Maklumat Anda

cute_baby_425
Bayi-bayi
dilahirkan dengan fitrah, hatinya bersih bergema kesucian, jiwanya
putih tak tercelup najis dosa tapi kebanyakan ibu bapa menyajikan
mereka dengan hidangan dunia yang meosakkan. Saban hari, begitu ramai
yang mengeluh atas masalah hati. Membesar menagih kasih seorang ajnabi.
Diperalatkan oleh riak dan hasad dengki. Terperangkap dalam permainan
duniawi. Di mana salahnya pendidikan anak-anak Islam kini? Read More..




  

Recent Entries




Amalan Yang Tidak Diterima Pada Bulan Ramadhan




masjid
Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah S.A.W
dan para sahabatnya. Saat itu malam hari raya seperti biasanya
Rasulullah S.A.W dan para sahabat membaca Takbir, Tahmid dan Tahlil di
Masjidil Haram. Saat sedang bertakbir, tiba- tiba Rasulullah S.A.W
keluar dari kelompok dan menepih kearah dinding. Kemudian Rasulullah
S.A.W mengangkat kedua tangannya (layaknya orang berdoa) saat itu
Rasulullah S.A.W mengatakan amin sampai tiga kali. Read More..




Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains




small-boy-standing-amid-worshipers-in-salat
Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah
yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua
cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian
kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga
digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas
positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh
kita. Read More..




Promosi Maksiat & Buka Aib Sendiri




Oleh Zaharuddin Abd Rahman
Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan
menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa
memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun,
memberi kesan kepada seluruh amalan. Solat menjadi tidak khusyu’ dan
berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat
menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa
pulaakan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi
semakin malap tanpa sinar.
Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan
kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di
hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan
atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala,
Alhamdulillah, namun bagaimana jika dosa yang memenuhi buku catatan
amalan? Read More..




Jangan Lupa Jadi Isteri Setelah Bergelar Ibu




soleh
Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri.
Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10
orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri.
Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang
anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.
Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi
sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan
anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan. Read More..




Jumlah Jutawan di Israel Meningkat




syukur.jpg
Pada hari Selasa yang lalu, firma perunding perniagaan Capgemini dan
firma penasihat pengurusan kewangan Merrill Lynch telah mengumumkan
bahawa bilangan jutawan Israel meningkat secara mendadak kepada 43%
dalam tahun 2009, meskipun krisis ekonomi melanda dunia waktu itu. Pada
masa yang sama, jumlah jutawan di seluruh dunia meningkat kepada 17%. Read More..




Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur




syukur.jpgBegitu
mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari
bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh.
Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita
mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan
itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun
hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.
Kita mengeluh kerana makanan kegemaran
tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita
mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa
bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan
sebanyak buih dilautan dibiarkan. Read More..




Motivasi Kerja




Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
lazyoffice
‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira &
ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan
perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan
perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang
datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun
luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’ Read More..




Jangan Ada Benci




Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
hate
Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci
dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita.
Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh
rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya
mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan
ketua jabatannya. Read More..




Konspirasi Dunia: World Cup 2010 dan Olimpik 2012




jahbulonJahbulon was a ritual freemasonic god. Jahbulon represents the devil.
World Cup 2010 pujaan dunia bermula 11 Jun ini. Saya sendiri sedang
tercari-cari pasukan pilihan. Yang penting, dalam keghairahan menonton
dan demam bolasepak, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan teman
peminat bolasepak supaya jangan sampai tanggungjawab mengambil berat
isu-isu ummah turut demam sama kerana saya bimbang ada agenda ‘turning
point’ musuh-musuh Allah khususnya Secret Societies dan The Committee of 300 ketika dunia menumpu pada South Africa. Read More..




Tabiat Makan




Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
nasidagang

Memang mudah melakar impian, tetapi mungkin sukar untuk
menterjemahkannya mengikut hakikat. Namun, biar apapun kemungkinan yang
bakal berlaku, kita sebagai umat Islam perlu sedaya upaya menguatkan
semangat agar apa yang dicitakan tercapai. Sejajar dengan itu,
seharusnya amalan pemakanan seharian kita perlu diubah agar dapat
meningkatkan taraf kesihatan dengan pemakanan yang sihat berteraskan
faham halalan tayyiban.
Mungkin runtunan nafsu terhadap makanan yang tidak berkhasiat
menjadi penghalang kerana ia telah menjadi tabiat kita tetapi jika kita
memiliki keazaman untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang,
ia mungkin dapat diatasi. Jika sebelum ini, kita seorang hamba Allah
yang tidak pernah mengambil berat tentang sumber makanan yang menjadi
darah daging kita, anjakkanlah sikap kita agar dapat berubah kepada
gaya pemakanan dan hidup yang sihat serta menekankan kepentingan
pengambilan makanan yang memberi kesan yang mendalam sama ada jasmani mahupun rohani. Read More..




Ikan lumba-lumba iringi kapal sebelum serangan




pix_gal0Peristiwa sedih, lucu, pelik tersirat pengajaran buat aktivis kemanusiaan ke Gaza
(Catatan peristiwa sebelum dan selepas diserang komando Israel)
KAPAL Mavi Marmara umpama madrasah bagi kami kerana di situlah semua
sukarelawan yang terbabit dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza
menerima pendidikan yang sangat berguna, sekali gus melatih jiwa dan
hati kami untuk lebih dekat kepada Allah.
Perjalanan itu, meskipun tidak sempat menghabiskan misi kerana diserang komando Israel,
cukup bermakna dalam membuka pelbagai pintu rahsia. Semua petugas
umpama baru tamat dalam satu proses pendidikan mengenali erti
kemanusiaan dan kehidupan sebenar sebagai hamba Allah. Read More..




Media Control & Kisah 12 Wirawan Negara




mediacontrol
Begitulah resam orang berjuang, tidak kenal erti sakit, tidak kenal
apa itu luka, tidak kenal apakah itu darah, yang hanya mereka kenal
ialah syahid. Inilah kata-kata yang dapat disimpulkan ketika mendengar
6 dari 12 orang aktivis kemanusian LL4G (Life Line For Gaza) berkongsi
kisah suka dan duka mereka ketika kapal MV Mavi Marmara mereka dan
sebilangan yang lain diserang oleh tentera komando rejim Israel pada
awal Jun 2010 menuju ke Gaza untuk menyampaikan sumbangan kemanusiaan.
Melihat senyuman mereka, memberi tiupan semangat kepada kami untuk
bersama turut serta dalam misi keamanan mereka untuk Gaza. Suatu usaha
yang memang tidak boleh dipatahkan oleh musuh apabila penerajunya hanya
menunggu syahid sebagai pengakhiran kehidupan di dunia ini. Apabila
ditanya, “Bagaimana keadaan anda ketika dipijak dan ditembak oleh
peluru getah tepat di anggota badan anda oleh rejim Israel?” Jawapan
mereka, “Sikit pun kami tidak takut ketika dengar bunyi dentuman
bertalu-talu Israel dari arah belakang kapal kami, dan ketika kapal
kami diceroboh dan kami disepak terajang serta diikat tangan, kami
tidak merasa walaupun sedikit kesakitan, inilah kuasa Allah”.
MasyaAllah… sungguh kuasa Allah itu, tiada siapa yang boleh menandingi.
Read More..




Sifat-sifat Terkutuk Yahudi




palestinian-flag
Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang
maksudnya: “Jika ada sepuluh orang Yahudi beriman dengan ku, tidak akan
tinggal di atas bumi seorang Yahudi pun melainkan ia memeluk Islam.” –
al-Bukhari dan Ibnu ad-Dhirris
Orang-orang Yahudi
adalah terkenal dengan sifat sombong, angkuh dan keras hati. Mereka
tidak akan ‘pernah’ redha dengan umat Islam sebagaimana firman Allah
SWT yang maksudnya : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang
kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong
itu).” (al-Baqarah: 120) Read More..




Serangan rejim Israel buka mata pemimpin umat Islam




kemb
MARANG, 5 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
berkata, sejak tragedi serangan ganas komando rejim Israel terhadap
sukarelawan yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan Gaza Isnin lalu
telah berjaya membuka mata pemimpin-pemimpin orang Islam.
“Alhamdulillah, tanda-tanda yang menunjukkan negara orang Islam mula
hendak sedar dan insaf. Mudah-mudahan, Allah SWT akan memberi taufik
dan hidayah kepada pemimpin-pemimpin orang Islam supaya balik ke
pangkal jalan,” ujarnya ketika merasmikan Kembara Tarbawi 4WD Ke Blok 6
Air Putih, Kemaman di Rusila, semalam. Read More..




Sejarah Solat Lima Waktu




solat1
Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi Terakhir yang diutuskan oleh Allah
SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti
umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari.
Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi
Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di
hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap
solat mula dikerjakan. Read More..




Judi bola boleh beroperasi di negeri BN sahaja




Judi-Bola-Piala-Dunia-2010KOTA BHARU, 31 Mei: Walaupun lesen judi bolasepak
diluluskan Menteri Kewangan kepada Ascot Sport, anak syarikat kumpulan
Berjaya yang dimiliki Vincent Tan, ia tidak boleh beroperasi
sekurang-kurangnya di empat negeri iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan
Pulau Pinang.
Ia hanya boleh beroperasi di negeri-negeri yang diperintah oleh
Barisan Nasional (BN) iaitu Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Kuala
Lumpur, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak di samping
Putrajaya dan Labuan.
Ini berikutan pengumuman yang terkini iaitu Menteri Besar Selangor,
Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah mengumumkan, kerajaan negeri Selangor
tidak akan mengeluarkan lesen premis untuk judi tersebut. Read More..




Keagungan Akhlak Rasulullah SAW




Keagungan-Akhlak-Rasulullah-SAWSaudaraku, Islam sampai kepada kita saat ini tidak lain berkat jasa Baginda Rasulullah Muhammad SAW
sebagai seorang penyampai risalah Allah SWT yang benar dan di redhai.
Dan nanti di padang mahsyar, setiap umat Islam pasti akan meminta
syafa’at dari beliau SAW dan menginginkan berada di barisan beliau SAW.
Namun, pengakuan tidaklah cukup sekedar pengakuan. Pasti yang mengaku
umat beliau SAW akan berusaha mengikuti jejak beliau dengan jalan
mengikuti sunnah-sunnah beliau dan senantiasa membasahi bibir ini
dengan mendo’akan beliau dengan cara memperbanyak berselawat kepada
beliau SAW.
Sejarah tak akan mampu mengingkari betapa indahnya akhlak dan budi
pekerti Rasulullah tercinta, Sayyidina Muhammad Sholallohu ‘alaihi wa
sallam hingga salah seorang isteri beliau, Sayyidatina A’isyah
Rodhiyallahuanha mengatakan bahawa akhlak Rasulullah adalah
“Al-Qur’an”. Tidak satu perkataan Rasulullah merupakan implementasi
dari hawa nafsu beliau, melainkan adalah berasal dari wahyu ilahi.
Begitu halus dan lembutnya perilaku seharian beliau. Rasulullah SAW
adalah sosok yang mandiri dengan sifat tawadhu’ yang tiada tandingnya. Read More..




Kalimah Allah Tertera Pada Daging Burger




burgerGambar Ihsan dari http://blog.syazwanwi.com
Menjelang 1430H/2009 iaitu sejak tahun 2006/2007/2008/2009/2010, kalimah Allah telah muncul
boleh dikatakan disegenap pelusuk dunia. Ini sudah tentu suatu ‘alamat’
dari Allah Yang Maha Kuasa kepada manusia akan kebangkitan Islam akhir
zaman. Tetapi amat sedikit manusia yang memahami akan alamat dari Allah
SWT ini.
Terbaru, kalimah Allah tertera
pada daging burger selepas digoreng oleh seorang kanak-kanak. Kalimah
Allah itu amat jelas kelihatan pada masa mula di masak tetapi huruf
aliff hilang selepas semalaman di simpan dan yang jelas kelihatan
hanyalah “Lillah”..Subhanallah Read More..




Rahsia Anak Pintar Dari Perspektif Islam




rahsia-anak-pintarBUKAN
sedikit ibu bapa yang mengidamkan anak seperti Sufiah Yusof, 24, yang
memasuki universiti pada usia 13 tahun dan Adi Putra Abdul Ghani yang
mengejutkan ramai pihak kerana kemampuan menyelesaikan masalah
matematik. Tidak kurang juga yang mengidamkan anak seperti Muhammad
Ahmad Zahid yang bergelar hafiz muda pada usia 13 tahun.
Semua pasti mahukan zuriat yang pintar kerana inilah ‘tiket’ kepada
masa depan lebih cerah. Penat lelah membesarkan mereka seakan berbaloi
apabila si anak membawa pulang kejayaan. Namun, apakah mereka ini
pintar, berbakat, genius atau pun prodigy? Jangan keliru kerana inilah
takrifan sebenar keupayaan mereka berdasarkan istilah psikologi.
Seperti kata-kata ‘serupa tapi tak sama,’ pakar linguistik dan
Pengasas PTS Publications and Distributors Sdn Bhd, Ainon Mohd, berkata
masih ramai yang tidak dapat membezakan istilah sebenar ini. Read More..




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments: