Di Mana Nilai Perasaan Malu Manusia Ini??

Saturday, April 23, 2011
Pasangan ini Bercumbu di tengah jalan raya kota. Ada yang mengatakan gambar tersebut datangnya dari Indonesia berdasarkan ID motor tersebut.. Di Manakah Nilai agama dan perasaan Malu?? ini la salah satu contoh akidah yang lari dari prinsip agama islam. Harap ianya menjadi salah satu Pedoman kepada kita agama Islam.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

10 keajaiban alam ciptaan Allah s.w.t

Ketika kita berfikir tentang keajaiban dunia, pasti terfikir tentang Piramid di Mesir, Taman Gantung Babilon, Terowong Channel dan Colosseum di Roma serta sebahagian yang terdapat dalam buku keajaiban dunia kuno moden.
 
Apabila berfikir tentang keajaiban alam, kita akan terfikir tentang Grand Canyon di Colorado, Paricutin Volcano di Mexico dan Great Barrier Reef di pantai Queensland Australia.

Keajaiban alam bukan hanya terdapat di tempat-tempat di atas. Perlu diketahui dunia ini penuh dengan keajaiban, terdapat banyak keajaiban alam lain yang menarik, seperti di bawah ini yang belum diketahui orang.

1. Pamukkale (Turki)

Terletak di Daerah Denizli di barat daya Turki, menjadi tumpuan bagi mereka yang menginginkan suasana nyaman dan tenang. Yang terpenting tempat ini adalah kawasan alam mineral dan boleh mandi spa kerana perairan batu kapur (kalsium) yang panas, muka buminya halus dan struktur organik yang kelihatan aneh.

2. Fly Geyser (Nevada)

Terletak di Nevada, AS, Fly Geyser sesuai untuk mereka yang mencari air.

3. Valley of the Moon (Argentina)

Valley of the Moon, juga dikenali sebagai Taman Nasional Ischigualasto, adalah tempat "di mana kita merasa memegang bulan". Di lembah kering, dengan bentuk alam semulajadi yang terhasil dari tindakan angin yang mengambil masa yang lama untuk membentuk batuan raksasa menegak dan menakjubkan.

4. Enchanted Well - Chapada Diamantina National Park (Brazil)

Kolam cekung raksasa terletak di Taman Nasional Chapada Diamantina di Brazil. Poco Encantado, juga dikenali sebagai Enchanted Yah, mempunyai air transparan yang kelihatan dan pokok-pokok tua terutama ketika matahari hanya datang melalui celah batuan.

5. Wulingyan, Hunan (China)

Pemandangan batu gamping terbesar dan dramatik di Asia terdapat di Wulingyan dan memang terkenal di Cina. Orang-orang juga menemui kesamaan antara gambar pemandangan di wilayah Hunan.

6. Ice Towers of Mount Erebus (Antarctica)

Gunung Erebus adalah gunung berapi aktif terbesar di dunia. Ia mempunyai vulkanik panas yang dipenuhi dengan ais dingin telah menghasilkan sistem yang rumit dari gua ais di atas puncak Erebus. Ratusan menara ais juga dapat ditemui di Mars, Jupiter, Saturnus dan Neptunus.

7. Kasha Katuwe Tent Rocks (New Mexico)

Kasha-Katuwe berbentuk Tenda Batu di New Mexico dengan rekabentuk berpahat terhasil dari tindakan seragam yang berbentuk formasi batuan yang dihasilkan oleh letusan gunung berapi yang meledak.

8. Comodo National Park (Indonesia)
Pulau Komodo terletak di sebuah selat antara Pulau Flores di Nusa Tenggara Timur (NTT)dan Sumbawa di Nusa Tenggara Barat (NTB). Di Pulau Komodo terdapat biawak terbesar di dunia, iaitu biawak Komodo (Varanus komodoensis).

Komodo dipercayai keturunan binatang purba Dinosaurus yang masih hidup. Panjang komodo dapat mencapai 3 meter dengan berat boleh mencapai 140 kg.

Kawasan perairan di pulau Komodo juga terdapat perairan yang termasuk dalam keajaiban dunia bawah air. Dasar laut perairan Komodo adalah yang terbaik di dunia, di permukaan laut munculnya daratan-daratan kering yang berbukit karang.

9. The Stone Forest (China)
Dianggap sebagai "Keajaiban Dunia Pertama" sejak Dinasti Ming, Hutan Batu Cina penuh dengan batu gamping dalam bentuk arca.

10. Salar de Uyuni (Bolivia)
Terletak di Bolivia, Salar de Uyuni adalah gurun garam merupakan dataran paling besar di dunia. Meliputi kawasan seluas 10.582 kilometer persegi, jantung dari Altiplano mempunyai sedikitnya 10 milian ton garam.fact and information/Tulahan
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rupa Manusia Yang Di Halau Di Padang Mahsyar


- Ditukar rupa menjadi wajah kera. Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.

- Ditukar rupa menjadi wajah babi. Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.

- Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah. Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.

- Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring). Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.

- Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal. Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.

- Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan... Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.

- Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan. Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga.

- Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka. Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya.

- Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas. Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong dan
bongkak.

Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa walaupun ketika berada didalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia. Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Allah telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126 bermaksud: "Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?

Allah berfirman: "Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kau melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan."

Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia ke Padang Mahsyar, jangan sekali-kali menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum pernah berlaku. Bagaimanapun Allah telah berfirman dalam al-Quran ia pasti berlaku.

Firman itu bermaksud: "Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada mereka."

Umat Islam sekarang harus ingat bahawa kematian adalah wajib dan mesti tiba apabila sampai waktunya. Setelah manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, maka semua manusia itu dihalau menuju ke Padang Mahsyar.Keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan ketika hidup dulu.

Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh manusia di Padang Mahsyar ialah tidak akan mendapat perlindungan. Matahari terlalu hampir dengan ubun kepala. Maka tidak hairan ada yang berpeluh kerana terlalu kepanasan sehingga terasa seperti terbakar itu hingga sampai ke kaki,lutut, dada,leher mahupun sekadar bahagian muka saja.

Sewaktu dalam penantian persidangan itu, kelihatanlah wajah mereka yang tunduk cemas, kelihatan muram dan hitam kelam. Keadaan itu samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan.Takut serta bimbang sentiasa bermain-main pada fikiran.

Bgaimana ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat melepaskan diri.Bukan itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga tidak ada.Siapa saja akan tetap diadili dan bergantunglah betapa taatnya dia dengan perintah Allah swt.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan daripada setiap umat segolongan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu mereka dibahagi-bahagi (dalam kelompok-kelompok)." (surah An-Naml:83).

*BERSAMA-SAMALAH KITA BERDOA MOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM KALANGAN TERSEBUT..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed