Assalamualaikum...
Inilah soalan yang membingungkan saya. Kita melihat bagaimana menyebut kalam-kalam iman seperti Insya Allah, Alhamdulillah, Syukur, Ameen dan lain-lain sudah menjadi seperti adat.
"Semoga Tuhan memurahkan rezeki saya dalam bidang ini!", Tuhan mana yang mengurniakan kemurahan rezeki dalam bentuk maksiat dan kebinasaan jati diri? Kepada Tuhan manakah, si artis tadi berdoa? Habis, apa ertinya mereka yang berpenat lelah melawan hawa nafsu dan syaitan dalam kehidupan sedangkan dalam keadaan menaja maksiat, Tuhan masih mengurniakan kemurahan rezeki?
Saya masih ingat bagaimana salah sebuah kumpulan ditemuramah oleh televisyen tentang rahsia kejayaan dan keyakinan diri mereka. Mereka menjelaskan bahawa mereka ada sejenis meditation. Apabila diminta membuat demonstrasi, mereka yang terdiri daripada beberapa lelaki dan seorang perempuan berpegangan tangan membentuk bulatan dan... AL-FATIHAH!
Selepas itu ketua kumpulan membacakan doa sambil menadah tangan, memohon supaya Allah melindungi band mereka dari kekalahan dan mala petaka bahaya. Terpegun saya menontonnya. Wartawan tersebut pula mengucapkan syabas kerana walaupun kumpulan tersebut menyanyikan lagu kontemporari dan moden, tetapi masih tidak lupakan agama!
Bingung saya memikirkan hal ini. Apakah sebenarnya kefahaman mereka tentang Islam? Adakah mereka benar-benar memaksudkan bahawa Allah, Tuhan Muhammad, Tuhan Abu Bakr, Tuhan Imam Syafie, adalah Tuhan yang sama boleh mengurniakan keredhaanNya kepada acara henjut-henjut mereka di dalam konsert tersebut?
Apakah pelajar-pelajar Akademi Fantasia benar-benar percaya bahawa di alam bukan Fantasia, Allah SWT telah menghalalkan perlakuan mereka hanya kerana sebelum jamming, mereka memberikan salam? Seperti orang yang makan daging yang unknown, baca sahaja Bismillah dan baham! Lantaklah daging tu **** ke atau lembu mati dilanggar kereta, yang penting tadi Bismillah telah dibaca. Err... saya benar-benar kebingungan.
Akhirnya, saya sampai kepada suatu kesimpulan. Saya terkenangkan kepada hadith riwayat Huzaifah, bahawa Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan bahawa di akhir zaman, kebenaran itu masih bertahan tetapi bezanya dengan Islam di zaman silam ialah, Islam di akhir zaman ini berdebu, samar-samar dan berasap. Jika realiti di akhir zaman ini begitu, ini bererti Islam tidak boleh dinilai dengan pandangan mata biasa kerana di dalam suasana yang berdebu lagi berasap, dua biji mata di kepala ini akan kemerah-merahan, kabur, berair dan kelam penglihatannya.
Sesungguhnya yang perlu dicelikkan demi mencari kebenaran di akhir zaman, adalah mata hati! Hati telah kenal Tuhan kerana dia datang dari Tuhan. Dia tahu di mana nilai kebenaran. Sebab itu Nabi Muhammad SAW menyuruh kita meminta pandangan hati dalam menilai kebenaran.
Dosa itu adalah apa yang mendatangkan keresahan di hati dan kebaikan pula mententeramkan jiwa. Asalkan hati itu bersih, ia akan meilhat dengan pandangan Allah. Pandangan Allah itu adalah world view yang berasaskan tauhid. Tauhidic Mindset itu adalah suatu pandangan yang menilai kehidupan ini berasaskan pandangan Tuhan. Apa yang baik di sisi Allah, baiklah padanya, dan apa yang keji di sisi Allah, kejilah terhadap dirinya. Hakikat ini tidak dapat dicapai oleh mata kasar, namun yang perlu disuburkan adalah pada mata di hati yang kenal Tuhan dan tahu ke mana ia patut pergi.
Oleh yang demikian, adanya rap dan pop yang dinasyidkan, adanya penari dan penyanyi yang bertudung dan berjubah, adanya juara Akademi Fantasia yang berlatar belakangkan agama, hanyalah kosmetik Islam. Kita masih mahu berhibur tetapi kita sedar yang kita sudah terlalu terhibur. Kita sedar hiburan kita sekarang adalah dosa. Maka dengan adanya kosmetik Islam tersebut ia dapat mengurangkan rasa berdosa.
Sama seperti seorang artis yang pergi umrah. Menangis-nangis di depan Kaabah dan kemudian balik ke KL berdansa semula. Namun diceritakan kepada wartawan perasaannya semasa berumrah itu. Sedangkan tidak sedikit pun kemungkarannya yang ditinggalkan. Namun, dengan menggunakan hasil nyanyian itu untuk mengerjakan umrah, ia dapat mengurangkan rasa berdosa tersebut. Sama juga seperti orang yang menyamun harta orang lain, menipu dan menindas, kemudian sedekah sedikit hasil kerjanya itu kepada rumah kebajikan. Kurang sedikit rasa berdosa.
Sedangkan apa yang saya belajar, apa yang Imam al-Ghazali tegaskan di dalam pengajarannya ialah: Membuat sesuatu yang tujuannya adalah untuk sekadar mengurangkan rasa berdosa sedangkan diri masih dibiarkan bergelumang dengan dosa, adalah DOSA YANG PALING BERDOSA! Allah.. selamatkan kami dari fitnah akhir zaman.
walhualam,
TunTeja05
*~*~*~*~*~*~*~*~
Artis & Lawak Hukum
Lebih teruk lagi terdapat
artis Malaysia yang sanggup menggunakan lafaz-lafaz Islam seperti
‘MashaAllah' dan ‘InshaAllah' serta ‘Allahu Akbar' dalam lakonan lawak
mereka sambil sengaja disebut dalam bentuk yang melucukan. Ini amat
jelas memperlawakkan lafaz mulia Islam, ia amat kerap dilakukan oleh
satu kumpulan pelawak Malaysia yang terkenal. Moga mereka diberikan
hidayah oleh Allah SWT.
Demikian juga dengan ucapan
alhamdulillah bagi seorang artis yang berpakaian separuh bogel
dikhalayak umum apabila berjaya meraih sesuatu anugerah di media. Atas
nama seni dirasakan tindakannya halal. Pada hakikatnya jika lakonannya
itu penuh dengan adegan ‘peluk sana sini' dan ‘dedah sana sini', maka di
ketika itu ia bukanlah lagi sebuah seni mulia yang diiktiraf Islam. Ia
adalah seni ‘fasad' yang berdosa dan tidak layak diraikan dengan
ungkapan mulia Islam.
Ketika itu, kemenangan
mereka di atas pentas dan melafazkan ucapan sedemikian adalah satu
bentuk mempermainkan hukum dan lafaz Islam di tempat yang tidak
sewajarnya. Seolah-olah seorang yang ingin merompak membaca 'Bismilah'
ketika memulakan rompakannya dan mengucapkan ‘Alhamdulillah' apabila
berjaya terlepas dari kejaran polis, atau menyebut ‘Alhamdulillah' di
dalam tandas, atau seperti seorang peminum arak mengucapkan
"alhamdulillah" apabila menyelesaikan minumannya.
Menurut kaedahnya, semua
ini menambahkan lagi dosa si pelaku terbabit disebabkan wujud unsur
penghinaan samada secara langsung atau tidak langsung kepada hukum serta
lafaz mulia Islam. Walaupun mereka tidak langsung berniat untuk
menghina lafaz mulia itu.
Apabila ia adalah sebuah
hukum atau ucapan zikrullah, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa
juga mempermainkan atau menyebutnya di tempat yang tidak sewajarnya.
Nabi SAW bersabda :-
ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب
Ertinya : "Sesungguhnya
seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui
implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh
mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat
Al-Bukhari dengan Fathul Bari, Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)
Imam Ibn Hajar Al-Asqolani
menegaskan bahawa erti hadith ini adalah "seorang yang bercakap tanpa
jelas maksud ayatnya sehingga menjadikan ia boleh membawa maksud yang
pelbagai sehingga sebahagiannya boleh mencarikkan sesuatu hukum. (Fath
Al-Bari, 11/376)"
~*~*~*~*~*~
Memang tidak di nafikan. Allah yang bersifat Al-Rahman memberi rezeki kepada semua manusia tidak kiralah beriman atau tidak, islam atau kafir. tapi perlu di fikirkan juga tentang istidraj.
siapa la kita nak mempertikaikan iman dan rezeki seseorang cuma isu di sini, menggunakan kallimah agung dan terpuji tidak pada tempatnya.... sekian :)
Creadit To : Noah Fluffy Cloud