Uwais Al-Qarni cabut gigi kerana Rasulullah

Thursday, June 30, 2011



PADA zaman Rasulullah SAW berlaku sebuah kisah seorang hamba Allah yang hidup penuh takwa. Dia menyara hidup dengan memelihara unta kepunyaan saudaranya di sebuah daerah di Qarni.Sehinggalah pada suatu hari Uwais al-Qarni yang duduk seorang diri menerima khabar Rasulullah SAW sedang berhadapan dengan peperangan Uhud.

Dia mendapat tahu bahawa gigi Rasulullah SAW patah dalam pertempuran itu. Bagaimanapun, dia tidak tahu bagaimana dia boleh menerima berita itu.Kerana pada ketika itu tiada seorang pun yang menghantarkan berita kepadanya. Dia yang hidup dalam kesucian menerima berita itu secara ghaib.Selepas mendapat berita itu, Uwais mencabut sebatang giginya untuk merasai sendiri betapa sakit yang ditanggung oleh Rasulullah SAW yang mengalami kepatahan gigi. Begitulah besarnya rasa cinta Uwais terhadap Baginda.

Berdasarkan riwayat, Uwais hanya bertemu sekali dengan Rasulullah SAW iaitu ketika Baginda berangkat ke medan Perang Uhud. Dia bukan saja menjaga unta saudaranya malah terpaksa menjaga ibunya, kerana itulah dia tidak dapat bertemu dan mengikuti Baginda sekali lagi dalam medan perang.

Bagaimanapun, dia sempat meninggalkan pesanan kepada isteri Rasulullah SAW bahawa dia akan datang untuk menemui Baginda. Apabila Rasulullah SAW pulang dari medan peperangan Baginda pun bertanya kepada isterinya adakah sesiapa yang datang hendak menemuinya. Isteri Rasulullah SAW pun menyampaikan pesanan Uwais."Adakah engkau melihatnya," tanya Rasulullah SAW. Jawabnya: "Saya hanya melihat belakangnya.""Maka Rasulullah SAW bersabda: "Engkau akan masuk syurga kerana memandangnya begitu."Ketika Rasulullah SAW berada di katilnya ketika saat akhir hayatnya, Rasulullah SAW berpesan kepada isterinya supaya baju yang sedang dipakainya itu diberikan kepada Uwais.

Saidina Umar dan Ali sentiasa bertanya kepada orang ramai sekiranya ada di antara mereka di situ yang berasal dari Qarni.Tiba-tiba seorang lelaki tampil ke hadapan dan menyatakan kesanggupannya untuk membawa kedua-dua sahabat itu ke wilayah Qarni.Kemudian mereka berangkat ke Qarni dan menanyakan penduduk di situ nama yang disebutkan Rasulullah SAW.

Penduduk kampung terkejut apakah sebabnya dua sahabat besar Baginda hendak menemui pengembala unta yang tidak terkenal dan dikatakan gila itu. Apabila tiba di rumah Uwais, dia sedang khusyuk sembahyang. Selepas selesai dia ternampak dua sahabat itu sedang memerhatikannya dan berkata: “Sesungguhnya inilah kali pertama ada orang melihat aku bersembahyang." Kedua-dua sahabat memperkenalkan diri selepas memberi salam kepadanya.

Sahabat bertanya kepada Uwais: "Jika tuan sayang kepada Rasulullah SAW mengapa tuan tidak selalu menziarahinya ketika dia masih hidup". Uwais tidak menjawab pertanyaan sahabat itu sebaliknya dia bertanya pula sama ada mereka turut menyertai Baginda ke Perang Uhud. Jika benar turut sama bertempur adakah mereka tahu gigi Rasulullah SAW yang mana satukah yang patah dalam pertempuran itu.

Saidina Umar tertarik dengan kesederhanaan pemuda itu lalu meminta Uwais mendoakannya. Uwais menyatakan setiap kali selepas dia sembahyang dia tetap mendoakan keampunan dan kesejahteraan untuk semua kaum Muslimin."Sekiranya engkau takwa kepada Allah dan mentaati segala ajaran rasul-Nya, maka engkau akan terima berkat doaku di akhirat kelak."Kedua-dua sahabat itu kemudian meninggalkan tempat itu dengan perasaan puas selepas berjaya menemui dengan orang yang disebutkan Rasulullah itu. Uwais adalah orang yang tidak dikenali oleh penduduk dunia tetapi besar kedudukannya di sisi penduduk langit.

Creadit To : Ace
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kehancuran Kaum Tsamud



Tempat Tinggal Kaum Tsamud

Sesudah kaum 'Ad dibinasakan oleh Allah dengan angin taufan yang sangat kencang, sehingga mengakibatkan manusia yang ingkar bergelimpangan, rumah-rumah dan bangunan-bangunan yang menjulang tinggi runtuh menjadi berserakan, haiwan-haiwan ternakan diterbangkan angin taufan yang dahsyat itu. Akhirnya negeri itu kosong dan tandus.

Diriwayatkan bahawa negeri itu kosong dari penduduknya, kerana Hud dan pengikutnya yang beriman telah pindah ke Makkah. Akhirnya Allah mengutus bangsa lain untuk menghuni negeri yang rosak itu. Bangsa itu yang dalam Al-Quran disebut bangsa atau kaum Tsamud. Merekalah yang berkuasa di atas bumi yang sebelum ini dikuasai oleh bangsa 'Ad dahulu.

Negeri itu dibinanya semula, sehingga menjadi negeri yang makmur, lebih makmur lagi bila dibandingkan dengan zaman kaum 'Ad yang sudah musnah itu. Di dalamnya penuh dengan kebun-kebun, tanam-tanaman yang indah, dengan hasil bumi yang berlipat ganda. Pendeknya, kehidupan mereka senang dan bahagia, tidak kekurangan segala keperluan sehari-hari.

Al-Quran tidak menentukan tempat tinggal kaum Tsamud, tetapi menerusi firman Allah ini jelas menunjukkan:
“Dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah”.
(Fatir: 9)

Jadi tempat tinggal mereka adalah di daerah pegunungan batu. Yang dimaksud lembah oleh ayat ini ialah lembah Al-Qura. Di lembah inilah mereka tinggal. Kebanyakan riwayat menyebutkan bahawa desa Al-Hajr sebagai perkampungan kaum Tsamud. Mereka menyebutkan bahawa di sana ada sebuah sumur yang dinamakan sumur Tsamud. Rasulullah SAW pernah mendatangi sumur itu pada waktu perang Tabuk, dan melarang sahabat-sahabatnya meminum air dan memasuki rumah-rumah di kampung itu.

Kehidupan kaum Tsamud ini seperti kehidupan kaum 'Ad dahulu. Mereka membuat kerosakan dan kesombongan, menunjuk-nunjukkan harta kekayaan yang mereka miliki. Mereka mengira bahawa harta kekayaan yang selama ini mereka pegang dan rasakan adalah untuk selama-lamanya, kesenangan dan kebahagiaan hidup mereka akan tetap selamanya. Lalu mereka berbuat sekehendaknya, mengikuti hawa nafsunya yang angkara murka, bahkan hingga batu-batu yang tidak berharga mereka gunakan sebagai pemujaan dan penyembahan mereka.

Kaum Tsamud adalah penyembah berbagai berhala, antara lain Wad, Jad, Syams, Manaf, Manaat, Al-Lata dan sebagainya.



Dakwah ke Jalan Allah

Allah mengutus Nabi bernama Salleh kepada Kaum Tsamud untuk menyeru mereka beribadah kepada Allah dan meninggalkan penyembahan patung-patung (berhala-berhala). Seruan Nabi Salleh kepada mereka: “Hai kaumku, beribadahlah hanya kepada Allah semata. Jangan menyekutukannya dengan sesuatupun. Dia yang menciptakan kamu dari tanah, Dialah yang menjadikan kamu dapat membangun dengan menyediakan alat-alat pembangunan.

Maka wajarlah kalian harus memohon ampun kepada-Nya atas perbuatan dosa yang telah kalian lakukan, mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa, mengampuni dosa orang yang bertaubat, jika ia benar-benar beriman dan ikhlas dalam berdoa.”



Kemewahan Yang Menghancurkan

Kaum Tsamud mendustakan Nabi yang diutus Allah, menolak seruannya untuk beribadah kepada Allah, bertakwa dan meng-Esakan-Nya. Padahal ia Rasul yang dapat dipercaya dan tak mengharapkan upah dalam menyampaikan ajarannya.

Kebiasaan kabilah Tsamud bergelumang dalam kemewahan material antara lain dalam masalah makanan, minuman dan tempat tinggal dengan bangunan-bangunan yang menjulang kukuh. Sehingga mereka ingkar terhadap Nabinya yang bernama Salleh. Nabi Salleh berkata menasihati mereka: “Apakah kalian mengira Allah akan membiarkan kalian bersenang-senang dengan kenikmatan itu. Apakah kalian mengira dapat melindungi diri kalian dari azab Allah, sehingga kalian berfoya-foya sekehendak hati dengan kebun-kebun, mata air, pertanian dengan buah kurmanya yang manis dan masak.

Kalian pahat bahagian-bahagian gunung untuk dijadikan tempat tinggal dan rumah-rumah yang nyaman menyenangkan. Kemudian kalian tidak mahu mensyukuri nikmat Allah yang banyak ini. Bertakwalah kepada Allah, taatilah nasihat-nasihatku. Aku menyeru kalian ke jalan Allah, janganlah kamu turutkan perbuatan-perbuatan orang yang melampaui batas. Mereka melampui batas (mempengaruhi kalian) dalam kekufuran dan kemaksiatan. Mereka membabi-buta membuat kemaksiatan di dunia, dan tidak mengetahui jalan yang benar.”

Seterusnya Nabi Salleh berkata kepada mereka: “Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikan kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ‘Ad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu bina istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu melampaui batas di muka bumi membuat kerosakan”.

Menuntut Bukti Mukjizat

Kaum Tsamud tidak mahu percaya terhadap nasihat-nasihat Nabi Salleh. Bahkan sebaliknya, mereka menuduh bahawa Salleh terkena sihir yang mengganggu fikirannya. Sehingga dengan pengaruh sihir itu, ia mengaku sebagai utusan Allah.

Pada suatu hari mereka (kaum Tsamud) datang menemui Nabi Salleh untuk minta bukti-bukti kebenaran atas kenabian Salleh. Mereka berkata, "Kalau engkau boleh mendatangkan bukti mukjizat (perkara-perkara luar biasa), maka engkau benar-benar seorang nabi, kalau tidak bererti engkau seorang pembohong."

Mendengar kata-kata dan pendirian mereka yang sedemikian itu, tidak ada yang dapat diperbuat oleh Nabi Salleh kepada mereka kecuali hanya berdoa kepada Allah: "Ya Allah, Ya Tuhanku, kaumku telah mendustakan aku, dan hanya sebahagian sahaja dari mereka yang beriman kepadaku, dan kali ini mereka minta mukjizat atas kenabianku. Untuk mengatasi hal yang sedemikian itu sudilah kiranya Engkau memberikan mukjizat yang dikehendaki mereka itu. Mudah-mudahan dengan mukjizat itu mereka beriman kepada seruan yang kusampaikan kepada mereka."

Allah mengabulkan permintaan Nabi Salleh, lalu Allah berfirman kepadanya: "Pergilah engkau hai Salleh untuk mendapatkan kaummu, dan katakanlah kepada mereka agar berkumpul di luar bandar di kaki gunung yang nampak itu, untuk dapat melihat mukjizat yang mereka kehendaki itu. Dari gunung itu nanti akan muncul seekor unta betina yang luar biasa cantiknya, besar dan gemuk, tak pernah mereka lihat sebelum ini. Tetek unta itu selalu penuh dengan air susu, walaupun setiap detik dan setiap jam air susu itu diperas.

Setiap orang dibolehkan untuk mengambil air susunya, dengan syarat bahawa unta itu harus dibiarkan dengan sebebas-bebasnya, tidak boleh diganggu oleh sesiapa pun. Dan juga unta itu harus dibiarkan meminum air yang ada dalam perigi itu bergantian dengan penduduk. Ertinya hari ini perigi itu digunakan untuk meminumkan unta itu, dan hari berikutnya digunakan untuk penduduk. Dan begitulah seterusnya. Dan sewaktu giliran unta, Nabi Salleh tak seorang pun dari penduduk itu yang dibolehkan mengambil air perigi itu. Begitu pula pada hari giliran penduduk, unta itu tidak akan meminum sedikit pun."

Setelah wahyu itu disampaikan oleh Nabi Salleh kepada kaumnya, maka mereka berkumpul menunggu-nunggu unta yang dimaksudkan itu. Tidak lama kemudian dari gunung itu muncullah seekor unta yang cantik, gemuk dan teteknya penuh dengan air susu, sebagaimana yang dikatakan oleh Nabi Salleh kepada mereka.

Unta itu terus menuju ke perigi dan meminum semua air yang ada dalam perigi. Melihat unta yang gemuk itu, semua penduduk menyediakan baldi dan bekas untuk tempat susu, lalu mengambil air susu dari unta itu.

Demikianlah setiap hari unta itu mengeluarkan air susu, dan tidak henti-hentinya penduduk disitu memerasnya. Dan pada suatu hari, mereka tidak mendapatkan air sama sekali dalam perigi itu, maka sebagai gantinya mereka memeras susu unta itu.

Begitulah dari hari ke sehari, dari minggu ke minggu, orang yang beriman bertambah kuat imannya, sedangkan orang-orang yang ingkar bukan menjadi beriman padahal bukti-bukti dan mukjizat yang mereka minta dahulu telah mereka saksikan, bahkan mereka bertambah dengki kepada Nabi Salleh dan orang-orang yang beriman.



Membunuh Unta

Untuk mewujudkan kedengkian dan iri hati yang terpendam dalam hati kaum Tsamud yang ingkar, maka mereka merancang untuk membunuh unta mukjizat itu dari permukaan bumi, dengan tujuan supaya orang-orang yang beriman semakin berkurang bahkan menghindar dari seruan Nabi Salleh. Kerana seruan dan ajaran Salleh adalah tidak sesuai dengan ajaran nenek moyang mereka yang menyembah patung dan berhala-berhala.

Untuk membunuh unta mukjizat Nabi Salleh itu, para pemimpin kaum Tsamud yang ingkar memberikan motivasi kepada lelaki untuk membunuh unta itu. Motivasi itu adalah dengan menawarkan perempuan-perempuan cantik. Perempuan-perempuan cantik itu akan diserahkan kehormatannya kepada lelaki yang mahu membunuh unta tersebut. Bila seorang lelaki telah ditawan hatinya oleh seorang perempuan cantik, maka lelaki penakut menjadi pemberani, dan lelaki yang bagaimanapun pandainya akan menjadi bodoh.

Akhirnya seorang perempuan cantik yang bernama Shaduq binti Mahya akan menyerahkan kehormatannya dengan sepuas-puasnya kepada seorang lelaki yang bernama Masdak Ibnu Hajar, dengan syarat pemuda itu dapat membunuh unta tersebut. Dan juga seorang perempuan tua yang derhaka sanggup menyerahkan kehormatan anak gadisnya kepada seorang lelaki yang bernama Qudar Ibnu Salif.

Kedua-dua pemuda itu yang sudah dirangsang dengan gadis-gadis cantik, berangkat menuju ke tempat unta itu berada. Dengan diam-diam kedua-dua pemuda itu mendekati unta itu dekat perigi dan menucucuknya dengan pedang yang sangat tajam, hingga akhirnya terburailah susu unta itu, dan tidak lama kemudian unta itu pun mati. Kedua-dua pemuda itu dengan perasaan puas hati dan gembira menemui pemimpin-pemimpin kaumnya atas kematian unta mukjizat tersebut sambil menagih janji gadis-gadis cantik yang akan mereka nikmati.

Mereka mendustakan akan firman Allah melalui Nabi Salleh yang telah memberi ancaman kepada sesiapa sahaja yang berani membunuh unta itu, tapi akhirnya mereka membunuh unta itu dengan mendustakan mukjizat yang telah diperlihatkan kepada mereka.

Kemudian mereka menemui Nabi Salleh dan berkata: "Hai Salleh, datangkanlah seksa yang telah engkau janjikan itu, seandainya engkau benar-benar utusan Allah. Buktinya unta yang merupakan mukjizat itu sudah kami bunuh, dan mana janji bahawa akan didatangkan seksa itu."

Nabi Salleh berkata: "Kamu benar-benar telah berbuat dosa. Sekarang kamu boleh bersenang-senang dan bergembira tiga hari sahaja atas kematian unta itu. Sesudah tiga hari yang dijanjikan Tuhan akan datang, dan bukanlah ini perjanjian yang bohong."

Tempoh tiga hari masih diberikan kepada mereka oleh Nabi Salleh dengan harapan mudah-mudahan mereka sedar dan minta ampun, beriman kepada Allah dan utusan-Nya. Tetapi oleh kaum yang derhaka dan celaka itu, dianggap sebagai tanda kelemahan.

Belum lagi tiga hari, mereka datang lagi kepada Nabi Salleh memaki-hamun lagi dengan bertanya: "Percepatlah datangnya seksa yang engkau janjikan itu".

Dan banyak lagi cara-cara mereka dalam menyakiti dan mendustakan Nabi Salleh. Nabi Salleh hanya berkata: "Wahai kaumku, kenapa kamu minta segera datangnya seksa, bukan kebaikan? Kenapa kamu tidak minta ampun kepada Allah, mudah-mudahan kamu diberinya pengampunan?"

Sehari sebelum janji itu habis, kerana mereka merasa ragu dan takut akan janji Allah itu, maka mereka mengadakan mesyuarat rahsia untuk membunuh Nabi Salleh pada malam itu juga. Kerana menurut sangkaan mereka bahawa dengan terbunuhnya Nabi Salleh, seksa itu tidak akan datang. Namun Allah melindungi hamba-Nya yang benar, Nabi Salleh dijauhkan dari pembunuhan pada malam itu juga.

Pada keesokan harinya tepat sekali apa yang dijanjikan oleh Nabi Salleh itu, maka azab atau seksa yang dijanjikan Tuhan itu turunlah, yang berupa suara petir yang sangat dahsyat. Gemuruh petir yang sangat kuat itu dapat menyebabkan suara yang mengguntur dan dapat menghancurkan rumah dan bangunan-bangunan mereka sebagai tempat tinggal, bukit-bukit yang dipergunakan sebagai benteng, harta kekayaan mereka porak-peranda disambar petir dan tiupan angin. Hanya Nabi Salleh dan pengikutnya yang beriman terselamat dari azab tersebut.



 

Kehancuran Kaum Tsamud

Kehancuran kaum Tsamud adalah kerana sambaran petir yang mereka saksikan dengan mata mereka sendiri. Petir adalah tenaga elektrik yang dahsyat, yang menimbulkan bunyi yang keras.

“Adapun kaum Tsamud, maka mereka telah dibinasakan dengan kejadian yang luar biasa”.
(Al-Haqqah: 5)

Yang dimaksud dengan kejadian luar biasa itu ialah petir yang amat keras yang menyebabkan suara menggelegar dan merosakkan indera pendengaran.

Petir itu menimbulkan goncangan yang hebat, bagaikan terjadinya gempa yang memporak-perandakan bumi.

Creadit To : Pencacai Dhoif
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Mengenakan Ilmu Hitam Pada Wang Kertas



Cerita ini benar-benar berlaku yang saya perolehi daripada pelanggan yang datang berubat dengan Pak Long Non. Oleh kerana ia tidak mengaibkan, saya sedia menceritakannya dan harap ia dapat dijadikan panduan kepada tuan/puan terutamanya para peniaga.

Pemilik sebuah premis menjual makanan dan minuman di sebelah Sekolah Sultanah Bahiyah, Alor Star sedang rancak perniagaanya kerana meraih jumlah pelanggan yang lebih ramai berbanding kedai-kedai yang lain. Boleh dikatakan setiap hari kedai Kak Ani yang diusahakan bersama anaknya, dipenuhi pelanggan dan keutungan harian yang diperolehinya juga agak lumayan. Saya belum pernah merasa masakan Kak Ani , tetapi besar kemungkinannya resepi yang digunakan oleh Kak Ani agak istimewa sehinggakan ramai pelanggan yang berpuas hati setelah menjamu selera di warung mereka.

Namun langit tidak selalu cerah, sejak kebelakangan ini ramai pelanggan yang merungut tentang masakan kedai itu. Macam-macam diperkatakan, masakan mereka berbau, tampak berbuih dan rasanya tidak menyelerakan seperti biasa. Pada mulanya, Kak Ani dan anaknya menyangkakan yang ada orang sengaja ingin menabur fitnah dan sengaja mereka cerita.

Hinggalah pada suatu hari, seorang pelanggan tetap mereka mengadu tentang kuah gulai yang disediakan telah berbuih. Kak Ani dan anaknya kehairanan dan kelihatan agak bingung. Macammana boleh basi pulak ? gulai tu baru saja lepas masak. Dok panas-panas lagi . Berdasarkan logik akal, mustahil masakan yang baru diangkat daripada api dapur boleh menjadi berbuih. Tetapi selepas peristiwa itu, banyak lagi perkara-perkara aneh yang berlaku pada premis Kak Ani.

Setelah mendapatkan nasihat daripada orang-orang yang dikenali, Kak Ani dimaklumkan bahawa perniagaannya mungkin telah disihir oleh orang yang busuk hati terhadap kemajuan kedai mereka. Salah seorang daripada mereka menasihatkan Kak Ani supaya berikhtiar dengan berjumpa Pak Long Non. Oleh kerana kebuntuan dan sukar untuk mencari jalan penyelesaian serta ingin mengetahui perkara sebenar yang telah berlaku di premis mereka, Kak Ani pun datang berjumpa dengan Pak Long Non di Pokok Sena.

Setelah Pak Long Non mendengar cerita daripada Kak Ani, beliau pun mula bersolat dan memohon doa untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi olek Kak Ani dan anaknya. Setelah hampir suku jam, Pak Long Non keluar dan bertanyakan samada pernah ada seorang pelanggan yang datang ke kedai untuk membeli makanan dengan menghulurkan wang kertas lima ringgit. Dan apabila hendak dipulangkan baki tersebut, pelanggan itu menolaknya dan terus pergi. Kak Ani mengakui yang memang ada peniaga dari salah sebuah kedai di situ juga yang datang membeli satu bungkus Nasi Ayam dengan tidak mengambil balik baki daripada wang kertas 5 ringgit yang diberinya.

Pak Long Non mengatakan, besar kemungkinannya orang tersebut telah mengenakan sihir dengan wang kertas RM5 tersebut supaya perniagaan mereka menjadi lingkup. dan bankrup. Pak Long Non juga memberitahu bahawa ilmu hitam telah dijampi pada wang RM 5 tersebut dan syaitan yang menjadi penunggu duit tersebut akan terus tinggal di premis Kak Ani untuk membuat khianat pada perniagaan mereka. Orang itu juga akan datang lagi selepas ini dengan melakukan perkara yang sama dan Pak Long Non menasihatkan agar Kak Ani tidak menerima wang kertas RM5 yang akan diberinya nanti.

Pak Long Non membuat sedikit air penawar untuk kegunaan Kak Ani serta memberi Azimat PelarisPelaris untuk kegunaan kedai, rumah & diri Kak Ani serta anaknya. Beliau juga menenangkan Kak Ani agar tidak perlu risau tentang masalah ini dan banyakkan berdoa kepada Allah swt. Untuk maklumat tentang Azimat untuk murah rezeki, pendinding diri & pelaris perniagaan (klik sini)

Setelah beberapa hari, memang benar terjadi seperti yang dijangkakan oleh Pak Long Non. Peniaga yang berjiran beberapa buah kedai daripada gerai Kak Ani, datang lagi untuk membeli Nasi Ayam. Kak Ani terkejut kerana wang kertas RM5 juga digunakan untuk membuat bayaran oleh orang itu dengan tidak mahu mengambil bakinya. Kak Ani menahan sabar dan mengingatkan pesan Pak Long Non supaya tidak mengambil wang RM 5 tersebut. Tak payah bayar la, Nasi Ayam ni saya kira sedekah. Ambik la balik duit tu, saya tak mau, ujar Kak Ani menahan kemarahannya. Setelah mendengar sindiran daripada Kak Ani, jiran niaganya terus pucat mukanya, seakan tidak berdarah. Tampak jelas perubahan wajahnya seperi orang yang telah melakukan kesalahan. Orang itu terus berlalu tanpa mengatakan apa-apa.

Kini, dengan kuasa Allah swt, warung makanan Kak Ani kembali laris malah semakin banyak pelanggan yang berkunjung berbanding dahulu. Manakala peniaga yang disyaki mengenakan sihir dengan menggunakan wang kertas lima ringgit itu telah tutup perniagaannya kerana mengalami kerugian setiap hari. Mungkin inilah balasan Allah ke atas orang-orang yang bersifat iri hati dan menggunakan ilmu hitam untuk mencapai sesuatu tujuan dengan mudah.

Creadit To : Hamba Hina
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Doa Nisfu Syaaban

Di Post Oleh : 

 

Ya Allah …Yang Maha Pengurnia…tanpa dikuniai
Wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan
Wahai Yang Empunya segalah kemurahan dan pemberian
Tiada Tuhan melainkan Engkau

Engkaulah Pelindung bagi sekalian pelarian
Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan
Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan

Ya Allah kiranya aku ini tersurat pada sisi Mu
Sebagai penjahat lagi terkutuk
Sebagai terhindar dari yang jauh lagi sempit tanpa rezki dariMu

Dengan segala kebajikan yang ada pada Mu
Ya Allah Hapuskanlah dari suratanMu itu Kejahatan yang tersurat tadi
Juga kutukan yang jauh dari kebahagiaan
Termasuk penghindaranku dari sisiMu dan kesempitan hidupku

Ya Allah tetapkanlah dalam suratan Mu
Sebagai orang yang berbahagia ....sentiasa beroleh rezeki
Menerima aneka kurnia dan kebajikan
Sebenarnya Engkau Ya Tuhan telah bertitah
Titahmu adalah Hak dan Benar
Tersurat dalam kitabMu yang diturunkan
Menerusi lisan Nabi Mu yang terutus
Yang bermaksud
Allah sesukaNya Menghapus dan Menentukan Sesuatu
DisisNya sahaja terdapat IBU KITAB suratan takdir

Tuhanku dengan penyerlahan Zat Mu Yang Maha Agung
Pada malam pertengahan bulan Syaaban yang Mulia Ini
Di mana berlakunya pembahagian dan penentuan dalam setiap perkara

Hindarkanlah dariku segala petaka
Yang aku ketahuinya ataupun tidak
Bahkan apa jua yang Engkau lebih mengetahuinya dariku
Kerana Engkau jua Yang Mengetahui tentang segala-galanya
Aku mohon Rahmat Mu Duhai Tuhan Yang Maha Pengasih
Dari sekalian Yang Mengasihani
Kiranya Engkau sampaikan selawat dan salam
Pada Penghulu kami Nabi Muhammad shallalahu ’alaihi wasallam
Serta kepada para keluarga dan sekalian sahabatnya

Amin..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed