Perkongsian IzwanZakaria : '' Berpakaian Secara Sopan Menakutkan Wanita Barat ''

Friday, February 4, 2011

Perkongsian IzwanZakaria : '' Berpakaian Secara Sopan Menakutkan Wanita Barat ''

by Nur Yusuf Al-Quds Fillah on Sunday, January 30, 2011 at 7:04pm

Sebelum bersolat umat Islam wajib menutup aurat. Tanpanya, solat seseorang tidak sempurna dan dianggap tidak sah. Secara dasarnya, umat Islam yang sudah baligh, tidak kira lelaki atau perempuan wajib menutup aurat mereka mengikut batas-batas yang ditetapkan oleh agama.

Lebih daripada itu, perhiasan yang terdapat di bahagian muka dan dua tangan seperti cincin, celak, inai dan seumpamanya boleh didedahkan apabila berdepan dengan mereka yang bukan muhrim. Kesemua pendapat ini disebutkan oleh As-Syeikh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir.

 Islam tidak menghalang wanita-wanitanya berpakaian mengikut fesyen dan suasana asalkan ia menutup aurat dan tidak menjolok mata. Hamka di dalam Tafsir al-Azhar berkata, "Tidaklah semua pakaian barat itu ditolak oleh Islam dan tidak pula seluruh pakaian tempatan negeri kita dapat diterima. Kebaya jawa yang menampakkan sebahagian dada tanpa selendang adalah termasuk pakaian yang dilarang mengikut pandangan Islam".

Di sudut psikologi, menutup aurat bagi wanita Islam adalah lambang ketinggian maruah dan harga diri yang tidak dipentingkan oleh wanita-wanita jahiliah. Ia bukannya lambang penindasan bagi wanita. Beberapa golongan di barat mula mengagumi ajaran Islam berhubung dengan wanitanya.

Menutup aurat membuka kewanitaan dan kemuliaan.


Sebagai contoh, R. Stevenson menulis dalamToronto Star bertarikh 23 Januari 2002 berhubung dengan etika pemakaian wanita Islam. Beliau berkata, "Ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tiga orang wanita muda. Tiba-tiba dua orang wanita Islam masuk dengan pakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka.

Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu, 'Mengapa mereka berpakaian begitu? Saya bersimpati dengan mereka!' Ketiga-tiga wanita (barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara yang mengghairahkan.

Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka, walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak bagi menunjuk-nunjuk?

Selepas kami berbincang isu ini, kami merumuskan, wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet bagi menarik perhatian kaum lelaki ataupun wanita. Kami mendapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik sekiranya dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita barat tadi.

Penonjolan seks dalam masyarakat kita sudah menjadi suatu budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab dan sopan santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat secara yang lebih jauh (mengatasi seluar ketat dan tumit tinggi), mereka akan menyedari perasaan terdesak bagi mendapat perhatianlah yang menyebabkan wanita-wanita barat begitu ghairah dengan fesyen. Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka bangga dengan apa yang mereka miliki. Ingatlah ini apabila anda bersimpati dengan wanita-wanita Islam.

 
by Nur Yusuf Al-Quds Fillah on Sunday, January 30, 2011 at 7:04pm
 
Hafizah Nasir and 17 others like this.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Subhanallah | Al-Quran tidak terbakar dalam van ketika terbakar hangus

Saksikan lah tempat duduk abih semua tinggal rangka sahaja ...

Posisi depan

posisi tepi kiri

Dalaman Van yang tinggal Rangka besi (posisi tengah van)

posisi dalaman tepi kiri van

PERHATIKAN : al-quran tidak terbakar (dalam bulatan merah)

a-lquran ketika di alihkan posisi

hanya kulit buku al-quran sahaja terbakar

kertas/lembaran al-quran yang masih jelas dan hanya sedikit berbekas

alhamdulilah syukur.. masih lengkap dan hanya tepi bahagian atas sahaja sedikit berbekas ^_^ bukti al-quran terpelihara sepanjang zaman..
by Pempes Drypes on Sunday, September 12, 2010 at 2:38am

    • Umi Kalsom Sesungguhnye ALLAH Taala itu maha berkuasa..berbagai perkara DIA tunjukkan pada hamba-hambaNYA agar mereka sedar dan kembali kepada AL Quran da Sunnah ..namun sayang mereka masih lagi ingkar...sesunggunya mereka itu dalam kerugian.....ALLAH HUMMA YA ALLAH...


    • Nurul Amira Allah telah memuliakan kita kaum muslimin dengan menurunkan sebaik-baik kitab iaitu al-Quran sepertimana Allah memuliakan kita dengan mengutuskan sebaik-baik rasul. Kaum muslimin adalah satu-satunya umat yang mempunyai perutusan dari langit yang terpelihara daripada penyelewangan dan kebatilan. Perkara ini disebabkan kerana Allah sendiri yang memeliharanya. Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya kami yang memeliharanya.” (al-Hajr, ayat 9)


    • Nurul Amira al-Quran merupakan kitab yang mudah difahami dan jelas maksudnya. Ia bukan kitab falsafah yang mengandungi teori-teori yang memeningkan. Ahli falsafah menyebutkan bahawa falsafah itu apabila diterangkan dan tidak difahami itulah dinamakan falsafah. Al-Quran diturunkan kepada manusia untuk difahami dan sasaran adalah untuk manusia sejagat. Firman Allah yang bermaksud : “ dan sesungguhnya kami mempermudahkan al-Quran itu untuk diingati, maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran.” (al-Qamar, ayat 17)


    • Nur Nadirah Mohd Nor subhanallah... kuasa ALLAH mengatasi segalanya...


    • Pempes Drypes syukran yaa ukhti Nurul Amira.mohon IZIN ana copy comment yg ke 2 dan post melalui web group ke FB ye.. syukran.. ^_^


    • Nurul Amira ooo...silakan...


    • Zikir Kalammullah subahanallah... !! maha agung zat kekuasaanye.. ! pempes,mana dpt artikel ni? zikir tgok kt web pempes tu,takde.dh buat reserch dh.tapi tak jumpa.. ='(


    • Malini Abd Malik mmg Quran xleh trbakar
      masa umh arwah nenek sy trbakar ape yg
      tggl hanya quran yg xterbakar
      smpai skarang makcik sy smpn Quran tu.....



    • Pempes Drypes ohh ye ke malini.bertuah sungguh dpt saksikn depan mata.
      ZIKIR : buat reserch kt FORUM,pempes dh edit forum tu supaya artikel yg user send akan MODERAT outomatik.. cuba buat sekali lagi..


    • Ahmad Firdaus Abdul Aziz kat mana nierr???
      ptt ye klu kristian nak bakar pong xjd per jgk kat alquran tuuu..ye dakk???


    • Pempes Drypes sy tak pasti kt mana Ahamd Firdaus.. tapi tu la,kekuasaan allah kita tak dpt tandingi..subhanallah..


    • Pencari Hidayah Subhanallah.
      Umat Muhammad saw adalah umat yang mulia selagi tidak dilupakan amar ma'ruf nahi mungkar.
      minta izin share ek.



    • Pempes Drypes silakan Pencari Hidayah.. mohon share pd mereka yg membaca note dari pencari hidayah.. :)


    • Nadiem Amudi SUBHANALLAH.......
      ALLAHUAKBAR !!!!!


    • Al-Biruni Khalid ALLAHU AKBAR


    • Jie Hashim Mohon share....


    • Pauziah Gee Subhanallah... Itulah kebesaran Allah...


    • Noor Hafiza subhanaallah..mintak share yer..:)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kisah TRAGIS di sebuah zoo di singapura

saat-saat akhir seorang penjaga zoo.

JOHOR BAHRU: Gambar kejadian ngeri membabitkan seorang lelaki warga Malaysia, Nordin Montong, 32, dibaham tiga harimau Bengal putih di Zoo Singapura mula tersebar luas di Internet.

Gambar berkenaan turut disiarkan di akhbar republik berkenaan, The New Paper yang menyebut ia disumbangkan beberapa pengunjung yang merakam kejadian itu menggunakan perakam video dan telefon bimbit.

Jumaat lalu, akhbar The New Paper dengan tajuk ‘4 Minutes of Terror’ melaporkan pengalaman sekumpulan tujuh remaja yang meluangkan masa bersama di zoo berkenaan.

Seorang saksi yang merakamkan kejadian itu, Nizam Zainal, 16, dilaporkan berkata pada mulanya mereka menyangka kejadian itu antara pertunjukan zoo kepada pengunjung.

Ketika itu, Nizam dan enam rakannya berehat selepas menjalani peperiksaan O-Level, tiba-tiba terkejut apabila terdengar percikan kuat dalam kolam di kawasan kandang haiwan terbabit.


“Saya melihat seorang lelaki berjalan perlahan-lahan dalam kolam itu sambil membawa sebatang penyapu dan satu baldi di tangannya.

“Lelaki itu kelihatan tenang dan menjerit ke arah harimau terbabit, seolah-olah ingin mendapatkan perhatian menyebabkan saya berfikir, dia kakitangan zoo yang mahir dengan pertunjukan harimau,” katanya.

Ketika itu, Nizam berkata, seekor daripada tiga harimau itu terus meluru ke arah kolam itu dipercayai tertarik dengan bunyi percikan air.

Nordin yang bekerja sebagai pencuci zoo dikatakan berjalan tenang ke arah harimau terbabit.

Mangsa kemudian berdiri di penghujung batu bertentang mata dengan haiwan terbabit.

Nizam menyangka harimau terbabit sudah biasa dengan kehadiran pencuci itu.

Bagaimanapun, haiwan itu itu tiba-tiba ‘menampar’ Nordin dengan kuat hingga mangsa jatuh melutut menyebabkan kira-kira 20 pengunjung ketakutan dan mula menjerit untuk mengalih perhatian.

Harimau itu membaham tengkuk arwah seakan-akan menjinjing mangsa ke kiri dan kanan sebelum harimau kedua datang.

Kedua-dua harimau itu mula mencium Nordin dan berjalan mengelilinginya.

Ketika itu, kelihatan jelas wajah ketakutan mangsa apabila dia menjerit meminta pertolongan.

Rakan Nizam pula, Fadzil Ramlee, 16, menjerit menyuruh mangsa terjun dalam kolam, tetapi Nordin menutup kepala menggunakan baldi dan menjerit Allahuakbar.

Katanya, ada pengunjung membaling payung, tetapi tidak mengenai haiwan itu.

Dua harimau itu seolah-olah terganggu dengan jeritan orang ramai dan tepukan tangan mereka, namun tidak meninggalkan mangsa sebelum seekor harimau itu menerkam mangsa dan mengheretnya ke bahagian dalam kandang berkenaan.

Disebabkan jeritan kuat pengunjung, dua harimau itu melepaskan Nordin sebelum mangsa dilihat berdiri, malangnya tiba-tiba dia diterkam semula dua harimau itu.

Saksi lain, Aziz Ansari, 16, berkata mangsa mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri, termasuk menendang harimau berkenaan.

Katanya, dalam klip video yang dirakamnya menggunakan telefon bimbit, dia dapat melihat Nordin cuba terjun dalam kolam apabila pengunjung menjerit memintanya berbuat demikian.

Bagaimanapun, mangsa gagal kerana dua harimau itu menghalangnya walaupun dia menggunakan baldi yang dibawanya itu sebagai perlindungan.

INNALILLAHHIWAILAIHIRAJIUN....




wajah Arwah nordin jelas dalam KETAKUTAN.



~mari la kita sedekah kn AL-FATIHAH kepada arwah nordin (al-fatihah)~


Ini merupakan cerita disebalik kejadian menimpa saudara Allahyarham Nordin yang disiarkan pada surat khabar di Singapura:

1 Mula mula Nordin Montong 32 th, jumpa kawan kawan dan bertahu mereka: "Bye bye. Engkau org TAK akan dpt jumpa aku lagi selepas ini" (ganjil kan kalau org cakap gini ?)(macam org buang tebiat, nak mati)

2 Dia naik basikal.

3 Pergi ke kawasan Buaya, BUANG semua kad kad dalam wallet (bag duit) di kawasan buaya ini. Pelancong Australia nampak & mereka HAIRAN kenapa org buang barang di kawasan buaya ini ?

4 Nordin naik basikal ke kandang HARIMAU PUTIH. Panjat tembok & turun ke kawasan "yg ada air" se dalam 6 kaki.

5 Dia berjalan dalam air ini sambil "memanggil-manggil" Harimau. Di tangan nya sebelah pegang baldi & sebelah pegang penyapu lidi.

6 Harimau (pertama) DENGAR dan pergi cari "yg memanggil-manggil". Macam kita juga, kalau "bunyi bising" kan kita akan TENGOK.

7 Nordin Monton berjalan mengharungi air, menuju ke arah Harimau & semakin "mendekatkan dirinya"

8 Seekor Harimau (yg kedua) datang. Kedua dua Harimau MERENUNG Nordin. Dengan jarak "yg sangat dekat" Nordin dah mula rasa takut. Dia kata: Ya ALLAH tolong lah aku. Aku salah. Maafkan aku.

9 Org ramai menjerit (utk kasi Harimau DISTRACT)(supaya dia TAK gigit Nordin) & pelancong (org putih) baling payung ke arah Harimau, tapi tak kena. Budak melayu yg ambil gambar video, suruh Nordin turun dari batu dan masuk ke kawasan air (pasal Harimau TAKUT air)

10 Nordin takut, ambil baldi & tutup kepala, kemudian mula turun. Bila dia bergerak, seekor Harimau mula tepuk Nordin (tahu lah tapak tangan dia "berapa punya besar ?"). Orang ramai terus buat bising, supaya Harimau TAK apa-apakan Nordin. Kedua-dua Harimau KEBINGUNGAN, tengok org-org yg buat bising.

11 Dalam masa Harimau (yg dua ekor kebingungan) (pasal bising), datang lah lagi seekor Harimau. Harimau yg ketiga ini YANG GIGIT & SERET Nordin (macam dia bawa anak dia jalan)(macam kucing angkat anak dia gitu lah). Di bawa nya ke dalam (kandang)

12 Pegawai zoo, doktor haiwan, polis etc masa ni dah tunggu. Pegawai zoo memanggil Harimau harimau ini utk masuk dalam kandang. Mereka masuk. Dengan segera, Doktor berikan rawatan pada Nordin...... ..tapi dia DAH Meninggal.

Note :- juru tembak dah tunggu. Tapi mereka TAK tembak pasal: Harimau "ada kelemahannya" Kalau mereka di sakiti (kena tembak sakit kan ?) mereka "akan lebih mengganas, akan terus gigit Nordin (yg di depan mata mereka)

Tiga hari berturut turut surat kabar Singapura siarkan berita ini

by Pempes Drypes on Monday, September 6, 2010 at 4:41pm
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed