suatu tempat antara Syam dan Iraq
  • Hanya mata sebelah kiri yang dapat melihat, mata sebelah kanan buta dan agak terhapus termasuk wajah sebelah kanan.
  • Memaksa orang awam mengakuinya sebagai tuhan sedangkan Sai Baba tidak menyatakan hal demekian cuma orang ramai yang beranggapan ia berkuasa sperti tuhan. Namun begitu, tiada orang Hindu yang anggap ia tuhan.
Penafian Bahawa Sai Baba adalah Dajjal 
Penafian bahawa Sai Baba bukan Dajjal dapat dilihat pada ibu bapa dan keturunannya sendiri. Ibu bapa Sai Baba tidak kelihatan seperti dalam gambaran hadith malah bukan pula berketurunan Yahudi. Ibu bapa Dajjal yang sebenar telah pun mati sejak sebelum kelahiran Nabi Musa lagi. Selain itu, Sai Baba juga kelihatan semakin tua dan tidak bermaya walaupun ia mendakwa mempunyai kuasa seperti tuhan.
Masyarakat Hindu mungkin mempercayainya sebagai anak tuhan namun ada seorang ahli silap mata terkenal India iaitu Basava Premanand mendakwa Sai Baba menipu dalam ajarannya. Premanand juga memberitahu beliau telah lama mengkaji dan memerhati tindak tanduk Sai Baba sejak tahun 1968 lagi. Laporan berkenaan dakwaan Premanand ini telah dihuraikan panjang lebar dalam majalah “Indian Today” yang diterbitkan pada Disember tahun 2000.
Seperkara yang paling tidak menampakkan ciri-ciri Dajjal ialah Sai Baba tidak berdakwah kepada orang-orang Islam di India. Sedangkan itulah matlamat Dajjal dalam dakwahnya. Dajjal seluruh hidupnya menjadikan Islam sebagai satu target utama untuk dimusnahkan kerana dari kalangan masyarakat Islam akan timbul musuh Dajjal yang utama iaitu Nabi Isa dan Imam Mahdi. 
Bukan itu sahaja yang menjadi penafian terhadap Sai Baba sebagai Dajjal ialah Sai Baba memuji pula agama-agama lain dalam laman web rasminya. Sai Baba bersikap bertolak ansur dan tidak memaksa dan tidak pula merendah-rendahkan agama lain. Adakah Dajjal akan bersikap demikian? 
“Let the different faiths exist, let them flourish, and let the glory of God be sung in all the languages and in a variety of tunes. That should be the Ideal. Respect the differences between the faiths and recognize them as valid as long as they do not extinguish the flame of unity.”
(Sathiya Sai Baba)
Kesimpulan 
Kesimpulannya, Sai Baba bukanlah Dajjal dan Dajjal bukanlah Sai Baba. Penulis langsung tidak bersetuju Dajjal adalah Sai Baba kerana Sai Baba tidak menunjukkan kehebatannya dalam menerbitkan matahari dari Barat. Sai Baba juga hidup lebih dari 70 tahun sedangkan hadith mengatakan Dajjal hanya hidup dikalangan masyarakat setelah ia keluar sekadar 40 hari sahaja. Namun begitu, penulis boleh menerima pendapat sekiranya ada yang mengatakan Sai Baba adlaah bahan ujian Dajjal.
 
Pendapat itu lebih logik dan penulis sendiri agak terdorong dengan pendapat itu. Dajjal masih melakukan kajian-kajian untuk mencari pilihan terbaik tempat, situasi dan imej untuk dia muncul di tengah-tengah masyarakat. Penulis percaya Sai Baba adalah suatu subjek kajian Dajjal untuk melihat sejauh mana penampilan orang India dalam mempengaruhi masyarakat dunia. Maka tidak hairanlah Sai Baba mempunyai pertubuhan seluruh dunia termasuk Russia dan Eropah. Hairannya di Malaysia tidak ada.

Nampaknya Dajjal tidak akan muncul dikalangan masyarakat India kerana Sai Baba kurang dikenali malah berimej selekeh yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang-orang Eropah dan Amerika.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Neil Armstrong | Peluk Islam Kerana AZAN

Neil Armstrong adalah orang pertama yang mendarat di bulan. Armstrong pergi ke bulan menggunakan pesawat ruang angkasa USA bernama Apollo, bersama rekannya Buzz Aldrin. Pergi ke bulan merupakan hal yang amat menakjubkan bagi Armstrong. Saat-saat masa kejayaannya itu, tak pernah dia lupakan.

Sampai akhirnya 30 Tahun berlalu,

Saat itu Armstrong memutuskan untuk mengambil cuti kepada pihak NASA. Ia menghabiskan cutinya dengan berkunjung ke Mesir. Ini kali pertama ia mengunjungi Kairo,atau pertama kalinya ia mengunjungi sebuah negeri Islam dalam bercadang kunjungannya untuk mencari hiburan dan mengembalikan kesegaran setelah penat menghadapi rutin pekerjaan.

Beralih ke Mesir, akhirnya Armstrong bersama pengunjung lain sampailah ke sebuah hotel yang terletak di tengah kota Kairo. Setelah selesai mengurus pendaftaran, dengan perlahan dia pergi menuju kamarnya untuk beristirahat setelah letih menempuh perjalanan yang cukup jauh dari Amerika menuju Kairo. Dan ketika dia berbaring di ranjang, tiba-tiba terdengarlah adzan...

Allahuakbar….. Allahuakbar…..

Ketika mendengar seruan itu, dia berpikir bahwa ini bukan pertama kali ia mendengar seruan seperti ini. Armstrong berpikir dimana dia pernah mendengarnya sebelumnya? Armstrong terus berusaha mengingat, tetapi dia tetap tidak mampu menemukan jawabannya.

Ketika dia sedang makan di salah sebuah restoran fast food, dia sekali lagi terdengar kumandang adzan dari salah satu menara masjid yang banyak di Kairo, dia pun lantas terdiam, mencuba menghayati lantunan kalimat-kalimat adzan yang didengarnya. Kemudian dia memanggil salah seorang pelayan yang ada disana & bertanya dengan bahasa inggris, “seruan apa yg baru kedengaran?”

Pelayan tadi menjawab, “maaf saya tidak mengerti maksud tuan.”

Armstrong cuba mengulang adzan dengan tersangkut-sangkut, “Allahu akbar… Allahu akbar.”

Pelayan kemudian berkata, “itu panggilan untuk solat, panggilan kepada seluruh kaum muslimin untuk pergi ke masjid untuk melaksanakan solat yg dilakukan lima kali sehari.”

Pada keesokkan harinya Armstrong terbangun dengan suara adzan yang kembali berkumandang da dia teringat kembali tiga puluh tahun silam dia menaiki pesawat luar angkasa milik USA , Apollo, yg merupakan pesawat pertama dalam sejarah yg mampu mendarat di bulan. Tiba-tiba dia sadar bahwa “Ya, disanalah aku mendengar seruan ini untuk pertama kalinya dalam hidupku.” ungkapnya.

setelah pulang ke Amerika Armstrong berusaha mendalami agama Islam, disaat itu ia mulai tertarik dengan Islam. Akhirnya, beberapa bulan kemudian, dia memeluk islamannya, dan mengungkapkannya dalam suatu wawancara bahwa ia menyatakan masuk islam.

p/s: Banyak juga versi lain yang mencerita tentang pengislaman neil amstrong..
cerita ini saya ambil dari laman web:
http://www.silverwind69.co.cc/2010/01/kisah-neil-armstrong-masuk-is...

cerita ini juga telah saya dengar di satu majlis ilmu semasa di sekolah dahulu tentang memeluk Islam setelah dia mengetahui suara yang kedengaran semasa misinya di bulan adalah suara azan...

Selain mendengar suara azan...beliau juga ada terlihat satu garisan lurus di permukaan bulan dimana kita ketahui bahawa itu adalah mukjizat Rasulullah s.a.w iaitu bulan terbelah dua....

Peristiwa pengislaman beliau juga ada yang mengatakan yang beliau memeluk di Mesir....setelah dia diterangkan mengenai suara yang didengar itu adalah azan...

Begitu menyedihkan diberitakan semua haknya sebagai angkasawan ditarik berikutan pengislaman beliau...

Kesimpulannya Hidayah Allah s.w.t. akan datang pada sesiapa sahaja atas kehendak-Nya...terserah pada anda untuk mempercayainya atau tidak...
Segala kemusykilan kembalilah kita pada al-Quran dan sunnah....

sekian...jazakallah.....

tambahan:
http://www.mukto-mona.com/Articles/skm/neil_armstrong.htm
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed