"Muntahlah atas tangan Amid."

Thursday, February 10, 2011
17 tahun dulu.

PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?"

soal saya.

Amid menundukkan kepala dan membisu.


Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.

"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.
Amid nak jaga emak sampai akhir hayat,"

jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.

"isshhh. betul ke budak ni?
Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis,"

hati saya berkata kata.

"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?"

pujuk saya lagi.

Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.

"Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.
Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak,"

katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.

"Betul ke ni?"

soal saya masih tidak percaya.

"Betul,"

balas Amid pula tanpa ragu ragu.

"Suka hati adiklah,"

kata saya selepas lama termenung.

Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.

Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun.
Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.
Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.

Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu.
Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.
Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.

Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak.

Katanya,

biarlah dia tinggal bersama emak.

"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak?
Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak?
Dia perempuan.. Mana larat buat kerja yang berat-berat.
Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?"

"Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing.
Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL.
Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah,"

kata Amid kepada saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah.

Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur.
Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.

Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak.
Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu.
Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut.
Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak.
Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar.
Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.

"Kenapa mak?
Mak nak buang air ke?
Lapar? Mak nak minum?"

Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.
Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena.
Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi,

ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.

Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat.
Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.
Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya.
Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.

Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang.
Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.

Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri.
Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya..


Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah.
Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari.
Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.

Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah
untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.

Katanya pada saya,

buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.

Khamis 7 Oktober 2004

AJAL dan maut di tangan Tuhan.
Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya.
Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda.
Amid meninggal dipanah petir.

Ceritanya begini.

Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.
Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.
Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.

Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.

Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.
Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.

Tiba-Tiba.

prangggggg. tuuuuummmmt!

Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.
Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.

Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu.
Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.

Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata,

"Ya Allah. anak aku!"

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun.
Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.

Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid.
Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang..

Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.

Sampai di sana...

"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!"

jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.

Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali,
tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.

Cerita Mek kepada saya.
ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia.
Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.


Cerita Mek,

mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.

Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada.

cerita Mek kepada kami lagi.

Pagi Jumaat 8 Oktober 2004

PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu.
Saya terma suk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.

Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin.
Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.

Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin.
Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi.. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin.

tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.

Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak.
Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau.
Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.

Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat.

Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta.

Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.

Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum.
Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya..
Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.

Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.
Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang.

Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya,
tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah,
pasti saya akan teringatkan sikap Amid.

Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua tahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.

Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;
(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu;
dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".

- Surah Luqman ayat 14.

by Wardah Serikandi Islam on Friday, April 2, 2010 at 4:24pm
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kata-Kata Dari : Mami PoKo


  
'cinta itu pengubat Hati, 
kasih itu penyambung Cinta, 
sayang itu disimpul Hati, 
ikhlaslah Memberi, 
jujurlah menerima kerana Curang itu SAKIT..PERIT..PEDIH..
setialah pada dia yang Setia.
sayanglah pada dia yang Menyintai kerana sekali ia CINTA, cintanya pasti smpai MATI'
Nurul Mawaddah and 82 others like this.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pesanan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

Assalammualaikum......

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen(sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ..

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan...either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ...samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya ....makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ..dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ...tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib ... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya...dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing.

Wallahu A'lam...
 
 
by SalWardah Ibnu AbdulJelani on Saturday, April 17, 2010 at 2:09pm

7 people like this.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bidadari kecil itu tak pernah sendiri

Matanya bulat, cantik dan jernih seolah tak berdosa. Tawanya pun lepas,sehingga
menambah keceriaan di wajah. Usianya memang telah dewasa, namun ia berprilaku bagaikan
balita yang polos dan tak banyak meminta. Kelembutan yang terpancar dari jiwa, juga telah menghapus
kesempatannya untuk nakal dan berbuat dosa.


Ia adikku, Dian namanya. Limpahan karunia Allah subhanahu wata'ala, menjadikan dirinya ditakdirkan
terlahir dengan keterbelakangan mental. Chromosome 15 Trisomy Syndrome yang diderita membuatnya bagaikan seorang kanak-kanak. Namun, tak pernah sekalipun ia terlihat menyesali nasibnya.


Dian memeng anak istimewa. Selain cacat mental, menjelang akhir hayatnya ia juga menderita sakit ginjal,
diabetes, kelainan jantung, lalu lumpuh dan bisu. Bahkan beberapa hari sebelum maut menjemput, kebutaan merampas penglihatannya. Tangis ketakuan yang kekanak-kanakan, akan memebuat siapapi yang mendengar giris hatinya.


"Ma......ma... aku takut, gelap ma. Mama disini sama aku ya ma".terdengar rengekannya yang pernah membuat air mata mamaku tumpah.Beliau lalu mengajak Dian berdzikir dan membaca do'a do'a.


Apa yang di derita Dian pernah memebuatku dan saudara saudara yang lain berburuk sangka kepada-Nya, "Ya Allah, mengapa Engkau timpakan penderitaan sepedih ini kepeda adik kami?"
pertanyaan itu sering kali menyeruak, dan bertubi tubi manghujani hati ini.


Kami pun pernah sedih karena memikirkan Dian yang tak pernah hidup normal seperti layaknya saudara saudaranya yang lain. Tumbuh dewasa, menikah, lantas merasakan kebahagiaan berumah tangga. namun, bukankah Allah Yang Maha Pencipta tentu lebih tahu segalanya.
mungkin IA hanya tersenyum bijaksana melihat kesalahpahaman kami semua.

Dian memang cacat fisik dan mental, tapi tidak hatinya. Tubuh yang penuh tutulan obat merah dan perban karena koreng bernanah, bahkan sebagian hidupnya yang harus di jalani dengan kursi roda, Tak mampu menutupi keistimewaan yang ada pada dirinya.

Suatu peristiwa saat ia berusia 5 tahun, menampilkan sosok jiwanya yang begitu lembut. Ia tak pernah tega walaupun terhadap semut semut yang mengerubungi piring nasinya. Ia hanya menjerit-jerit,"Ma...nyamut,nyamut ma", karena saat itu ia tidak bisa membedakan antara nyamuk dan semut.

Lalu aku yang saat itu mendengar tergopoh-gopoh menghampirinya, "Jangan menangis Dian, ini kan cuma semut. pukul saja, ntar juga semutnya pergi""Lalau kuusir semut semut itu, dengan tepukan tangan di atas lantai teras depan rumah kami.

Allah Yang Maha pengasih sangat mencintai dian. Betapa tidak? Kelahirannya disambut dengan penuh kebahagiaan, dan kematiannya di usia 30 tahun adalah peristiwa terindah yang pernah kudengar.

Ketika itu, menjelang malaikat maut hendak menjemput, Mama ku meminta Dian untuk selalu mengingat Allah Subhanahu wata'ala sambil membelai-belai kepalanya, "Dian, nyebut ya sayang,Ya Allah.. gitu nak.Ya Allah..Allahu akbar!"Lalu mama memabaca surah Yaa siin di pinggir tempat tidur, sedangkan bapak melakukan sholat ashar, tak jauh dari sisi tempat tidur Dian.

Lidah Dian mulai sulit bergerak. namun orang tuaku dengan tabah berusaha membimbingnya mengucapkan "Allahu akba,Ya Allah". Hingga suatu saat, ketika mama membisikkan kalimat itu,Dian menggenggam tangannya dengan kuat dan bergumama lirih. "Aaaaaaahhhhh....."

Air bening pun bergulir dari sudut mata dian yang telah buta.mungkin sebagai isyarat permintaan maaf, dan moho kerelaan karena sebentar lagi ia akan berpulang kepada sang pencipta.

"Pulanglah Dian ke haribaan Allah...." kata mama di sela isakan tangisan. Lalu denagn tenang Dian meninggal kami semua dengan hembusan nafas terakhirnya.

Di saat penguburan, Mama mengecup telapak tangannya sendiri kemudian melambai ke pusara Dian. "selamat jalan ,bidadari kecilku. Tunggu mama disana ya, nak"katanya serya menatap lubang peristirahatan tarakhir Dian yang mulai ditutupi tanah merah olah para sanak saudara dan sahabat.

Adikku Dian memang benar-benar anak istimewa , bahkan teristimewa di antara saudara-saudaranya. karena itu Allah Subhanahu wata'ala pun mengirim bapak pulang menyertai dian, tak lama setelah kepergiannya. Mungkin sebagai jawaban kepada bapak yang memeanh selalu merindukan anak istimewanya.

Sekarang bidadari kecil kami tidak prlu takut sendirian, karena bapak telah disana untuk menemaninya.

Dian adikku tersayang...jangan pernah untuk kembali kepada allah ya sayang. Engkau tahu,engkau tak sendirian. Mama pun selalu berkata, engkau tak akan pernah sendirian, karena do'a dan segenap cinta kami selalu bersama dirimu, adikku tercinta.

kembali kepada Allah adalah sesuatu yang indah. Bahkan termat indah dari apa yang mungkin engkau bayangkan.

selamat jalan sayang, selamat tinggal adikku teristimewa. Engkau memang bidadari yang tak pernah sendirian.


WaLlohu a'lam bi shawab.

 
by Winnie Qyute on Monday, September 28, 2009 at 6:54am
 
Winnie Qyute and 6 others like this.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kata-Kata Dari : Raden Gugusan

 
Raden Gugusan

"Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita bukan dengan yang lainnya kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan"

 Sebelum datang saksi yg dibawa Nabi Muhammad s.a.w. itu telah datang pula saksi Nabi Musa, iaitu Kitab Taurat, intisari yg tersimpul di dlm Kitab Nabi Musa itu pun, sama dgn intisari Kitab yg dibawa Nabi Muhammad. Kitab itu adalah Iman & Ra...hmat. Kedatangan Al Quran meneguhkan Kitab Taurat, Iman utk diikuti kandungannya & Rahmat kerana ia membawa manusia daripada gelap gelita kpd Nur yg terang benderang bagi jiwa. Apakah org2 yg berada di atas keterangan itu, di atas kebenaran itu, Dikuatkan saksi, dikuatkan pula oleh Kitab Musa sbg meneguhkan atau menguatkan kesaksian itu.

Iaitu org yg memupuk jiwa murni @ suara hati kecilnya, bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah, mereka sentiasa diiringi dgn Ayat-ayat dari Tuhannya serta diiringi oleh kesaksian & bukti juga peneguh dari Kitab Nabi yg terdahulu. Itulah mukmin yg sejati. Itulah orang-orang yang mengakui menerima Al Quran dari Allah.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

KERANA ITU AKU DIAM..

KERANA ITU AKU DIAM..

Aku takut engkau tergoda,
karena itu aku diam…
Aku takut engkau goyah,
karena itu aku diam…

aku takut ada yang kecewa..
aku takut ada yang terluka..
aku takut ada yang terhina..
karena itu aku diam..

aku takut tak bisa menjaga..
aku takut potensi yang tak bisa diduga..
aku takut jatuh ke dalam dosa..
karena itu aku diam..

aku takut melanggar laranganNya..
aku takut tidak lagi peka akan peringatanNya..
aku takut tidak lagi taat kepadaNya..
karena itu aku diam..

aku takut tidak lagi indah pada saatnya,
aku takut tidak lagi mesra seharusnya,
aku takut tidak lagi terjaga, hina di dua dunia,
karena itu aku diam..

aku takut hatiku tertipu nafsu..
aku takut taqwaku tergadaikan logika semu..
aku takut perasaanku tertutup emosi sesaatku..
karena itu aku diam..

aku takut jauh dariNya,
aku takut tidak karenaNya.
aku takut tidak lagi mendapat pertolongan dariNya,
tidak lagi mengamalkan FirmanNya,
tidak lagi mengikuti NabiNya,
karena itu aku diam..

aku takut tidak didengar dalam do'a,
aku takut tidak ditolong dalam musibah,
aku takut tak dilihatNya di padang mahsyar penuh galau dan gundah
karena itu aku diam..

aku takut tak bisa memegang amanahNya..
aku takut tak bisa memetik sakinah, mawaddah dan rahmatNya..
aku takut tak bisa mengabadikan ridho kedua orang tua..
karena itu aku diam..

dalam diam aku berikhtiar,
mempersiapkan mental, modal, hati dan fikiran,
dalam diam aku berdo'a..
memohon petunjuk, pertolongan dan kekuatan dariNya..

dalam diam aku menghormatimu dengan petunjukNya..
dalam diam aku menjagamu dengan cintaNya..
dalam diam aku mengurai rahsia tulisan di luhmahfudzNya..
dalam diam aku menjaga cinta sebagai anugerah dan amanah..

dalam diam aku memperbaiki diri..
dalam diam aku mempersiapkan hati..
dalam diam aku mengumpulkan ilmu untuk saat bersatu nanti..
dalam diam aku berusaha memberikan yang terbaik dengan redha Ilahi..

dalam diam aku mengukir cinta abadi..
cinta dengan cara yang diajarkan RasulNya..
cinta penuh taqwa dan tawakkal kepadaNya..
cinta yang datang dan akan kita kembalikan hanya padaNya..

Bersabarlah dalam diamku..
Berdo'alah tuk menguatkan hatimu..
Bersyukurlah atas suka dan dukaNya untuk kuatmu..
karena engkau kan menjadi bagian penting perjuanganku..

Sungguh Dia mendengar keluh kesahmu..
Sungguh Dia melihat gundah dan sedihMu..
sungguh Dia telah mempersiapkan yang terbaik untukmu..
Sungguh Dia telah menyediakan pahala yang melimpah, atas sholihahmu..

tautkan hati kita dalam do'a..
ikhtiarkan jiwa dan raga kita dalam ilmu dan ibadah..
kuatkan potensi kita dengan menjalankan FirmanNya, Sunnah NabiNya..
yakinlah .... kan indah pada saatnya…
karena kita ... menuju RedhaNYA..
by Nurul Amira on Thursday, February 10, 2011 at 4:38pm

9 people like this.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Zikir Jodoh

Amalkan zikir ini yg insyaALLAH memudahkan jodoh kalian..

baca 40X sehari selama 40Hari..

Lakukan berterusan dan niatkan permudahkan jodoh dan supaya dengan jodoh itu dapat mendekatkan diri kita kepadaNya..

Dan hindari zina,walaupun sekecil2..

(Di'hadiah'kan oleh Mursyid Pondok Darul Atiq,Ustaz Ghazali Hasbullah pada 14/12/2010)


http://www.facebook.com/JihadAlQuran?success=1#!/profile.php?id=100000945841996

25 others like this.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

.: Misteri penunggang kuda dekat Dataran Tahrir :.


SATU lembaga penunggang kuda (dalam bulatan) berada di sebatang jalan raya dekat Dataran Tahrir di Kaherah pada Khamis lalu.


***********************************************************************************


KAHERAH - Stesen televisyen MSNBC merakamkan imej hantu dipercayai seorang lelaki yang menunggang kuda dalam rusuhan bagi menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan di sini pada Khamis lalu.
Imej misteri itu disiarkan dalam lintasan berita mengenai situasi yang berlaku dekat Dataran Tahrir di sini pada awal pagi.
Dalam imej tersebut, bayang penunggang kuda yang berwarna hijau dan bercahaya itu seolah-olah melihat gelagat para penunjuk perasaan membaling batu dan kebakaran kereta di tepi sebatang jalan raya dalam rusuhan itu.
Kuda yang dinaiki lelaki itu kemudian bergerak perlahan-lahan sebelum ia berlari ke langit dan lenyap ditelan kegelapan.
Imej tersebut kini menjadi perdebatan hangat dalam beberapa laman web di Internet mengenai kejadian misteri itu.
Beberapa pengguna Internet yang menyaksikan rakaman video itu menyatakan ia disebabkan oleh cahaya kilat kamera atau pantulan cahaya.
Imej misteri itu juga boleh dilihat di laman YouTube.

- Agensi -
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

~Nota Cinta Buatmu Bakal Suamiku~

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.
Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.
”Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.
“Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.
Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.
Alfatunnisa' adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.
”Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta...adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya...Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan...”, hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.
Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.
Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.
”Astaghfirullahal azim..alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…”, syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.
Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.
Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program "Selamatkan Jiwa". Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.
Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.
Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul Sakinah...
Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.
Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.
Ikhlas, Izhar...
Wassalam saudaraku Muhd Izhar...
Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...
Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.
Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.
Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.
Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…
“Astaghfirullahal ’azim...Astaghfirullahal ‘azim…Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..”, doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.
Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.
Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...

by Layyinul Harir on Thursday, January 27, 2011 at 8:07pm
 
15 people like this.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Adab-Adab Semasa Berada Di Dalam MASJID


Assalamualaikum WRB

Segala puji bagi Allah yang telah mengajarkan kesempurnaan etika kepada manusia dan membuka pintu bagi mereka untuk mengamalkannya. Shalawat dan salam semoga tetap dilimpahkan kepada manusia terbaik yang beribadah dan kembali kepada Allah.

Sesungguhnya Islam benar-benar menaruh perhatian yang sangat besar kepada manusia di dalam segala perihal dan urusannya, agama dan dunianya, lapang dan kesulitannya, bangun dan tidurnya, dikala bepergian dan iqamah, makan dan minum, bahagia dan sedihnya. Tidak ada perkara kecil ataupun besar apapun melainkan sudah dijelaskan oleh Islam.

Maka untuk memasuki Rumah Allah-pun ada tertib-tertibnya.
1.Membersihkan mulutnya dari bau yang tidak enak ketika hendak mendatangi masjid .
Disebutkan di dalam Shahih Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdillah, dari Nabi

Shalallahu ‘alahi wa sallam beliau bersabda:
” Siapa yang makan bawang merah, bawang putih atau bawang bakung (jengkol, petai dan selainnya), maka sungguh janganlah dia mendekat masjid kami, karena malaikat terganggu dengan apa manusia terganggu dengannya”.

2. Membaca sholawat atas nabi dan berdoa ketika hendak masuk ketika telah sampai pada pintunya.
Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa sallam bersabda :
“Jika seseorang dari kalian masuk masjid, maka hendaklah dia membaca sholawat atas nabinya, kemudian hendaknya dia berkata :
“Ya Allah ya Tuhan kami, bukalah pintu-pintu rahmat-Mu untukku ” .
(Al Imam Ibnu Hibban)

Kemudian ketika keluar membaca :
“Ya Allah ya Tuhan kami , sesungguhnya aku meminta kepada-Mu dari keutamaan -Mu“.

Atau membaca doa-doa yang terdapat di dalam hadits-hadits shahih yang lainnya .

3. Ketika masuk mendahulukan kaki kanan, di karenakan bagian kanan itu untuk sesuatu yang mulia , sedangkan ketika keluar melangkahkan kaki kiri, dalam rangka memuliakan yang kanan.

Al Imam Bukhari dan Muslim telah mengeluarkan di dalam ” Shahih Keduanya ” , dari Aisyah rodhiyallahu anha, dia berkata :
“Bahwasanya Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam suka mendahulukan bagian yang kanan ketika memakai sandal, bersisir, bersuci dan dalam semua urusannya (yang mulia) ” .

4. Menunaikan hak masjid yaitu melakukan sholat dua rakaat sebelum duduk (sholat tahiyatul masjid) kapanpun seseorang masuk dan walaupun sudah terlanjur duduk sebelum sholat.
Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa sallam bersabda :
“Jika seseorang dari kalian masuk masjid maka janganlah dia duduk (di dalamnya) sehingga dia melakukan sholat dua rakaat “.

Perrihal ini banyak sekali saudara muslim kita yang melanggarnya.
Al Imam Ibnu Hibban telah meriwayatkannya di dalam “Shahihnya” dari sahabat Abu Dzar bahwa dirinya telah masuk masjid (dan dia duduk sebelum sholat), maka Nabi Shalallahu ‘alahi wa sallam berkata kepadanya :’Apakah kamu telah melakukan sholat dua rakaat ?’, dia berkata : belum , maka beliau katakan :‘berdirilah kamu dan sholatlah dua rakaat ‘” .

5. Tidak boleh mengumumkan barang yang hilang di dalam mesjid.
Al-Imam Ahmad, Muslim dan selain dari keduanya telah meriwayatkan hadits dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu.
“Barang Siapa yang mendengar seseorang sedang mencari barang yang hilang di dalam masjid , maka hendaklah dia berkata : Semoga Allah tidak mengembalikannya kepadamu, sesungguhnya masjid-masjid itu tidaklah dibangun untuk demikian ini ” .

6. Tidak melakukan jual beli di dalamnya .
Nabi Shalallahu ‘alahi wa sallam bersabda :
“Jika kalian melihat seseorang menjual atau membeli sesuatu di dalam masjid, maka katakanlah Semoga Allah tidak memberikan keuntungan pada perdaganganmu… ” .

Jual beli secara syar’i adalah tukar menukar barang dengan suka rela di atas sisi yang disyariatkan, maka jual beli itu ada empat macam:
1. Barang dijual (ditukar) dengan barang .
2. Barang dijual dengan mata uang .
3. Mata uang dijual dengan mata uang (tukar menukar uang) baik yang sejenis seperti rupiah dengan rupiah atau yang tidak sejenis seperti rupiah dengan dolar.
4. Manfaat dengan harta ( jual jasa) .

Segala sesuatu yang tergolong dalam makna jual beli secara syar’i dan dilakukan di dalam masjid maka dia telah melakukan pelanggaran di dalamnya sehingga berhak didoakan kerugian sebagaimana yang ditunjukkan di dalam hadits ini , dan sebagian ulama memakruhkan memberikan pelajaran untuk anak-anak (juga dewasa) di dalam masjid yang ditetapkan upah di dalamnya karena tergolong dalam jual beli .

7. Tidak melakukan pekerjaan yang manfaatnya kembali kepada pribadi seseorang, sedangkan jika manfaatnya kembali kepada keumuman agama kaum muslimin seperti berlatih menggunakan pedang, mempersiapkan alat-alat perang untuk berjihad dan yang lainnya yang tidak mengandung makna penghinaan bagi masjid, maka tidak mengapa .

Di dalam “Shahih Bukhari dan Muslim” dari Aisyah rodhiyallahu anha , dia berkata :
“Sungguh aku melihat Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa sallam pada suatu hari di pintu kamarku, sedangkan kaum muslimin Habasyah sedang bermain-main tombak (berlatihmenggunakannya) di dalam masjid , sementara Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa sallam menutupi aku dengan pakaiannya , maka aku melihat permainan mereka”

Di dalam salah satu lafadznya Umar masuk lalu merendahkan badannya untuk mengambil kerikil, maka kerikil itu dilemparkannya kepada mereka, kemudian beliau Shalallahu ‘alahi wa sallam berkata : “Biarkan wahai Umar ” .

8. Tidak mengeraskan suara ketika berbicara
Di dalam ” Shahih Bukhari ” dari sahabat Sa’ib bin Yazid radhiyallahu ‘anhu
, dia berkata : Aku pernah berdiri di dalam masjid , maka ada seseorang yang telah melempar kerikil kepadaku, lalu aku perhatikan orangnya ternyata dia adalah Umar bin Khathab, maka dia berkata: “datangilah dua orang itu kemudian bawalah mereka kepadaku”, lalu aku mendatanginya dengan dua orang itu , dan dia berkata: “Siapa kalian ini atau dari mana kalian berdua ini ?”, maka keduanya berkata ari Thaif, lalu Dia (Umar) berkata : “Kalau kalian berdua dari penduduk negeri (Madinah) ini tentu aku cambuk kalian, karena kalian telah mengeraskan suara di masjid Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa sallam” .

Sebagian ulama membolehkan mengeraskan suara dalam pembicaraan ilmu (agama) dan selainnya yang dibutuhkan kaum muslimin karena ia adalah tempat berkumpulnya mereka yang terkadang harus melakukannya .

9. Tidak membaca syair-syair yang mengandung makna syirik dan mungkar, sedangkan jika mengandung makna yang benar seperti makna tauhid dan ketaatan tidaklah terlarang selama tidak menjadikan orang lain yang ada di masjid tersibukkan dengannya dari ibadahnya.

10. Tidak duduk melingkar di dalamnya sebelum ditegakkannya sholat jumat walaupun untuk mempelajari ilmu (agama), disebabkan akan memutus shaf-shaf kaum muslimin dan disamping itu mereka diperintahkan untuk berkumpul lebih awal pada hari jum’at dan merapatkan shaf yang di depan dan seterusnya .

Terdapat di dalam hadits yang diriwayatkan Al Imam Ibnu Khuzaimah di dalam “Shahihnya” , dan Tirmidzi di dalam “Sunannya” dan dia menghasankannya dari Amer bin Syu’aib dari bapaknya dari kakeknya, dari Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa sallam :
“…. Sesungguhnya beliau melarang manusia duduk melingkar (di dalam masjid) pada hari jum’at sebelum sholat (jum’at) “ .

11. Tidur di dalam masjid dibolehkan baik laki-laki maupun perempuan , terlebih lagi bagi para musafir dan orang yang tidak memiliki rumah atau karena ada hajat .

Terdapat di dalam “Shahih Bukhari” dan selainnya bahwa Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu tidur di masjid Nabi Shalallahu ‘alahi wa sallam di masa beliau ketika dirinya masih muda sebelum berkeluarga .

Wahai saudaraku muslimin hiasilah diri engkau dengan adab dan akhlak yang mulia di manapun berada terlebih lagi ketika di dalam masjid, pakailah masjid itu hanya sebagai tempat dzikir (beribadah) kepada Allah, janganlah dijadikan sebagai tempat bermain, berdagang, tempat duduk-duduk, dan sebagai jalan tanpa ada sebab, janganlah engkau berikan bagian (ibadah) itu untuk selain Allah SWT.

Dia Yang Maha Suci berfirman :
“Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun di dalamnya di samping (menyembah) Allah ” . (QS Al-Jin :18).

Seseorang yang menegakkan perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah dan Rasul-Nya niscaya dia meraih keberuntungan di dunia dan di akhirat kelak .
“Dan barangsiapa menta`ati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar“.(QS Al-Ahzab:71).

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah surga `Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya“.(QS Al Bayyinah: 7-8).

..Subhanallah wabihamdihi Subhanakallahumma wabihamdika AsyaduAllahilaha illa Anta Astagfiruka wa'atubu Ilaik Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Raut Wajah Orang Mukmin Sentiasa Ceria dan Mendamaikan

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dalam kehidupan seharian, kita sering merasa penat dan letih dengan tugas harian, dengan disertai berbagai masaalah kehidupan megakibatkan perasaan tekanan dan ketegangan.

Untuk boleh  lepas dari keadaan seperti ini kita perlu membagi waktu khusus guna melakukan senaman dan berehat untuk mencari ketenangan, sehingga jiwa kita pun menjadi lebih ceria dan bersemangat kembali. Sebagaimana tubuh yang memerlukan makanan  dan vitemin, jiwa manusia pun memerlukan kerehatan, ketenangan dan keceriaan.

Rasa gembira merupakan kesan positif kejiwaan yang muncul di berbagai keadaan. Jiwa yang ceria merupakan hal yang penting dalam menghilangkan pengalaman buruk yang tak mungkin dihindari seperti kegagalan, kekecewaan, dan perasaan negatif lainnya. Perasaan gembira boleh membantu kesehatan diri dan kembali pulih dan tenang.

Imam Ali bin Musa Al-Ridha berkata, "Rekreasi dan permainan yang menghibur, boleh membantu kalian mengatur hidup dan dengannya kalian akan lebih baik memperoleh kejayaan dalam urusan duniawi."

Para psikologi kini meyakini bahwa kegembiraan dan fikiran yang ceria berpengaruh penting dalam kehidupan manusia. Begitu pentingnya keceriaan bagi manusia sehingga mampu menjadi ubat sejumlah penyakit. Para psikologi percaya, pada abad terakhir ini, manusia disibukkan dengan dirinya sendiri. Keceriaan bukan hanya boleh  mencegah sejumlah penyakit, tapi bahkan boleh membantu dalam perkembangan perniagaan.

Dalam ilmu kedoktoran, tertawa dan gembira merupakan reaksi reflektif yang menyebabkan bergeraknya 15 otot wajah secara tenang, dan mempercepat pernafasan serta peredaran darah sehingga menambah adrenal darah. Kesan dari proses ini menimbulkan perasaan ceria dan gembira dalam diri seseorang. Jika kehidupan manusia kosong dari rasa ceria, nescaya ia akan mengalami derita yang amat berat lantaran beratnya tekanan perasaan."

Menghapus rasa duka dan menciptakan keceriaan merupkan hal yang cukup baik untuk diri sendiri maupun bagi keluarga dan masyarakat. Kerana rasa duka dan ceria tidak hanya terbatas pada pribadi manusia. Keceriaan dan kesedihan seorang manusia boleh berpengaruh juga terhadap orang lain. Oleh kerana itu, kesedihan ataupun keceriaan seseroang berpengaruh juga bagi orang lain di sekitarnya.

Sahabt yang dimuliakan,
Islam sebagai agama universal yang memenuhi seluruh tuntutan jasmani dan rohani manusia mengajarkan bahawa jiwa yang ceria merupakan hal yang perlu bagi kehidupan. Islam mengajarkan pula kepada kita cara melahirkan keceriaan . Keceriaan yang kadang bermanfaat bagi diri sendiri, dan kadang bermanfaat pula bagi orang lain.

Imam Ali bin Musa Al-Ridha as menyatakan, "Waktu kalian terbagi dalam empat masa. Masa pertama untuk bermunajat dan berdoa kepada Tuhan, masa kedua untuk mencari rezeki, masa ketiga berinteraksi dan bergaul mesra dengan keluarga dan sahabat dan siapa saja yang kalian percaya dan menyimpan aib kalian, dan masa keempat adalah memperuntukkan masa untuk bersenang-senang. Manfaatkan sebaik-baiknya waktu bersenang-senang kalian sehingga boleh membantu dalam menjalankan tugas dan kewajiban kalian".

Salah satu faktor penyebab kegembiraan adalah melihat dan menghayati alam semesta ciptaan Allah. Menyaksikan pemandangan yang indah, warna-warni bunga yang mempesona, pokok-pokok yang hijau, air terjun , gunung-gunung, dan keindahan alam lainnya merupakan kenikmatan yang boleh mendatangkan rasa keceriaan dan kebahagiaan hati.
Selain melihat keindahan alam semesta dengan  melakukan perjalanan (musafir) jua merupakan perkara positif yang diajarkan Islam kepada umatnya.

Allah S.W.T.  dalam kitab sucinya al-Quran mengajak manusia untuk melakukan perjalanan ke berbagai pelosok muka bumi, sehingga selain boleh mengambil pelajaran dari sejarah dan umat-umat lainnya, juga boleh menikmati keindahan alam di negeri-negeri lain.

Rasulullah S.A.W. dalam hadisnya bersabda yang maksudnya : "Bermusafirlah supaya kalian sehat".

Olahraga dan sukan juga boleh mendatangkan  keceriaan bagi jiwa manusia. Olahraga merupakan aktiviti positif dan menggembirakan yang selalu ditegaskan oleh para ulama. Tentu saja, jenis olahraga yang boleh  memperkuat semangat ketenteraan dan mengajarkan teknik bela diri lebih dianjurkan.

Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hak seorang anak dari bapanya adalah mendapatkan pengajaran cara menulis, berenang, dan memanah serta memperoleh rezeki hanya dari cara yang halal".

Menghadiri acara-acara hiburan yang tidak melalaikan seperti nasyid adalah satu cara boleh menghiburkan hati dan menimbulkan rasa ceria separti menyambut hari-hari kebesaran umat Islam atau majlis perkahwinan. Perlulah menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan wanita

Islam melarang acara hiburan dan pesta yang bercampur dengan laku maksiat dan hal-hal yang diharamkan. Yang penting keceriaan dan kegembiraan yang positif boleh diperolehi dengan cara menolong sesama kita untuk menjalankan kerja-kerja dakwah.

Menurut Islam keceriaan yang sebenar hanya boleh diperoleh dengan cara menjalankan perintah agama dan mengurangkan pergantungan  terhadap dunia. Terikat dengan dunia dan tenggelam dalam kehidupan kebendaan akan membuat manusia menjadi lalai dan tamak. Manusia yang tamak tidak akan pernah puas dan hal inilah yang menyebabkan rasa duka dan kesedihan. Oleh itu, manusia yang tidak terlalu terikat dengan kehidupan duniawi, ia akan senantiasa tabah dalam menghadapi segala ujian dan memiliki jiwa yang lebih positif.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :  "Barang siapa yang menggembirakan seorang mukmin, sebenarnya ia menggembirakan diriku, barang siapa yang menggembirakan diriku, sebenarnya ia menggembirakan Allah".

Sahabat yang dikasihi,
Abu Yazid Al-Busthami, seorang ahli sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.

Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas dalam mencari rezeki tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?."

Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah S.A.W. adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah S.A.W. salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."

Lelaki itu tunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdulillah, sesudah itu dia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Memang Allah telah mentakdirkan manusia sebagai makhluk yang paling indah. Bentuknya begitu sempurna, sehingga dipandang dari sudut manapun manusia kelihatan cantik dan serasi. Untuk itu hendaklah kurnia ini jangan dinodai dengan penampilan yang buruk, sebagaimana kata Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan."

Namun demikian tidak bererti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justeru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, menghias tubuh maupun pada tindakan dalam kehidupan seharian. Nabi S.A.W.  walaupun memakai jubah yang luntur warnanya, tetapi sentiasa bersih.

Sayyidina Umar bin Khattab walaupun jawatannya khalifah, pakaiannya sangat sederhana dan tidak nampakkan tanda kebesaran diri. Tetapi kerapian berpakaian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya sentiasa mengukir senyum. Raut mukanya berseri. Tidak hairanlah jika Imam Hasan Al-Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyuman. Rasulullah juga pernah bersabda bahawa senyuman adalah sedekah paling murah tetapi besar pahalanya.

Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud, "Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah."

Oleh itu marilah sama-sama kita memperbaiki penampilan diri dengan raut wajah yang ceria dan mendamaikan dan sentiasa senyum tanda hati yang bersih dan tulus ikhlas.

by Abu Basyer on Thursday, February 10, 2011 at 1:02am
 
7 people like this.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ular Berkepala 5


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Burung Cenderawasih

Cenderawasih burung di awan... ini adalah bait-bait perkataan yang dikaitkan dengan burung cenderawasih... Orang tua-tua dulu pernah berkata Burung Cenderawasih ini tidak pernah jejak ke bumi... betul ker? Apa keistimewaan burung nie? Ada sesiapa yang tahu pasal cerita burung ini? Jom kita buka topic nie kepada perbincangan...






Sambungan kisah Burung CenderaWasih by : zikir kalammuallah
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Gambar Yang Mengejutkan Dunia!

Gambar jamaah sembahyang tarawih di bulan Ramadan di Bandar Iskandariah (sebuah pantai terkenal di Mesir), Mesir.

Gambar Yang Mengejutkan Dunia
Tempat: iskandariah Mesir
Imam: Imam Hatim
Masjid: masjid al-Qaid Ibrahim hayyu Syatibi mahattah Raml.
Jumlah : 1 juta pesolat
Gambar ini mengejutkan Marine Amerika











Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Laut Terbelah Seperti Zaman Nabi Musa !!!

Adakah ini dikatakan Akhir Zaman?



Suatu kejadian alam yang sama sekali tidak ada kaitannya dengan kisah Mozes (Musa),
~the Ten Commandments dalam buku Exodus-Holy Bible.


Ini adalah penomena alam yang paling mengagumkan di Korea Selatan
yang dinamai "Moses Miracle", dua kali setahun terjadi air surut, terbuka suatu alur daratan sepanjang 2.8 kilometer dan lebar 40 meter yang menghubungkan pulau Jindo dan Modo selama beberapa jam.

Suatu festival diadakan untuk mengingatkan kejadian alam dan dihadiri orang-orang dari segala penjuru dunia ini. Bagaimanapun kejadian alam ini belum begitu diketahui sampai tahun 1975, ketika Mr. Pierre Randiduta besar Perancis untuk negara Korea berkunjung kemari dan mempublikasikannya di surat kabar Perancis.




Send Emil by : http://www.malaysiaria.blogspot.com

Share kepada kawan-kawan anda di sini : [http://media.causes.com/1008187?]
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Planet X @ Nibiru - Perancangan AS,Yahudi,NASA

Planet NIBIRU yang dijumpai oleh SAINTIS

PENGENALAN
-David Morrison NASA Astrobiology Institute Senior Scientist-

ASP astronomi dan bekas Presiden David Morrison membuat laman web yang dipanggil "Tanya Astrobiologist" sebagai sebahagian daripada tugasnya sebagai Senior Scientist di NASA's As-trobiology Institute. Di web ini masyarakat dapat mengajukan soalan daripada wakil saintifik NASA, dan Dr Morrison mendapat banyak soalan daripada daripada segenap lapisan usia. Akhir-akhir ini, dia telah dihujani dengan soalan mengenai hari kiamat pada tahun 2012 dan sebuah planet (Planet Nibiru atau Planet X) yang akan berlanggar dengan bumi pada bulan Disember tahun 2012 adalah penyebabnya. (Keadaan menjadi lebih teruk lagi, sebuah filem tentang beroksigen akan datang ke pawagam berhampiran anda pada November 2009 dan iklan tentang filem itu telah pun bermula.)

Dr Morrison telah menjumpai beberapa sumber tentang mitos ini dan dikumpulkan kesemua jawapan yang paling hangat dari soalan-soalan di laman webnya. Para pembaca Astronomi Beat pastinya akan mendapat pertanyaan seperti itu dari teman dan rakan sekerja dan jadi kami meminta Dr Morrison untuk berkongsi sebahagian daripada kesimpulan bersama-sama kami.

Sehingga Jun 2009 ini, ada lebih daripada 175 buku yang berdaftar di Amazon menceritakan tentang hari kiamat pada 2012. Seperti lelucon ini tersebar, banyak lebih banyak senario bencana sedang menyarankan. "Tanya Astrobiologist" telah menerima hampir seribu soalan mengenai Nibiru dan 2012, dengan lebih daripada 200 jawapan yang diposting. Berikut adalah beberapa soalan yang paling popular dan juga jawapan. Lihat: untuk set lengkap 20 top soalan.

1. Apakah jangkaan asal bahawa dunia akan berakhir pada Disember 2012?

Cerita ini bermula dengan mendakwa bahawa Nibiru, yang seharusnya planet ditemui oleh kaum Sumeria, akan menuju ke Bumi. Zecharia Sitchin,menulis fiksyen mengenai peradaban Mesopotamia purba Sumeria, mendakwa dalam beberapa buku (contohnya,The twelfth Planet, diterbitkan tahun 1976) bahawa dia telah menemui dan menterjemahkan Sumeria dokumen yang mengenalpasti planet Nibiru ini, ia mengelilingi Matahari setiap 3,600 tahun.

Dongeng Sumeria ini merangkumi cerita tentang "astronaut kuno" melawat Bumi daripada sebuah tamadun orang asing yang dikenali sebagai Anunnaki. Lalu Nancy Lieder, menyatakan dirinya seorang psikis mendakwa dia adalah perantara makhluk asing, telah menulis dalam laman webnya Zetatalk, bahawa ahli planet di sekitar bintang Zeta Reticuli memberi amaran kepada baginda bahawa Bumi dalam bahaya kerana ancaman daripada Planet X atau Nibiru. Bencana ini pada awalnya diramalkan pada Mei 2003, tetapi ketika itu tidak ada apa yang terjadi, dan tarikh kiamat itu bergerak maju hingga Disember 2012. Hanya baru-baru ini dua fabel ini dikaitkan dengan akhir kalendar Maya mengira musim sejuk yang panjang di Solstice pada tahun 2012 - maka dianggarkan hari kiamat tarikh 21 Disember 2012.

2. The Sumeria adalah tamadun pertama yang terbesar, dan mereka banyak membuat jangkaan tepat tentang astronomi, termasuk kewujudan planet Uranus, Neptun dan Pluto. Jadi mengapa seharusnya kita tidak percaya akan ramalan mereka tentang Nibiru?

Nibiru adalah salah satu nama dalam astrologi Babel (Babylonian) kadang-kadang dikaitkan dengan dewa Marduk. Nibiru muncul sebagai watak kecil dalam puisi ciptaan Babel Enuma Elish seperti yang tercatat di perpustakaan Assurbanipal, Raja Assyria (668-627 SM). Sumeria berkembang jauh lebih awal, dari sekitar abad ke-23 abad ke-17 SM. Mereka yakin bahawa Nibiru merupakan sebuah planet dimana ia bertentangan dengan para sarjana yang (tidak seperti Zecharia Sitchin) mengkaji dan menterjemah nota bertulis daripada Mesopotamia purba. Sumer memang tamadun yang besar, penting bagi pembangunan pertanian, pengurusan air, bandar kehidupan, dan terutamanya menulis.

Namun, mereka meninggalkan sangat sedikit nota tentang astronomi. Sudah tentu mereka tidak tahu tentang kewujudan Uranus, Neptun atau Pluto. Mereka juga tidak mempunyai pemahaman bahawa planet-planet mengelilingi Matahari, adalah idea dari Greece purba dua ribu tahun selepas akhir Sumeria. Tuntutan bahawa Sumeria mempunyai astronomi canggih, bahkan mempunyai tuhan yang bernama Nibiru, adalah produk daripada imaginasi Sitchin sahaja.

3. Bagaimana boleh anda menyangkal kewujudan Nibiru ketika IRA menjumpainya pada tahun 1983 dan cerita mengenainya muncul di akhbar terkemuka? Pada saat itu anda menyebutnya Planet X, dan kemudian Xena atau Eris.

IRA (Astronomi Inframerah NASA satelit, yang melakukan kajian di langit selama 10 bulan pada tahun 1983 dan menjumpai banyak sumber inframerah, tetapi tidak satu pun dari sumber itu adalah Nibiru atau Planet X atau benda lain di luar sistem tata surya.Secara ringkas, IRA mengkatalog 350.000 sumber inframerah, dan pada awalnya banyak daripada sumber-sumber ini yang tidak dikenalpasti. Semua pemerhatian ini telah diikuti mengikut kajian selanjutnya dengan instrumen yang lebih canggih baik di darat dan di ruangan angkasa.

Khabar angin mengenai sebuah "planet kesepuluh" meletus pada tahun 1984 selepas akhbar saintifik Astrophysical Journal Letters ini diterbitkan yang berjudul "sumber titik yang tidak dikenalpasti dalam kajian mini IRA", yang membahas beberapa sumber Inframerah.Tapi "objek misteri" ini ditemui di galaksi yang jauh (kecuali satu, di mana ia adalah seunting daripada "Inframerah cirrus "), yang diterbitkan pada tahun 1987.Tidak ada satu pun sumber IRA berubah menjadi sebuah planet.Ini bermakna bahawa Nibiru merupakan sebuah mitos, tanpa asas fakta. Bagi pengamal astronomi, mendakwa tentang sebuah planet yang" menghampiri "tetapi" tak kelihatan " adalah sekadar bohongan.

4. Mungkin kita sepatutnya bertanyakan tentang Planet X atau Eris? Mengapa NASA merahsiakan orbit Eris?


"Planet X" merupakan Obsessed bila diterapkan pada objek sebenar. Istilah ini telah digunakan oleh para astronomi berabad lalu tentang objek yang berkemungkinan. Sekiranya sesuatu objek yang ditemui, maka ia akan diberi nama, seperti planet Pluto dan Eris, yang keduanya pada suatu masa disebut sebagai Planet X. Jika objek baru ternyata tidak nyata, atau bukan sebuah planet, maka anda tidak akan mendengar tentang hal itu lagi.

Jika itu nyata, ia tidak akan disebut Planet X. Eris adalah salah satu daripada beberapa planet kerdil yang baru-baru ini ditemui oleh para astronomi di luar tata surya, kesemua daripada planet tersebut bergerak di atas orbit muzik yang tidak akan mendekati Bumi. Seperti Pluto, Eris adalah lebih kecil dari bulan kita. Jaraknya sangat jauh, dan orbitnya tidak pernah mendekati dalam sekitar 4 bilion batu. Tiada rahsia tentang Eris dan orbitnya, kerana anda dengan mudah boleh mengesahkan dengan Googling di google search atau mencarinya di Wikipedia.

* Terjemahan tidak boleh diteruskan. Saya akan cuba terjemahkannya sehingga habis sekiranya berkesempatan. Terima kasih.

** Ulasan Dari Penulis(Azhar)

Perbahasan mengenai Hari Malang / Doomdays tahun 2012 banyak dilaporkan di internet dan akhbar-akhbar tempatan mahupun luar negara. Malah filem mengenainya sudah ditayangkan. Persoalannya sekarang apakah impaknya kepada umat islam tika ini? Makin hampirkah kita dengan Hari Kiamat? Sebahagian ada yang berkata "Nibiru atau planet x (oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun.

Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter (musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA".
Kenyataan seperti ini mungkin mengelirukan kita semua. Kenapa? Kalau kita lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Morrison seperti di atas, banyak bercanggah dengan apa yang diperkatakan dan difahami oleh orang ramai. Apakah agenda NASA ini? Seperti yang kita sedia maklum, USA aka Amerika ini mesti mempunyai agenda yang tersembunyi yang tidak kita ketahui. Mereka juga adalah agen yahudi. Pembohongan boleh dilakukan oleh mereka pada bila-bila masa. Kita mesti ingat tujuan mereka adalah untuk menghancurkan Islam. Mereka akan sedaya upaya cuba menyembunyikan fakta yang sebenar supaya umat Islam tidak bangkit dan masih tidur seperti yang berlaku di Malaysia ini.
Sama ada info-info yang didapati benar ataupun salah, apa yang wajib kita ketahui ialah mengenai hari kiamat. Hari yang pasti dan tetap akan berlaku. Berdoalah kita supaya kita tergolong dikalangan orang yang dilindungi oleh Allah swt bila sampainya kemusnahan dunia ini nanti. Subhanallah .....
untuk maklumat lanjut sila ke : www.TanyaAstrobiologist.com
~saya dh cuba masuk web yg tertera,tapi sbrang info dalam tu xde.web ini tidak didpti~

yang saya jumpa di sini - http://en.wikipedia.org/wiki/2012_doomsday_prediction.

[ http://media.causes.com/1008187? ]
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kata-Kata Dari : Ros Khatijah

 
Ros Khatijah

ALI BIN ABI TALIB berkata :

“Tanda-tanda orang yang riya’ itu ada empat;

1. Malas jika bersendirian.
2. Tangkas jika di hadapan orang.
3. Menambah amalnya jika dipuji.
4. Mengurangi amalnya jika dicela.”

SYAQIQ BIN IBRAHIM berkata:

“Benteng amal itu ada tiga:

1. Harus merasakan bahawa amal yang dilakukan tersebut adalah hidayah dan taufiq dari Allah, untuk mematahkan rasa ujub (sombong diri)

2. Niat melakukan amal tersebut semata-mata untuk mendapat redha Allah, untuk mematahkan hawa nafsu.

3. Mengharapkan imbalan kebaikan dari Allah untuk menghilangkan rasa tamak, rakus dan riya’
Dan dengan ketiga-tiga benteng ini, amal tersebut dapat dilakukan dengan ikhlas kepada Allah. Mengharapkan redha Allah supaya setiap amal hanya untuk Allah, tidak melakukan amalan yang didorong oleh hawa nafsu. Apabla amal itu kerana Allah, maka ianya tidak menghiraukan pujian atau celaan orang.”

HAMID Al AFAF berkata:

"Jika Allah menghendaki kebinasaan seseorang Itu, maka dihukum seseorang tersebut dengan tiga cara:

1. Diberi ilmu tanpa amal
2. DiberiNya bersahabat dengan orang-orang soleh tetapi tidak mengikuti jejak mereka dan tidak beradab dengan mereka.
3. Diberi jalan untuk berbuat taat tetapi tidak ikhlas melakukannya.”

(Petikan dari kitab Tanbihul Qafilin : Abullaits Assamarqandi)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

P. Ramlee Pun Geng 3 Line?

Dari cerita yang aku dengar, persatuan tak berdaftar "3 Line" ni wujud around tahun 80-an, tak tau la betul ke tak kalau salah tolong betulkan.. Tapi aku jumpe bukti, geng "3 Line" ni wujud lama dah sejak zaman P. Ramlee dulu dah ada.









Woah, tengok.. Geng "3 Line" cawangan Kampung Pinang Sebatang dalam cerita Pendekar Bujang Lapok.. Samseng, checked.. Baju 3 baris, checked.. Eh eh macam lebih kurang sama je dengan "3 Line" zaman sekarang ni? Kebetulan lagi ke?

Kalau tengok statement 'Ayahanda' PEKIDA, semua tak mengaku PEKIDA ada kaitan dengan "3 Line" tapi tengok t-shirt PEKIDA, ada 3 line jugak apecer?






Aku pun ada kawan dengan budak PEKIDA masa kat UiTM dulu, ada yang betul-betul baik tolong orang Melayu, buat kebajikan ape semua, tapi kebanyakan budak PEKIDA lain yang aku kenal, sembang lebih cakap angkat sumpah nak tolong orang Islam la, jaga silaturrahim la macam pundek la semua tu..

Padahal minum arak, cari pelacur, main judi, hal kecik pun nak gadoh sikit-sikit nak pukul anak orang, ingat anak orang tu sampah? Nak balun sorang pun panggil geng? kalau jantan one-by-one la..

Bukan nak kutuk tapi memang betul mengikut pengalaman sendiri kawan dengan orang macam tu, dahla melalut pulak aku padahal asalnye nak cerita PEKIDA curik idea P.Ramlee.

p/s: aku bukan samseng, bukan PEKIDA, bukan "3 Line" ok?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

NASA Tipu Kita Pasal Planet Marikh!!

Ini jawapan PLANET asalnye




Penyelidikan yang dilakukan para pengkaji yang bergabung dalam Jet Propulsion Laboratory (JPL) menunjukkan beberapa indikasi bahawa NASA DENGAN SENGAJA mengubah warna imej marikh yang diterbitkan. Foto yang tadinya terlihat seperti lingkungan planet Bumi (!) diubah menjadi planet merah yang ganas dan berdebu.


                                   Seharusnya Macam ni


              
               
                         Tapi NASA membuatnya macam ni




Sesi dalam SOAL JAWAB yang berlaku di Pusat Kajian NASA (gambar bawah) menjadi tegang dan BAHANG yang dirasa oleh wartawan semakin menarik untuk membuat LIPUTAN.



Dari konferensi pers tersebut, para peneliti JPL memperlihatkan gambar bahawa lingkungan planet Marikh adalah padang pasir berwarna salmon dengan langit biru! Untuk apa NASA mengubahnya menjadi warna merah menyala?
Kemudian menurut JPL, kenapa NASA dengan sengaja mengaburkan foto yang asalnya tajam dan jelas demi alasan ilmiah?


                       Seharusnya GAMBAR seperti ini


         
          Tetapi NASA mengirim gambar dari marikh ke pusat HQ
                                         Nasa seperti ini




Apakah motif NASA melakukan itu ada hubungannya dengan cuplikan foto permukaan Marikh yang ini (difoto dari atas)?

Berikutnya JPL menambahkan dalam bahawa: "di permukaan tanah, suhu berkisar antara 5 darjah celcius hingga -15 darjah celcius (boleh didiami manusia?)". Namun laman web NASA berbeza, mereka menyebutnya -70 darjah celcius hingga -5 darjah celcius. Jadi siapakah di antara SAINTIS  yang benar?




Foto tersebut diperoleh di Planet Marikh dari ketinggian Spacecraft Altitude 408.92 km: Latitude 37.22°, Longitude 27.80°, Resolution * 4.47 meters/pixel, Phase Angle 42.97°, Incidence Angle 42.87°
Emission Angle 0.17°, North Azimuth 93.70°, Slant Range (km) 408.92.

Terlalu sempurna untuk melihatnya sebagai kebetulan alam biasa, atau bekas jatuhan meteor.


NOTE : Tahun 1979 NASA tak printer INKJET!!!! Jadi bukan kerana dakwat printer bocor, apa lagi pakai ink suntik!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Yakjuj dan Makjuj – Berita Gempar dari NASA!!



Bismillahirrahmanirrahim…

WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. “Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.

“Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole” “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.

“Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia u”. “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria”, mengikut kata sumber.

“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?” Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

DARI SURAH AL KAHFI:

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)

“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).

“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu

orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.

“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..



Misteri Yakjuj & Makjuj


Misteri: Yakjuj, Makjuj dikurung dalam tembok ajaib Oleh Nasron Sira Rahim DI sebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri. Sehingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.

Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi. Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesies baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat! Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kewujudan dan lokasi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia.

Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat. Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS.

Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar dari lokasi mereka. “Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97,” katanya. Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu: “Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi).

Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. “Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’. “Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi’. “Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu. “Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya.

Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar’.” Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula, Allah berfirman: “Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”

Dr Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas. “Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. “Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Zulkarnain sampai ‘di tempat terbit matahari’ iaitu timur dunia,” katanya.

Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus. Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu. Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampirnya hari kiamat. “Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat,” katanya. Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi.

Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu. “Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati. “Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi,” katanya.

Menurut dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin mempertahankan akidah Islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah kerana mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiyaa’ di atas seperti firman-Nya: “(Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.” FAKTA Yakjuj dan Makjuj Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering. Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat. Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah. Muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan Dajal. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.

Apa pandangan atau pendapat anda tentang peristiwa di atas ?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed