Kelibat Seekor Naga Sedang Berlegar Dilangit

Wednesday, October 24, 2012

Kelibat Naga dirakamkan ruang langit berawan di Jiang Xi, China | Mengejutkan jika korang terakam objek aneh di udara seperti seorang lelaki dari Fuzhou China timur bahagian Jianxi. Beliau mendedahkan satu gambar yang berjaya dirakamkan di langit.
Guan Mulin mendedahkan dimana dia berjaya merakamkan gambar naga yang terbang di langit sewaktu dia sedang memandu kereta.
Dia menjelaskan “Saya sedang memandu dan saya dapati orang ramai sedang melihat keatas, lalu saya parking kereta dan memeriksa apa yang berlaku”.
Guan terkejut melihat naga terbang diatas awan ”ini terlihat seperti 2 naga beterbangan di langit, dimana seekor naga dengan kepala dan ekornya yang muncul di sebalik awan” Guan berkata, phenomena itu berlangsung selama beberapa minit sebelum akhirnya naga itu menghilang..
Sejauh mana kebenaran cerita ini, wallahua’lam..

creadit To : Ace

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

11 Tanda Seorang Wanita Meminati Anda

Tuesday, September 25, 2012


11 Tanda Seorang Jatuh Cinta Pada Wanita
Untuk mengetahui seseorang perempuan itu menyintai lelaki amatlah banyak kerana ianya terpulang kepada individu itu sendiri. Jadi disini saya akan memberikan dahulu 11 langkah sebelum saya mengulas lebih panjang dalam entri yang seterusnya.
1. Dia sering membuat ‘eye contact’ dengan anda kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat tahi mata di muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada anda, itu bermakna dia merasakan anda seseorang yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.
2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak dengan anda. Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar, sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.
3. Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah. Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.
4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau mungkin juga mencubit anda dan bukannya ‘body contact’ dalam permainan rugbi. Paling tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan anda.
5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan kata, “adalah…” sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia akan buat anda cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda.
6. Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.
7. Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.
8. Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar dengan mengulang perkataan “bosannye…..” atau mungkin bertanya tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk mengajak anda keluar, dia akan menggunakan perkataan “saya belanja”.
9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah seorang ‘stalker’!
10. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia seringbercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat memuja anda.
11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama anda. Dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika anda susah mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda atau sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.
Sumber di Sini
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

9 Cara Mengurangkan Sakit Senggugut

Sunday, September 16, 2012
Senggugut amat menyakitkan, hanya mereka yang pernah merasa sakit senggugut akan mengerti bisanya. Bagi mengurangkan sakit senggugut, anda boleh mengambil panadol menstrual yang berwarna merah jambu itu, atau 

Petua 1 :
Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
 
Petua 2 :
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.
 
Petua 3 :
Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
 
Petua 4 :
Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab
 
Petua 5 :
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .
 
Petua 6 :
Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula. Namun begitu petua ini masih dipersoalkan memandangkan doktor berpesan supaya pengidap senggugut mengelakkan minum teh dan lain- lain minuman yang sejuk sifatnya.

Petua 7 :
Tuam bahagian sakit dengan tuala panas. Anda boleh memanaskan tuala itu dengan seterika, atau dengan air suam. Tuala juga boleh digantikan dengan botol air berisi air suam. Perlu diingat, air tuaman itu tidak boleh diminum.
 
Petua 8 :
Bagi orang yang kadang- kadang mengidap sakit senggugut, kadang- kadang tidak, ini berkaitan dengan perubahaan rutin. Jika anda seorang yang aktif atau bekerja keras, senggugut tidak pernah menyakitkan. Bagi mereka yang banyak rehat dan kurang cergas, bisa sakit sengugut itu akan lebih terasa.
 
Petua 9 :
Mungkin ada yang lebih suka pil panadol menstrual kerana ia lebih mudah didapati di mana- mana berbanding herba yang jarang- jarang terjual. Anda boleh mencuba satu lagi cara semulajadi, iaitu tidur. Selepas bangun, sakit senggugut itu akan berkurang atau sama sekali hilang. Namu perlu diingat, tidur di tempat dan pada masa yang sesuai sahaja.
 
Creadit To : Scripters
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sesalan Suami Terhadap Isterinya Yang Boleh Membuatkan Anda Mengalirkan AirMata

UNTUK RENUNGAN KAWAN-KAWAN KU YANG DAH BERGELAR SUAMI DAN JUGA SEMUA , UNTUK RENUNGAN BERSAMA.perempuan pun boleh,, agak panjang tp,, kalau baca habis,, kamu akan tahu maksudnya,,, aminn


Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati.. saya tidak tahu.. di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini… ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustz.. tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz, saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yang cukup menyedihkan.. harap ustaz tidak bosan mendengarnya..

Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia. Namun ustaz, saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya.. kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.. Dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.. Seorang yang tidak pandai bergaya, tetapi kuat pegangan agamanya..  Bertudung labuh, Bersopan santun.. Baik budi bahasanya..

Untuk pengetahuan ustaz, perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia… Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yang jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..

Cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.. Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu.. jiwa saya menjadi kacau dan keliru. Saya amat marah kepada isteri saya kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yang amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami… saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tidak tahan dengan kerenah saya. Namun rupanya ustz… isteri saya ini adalah wanita yang penyabar! Pernah saya tidak balik ke rumah dengan tujuan isteri saya akan membenci saya… tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.. dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:

“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz..  pernah suatu hari saya menampar mukanya apabila dia bertanya pada saya…

”Abang dah solat? abang tak pernah solat ke..?”

Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.. perasaan geram! marah! dan rasa terhina..! bercampur ego yang menggila..!

Bengkak pipinya ustaz. dia menangis teresak-esak.. saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya.. tetapi rupa-rupanya dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya tercintanya.

Ustaz, pernah suatu hari dia ingin bermanja dengan saya. membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya. pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone.. ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya, saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya. Dengan linangan air matanya.. dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang bertaburan di lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan!! Saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar. Dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..

Pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz.. pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz.. suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah… dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan. Tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya untuk bangun.

Hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya. Ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali. Berak kencing saya, dia tadahkan! dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli!

Dialah yang memandikan saya! menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya! Bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam, berdenyut-denyut sakitnya.. dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur!

Dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit! Sehingga saya rasa lega dan tertidur.. Tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi kerana risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz.. isteri sayalah yang menyuapkan saya makan.. dia sendiri tidak akan makan,melainkan setelah saya kenyang. Dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya.

Bila saya kenangkan kembali.. sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu.. datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.. kekasih saya,lagi lah! apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun.. dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan.

Kononnya saya suami orang.. huh.. sekarang baru dia kata saya "suami orang".. dulu.. dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..

Ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.. Ustaz.. saya kasar, kejam dan zalim kepada isteri saya yang menyayangi saya.. besarnya dosa saya.. amat menyesal rasanya..

Ustaz.. ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit.. dan saya beransur pulih.. isteri saya jatuh sakit! badannya menjadi kurus kering! tiada selera makan dan terbaring tak bermaya..

Kata doktor yang merawatnya..

"isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati"

Hati saya menjadi sebak.. kerana saya tahu sayalah puncanya.. Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk.. mukanya makin pucat.. tetapi dia tetap senyum.. Saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yang pernah saya lakukan terhadapnya..

Dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….

”Abang saya dah lama maafkan abang… saya sayangkan abang selamanya...


Berderai airmata saya hancur hati saya….!! Pilu bercampur sebak yang teramat sangat…!! diikuti dengan perasaan menyesal tanpa berkesudahan..

Ustaz.. selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.. saya menjaganya setiap hari.. saya belai rambutnya saya kucup dahinya.. sambil airmata ini tidak berhenti-henti mengalir..

”Jangan menangis bang…. bukan salah abang….. mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…

Berdentum seolah-olah hati saya disambar halilintar.. saya menangis lagi.. sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya.. malah ada yang memuji saya, kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri! ternyata pujian itu bagaikan sumpahan untuk saya.

Ustaz….. isteri saya ada berkata :

Saya meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk abang.. kerana masanya untuk menghadap ilahi semakin hampir..

Saya meraung! merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya… tapi katanya.. :

"setiap yang hidup pasti akan mati "

dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik.. kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya. Ustz.. saya menangis sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz… tepat jam 3.00 ptg… setelah dua minggu berada di hospital, isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya dengan bebanan dosa dan jutaan kesalahan dan sesalan yang menerjah hati ini…

Saya meraung semahu-mahunya!!... menyesal di atas kekasaran dan kejahatan yang pernah saya lakukan terhadap arwah isteri saya..

Ustaz, jiwa saya tak tenteram… apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini?..  Apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan oleh Allah..? tolonglah ustaz. Saya amat menderita.. jiwa saya terseksa.. mungkin ini hukuman yang patut saya terima.

Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..

”abang… jagalah diri baik-baik…. jangan lupa tunaikan solat…. berbuat baik… takutlah kepada Allah…. dan jika bertemu dengan insan bernama isteri  jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.

Ustaz.. sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir.. dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati..

Lagu itu adalah Harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati.. Kasih Sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari saya..

Di dalam nota itu dia menulis:

“Abang.. dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…
Dahulu... saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…
Saya teringin sangat-sangat nak makan bersama abang tercinta..
Mendengar cerita abang sebelum tidur..
Menyambut abang pulang dari kerja..
Bergurau dan bermanja dengan abang…
Memeluk abang ketika tidur sambil mencuit hidung abang sebagai gurauan manja..
Tetapi..
Semuanya mungkin tidak sempat bagi saya… jaga diri abang….. sayang abang…. selamanya.

Ustaz.. saya harap ustaz tidak marah saya meluahkan perasaan sebegini panjang pada ustaz….

Kerana inilah pesanan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…

"Ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat untuk tenangkan abang……"

Ustaz…. saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami…. sayangilah isteri anda selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu… janganlah terjerumus dengan kesilapan yang saya lakukan.. pasti anda akan menyesal tak sudah…..

Terima kasih ustaz…. doakan saya…….

~ Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini..
memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yang dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih yang pernah saya baca… tambahan pula lagu yang telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak  dengarkanlah senikatanya..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Revolusi BERUK Masa Depan!

Tuesday, August 28, 2012
Beruk-beruk kini semakin maju setanding dengan arus teknologi masa kini, berikut adalah beruk-beruk yang telah melalui beberapa pahit getir untuk mencapai tahapnya sekarang,

1.Beruk Of PUNK, Sekumpulan beruk yang sangat buruk perangai tabiatnya sama macam diri mereka yang sangat busuk lagi teruk. Beruk-beruk spesis ini kini dilaporkan semakin maju, bukan macam beruk-beruk dihutan, mereka sentiasa melepak dibandar-bandar iaitu ditempat-tempat sampah dengan perangai yang sangat buruk macam beruk serta rupa yang semakin teruk.

2.Skin BERUK Head, spesis ni agak berbeza dengan beruk-beruk yang lain kerana mereka gemar membotakkan kepala mereka, mungkin sebab banyak sangat kutu-kutu yang merayap dikepala. Beruk spesis ni dikatakan menjadi musuh kepada BERUK of PUNK, dan kerap bergaduh sesama sendiri, asal jumpa je gaduh, asal jumpa je gaduh, memang dah macam beruk sebab mereka memang teruk.

3.The RAPdog of BERUK Hot Hit, Oh,mungkin ada kesilapan disini kerana beruk ini adalah spesis KING KONG atau GORILLA yang mempunyai bilangan yang amat besar di serata dunia ! Ya, beruk-beruk ini telah melalui revolusi yang sangat luar biasa kerana mampu menyampaikan mesej-mesej dan kutuk-mengutuk mereka melalui muzik berbentuk RAP yang kini semakin popular. Dengan pelbagai aksesori sana sini, gaya yang pelik, percakapan dan tarian beruk mereka mampu mengatasi beruk-beruk antarabangsa. Sungguh menakjubkan...

4.Che BERUK Marijuana Ganja, Spesis ini satu-satunya beruk yang mempunyai cita-cita kerana daya imaginasi mereka yang sangat tinggi iaitu dengan melalokkan diri dan men-stimkan minda mereka dengan pebagai jenis mak nenek dadah dan ganja. Mereka jugalah dalang iaitu pembekal dan pengedar kepada spesis-spesis beruk yang lain.

5.EMOnasional Of BERUK Dalam banyak-banyak beruk, beruk ini dikatakan mempunyai perasaan yang sangat mendalam, dengan imej yang tersendiri yang sangat pelik dan teruk lagi buruk serupa macam beruk tetapi mereka tetap merasakan diri mereka cool dan bergaya macam shetan...


6.BERUKBand, Identiti spesis ini terpaksa dirahsiakan kerana terdapat bermacam-macam jenis spesis serta mengandungi pelbagai unsur termasuklah 18SG dan 18SX, tapi spesis ni kadang-kadang je hebat dan selalunya sangat hampeh, kerana gerak gerinya yang terlalu lemau dan lembab macam siput gajah... 



Budaya beruk-beruk BARAT kini semakin berleluasa dan mendapat sambutan diseluruh dunia, tak terkecuali juga negara MALAYSIA, sebagai Rakyat Malaysia, janganlah kita lupa BUDAYA dan ADAT . 

Tak perlu nak ikut dan puja budaya-budaya luar yang dah terang-terang sangat hampeh dan buruk macam beruk-beruk diatas kecuali yang no6.

hahah!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ketahui 9 Keturunan Setan



 


Setan Zalitun bertugas menggoda penghuni pasar dalam transaksi jual-beli dengan menyuruh untuk melakukan kedustaan, penipuan, memuji-muji barang dagangan, mencurangi timbangan/takaran, dan bersumpah palsu. 
 
Setan Watsin bertugas menggoda manusia yang tertimpa musibah agar tidak bersabar sehingga yang bersangkutan berteriak histeris, menampar-nampar pipi, dan sebagainya. 
 
Setan A’wan bertugas menggoda para penguasa untuk bertindak zhalim. 
 
Setan Haffaf bertugas membujuk dan menggoda orang untuk meneguk minuman keras. 
 
Setan Murrah bertugas menggoda orang agar asyik bermain seruling atau alat musik berikut nyanyiannya. 
 
Setan Laqus bertugas menggoda orang untuk menyembah api. 
 
Setan Masuth bertugas menyebarkan berita-berita dusta lewat lisan manusia sehingga tidak bisa diketemukan berita yang sebenarnya. 
 
Setan Dassim berada di dalam rumah. Jika seseorang tidak mengucapkan salam sewaktu memasuki rumahnya dan tidak pernah menyebut nama Allah di dalamnya, maka setan tersebut akan menimbulkan perselisihan sehingga akan terjadi thalaq, khulu’, dan pemukulan. Singkatnya, setan ini selalu ingin menciptakan ketidakharmonisan dalam rumah tangga. 
 
Setan Walhan bertugas menggoda dan mengacaukan manusia dalam berwudhu’, solat, dan dalam ibadah-ibadah yang lain.
 
Creadit to :  dayak
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

" Misteri Masjid Di Atas Gunung "

.Khezr Mosque at Khezr Mountain, Iran
 

lagi sumber rujukan bergambar :
 
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Cerita Petua Nabi Muhammad SAW

Petua Kesihatan

Seorang tabib dihantar oleh Penguasa Mesir ke Madinah sebagai menunjukkan tanda persahabatan. Sepanjang dua tahun tabib itu berada di sana, tidak ada seorang pun yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan. Tabib menjadi hairan dan bosan kerana tidak dapat memberikan sebarang perkhidmatan dan pertolongan kepada penduduk Madinah seperti yang di arahkan oleh Tuannya.

Dengan keraguan yang menyelimuti hati dan fikirannya, Tabib itu pergi berjumpa Nabi Muhammad SAW untuk mendapatkan kepastian yang jelas.

Dia bertanya Nabi Muhammad SAW, “Adakah penduduk sini takut untuk berjumpa tabib?”

“Tidak! Dengan musuh mereka tidak takut, apatah lagi dengan tabib.” Jawab Nabi Muhammad SAW dengan tegas.

Tabib bertanya lagi, “Tapi mengapa sepanjang 2 tahun saya di sini, seorang pun tidak berubat dengan saya?”

Nabi menjelaskan “Sebab penduduk Madinah tidak ada seorang pun yang sakit.”

Tabib itu kurang mempercayai Nabi dan berkata, “Masakan tidak ada satu orang pun yang sakit.”

Melihat keraguan tabib itu, Nabi mempersilakan tabib itu menjelajah ke merata pelusuk Medinah untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.

Tabib itu beredar dan menjelajah ke pelusuk Madinah. Puas dia mencari pesakit tetapi tidak menjumpai walau seorang pun daripada yang bayi sehinggalag orang tua. Terbuktilah kepadanya kebenaran kata-kata Nabi itu.

Didorong oleh perasaan ingin tahu dan kekagumannya, tabib itu sekali lagi berjumpa Nabi saw. lalu berkata, “Benar seperti kata-kata baginda. Apakah petua sehingga semua penduduk Madinah sihat-sihat belaka?”

Nabi menerangkan, “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan jika tidak lapar. Dan jika kami makan, kami tidak makan sehingga terlalu kenyang.Itulah petua untuk kesihatan. Yakinilah makanan yang halal dan baik.Makanlah untuk terus hidup kerana ingin bertaqwa kepada Allah bukan sekadar memuaskan hawa nafsu.” 

Creadit To : Ace
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

9 Soalan telah di Jawab Dengan 9 Jawapan Dalam Al-AlQuran

 


Soalan 1: Kenapa Aku Diuji?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." 
(Surah al-Ankabut ayat 2-3).

Soalan 2 : Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)

Soalan 3: Kenapa Ujian Seberat Ini?
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Soalan 4: Kenapa Kita Rasa Kecewa?
"Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman"
(Surah Ali Imran ayat 139)

Soalan 5: Bagaimana Harus Aku Hadapi Kesusahan Ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
(Surah al-Baqarah ayat 45)

Soalan 6: Kepada Siapa Aku Berharap?
"Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal"
(Surah at-Taubah ayat 129)

Soalan 7: Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ujian Ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka"
(Surah at-Taubah ayat 111)

Soalan 8: Aku Tidak tahan dengan ujian ini!
"...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"
(Surah Yusuf ayat 12)

Soalan 9: Sampai bila aku Akan Merana?
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
(Surah al-Insyirah ayat 5-6)

Akhir kata
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah "
(Surah Al-Hadid ayat 22) 
"Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz)" 
(Surah Yunus ayat 61)
 
 
Creadit To : as_beb
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

CARA2 melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita


Memberi maaf memang mudah tapi nak melupakan habis apa yang orang dah buat pada kita seolah-olah tiada apa-apa, itu agak mencabar.
Saya tak suka kata susah, saya memilih untuk kata ‘mencabar‘ sebab perkatan tu lebih positif. Menyebut perkataan ‘susah‘ membuat kita terdorong untuk berfikiran negatif kerana bunyi perkataan tu agak negatif.
Dah jadi lumrah agak mencabar melupakan perangai orang yang menyakitkan hati kita. Tapi, jika Anda nak berjaya, nak menjadi orang hebat dalam bidang Anda sekarang ni dan Anda betul-betul nak berubah, Anda kena melatih diri untuk melupakan kesalahan orang.
Cemana nak melupakan?
Ikuti 3 langkah di bawah:

Langkah 1: Tutup cerita lama, buka cerita baru.
Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang.
Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan diri kalo diingat selalu.
Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.

Langkah 2: Anggap setiap hari adalah hari yang baru dan tiada kaitan langsung dengan hari-hari buruk yang dah berlalu.
Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini, pada masa kini. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita perlu sentiasa gembira.
Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, iaitu cerita lama kita. Maknanya, masa depan kita pun tak ada guna kalo macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah kita.
Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita.
tiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.

Langkah 3: Pendirian mesti mau kuat, fikiran kena matang.
Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran, Anda kena kawal emosi.
Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.

selamat mencuba :-)

creadit to : as_beb
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jangan Berfikiran Kolot Tentang Dajjal

Saturday, August 11, 2012


Pengenalan

Umumnya masyarakat Islam atau lebih tepat lagi 98 % berfikiran kolot tentang makhluk bernama DAJJAL serta saat-saat kemunculannya. Apakah yang dimaksudkan dengan KOLOT? Apakah kaitannya dengan masyarakat Islam?

KOLOT bermaksud ‘jumud‘ atau ketinggalan zaman atau lebih tepat lagi ‘cara lama‘. Manakala ‘Berfikiran Kolot’ pula ialah memikirkan sesuatu perkara dengan ‘cara lama’ (old style) dan langsung tidak memperbaharuinya.

Sebagai contoh, sepasang suami isteri Muslim yang berpendidikan tinggi dan moden mendapati anak mereka sakit demam yang berpanjangan walaupun sudah banyak kali berjumpa doktor. Tanpa berfikir panjang mereka mengesyaki anak mereka terkena sampuk syaitan atau perbuatan orang yang mana kebetulan juga mereka tidak berapa baik dengan jiran sebelah rumah.

Maka pasangan tersebut telah membawa anak mereka berjumpa bomoh. Memandangkan pasangan tersebut orang kaya, maka adalah sukar seorang bomoh untuk mengatakan ‘anak mereka sakit biasa saja’, peluang terbaik untuk mendapat income lebih ialah mengatakan ‘anak anda kena buatan orang’.

Itulah cara pemikiran kolot orang Islam, sudah belajar tinggi-tinggi masih mencari bomoh yang tiada sijil SIRIM itu. Begitulah juga tentang hal ehwal Dajjal. Umat Islam masih memikirkan Dajjal seperti berikut ;

A. Gambaran paling kolot !

* Digambarkan bermata satu dan bertanduk serta berbadan besar.
* Digambarkan sebagai raksasa yang ganas.
* Digambarkan seperti raksasa yang berjalan di atas permukaan bumi dan memijak semua rumah-rumah.

B. Gambaran kolot !

* Dajjal digambarkan orang bermata satu yang datang dengan tentera-tenteranya di atas satu kapal angkasa.
* Dajjal digambarkan memaksa setiap orang yang dijumpainya supaya mengaku dirinya sebagai tuhan.
* Dajjal digambarkan suatu manusia yang berperwatakan ganjil dan keadaan fizikalnya yang menakutkan serta suka membunuh semua orang yang dijumpainya.

Setelah berfikiran seperti A dan B, umat Islam secara sendirinya cuba membentuk pula jalan penyelesaian masing-masing terhadap persoalan, “apa aku nak buat jika Dajjal datang kepada ku?”

Berikut pemikiran kolot umat Islam tentang jalan penyelesaian menghadapi Dajjal;

A. Penyelesaian paling kolot !

* “Apa aku nak takut! Jika dia paksa aku, aku tetap akan berlawan jika aku mati nanti, aku akan mati syahid macam sahabat nabi“
* “Aku akan pastikan tempat persembunyian aku tidak diketahui Dajjal.”
* “Aku akan pastikan tempat sembunyi aku di bawah tanah kerana rasaksa Dajjal itu tak boleh nampak dengan jelas”

B. Penyelesaian kolot !

* “Kalau Dajjal suruh mengakui dia sebagai Tuhan, aku akan angguk saja supaya dia tak bunuh aku. Tetapi hati aku tetap akan berniat dia bukan Tuhan, kalau tidak murtadlah aku.”
* “Kalau Dajjal paksa aku mengakui dia sebagai tuhan, baik aku ikut sahaja. Lepas tu kalau aku jadi orang dia, aku akan cari peluang bunuh dia.”


Itulah pemikiran-pemikiran kolot yang dapat penulis kumpulkan. Dan banyak lagi pemikiran kolot yang tak dapat penulis tuliskan kerana terlalu banyak yang merapu dan tidak masuk akal.

Gaya Berfikir Kolot Memudahkan Kerja Dajjal?

Jika umat Islam mempunyai fikiran seperti A dan B, manakala jalan penyelesaian juga seperti A dan B, seronoklah Si Laknat itu. Mungkin ada yang memikirkan bahawa Dajjal tidak tahu cara berfikiran kolot di atas. Mana mungkin tidak! Dajjal dimudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan kerja-kerja terkutuknya.

Dajjal ditakdirkan Allah untuk mendapat bantuan dari Iblis dan sekutu-sekutu syaitan. Di dalam diri manusia mempunyai nafsu yang sememangnya dikuasai oleh syaitan untuk menyesatkan iman kita. Memandangkan gerak kerja Dajjal dibantu syaitan dan Iblis adalah tidak mustahil apa yang difikirkan manusia dilaporkan oleh syaitan untuk tujuan kajian Dajjal.

Dajjal akan mengumpulkan semua pemikiran manusia untuk dibuat satu kesimpulan yang khusus. Jika sekiranya Dajjal mendapat maklumat bahawa 90 peratus golongan remaja meminati dunia hiburan atau lebih cenderung kepada muzik. Maka Dajjal akan melaksanakan suatu bentuk penyelidikan bagaimana untuk mempengaruhi pemikiran remaja melalui muzik.

Dengan bantuan syaitan ini, Dajjal lebih mudah juga untuk memikirkan bagaimana untuk menerapkan nilai-nilai kesyaitanan dan pemujaan terhadap dirinya melalui muzik dan hiburan. Untuk memaksa manusia menyembah Dajjal secara terang-terangan adalah sukar, kerana masing-masing mempunyai agama sama ada Islam, Kristian, Yahudi atau sebagainya.

Tetapi untuk membuat manusia mengakuinya sebagai tuhan tanpa manusia sendiri sedari adalah suatu perkara yang mudah. Jika aspek hiburan adalah senjata, maka hiburanlah yang perlu kita ambil peduli dan berhati-hati.

Ingatlah wahai saudara-saudara sekelian, raksasa atau makhluk aneh yang anda tunggu-tunggu tidak akan kelihatan sampai bila-bila. Apa yang pasti, yang akan muncul nanti ialah seorang manusia yang kelihatan normal, berpendidikan, prestij, berkaliber dengan gaya ahli politik yang luar biasa. Manusia itu bernama Dajjal. Kenyataan ini telah banyak dibahaskan oleh kebanyakan pemikir-pemikir Islam dan Barat.

Cara ia memunculkan diri dan hari kemunculannya tidak diketahui melainkan konco-konconya yang terdiri dari kalangan pemimpin-pemimpin beberapa negara Eropah, billionaire dan ketua agama Yahudi. Saat ia muncul, semua umat Islam tidak menyedari kerana umat Islam masih memperhatikan manusia yang bermata satu, berbadan besar dan tertulis KAFIR di dahinya.

Semua itu tidak kelihatan. Walaupun hadis mengatakan Dajjal dengan ciri-ciri mata satu, berbadan besar tetapi semua itu boleh diubah Dajjal cuma hanya pada keadaan tertentu yang menampakkan ia begitu. Dan itulah tujuan hadis disabdakan, untuk dikaji dan diselidiki bukannya difahami secara luaran sahaja.

Hanya yang dapat mengenali Dajjal adalah konco-konconya dan ulama-ulama yang zuhud yang mana mereka dapat menghidu bau bencana akhir zaman ketika kemunculannya itu.

Adakah Hiburan Senjata Ampuh Dajjal ?

Ya, telah terbukti bahawa dunia berubah-berubah secara serentak dari segi fesyen dan alunan muzik melalui dunia hiburan. Bermula dengan agogo, twist, rock N roll, rock metal, hard rock, rap, reggae hinggalah sekarang ini semuanya berlaku secara serentak. Menghairankan ! Yakni apa yang berlaku di negara maju sama ada cara muzik dimainkan atau cara berapakaian semuanya diikuti oleh negara dunia kedua dan ketiga.

Dan sekarang ini, suatu era baru yang diketengahkan Dajjal melalui konco-konconya di Hollywood ialah ‘hiburan realiti’. Rancangan bercorak ‘realiti’ semakin menular malah lebih cepat dari virus H5N1 (Birdflu) ke dalam umat Islam.

Tak perasankah anda? Anda tentu perasan…semua ini dilihat berlaku dengan cepat dan Akademi Fantasia yang penuh maksiat dan fantasi itu menjadi pelopor sebelum Malaysian Idol dibawa masuk. Seperti yang kita ketahui, konglomerat hiburan dalam Malaysia adalah dikuasai bangsa asing termasuklah semua stesen TV (kecuali RTM). Maka seharusya kita berwaspada dengan dakyah Dajjal semua ini.

Na’uzubillahiminzaalik…..

Sumber di Sini
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Mesin Merentas Masa Tidak Akan Wujud

Wednesday, August 1, 2012

Dunia perfileman barat amat beriya-iya mempromosikan filem yang bercorak “merentas masa”. Mereka cuba mengakademikkan angan-angan dengan mencipta pelbagai teori matematik dan fizik. Maka muncullah formula-formula palsu untuk mencipta mesin merentas masa.

Konsep Einstein dalam Teori Relativiti

Dunia kajian merentas masa dari pandangan barat dikatakan dipelopori oleh profesor Yahudi bernama Albert Einstein. Profesor ini dalam kajian-kajian awalnya mengatakan masa boleh direntas sekiranya kita dapat menjumpai ruang masa ini.

Menurut pakar fizik dan astronomi, John Wheeler, Wormhole adalah sejenis ruang perjalanan pintas ke arah tempat yang jauh dan masa. Melalui wormhole, manusia dapat pergi ke satu generasi ke generasi yang lain dalam jarak masa yang singkat.

Manusia juga dapat memilih tarikh, tahun dan tempoh yang dikehendaki untuk pergi ke sana dengan bebas tanpa sebarang gangguan dan sekatan.

Antara filem yang paling mempengaruhi pemikiran masyarakat dunia tentang time travel ialah Back to the Future. Kebijaksanaan seorang profesor yang berimej rambut ala Einstein telah berjaya membantu seorang remaja kembali ke masa lampau.



(Dari kiri) Albert Einstein, John Wheeler dan Hermann Wehl


Namun begitu, John Wheeler yang sudah membangunkan teori Wormhole sejak 1957 sendiri tidak mampu memberikan bukti-bukti kukuh untuk menyakinkan masyarakat tentang kemampuan merentas masa.

Wheeler sendiri kelihatan banyak menciplak idea-idea Hermann Wehl dari Jerman yang sudah pun berteori tentang wormhole sejak 1921.

Keghairahan Dunia Akademik Dalam Isu Merentas Masa

Merentas masa adalah satu angan-angan yang cuba direalisasikan oleh dunia akademik barat. Ringkas kata, Dajjal memang tahu ianya tidak akan berlaku tetapi ia mahu masyarakat dunia berusaha ke arah angan-angan kosong yang tidak akan berlaku sehingga kiamat.

Jikapun Allah mengizinkan ada mesin yang mampu merentas masa, maka orang yang paling bermasalah ialah Dajjal itu sendiri. Apakah mungkin syeikh-syeikh Arab sanggup mengeluarkan wang beratus-ratus billion dollar untuk melancong dengan mesin tersebut?

Jika ada orang Islam yang mempunyai mesin masa, sudah pastilah Dajjal akan menghadapi masalah paling besar kerana 10 tahun dari sekarang kemungkinan besar teori bahawa Samiri yang disebut dalam surah Toha adalah Dajjal mungkin sudah banyak terima pakai.

Apabila teori Samiri adalah Dajjal diterima pakai, maka lebih baiklah orang Islam pergi berjumpa dengan Samiri yang mengikut rombongan Bani Israel merentas Laut Merah dan membunuhnya terus. Mungkin itulah yang paling banyak akan berlaku.

Masalahnya, masyarakat Islam tidak mahu menerima hakikat dan masih seronok berteori dengan Teori Relativiti ciptaan Albert Einstein itu. Amat menghairankan…

Bukti Mesin Merentas Masa Tidak Akan Tercipta

#Bukti 1 : Peringatan Rasulullah

Terdapat banyak bukti yang menunjukkan manusia tidak dibenarkan atau diizinkan merentas masa lampau (past) dan pergi ke masa hadapan (future).

Persoalan perkara yang lepas (past), sememangnya wajibak diimani bahawa kita tidak boleh lagi kembali ke masa tersebut. Sabda Rasulullah SAW;

Rebutlah peluang lima sebelum lima; masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa miskin. Masa hidup sebelum tiba mati.”

Jika masa itu boleh berpatah balik maka tak perlulah Rasulullah SAW bersabda seperti di atas. Adalah lebih baik baginda mengatakan “…kembalilah kamu ke masa lampau untuk memperbetul kesilapan.”

Baginda Rasulullah SAW yang maksum dan penghulu segala nabi sendiri tidak diberikan kelebihan merentasi masa, inikan pula kita manusia biasa yang penuh dengan noda. Hadith di atas jelas menunjukkan ketegasan Rasulullah mengenai masa.

Ia bermakna, seseorang hamba Allah tidak akan dapat mengembalikan waktu-waktu yang telah lepas. Setiap waktu dan saat yang dianugerahkan Allah untuk dilaluinya adalah amat berharga.

#Bukti 2 : Peringatan Allah dalam Al-Quran

Di dalam ayat Al-Quran, Allah SWT menegaskan dengan jelas berkenaan masa;

Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta pula berpesan-pesan dengan kesabaran.”

(Al-Asr, 1-2)

Nah, keseluruhan surah ini sudah tepat untuk membalas semua hujah ahli-ahli fizik seluruh dunia yang cuba memperkenalkan teori merentas masa. Tidak perlulah lagi bagi kami menghurai panjang akan ia.

#Bukti 3 : Merentas masa menyalahi konsep taubat

Bukti ke 3 yang menunjukkan mesin merentas masa tidak akan tercipta ialah kerana ia membelakangi konsep taubat. Islam menyuruh umatnya sentiasa bertaubat bukan sahaja kerana dosa tetapi kerana masa tidak boleh berpatah balik.

Konsep taubat ini wujud kerana semua umat Islam harus meyakini bahawa kita tidak boleh kembali ke masa lalu untuk membetulkan semula kesilapan lampau.

Setiap umat Islam disarankan memperbanyakkan taubat tanpa menunggu dosa itu wujud. Ini berdasarkan firman Allah SWT;

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan orang-orang yang banyak mensucikan diri.”

(al-Baqarah, 222)

Firman Allah lagi;

Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian orang-orang Mukmin, semoga kamu mendapat kebenaran.”

(an-Nur, 31)

Allah telah memberi amaran kepada usaha sia-sia manusia ini dengan mendedahkan bahawa semua urusan peribadi manusia dan takdir masa depannya sudah pun tertulis di dalam Lauh Mahfudz. Allah sudah pun menetapkan bagaimanakah nasib setiap hamba ciptaan-Nya.


Isu Merentas Masa Dikalangan Para Wali

Dikalangan para ulama hatta nabi sekali pun tidak berlaku ke atas mereka kemampuan “merentas masa”, inikan pula kita manusia yang penuh hina dan noda. Apatah lagi golongan kafir seperti Albert Einstein yang bercita-cita tinggi itu.
Hatta Dajjal sekali pun tahu masa tidak boleh diubah, yang berlalu tetap berlalu dan yang akan datang belum pasti lagi.

Setakat ini, belum lagi kita melihat ada dikalangan wali dapat pergi ke masa lampau atau masa hadapan. Terdapat isu seseorang yang istimewa atau mempunyai kelebihan psikik anugerah Allah.

Golongan ini dapat melihat masa lampau hanya dengan cara menyentuh barang-barang kegunaan orang lain atau memegang sesuatu objek atau melalui sesuatu kawasan. Ia perkara yang benar dan realiti.

Psikik tidak merentas masa

Psikik terkenal bernama Dorothy Allison (gambar) yang tinggal di daerah Nutley, New Jersey pernah membantu polis negeri dan FBI menyelesaikan kes jenayah misteri iaitu kes JonBenet Ramsey (JBR). Kejayaan Allison membuatkan dia dipanggil sebagai tetamu undangan khas rancangan Larry King Live.

  Tetapi Allison tetap berada di tempat kejadian untuk mengesan kesan-kesan yang ditinggalkan penjenayah. Allison tidak hilang dari kedudukannya untuk pergi ke zaman silam. Ini secara langsung membuktikan individu psikik tidak boleh merentas masa.

Pandangan Para Wali Melihat Sejarah Seseorang
Melihat sejarah hidup seseorang dengan cara merenung wajahnya bukanlah tergolong dalam konsep merentas masa. Walaupun si pelihat itu (mungkin wali atau nabi) mampu melihat secara jelas, tetapi ia tidak mampu masuk ke dalam “masa lampau” yang dilihat. Ia hanya mampu menjadi penonton.

Suatu perkara yang mampu diusahakan manusia berkaitan masa ialah mempercepatkan perjalanan. Misalnya, pukul 2.00 petang berada di London, kemudian pukul 2.15 berada di Tokyo. Hanya itulah peluang yang ada untuk diusahakan oleh manusia.

Melajukan pergerakan objek tidak akan terkeluar dari batas masa. Jika objek itu boleh bergerak 100 kali lebih laju dari kelajuan cahaya pada tarikh 23 Januari 2009, maka objek itu tetap akan berada pada tarikh dan hari yang sama juga iaitu 23 Januari 2009.

Maka peluang itu nampaknya jelas kelihatan diambil sepenuhnya oleh Nicola Tesla dalam projek Eksperimen Philadephia. Telah kami jelaskan sebelum ini dalam artikel yang bertajuk “Cara Asif memindahkan Istana Balqis.”

Kefanatikan Golongan Fizik

Amat menyedihkan apabila pakar-pakar fizik umat Islam boleh terpengaruh dengan dakyah sesat teori Einstein, Wheeler dan Hermann. Mereka amat kagum dengan susunan fungsi fizik yang penuh nilai estetik.

Mereka berbincang berbicara suatu perkara yang telah ditetapkan dalam lauh mahfudz. Padahal, itu hanyalah pekerjaan yang sia-sia sahaja. Catatan dalam lauh mahfudz adalah kekuasaan Allah. Ianya tidak boleh diubah lagi, ianya tetap tertulis di situ.

Firman Allah SWT;

“(Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran.”

(al-Buruj, 19)

“(lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfudz.”

(al-Buruj, 22)

Kefanatikan golongan fizik lebih kelihatan fanatik apabila suatu pendekatan fungsi fizik diperkenalkan iaitu Wormhole Metric. Secara pokoknya, masyarakat cuba diberitahu bahawa merentas masa itu boleh dilakukan jika pengirannya betul dan formulanya tepat.




Maka disebabkan itu, seringkali kita dihidangkan dengan filem-filem merentas masa yang akan mempamerkan seseorang saintis membuat pengiraan matematik fizik di buku notanya.

Isu Ruang Masa Dalam Buku Muhammad Isa Dawud

Berasaskan ulasan buku Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia yang pernah kami nyatakan sebelum ini, Muhammad Isa Dawud banyak membangkitkan soal masa dan celahan-celahannya. Namun begitu, ulasannya dilihat berhati-hati dan tidak mempersoalkan merentas ke masa lampau.

Antara kes-kes celahan masa yang dimuatkan Muhammad Isa Dawud ialah berkenaan seorang kanak-kanak perempuan bernama Karen yang terjatuh di suatu tempat asing. Dikhabarkan bahawa Karen telah dibawa oleh sekumpulan makhluk seakan-akan manusia meninjau ke kawasan mereka.

Karen merasakan ia berada dikalangan makhluk-makhluk itu dalam tempoh sehari semalam sahaja tetapi, ibu bapanya hanya menjumpai beliau selepas 8 hari pencarian.

Kes ini ditafsirkan oleh Muhammad Isa Dawud sebagai terjatuh di celah masa. Muhammad Isa Dawud juga berandaikan anda kehidupan lain yang jauh di dalam bumi.

Tinggalkan Yang Sia-Sia, Kejar Yang Tersedia

Apakah peranan umat Islam dalam isu time travel ini? Tidak lain tidak bukan ialah jangan membuang masa untuk mencipta mesin merentas masa kerana mesin itu memang mudah dicipta tetapi ia tidak mampu pun bergerak.

Satu perkara yang perlu pakar-pakar fizik Muslim menyibukkan diri adalah berkaitan dengan mencari pendekatan fizik untuk melajukan pergerakan objek dalam period masa yang sama. Pakar-pakar fizik Muslim perlu mencontohi usaha Prof Dr. Yahaya Said al-Mahjari.

Walaupun sekadar teori, usahanya bukanlah untuk mencari bagaimana untuk merentas masa, tetapi ia mencari bagaimana menggerakkan suatu objek ke tempat yang jauh tanpa sebarang pengangkutan seperti yang dilakukan Asif bin Barqiya.

Usaha sebegitu tidak terkeluar dan terlanggar persoalan keimanan kepada qada’ dan qadar Allah.

Wallahu’alam…
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pemimpin Bani Tamim

Tuesday, July 31, 2012
Pemuda Bani Tamim

Banyak hadis menerangkan siapa Pemuda Bani Tamim ini. Kerana itulah dia menjadi sebuah nama yang popular kepada mereka yang mengkaji perihal kronologi kiamat.

Antara tanda fizikalnya ialah-

-Sederhana tubuhnya
- Janggut nipis
- Tidak tinggi tidak rendah
- Sawo matang
- Bergigi sulah
- Dan lain-lain

Dia juga di gelar al-mansur dan yang paling terkenal ialah Syuib bin Salleh.

Setelah kita kaji dua watak sebelum ini iaitu Pemuda Bani Hasyim di Malaysia, aris al-Haasth di Indonesia, maka Pemuda Bani Tamim di mana?

Dalam versi hadis, negara belakang sungai dan timur jauh sudah di duduki, hanya tinggal Khurasan. Dalam versi notradamus pula, great intermixed nation dan eastern latin sudah di duduki. Tinggal kini, arabic intermixed via north africa.

Baiklah kita kaji perihal lokasi dahulu.

 
Versi hadis mengatakan Khurasan adalah tempat munculnya pemuda ini. Dimanakah khurasan. Jika di amati, Khurasan ada di Iraq(kalau tidak silap), akan tetapi, nabi mengisyaratkan Khurasan yang lebih timur tetapi menunjukkan tongkatnya ke arah selatan (kalau tidak salah ada hadis ini tetapi tidak tahu sahihnya)

Berbalik pada versi Notradomus pula, kita sudah dapat mengagak apa yang ingin dinyatakan itu.
Arabic via north africa. Negara arab apakah yang paling hampir dengan Afrika? Sudah tentu jika kita lihat dalam peta dunia, kita akan dapat lihat EGYPT/MESIR.

Maka, disini kita boleh kaitkan bahawa Pemuda Bani Tamim munculnya di timur.

Tetapi serasikah dengan hadis mengenai fizikal dan kemunculan Pemuda Bani Tamim?
sabda nabi ada mengatakan bahawa pemuda ini adalah keturnan arab yang sudah bercampur dengan bangsa lain. kulitnya sawo matang dan tubuhnya sederhana.





 Jika di lihat kembali, asal keturunan pemuda ini adalah orang arab yang datang berdakwah ke luar. Tetapi di manakah lokasi paling tepat untuk menyatakan bangsa yang berkulit sawo matang dan bertubuh kecil serta menerima islam sehingga menjadi ‘ajam’.

Jawapannya hanya tanah melayu. Masalahnya kini, Malaysia atau Indonesia. Sehingga kini, saya tidak mampu menjawab, akan tetapi lahirnya pemuda ini bukan untuk menunjukkan negara mana lahirnya dia dan seterusnya menjadi daulah islamiyah kedua. Lahirnya pemuda ini adalah ‘represent’ melayu, bukannya negara. Mungkin lebih tepat lagi, tanah melayu.

Kerana itulah pemuda ini akan berjumpa dengan Haris al-Harasth dan ‘united’ di bawah satu panji iaitU, panji hitam.

Sebelum saya menulis, saya sudah menkaji dan membawa buku dan artikel mengenai pemuda ini dan kes pemuda ini lah yang menjadi pemangkin pencarian saya sehingga ke tahap ini.

Baiklah berikut artikel mengenai Pemuda Bani Tamim. Untuk informasi tambahan.

Silat Cekak @ Bagan Lalang by irwandy.

1. Namanya ialah Syuaib bin Saleh

Sabda Nabi SAW,
“Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.”

Ammar bin Yasir RA berkata,
“Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Saleh.”

 Iaitu bukan nama sebenarnya tetapi merujuk kepada Bani bangsanya (Bani kecil dari suatu bangsa), merupakan seorang yang baik dan keluarganya juga adalah orang-orang yang berakhlak baik.

Persoalannya, kenapa nama Putra Bani Tamim itu bukannya Syuaib bin Saleh seperti yang dinyatakan oleh hadis Nabi SAW? Bukankah Syuaib bin Saleh itu adalah nama sebenarnya Putera Bani Tamim itu? Atau apakah hadis Nabi SAW itu palsu atau jika benar kenapa namanya tidak benar-benar Syuaib bin Saleh?

Sesungguhnya hadis itu adalah benar, bukan hadis palsu. Mustahil Nabi SAW berdusta, kerana setiap hadis dari Nabi SAW adalah datang dari Allah. Bagaimana Nabi SAW dapat berdusta? Nabi SAW adalah sodiqul masduq (seorang yang benar lagi dibenarkan). Dari segi bahasa Arab, kalimah Syu’bun berarti Bani bangsa atau puak dari suatu bangsa. Sedangkan kalimah Syu’aibun bererti suatu Bani kecil dari sebuah kabilah. Lagipula, Nabi SAW tidak pernah menyatakan bahAwa PutEra Bani Tamim itu benar-benar bernama Syuaib bin Saleh.

Kalimah Bin itu pula berasal dari Ibnun, ertinya anak lelaki. Atau lebih tepat lagi, seorang lelaki. Maknanya peribadi Syuaib itu adalah:

* Seorang lelaki (benar-benar seorang lelaki, bukan perempuan).
* Yang memiliki sifat-sifat seorang lelaki (berjanggut, bermisai, berjambang dan berserban).
* Seorang yang berwatak lelaki (berani, gigih, sabar, pejuang, berpikiran luas, senantiasa berhubungan dengan masyarakat dan jauh langkahnya).
* Merupakan lelaki Allah (Rijalullah) yakni beliau adalah seorang yang bertaraf wali, ulama sejati, ulama mujahid dan mujtahid.

 Jika diperhatikan benar-benar, penggunaan kalimah Bin itu merupakan suatu sebutan yang agak janggal dalam bahasa Arab. Agak jarang orang Arab disebut dengan Bin, yakni disambung namanya dengan sebutan Bin. Cuma orang Islam di Nusantara saja yang lazim berbuat demikian.

Kalimah Saleh pula bermaksud orang yang baik.
Baik di sini bermaksud seperti berikut:

* Baik namanya, iaitu bukan nama yang bercampur-campur dengan istilah dari bahasa Sansekerta, nama setempat atau dari bangsa yang bukan Islam.
* Baik keperibadiannya iaitu dikenal sebagai seorang yang tetap teguh dengan pendiriannya.
* Baik akidahnya iaitu seorang yang benar-benar mengikuti akidah Islam yang sejati.
* Baik keturunannya iaitu keturunannya diketahui dari yang baik-baik, tidak tercemar dengan akhlak-akhlak yang rendah.
* Baik agamanya, iaitu beliau dan keturunan sebelah atasnya adalah dari kalangan ahli-ahli agama atau orang yang cinta agama.
* Beliau memang seorang yang saleh. Saleh di sini ialah baik dan banyak amalan agamanya. Amalan agama itu sudah melekat dengan dirinya sejak dari kecil.
* Baik pemikirannya iaitu seorang yang mempunyai ideA yang baik untuk mengubah masyarakatnya untuk menghayati ajaran Islam sejati ketika mereka sedang hanyut bergelumang dengan arus jahiliyah.
* Baik akhlaknya. Merupakan seorang yang terpuji akhlaknya di kalangan hamba Allah pada masa itu

 Jika hadis-hadis berkenaan benar, kenapa namanya disebutkan sebagai Syuaib bin Saleh? Kenapa tidak disebutkan nama sebenarnya? Jawapannya:

* Untuk mengelirukan musuh-musuh Islam. Dengan ini, beliau selamat dari diburu, dibunuh, dihalangi atau di’apa-apa’kan oleh musuh-musuh Islam yang memang mencuba menghalangi kebangkitan Islam kedua ini dengan segala daya upaya mereka.
* Supaya umat Islam berusaha mencari identiti sebenarnya Syuaib bin Saleh itu. Di sini, umat Islam yang percaya dengan hadis-hadis berkenaan akan berusaha mencari siapakah peribadi yang dikatakan sebagai Putra Bani Tamim itu. Setelah bertemu, mereka akan membaiatnya sebagai ketua mereka. Orang yang berusaha, akan diberikan pahala.
* Untuk menguji keimanan umat Islam terhadap hadis-hadis Nabi SAW yang berkaitan dengan Putera Bani Tamim itu. Ada yang percaya dan ada yang tidak mudah percaya, apalagi saat itu memang orang banyak sudah tidak percaya lagi dengan hadis-hadis mengenai Putra Bani Tamim.
* Supaya yang empunya diri itu tidak mengetahui (pada peringkat awalnya) siapa sebenarnya Putera Bani Tamim itu sendiri. Beliau tidak menyedari bahwa beliaulah orang yang dimaksudkan oleh hadis-hadis berkenaan sebagai Syuaib bin Saleh. Beliau hanya menyedari tentang peribadi dirinya setelah jauh dan lama berjuang.
* Untuk menipu pihak musuh Islam. Kerana tidak ada uraian lebih lanjut dari para ulama terhadap kepribadian Putra Bani Tamim ini, pihak musuh menyangka bahwa namanya menang benar-benar Syuaib bin Saleh seperti yang tersebut di dalam hadis. Kerana itu, mereka sedaya upaya mencari nama berkenaan, bukan peribadi berkenaan.



 2. Dia berketurunan Bani Tamim atau Bani Tamim

Iaitu suatu Bani Arab Quraisy, dari keturunan Sayidina Ali, yang hari ini kebanyakan tinggal di Palestine dan Jordan. Tetapi dia lahir bukan di kedua tempat itu. Bani Tamim itu bukanlah merupakan suatu golongan atau kaum yang besar. Golongan ini hanyalah satu Bani yang kecil dan tidak ramai.

Perlu disebutkan di sini, Bani Tamim yang ini adalah sebagian dari Ahlul Bait kerana Sayidina Ali adalah salah seorang anggota Ahlul Bait. Ahlul Bait adalah keluarga Rasulullah SAW. Para ulama berbeza pendapat mengenai takrif Ahlul Bait itu sendiri.

Bani Tamim itu tidak lagi mendiami Hijaz kerana telah dihalau keluar oleh pemerintahan Bani Saud yang kini memerintah di Arab Saudi. Banyak pula yang dibunuh. Tidak kurang yang disiksa dan dihalau keluar dari tanah tumpah darah mereka, iaitu Hijaz. Banyak pula yang terpaksa lari menyelamatkan diri kerana diburu oleh agen-agen kerajaan Saudi. Ada yang lari ke selatan India dan banyak pula yang menetap di Nusantara, tapak awal berdirinya daulah kedua nanti.

Ada ulama yang menyatakan:

* Semua keturunan Abdul Muttalib adalah Ahlul Bait.
* Semua keturunan Nabi Muhammad SAW adalah Ahlul Bait, termasuk isteri-isteri Nabi SAW dan menantu-menantunya.
* Semua keturunan Abdul Muttalib yang Islam adalah Ahlul Bait.
* Semua keturunan Sayidina Ali dengan Fatimah al-Batul adalah Ahlul Bait. Pendapat ini terutama disokong oleh mazhab Syiah.
* Semua keturunan Abdul Manaf adalah Ahlul Bait.

Di kalangan bangsa Arab, memang ada satu kabilah yang bernama Tamim. Kabilah Tamim ini memang suatu kabilah dari bangsa Quraisy yang mendiami kawasan sekitar kota Makkah. Sahabat yang berasal dari kabilah Tamim di antaranya ialah sahabat setia baginda SAW, Sayidina Abu Bakar as-Siddiq. Namun, kabilah Tamim ini bukanlah Bani Tamim, malah antara kedua-duanya memang tidak ada hubung kait.

Yang pertama disebut kabilah Tamim dan yang satu lagi Bani Tamim atau Bani Tamim. Kedua-duanya berbeza. Kabilah Tamim bertebaran di hampir seluruh Tanah Arab.



 dipetik dari : ”misteri panji hitam”


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sejarah Hajarul Aswad




SETIAP tahun, apabila tiba musim haji, lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia bertamu di kota suci Makkatul Mukarramah, menyahut seruan Ilahi bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu.

Dalam ibadat itu, jemaah melakukan pelbagai ritual ibadat mengikut tertib, seperti tawaf, sai dan bercukur, dengan kemuncaknya melakukan wukuf di padang Arafah, yang jatuh pada 9 Zulhijjah.

Baitullah disebut juga Kaabah, yang terletak di tengah kota suci itu. Ia menjadi tumpuan utama pada musim haji, khususnya dalam pelaksanaan tawaf, dengan setiap jemaah mengelilinginya sebanyak tujuh kali.

Rumah Allah itu adalah kiblat kepada umat Islam seluruh dunia ketika menunaikan ibadat solat seharian dan Masjidil Haram yang menaungi kawasan itu menjadi masjid paling mulia dalam Islam.

Baitullah yang penuh berkat dan mulia itu dikenali juga dengan nama lain seperti al-Bait, al-Bait al-Haram, al-Bait al-Atiq dan Qiblat.

“Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Makkah, yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” (Ali-Imran: 96)

Ulama berbeza dalam mentafsirkan ayat berkenaan. Sesetengahnya mengatakan makna bait itu ialah Kaabah, sesetengahnya pula mengatakan bait itu ialah Masjidil Haram dengan dalil hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bermaksud:

“Daripada Abi Zar berkata: Aku bertanya Rasulullah s.a.w mengenai masjid yang paling awal dibina di bumi, sabdanya Masjidil Haram. Aku berkata, kemudian masjid mana? Sabdanya, Masjidil Aqsa. Aku bertanya berapa lama antara keduanya didirikan? Sabdanya, empat puluh tahun.”

Menurut cerita Ibn Zahirah al-Qarsyi, Kaabah dibina beberapa kali, iaitu oleh malaikat, Nabi Adam a.s, Nabi Ibrahim a.s, orang Quraisy, Ibn Zubair dan Hajjaj Yusuf as-Thaqafi.

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail meninggikan binaan asas Baitullah itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:127)

Selain melakukan tawaf di rumah Allah itu, satu fenomena cukup ketara diperhatikan ketika musim haji, malah pada waktu lain ketika mengerjakan umrah, ialah tindakan sesetengah tetamu yang mengucup Batu Hitam atau lebih dikenali Hajarul Aswad.

Amalan itu didakwa sebagai mencontohi kucupan diterima daripada Nabi Muhammad s.a.w. Ulama menyatakan perbuatan istilam (melambai tangan) terhadapnya ketika memulakan tawaf atau mengucup Hajarul Aswad (sekiranya dapat) termasuk perkara sunat mengerjakan haji dan umrah.

Signifikan tindakan itu, sebagaimana digambarkan Saidina Umar al-Khattab, Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua: “Saya tahu anda adalah sebuah batu yang tidak mendatangkan bahaya dan faedah. Jika tidak aku melihat Rasulullah s.a.w mengucupmu, aku tidak akan mengucupmu.”

Nabi s.a.w menciumnya sebagaimana dilakukan nabi sebelumnya, sehingga Hajarul Aswad menjadi tempat bertemunya bibir kalangan nabi, orang soleh, jemaah haji dan mereka yang menunaikan umrah sepanjang sejarah.

Ia juga menjadi tempat permulaan dan akhir tawaf, sekali gus tempat mustajab dikabulkan doa.

Batu Hitam yang terletak di bahagian penjuru sebelah timur Kaabah adalah objek sangat disanjungi umat Islam. Secara kasar batu itu berukuran diameter 30 sentimeter dan 1.5 meter dari paras bawah.

Ia dikatakan pernah pecah kepada beberapa bahagian pada Zaman Pertengahan. Malah ada pihak mendakwa ia pecah menjadi berkeping-keping kepada lapan gugusan batu kecil.

Keadaan ini berlaku pada zaman Qaramithah, iaitu satu mazhab daripada Syiah Islamiyah al-Batiniyah daripada pengikut Abu Thahir al-Qarmathi yang mencabut Hajarul Aswad dan membawanya ke Ihsa' pada 319 Hijrah, tetapi kemudian dikembalikan lagi pada 339 Hijrah.

Gugusan terbesar dikatakan sebesar buah kurma dan tertanam di batu besar yang lain dikelilingi oleh ikatan perak dan diperkuatkan lagi dengan paku perak. Batu itulah yang dianjurkan untuk dikucup, bukannya batu di sekitarnya dan yang meliputi perak.

Antara keutamaan Hajarul Aswad kerana ia berasal daripada batu yang mulia (yaqut) dari syurga yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s agar diletakkan di satu sudut Kaabah.

Bahkan menurut tradisi Islam, batu itu berasal dari syurga pada zaman Nabi Adam a.s dan Hawa lagi, dalam keadaan putih berkilau dan bebas daripada unsur kejahatan, tetapi ia menjadi hitam kerana dosa yang diserap tahun ke tahun.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Hajarul Aswad itu diturunkan dari syurga, warna lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.”

Dikatakan juga Nabi Ibrahim a.s yang menemui Batu Hitam dan apabila baginda membina semula Kaabah, Malaikat Jibril a.s membawa batu itu keluar dan memberikan kepada baginda.

Menurut cerita, apabila Nabi Ibrahim siap membina Kaabah, dengan bantuan puteranya, Nabi Ismail a.s, Allah memerintahkan baginda melakukan tawaf.

Baginda tidak dapat menetapkan bilangan yang tepat pusingan dilakukannya. Baginda berasa mereka yang lain juga akan keliru.

Justeru, baginda berdoa kepada Allah untuk memberikannya suatu tanda untuk digunakan bagi mengira pusingan. Malaikat Jibril membawakan batu hitam terbabit kepadanya.

Bahkan, Nabi Muhammad s.a.w turut memainkan peranan dalam sejarah Hajarul Aswad. Ini kerana pada waktu pembinaan semula struktur Kaabah, Hajarul Aswad dipindahkan sementara dan bagindalah yang meletakkan semula batu terbabit di tempat asalnya.

Satu cerita yang ditemui dalam Sirah Rasulullah Ibn Ishaq menunjukkan Nabi Muhammad s.a.w menyelesaikan satu pertelingkahan di antara suku Makkah, yang masing-masing berhak untuk meletakkan Hajarul Aswad di tempat asalnya.

Jalan penyelesaiannya ialah dengan memanggil semua pemimpin suku terbabit untuk mengangkat penjuru batu dengan satu kain dan kemudian Nabi Muhammad s.a.w meletakkan batu itu pada tempatnya dengan tangannya sendiri.

Umat Islam dari satu generasi ke generasi apabila mula tawaf dan selesai setiap pusingan, mengucup Hajarul Aswad, menyentuhnya dengan satu tangan atau sekadar memberikan isyarat kepadanya dari jauh.

Batu Hajarul Aswad akan dibangkitkan pada hari kiamat, dengan mempunyai 2 lidah dan 2 mata dan boleh berkata-kata serta memberitahu ” Ya tuhanku dia kucup (cium) aku, dia betul-betul ikhlas“

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Demi Allah! Allah akan membangkitkannya (Hajarul Aswad) pada hari kiamat, baginya sepasang mata untuk melihat dan lidah untuk berkata-kata; menjadi saksi kepada sesiapa yang mengusapnya dengan kebenaran.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Walapun ia adalah batu, ia hidup. Siapa yang menciumnya, ia akan menjadi saksi. Kalau tidak dapat mengucupnya, cukuplah sekadar istilam (mencium dari jauh secara isyarat). Quran juga tahu siapa yang membaca dan mengucupnya. Quran juga menjadi saksi dan lawyer di hari kiamat. Begitu juga kulit dan bumi menjadi saksi bercakap di sana:

Al-Quran Fussilat [Ayat 21] Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan)

Al-Quran Zalzalah [Ayat 4] Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:

Rasulullah s.a.w berpesan kepada Sayyidina Umar yang pergi bersama rombongan 124,000 sahabat pergi membuat haji bersamanya ” Ya Umar, jangan kamu menyusahkan orang lain dengan sebab kamu ghairah hendak mengucup hajaraul aswad.

Kalau ada peluang kucuplah, tapi jangan berebut hingga menyusahkan orang lain. Menyusahkan dan menyakitkan orang islam yang lain besar dosanya.

Oleh Idris Musa
Sumber Di Sini
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed