Dipenggal Dan Di Potong Akibat Merogol Bayi Berumur 4 Bulan

Saturday, November 19, 2011
 
 
Seorang perogol yang merogol bayi berusia 4 bulan dipenggal kepalanya dan kemaluannya dipotong oleh samseng-samseng tempatan. Kejadian tersebut berlaku di Brazil.(Gambar)
Bayangkan bayi berusia 4 bulan yang dirogolnya, adakah penamat hidup sebegini yang paling layak untuk si perogol yang lebih binatang dari binatang???


Hukuman Yang Terbaik

Allah SWT telah menetapkan Qanun Janayah (HUDUD) dilaksanakan pada hambaNya yang melakukan kesalahan. Hukum hudud adalah yang terbaik jalan penyelesaian. Banyak negara-negara Arab telah menjalani hukuman hudud kepada penduduknya yang melakukan kesalahan. Sehingga penduduk takut dan taat akan hukum Allah SWT dan kadar jenayah adalah rendah.

 
Sejarah telah membuktikan jumlah jenayah yang sangat rendah dengan perlaksanaan syariat Allah Ta’ala


Hukum Hudud bukan perkara baru kerana ia termaktub dalam al-Quran dan as- Sunnah sebagai sebahagian daripada syariat Islam.Ternyata umat Islam terdahulu berjaya kerana mengamalkan hukum Islam ini. Hukuman hudud lebih berkesan dan realistik dengan keadaan semasa.
Pelaksanaan hukuman hudud bukanlah suatu kezaliman. Ia mampu memberi ingatan keras kepada pelakunya serta memberi keinsafan dan kesedaran kepada masyarakat yang menyaksikannya,hukum hudud perlu dilaksanakan bagi menuntut keadilan terhadap semua pihak terutamanya terhadap mangsa rogol.

Ia juga dapat dijadikan sebagai iktibar kepada setiap ahli masyarakat supaya mereka sentiasa beringat dan menjauhi perbuatan yang dilarang pada masa hadapan. Dan pelaksanaan hukuman itu mampu mencegah bukan sahaja jenayah rogol malah semua jenayah lain yang melibatkan kanak-kanak.

Petikan dari kata-kata Mohammad Suhaimi Abdul Aziz
Wallahu’alam…

Creadit TO :
HasnulHadiAhmad.Com
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed