Mata Lelaki Merbahaya | Berhati-Hati Wanita

Thursday, May 12, 2011
Hati-hati dengan mata lelaki..
Wanita yang lengkap berpakaian pun dia boleh image yang pelik-pelik..
Inikan pula yang begini..

















Jun for fun..
Jangan Marah ye kaum lelaki !
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Adam Sebelum Adam Part 10 (Bangsa Mim tak hilang di dunia) [Tamat]


Mari kita imbas kembali apa yang sudah berlaku pada siri-siri yang lepas. Kepada yang baru mengikuti kisah ini, saya cadangkan anda untuk membaca siri-siri lalu kerana mungkin ianya dapat membantu anda dalam perihal yang sedikit sukar untuk di cerna oleh akal dan minda. Siri di dalam nusanaga kebanyakannya adalah dari kajian, pendapat, cerita dan pengalaman peribadi penulis. Oleh yang demikian, segala ‘kunci-kunci’ yang telah dan akan di berikan ini hanya ‘tools’ untuk ‘explorasi’ anda demi merealisasikan sebuah kebangkitan yang sering di ungkapkan oleh muslim di seluruh dunia. Apa yang pasti, sebagai orang timur, kita mempunyai amanah dan tanggungjawab yang cukup besar dalam merealisasikan kebangkitan itu kerana itu adalah datangnya dari mulut baginda rasullullah sendiri.

Kisah bermula apabila penciptaan ADAM di dengki oleh AZAZIL di alam ‘syurga’. Dek kerana ilmu nama-nama serta ‘kesempurnaan’ ADAM, maka AZAZIL bertukar menjadi IBLIS demi menyesatkan anak cucu ADAM sehingga tempoh maut mereka tamat bila tiba hari kiamat. Maka turunlah ADAM dan isteri ke bumi yang ketika itu telah di huni oleh pelbagai jenis makhluk tapi masih terumbang ambing tiada khalifah untuk menerajui langit dan bumi. Kedatangan ADAM dan isteri telah membawa kepada satu penyatuan besar-besaran yang di kenali sebagai ‘satu umat’.

Nabi ADAM juga telah di bantu oleh anak-anaknya yang bertaraf dewa-dewa. Dewa-dewi ini adalah anak ADAM yang di beri ilmu segala sama seperti ADAM. Dek kerana ilmu itulah mereka dapat menjadi khalifah langit dan bumi. Tapi, kesesatan telah berlaku di mana ada segolongan manusia mengidolakan mereka sehingga mereka membuat patung-patung untuk di sembah. Terdapat juga penguasaan Nephilim gergasi waris AZAZIL+fallen angle yang mana telah merosakkan segala kesucian ‘satu umat’. Terdapat juga Dewa-dewi yang telah belot dalam penyatupaduan umat ini. Meskipun mereka belot tapi mereka tidaklah belot terhadap tuhan dan rasulnya. Mereka ini berperanan untuk menjadikan ERA ADAM menuju ke ERA BARU.

Era baru itu adalah era ‘dark and light’ yang mana perang telah berluasa dan kebatilan mula menguasai. Pada tika inilah Lemuria dan Atlantis mencapai ‘Golden Age’. Akhirnya, mereka semua telah di musnahkan oleh banjir besar NUH. Hanya golongan yang beriman saja yang terselamat. Tidak semua golongan beriman itu menaiki bahtera NUH. Ada antara mereka berada di tempat tinggi atau di gua-gua. Mereka yang terselamat di dalam bahtera itu di asimilasikan lantas menjadi satu golongan yang di namakan MIM atau quraisy kuno. Anak-anak NUH telah di turunkan di suatu tempat yang berasingan bersama pengikut-pengikut mereka. Raja peguasa hanya boleh di lantik dari kalangan keluarga waris NUH sahaja, manakala yang lainnya yakni pengikut haruslah menjalani kehidupan seperti biasa. Waris-waris NUH tahu bahawa tempat yang mereka turun itu bukanlah kampung halaman mereka yang telah musnah. Jadi, di atas wasiat NUH, mereka harus sentiasa bergerak menuju ke tempat asal mereka yakni PENTAS SUNDA.

Di sepanjang perjalanan mereka, ada saja ketamadunan yang hebat di buka. Bersama mereka adalah ilmu mengenai teknologi, sains, matematik, astronomi. pertanian dan maritim. Paling penting bersama mereka ialah ‘kisah golongan beriman’ untuk di jadikan ‘guideline’ serta perikatan. Oleh kerana itulah kalau di kaji, ketamadunan dulu kala seakan-akan mempunyai kisah penciptaan, raja-raja dan keagamaan yang hampir sama. Hanya masa merubah sedikit demi sedikit. Bila masa sudah berlalu, waris golongan ini tadi mulai mengamalkan kebatilan dan kesesatan sehinggalah di turunkan para nabi dan rasul.

“Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat” ayat 33, surah ali-imran

Tapi, terdapat nabi yang mana menjadi ‘topik utama’ di dalam Quran. Antaranya adalah Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Keluarga Ali Imran dan Baginda rasul Muhammad s.a.w. Mereka ini di ‘utama’kan bila terdapat surah-surah mengenai mereka untuk kita kaji salasilah mereka. Meskipun terdapat ramai lagi nabi, tapi untuk kaji ini, saya cuma mengambil sedikit sahaja dan semuanya telah terangkum sekaligus.

Era Ibrahim dan tiga isterinya yakni SARAH, HAJAR dan QETURAH atau JAWIYAH ini telah melahirkan pelbagai bangsa di dunia ini. SARAH melahirkan bangsa bani israel dan eropah. HAJAR melahirkan bangsa arab dari keturunan ismael. QETURAH atau JAWIYAH ini pula melahirkan bangsa perkasa seperti cheldea, akkadian, madyan dan sebagainya. Tapi, hanya bangsa MADYAN yang mampu berevolusi kerana telah di satukan oleh CYRUS the great atau di kenali sebagai Iskandar ZUlkarnain. Bangsa MADYAN ini di gabungkan dengan bangsa parsi yang melahirkan bangsa ARYAN. Dari ARYAN membawa kepada KEMBOJA asli yang akhirnya lari ke tanah INDO-CHINA dan membuka empayar FUNAN.

Dari ARYAN juga, mereka menjadi bangsa TIBETAN yang mana membawa diri ke YUNNAN dan akhirnya ke tanah sumatra. TIdak berapa lama kemudian, Bangsa ini bercampur lagi dengan golongan pedagang dari bangsa Arab bersusur galur ahlul bait. Surah Al-imran dan kisah Nabi MUSA juga mempunyai ‘kunci’ takkala baginda membawa 70 dari pengikutnya yang beriman meuju ke suatu tempat di timur. Ini di buktikan dalam ayat quran yang membawa maksud, baginda dan para pengikut tiba di sutu tempat yang menyembah berhala. Pada ketika itu, penguasaan firaun amat besar. Jadi, untuk melihat di manakah nabi MUSA telah ‘landing’, maka kita harus lihat peta zaman dulu di bawah pengaruh Firaun. Kita harus melihat negara manakah yang tidak tergolong dalam penguasaan Firaun dan sekutunya. Kaji di kaji, saya berpendapat mereka mungkin telah sampai ke INDIA atau mungkin ke tanah JAWI yakni SUMATRA atau tanah JAWA. Dek kerana itulah terdapat perbezaan di antara peragai penduduk sumatra/semenanjung dengan kepulauan JAWA yang sedikit gasar (ini kerana mereka telah melayari lautan dan di ‘implan’kan sifat kasar dan berjiwa kental.)

Para pendatang (kaum muhajirin) ini juga berasimilasi dengan penduduk asal tanah jawi/Nusantara yakni orang asli. Kemudiannya, ketika empayar melaka sedang meningkat naik, asimilasi di teruskan dengan kaum dari china dan india datang berdagang. Takkala perang berlaku, asimilasi di teruskan dengan percampuran dengan bangsa eropah. Kini, hasilnya kita dapat melihat satu bangsa yang cukup-cukup sukar untuk di tafsirkan sebagai ‘bangsa’. Jadi, adakah benar Melayu itu bangsa yang tidak akan hilang seolah-olah terlepas dari sunnatullah ‘tiap umat ada umurnya’?

Info: Pendekar Sufi
Melayu Bangsa Yang Hilang
Misteri Leluhur Bangsa Jawa
Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
Piramid Melayu tersembunyi di lautan Jepun
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Adam Sebelum Adam Part 9 (Bangsa Mim bertemu dan berakhir di sini)

“Takkan MELAYU hilang di DUNIA” – Hang Tuah

Inilah frasa yang di sebut oleh Laksamana Hang Tuah dan ia bagai di paku pada memori setiap ‘melayu’ yang melayu pada zaman kini. Hang Tuah adalah seorang pendekar (bukan pesilat) yang mendapat ilmu yang tinggi dari guru-guru beliau yang amat hebat dalam hal agama dan kebatinan. Biasanya, suatu perkataan itu akan terus di lupakan dan terus berkubur dek masa. Akan tetapi, frasa dari Hang Tuah ini bagai suatu wasiat yang harus kita ‘tepati’. Maka, dek kerana itulah tiap kali musuh dair luar datang menyerang, tiap kali itu jua kebangkitan akan di rasai.

Apapun, sebelum kita memasuki bab terbaru itu, mari kita selesaikan bongkah klue yang terakhir ini. Seperti yang saya katakan tadi, tiap bangsa ada ‘matinya’ dan di ganti dengan yang lebih baik. Yang mengantikan itu pula adalah golongan beriman yang di pimpin oleh para nabi
dan rasul sehinggalah sekarang. ERA IBRAHIM adalah era terakhir di mana percambahan bangsa berlaku selepas ERA NUH. Dari IBRAHIM lahirlah bangsa ARAB, ISRAEL, EROPAH, ARYAN dan banyak lagi. Memang patutlah baginda di gelar sebagai BAPA BANGSA.

Bangsa Aryan dari keturunan QETURAH telah bertemu di Indo-China, Nusantara.Manakala, bangsa arab pula di temukan dengan aktiviti perdagangan dan perkahwinan campur sejak era kesultanan melayu lagi. Bangsa Israel yang terpilih pula di bawa oleh Nabi Musa dan ianya tidak di ketahui kerana terang dan jelas golongan mereka ini di gelar sebagai ‘the lost tribe’. Kalau sudah ‘lost’ bagaimana pula dapat di bongkar. Jika, tak dapat di bongkar, kenapa pula ramai bercerita mengenai ini. HAHAHA…jangan bimbang, inilah di katakan ‘MASA SUDAH TIBA’. Jika anda mengkaji hadis nabi mengenai kebangkitan bermula dari timur di akhir zaman, ada hadis menyebut mengenai ‘apa saja yang di sembunyikan akan jelas sejelasnya’.

Selain dari itu, bangsa cina juga berasimilasi di NUSANTARA sejak dulu kala lagi. Bangsa India juga begitu. Bangsa Eropah pula telah datang selepas era kolonial dan perkahwinan campur terus berlaku. Sebagai contoh, ACEH adalah frasa dari konsonan Arab, Cina, English dan Hindu (India). Maka, bercampurlah segala bangsa dari jurai IBRAHIM dan MUHAMMAD di NUSANTARA ini.

Dek kerana itulah apabila di tanya, siapa itu melayu, maka semua pening kerana ada yang berwajah cina, orang putih, arab dan sebagainya di nusantara ini. Jadi, siapakah bangsa MIM itu? Rasanya anda sudah tentu dapat mengagak jawapannya. Bangsa MIM itu adalah
“Bangsa campuran yang tiada berbangsa tetap dari jurai kenabian”…Bagaimana harus ‘mati’ sedangkan asimilasi bangsa MIM ini sentiasa ‘updated’ sehinggakan ianya tiada berbangsa. Jadi, adakah kita boleh katakan MELAYU itu adalah bangsa MIM seperti mana di dalam BAHTERA NUH itu? Anda sendiri yang jawab. Saya sudah memberi pelbagai data dan kini, andalah yang mempromosikannya agar wasiat NABI MUHAMMAD tentang kebangkitan dari TIMUR ini benar-benar terjadi.

……………………………………………………………

Artikel hadapan akan membincangkan kod-kod yang terdapat di sekitar kita mengenai bangsa MIM ini. Selain itu, apakah kaitannya bangsa MIM terbaru ini dengan masa depan. Apakah pula cabaran yang terpaksa di hadapi oleh bangsa MIM terbaru ini. Bangsa MIM adalah bangsa ‘ahli rumah’ dari bahtera nabi noh, maka apa kod yang membuktikan kita inilah bangsa MIM yang sebenar sedangkan yahudi dan amerika juga bangsa asimilasi?! Apa pula maksud Melayu itu dan kaitannya dengan MIM ini. Apakah peranan kita demi kebangkitan timur seperti di wasiatkan oleh NABI MUHAMMAD seperti mana wasiat ADAM dan NUH sebelum ini? Saksikan segalanya di dalam artikel BANGSA ‘MIM’ – tak hilang di dunia (siri akhir) pada masa akan datang. Sekian wassalam

……………….

Rujukan:-

-Al-QURAN dan hadis
-EDEN in the east, STEPEHN OPPENHEIMER
-ATLANTIS; FINALY FOUND, Prof Arysio Santos
-Hikayat Inderapura
-Hikayat Merongmahwangsa
-Hikayat Sejarah Melayu
-cerita-cerita orang tua

Info: Pendekar Sufi
Adam Sebelum Adam Part 10
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Adam Sebelum Adam Part 7 (Bangsa Mim Era keluarga al Imran)


“Katakanlah: “Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya’qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, ‘Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun di antara mereka dan hanya kepada-Nyalah kami menyerahkan diri.”
ayat 84, surah ali-imran

frasa Al-Imran ini adlah berasal dari ahlul imran yakni keluarga imran. Daripada keluarga ini lahirlah Musa dan Harun yang mana menentang kejahatan firaun yang telah lupa daratan dan mengaku sebagai tuhan. Penentangan demi penentangan berlaku dan akhirnya firaun di kalahkan. Daripada keturunan Ali Imran ini juga lahirlah wanita yang mana melahirkan Nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s yang telah di khianati oleh bangsanya sendiri di naikkan ke langit dan akan turun semula ketika saat kebangkitan akhir zaman akan bermula.

Terdapat kod-kod atau klue-klue di sini. Musa dan Harun adalah saling bersaudara dan menumpaskan Firaun yang mana telah memperhambakan Bani Israel. Maka, berkat pertolongan ALLAH s.w.t, mereka berjaya melarikan diri dan firaun tenggelam di laut merah. Nabi Musa dan kaumnya itu melalui laut yang terbelah dan sampai ke satu daratan yang mana kaum di situ menyembah berhala. Ternyata jarak yang di lalui oleh mereka bukanlah jarak yang dekat akan tetapi agak berjauhan kerana empayar mesir raya amat luas ketika itu. Pada pengamatan saya, mungkin Nabi Musa telah pun tiba di INDIA atau pun tanah Nusantara. Apapun, DIA maha mengetahui. Meskipun demikian, mesti ada orang yang tidak mahu mempercayainya kerana tiada bukti kukuh. Pernahkah anda mendengar frasa “the lost tribe of jews”? Pengkaji sejarah di seluruh dunia sedia maklum bahawa terdapat 12 bani israel yang bertebaran di muka bumi dan akhirnya membentuk yahudi. Kemudiannya dari yahudi, membentuk zionis yang berkitabkan TALMUD sesat itu.

Bani yang di katakan hilang itulah yang tidak dapat di jejaki sehingga tiba masa DIA mahu mengangkatnya kembali. Bani yang hilang ini adalah pengikut Nabi musa dan Nabi Harun yang setia serta beriman. Mereka tidak mengikuti bani israel yang lainnya yang dahagakan tanah. Inilah yang terjadi pada saat ini di mana ZIonis cuba merampas PALESTINE meskipun dulu mereka lari dari berperang dengan bangsa asal Palestine.

Seterusnya, mengenai Nabi ISA a.s, baginda telah di khianati oleh bani israel dan di angkat ke langit. Kluenya di sini adalah, baginda ‘di larikan’ dari bangsa yang di khabarkan akan ‘musnah’ pada akhir zaman di tangan baginda sendiri. Ayat quran sudah cukup memberitahu kita bahawa terdapat kod-kod yang harus di kaji demi kebangkitan masa hadapan. Tapi, kebanyakkan kita takut untuk lakukan demikian kerana risau ‘tercalar iman’ ? !

Apakah dengan mengkaji quran, iman dan taqwa akan tercalar dan hilang ?. Bukankah jika di kaji, maka lagi banyak akan menyakinkan kita pada ISLAM. ISLAM itu mudah tapi ummatnyalah yang menyusahkannya.

Jadi, nampakkah anda tentang kesenimbungan antara ‘dahulu’, ‘kini’ dan ‘masa depan’?

Info: Pendekar Sufi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Firaun-Firaun Dunia Masa Kini



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed