Usah pandang remeh tentang aurat kerana...Aurat adalah perintah Allah SWT

Tuesday, February 8, 2011

Usah pandang remeh tentang aurat kerana...Aurat adalah perintah Allah SWT

by Jom Tutup Aurat dan jaga akhlak on Sunday, February 6, 2011 at 12:23pm
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.Bermaksud Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Nilai Tudung Seorang Wanita Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.

Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariattelah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yangtidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan danberlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam petibesi yang berkunci.

Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung.


Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung diluar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah.

Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. Jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam.

Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. 

Ikhsan :http://jailurrashied.blogspot.com/

 
by Jom Tutup Aurat dan jaga akhlak on Sunday, February 6, 2011 at 12:23pm
 
AtiQah Haron and 126 others like this.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Doa Awal Tahun & Akhir Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


Berikut adalah Doa Akhir Tahun




Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. 

Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Berikut adalah Doa Awal Tahun


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. 

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


by MaMi PoKo on Sunday, December 12, 2010 at 2:34am
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

::_KAITAN WAKTU SOLAT DENGAN WARNA ALAM(AURA)_::

Ditulis oleh Ustaz Zahazan.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.



Waktu Subuh.
Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud . Jadi mereka yang terlewat subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya .Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar.
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spectrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, thalamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanyabermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah S.W.T tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Maklumat di atas ialah artikel yang saya ambil daripada laman web Ust Zahazan. Kalau melihat kepada perubahan warna tenaga alam yang berlaku seharian,kita akan dapati bahawa jika kita ingin meningkatkan aura karismatik dalam diri ia boleh dilakukan melalui memperbanyakkan amalan kerohanian pada waktu 2/3 malam. amalan yang paling dituntut ialah Solat Tahajjud. inilah rahsia kewibawaan ulama-ulama silam. Kerana itulah Islam dapat memimpin 2/3 dunia dengan begitu cemerlang. Disarankan kepada para pemimpin menjadikan solat tahajjud sebagai agenda utama di dalam kehidupan.Manakala untuk meningkatkan kemahiran komunikasi pula, pembaca disarankan agar menghidupkan amalan pada waktu subuh.

Bangun awal dan solat pada awal waktu kerana ia boleh menolong untuk menstabilkan aura biru yang ada di dalam tubuh. Bagi saya,sudah tiba masanya kajian-kajian mengenai tenaga atau aura ini di perkasakan. Hal ini demikian kerana ilmu tenaga ini sebenarnya dipelopori oleh ulama-ulama Islam terutamanya yang ahli di dalam bidang tasauf. berdasarkan sedikit kajian yang saya lakukan, ilmu psikologi dan kaunseling sebenarnya di ambil daripada Islam melalui kitab-kitab ulama tasauf seperti Imam Al Ghazali melalui karyanya Ihya' Ulumuddin.Pengajian tentang ilmu tenaga ini juga sebenarnya diajar secara tidak langsung di institusi-institusi pondok di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu sehinggalah hari ini.

Sejarah persilatan di Tanah Melayu juga bermula di ajar di pondok-pondok pengajian agama. Ilmu pengawalan tenaga ini didisiplinkan melalui ilmu persilatan di dalam bab pengawalan pernafasan. ini menunjukkan bahawa ulama-ulama nusantara merupakan seorang yang bukan sahaja pakar agama tetapi mereka juga merupakan pakar sains fizik,kimia dan biologi. Ini terbukti dengan beberapa amalan yang kita jumpai di dalam kehidupan orang melayu hari ini adalah bersifat sains seperti mandi bunga, mandi di awal pagi, tutup pintu ketika maghrib dan lain-lain.

Sains membuktikan bahawa mandi bunga sebenarnya ialah bertujuan menstabilkan warna aura yang ada di dalam tubuh manusia. Kerana itu mandi bunga dilakukan dengan menggunakan 7 jenis bunga yang mempunyai 7 warna yang berbeza dan pada waktu tertentu.Begitu juga dengan mandi pada waktu sebelum subuh terbukti dapat menyambung kembali urat-urat kecil dan saraf yang terputus di dalam tubuh manusia.Ia akan membuatkan tubuh kita lebih segar dan bermaya. Jadi mulai dari sekarang marilah kita gerakkan kembali suatu gagasan untuk mengembalikan ilmu yang begitu bernilai yang semakin hilang ditelan zaman ini.

Menjadi suatu kerugian jika kita tidak mengkaji petua-petua orang tua kita kerana sebenarnya, ia sarat dengan pelbagai ilmu sains! Islam tidak pernah melarang aktiviti keilmuan yang tidak tergelincir dari Al Quran dan Al Sunnah.Perbetul yang terseleweng dan perkasakan mana yang tepat dengan syariah.

"Daripada satu sebarkan kepada yang ramai dan daripada yang ramai akhirnya akan kembali kepada YANG SATU"

http://iconkarismatik.blogspot.com/2009/08/kaitan-aura-warna-dengan-solat.html

by Larasati 'aisya on Thursday, January 6, 2011 at 1:25pm
 
6 people like this.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

TANGAN YANG BAKAL MENGGONCANG DUNIA

Tangan Cikgu Mala Menggoncang Ketenangan BN

Ditulis oleh Ketua Pemuda PAS Pusat
Selasa, 25 Januari 2011 17:11

1. Pertama kali saya menyampaikan ceramah di Felda Tenang bersama Cikgu Normala Sudirman, calon PAS mewakili Pakatan Rakyat di N 05 Tenang, saya tertarik dengan ucapan bertenaga dan menyakinkan dari Cikgu Mala dengan ungkapan " .... tangan yang menghayun buaian ini insyaallah akan menggoncangkan dunia ...."

2. Ternyata Cikgu Mala tidak perlu menunggu lama, hari kedua beliau turun berkempen sempena pilihanraya kecil N 05 Tenang ini sebagai calon pilihan, tangan beliau telah menggoncangkan ketenangan UMNO dan BN di Tenang. Kelam kabut sekutu rapat UMNO dalam BN iaitu MCA melalui Presidennya mempersoalkan kenapa Cikgu Mala tidak bersalam dengan lelaki ajnabi [ yang bukan mahramnya ]

3. Biasanya sesuatu isu ditimbulkan dalam musim pilihanraya kerana isu tersebut menggugat. bagi pihak PAS malah DAP dan PKR yang berkawan dengan PAS sangat maklum situasi ini. Sememangnya muslimat PAS tidak akan bersalaman dengan kaum lelaki yang halal nikah dengan mereka kerana ia adalah suatu larangan dalam agama Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Namun ia dilihat asing oleh Presiden MCA. Mungkin berdua - duaan dengan pasangan yang tidak sah di dalam bilik hotel lalu melakukan hubungan sulit itu lebih bermoral dan normal bagi Presiden MCA berbanding sikap Cikgu Normala yang tidak bersalam dengan lelaki.

4. Tidak bersalaman oleh seorang perempuan yang teguh agamanya dengan seorang lelaki yang sah nikah dengannya bukanlah suatu perkara ganjil dalam negara ini yang majoriti penduduknya adalam muslim. Bahkan tidak sepatutnya ia menjadi isu. Justeru ia bukanlah satu tindakan yang boleh merosakkan kemesraan dan hubungan dengan masyarakat. Sebaliknya masih banyak elemen lain yang lebih penting untuk membentuk kemesraan dan hubungan dengan masyarakat tanpa "salam tangan" antara lelaki dan perempuan seperti ziarah, kebajikan, bertanya khabar dan lain - lain.

5. Sungguhpun tanpa "salam tangan", calon pilihan ini tidak menang tangan dan senyuman untuk bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat tanpa pula mengira latar belakang kaum dan jantina. Lebih menarik apabila masyarakat menilai bahawa Cikgu Mala adalah seorang yang teguh peribadi dan berprinsip sementara itulah kriteria seorang pemimpin yang diperlukan oleh rakyat.

6. DAP dan PKR cepat memahami situasi ini lantas mengambil langkah mempertahankan tindakan Cikgu Mala malah sangat menghormatinya apabila mengetahui bahawa ini adalah prinsip agama. Sedang prinsip agama inilah menjadikan PAS sebuah parti yang teguh dan berdisiplin. Malang MCA gagal pula memahami situasi ini biarpun sekian lama berselimut dengan UMNO di dalam BN.

7. Jawapan mudahnya kerana MCA tidak melihat prinsip ini wujud di dalam UMNO. Pemimpin wanita mereka bukan sahaja boleh bersalaman sesuka hati malah boleh berlaga pipi, boleh berpelukan dan sebagainya. Akhirnya Presiden MCA sendiri keliru angkara UMNO yang tidak mempertahankan prinsip beragama. Inilah fitnah besar dari kegagalan UMNO menjalani kehidupan sebagai sebuah parti yang patuh pada suruhan agama .

8. Selama ini UMNO berhujjah kononnya DAP anti Islam, kafir harbi dan macam - macam tuduhan lalu mempersoalkan kenapa PAS bekerjasama dengan DAP ? Kini Allah swt mendedahkan siapa pula MCA di sisi UMNO ? secara terbuka kini MCA melalui Presidennya menghina Islam dan mempersendakan ummat Islam yang beramal dan berpegang teguh dengan amalan Islam itu. Sementara DAP pula semakin hari semakin lunak dan memahami asas Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

9. Terbaru melalui perubahan sikap yang ditunjukkan oleh Pengerusi DAP karpal Sigh mengenai negara Islam yang ditentang oleh beliau sejak dulu. Beliau tidak lagi keras menolak negara Islam seperti dulu sebaliknya menganggap isu ini boleh dibincangkan. Ia satu perkembangan yang positif berbanding sikap MCA yang terus kekal dalam kejahilan sejak lama dulu sehingga sekarang.

10. Saya ucapkan syabas kepada Cikgu Mala dan mengharapkan beliau terus thabat [teguh] pendirian dan usah gundah dengan provokasi musuh. Allah bersama dengan insan yang sabar menghadapi ujian perjuangan ini. Ubah sekarang Selamatkan Malaysia !
Calon Dun Tenang


By : Amal Rahman video
http://m.facebook.com/video/video.php?v=188456841183831&comments&refid=17&http

by Wak Dol on Friday, January 28, 2011 at 12:35am
 
Hafizah Nasir, Wak Dol and 4 others like this.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

ANDAI AL QURAN BISA BICARA

Andai AL QURAN  bisa bicara, ia kan berkata :

" Waktu kau masih anak-anak, kau bagai teman sejatiku. Dengan wudhu' kau sentuh aku, dalam keadaan suci kau pegang aku, kau baca dengan lirih dan keras. Sekarang kau telah dewasa, nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku. Apakah aku bacaan usang? Yang tinggal sejarah? Sekarang kau simpan aku dengan rapi, kau biarkan aku sendiri. Aku menjadi kusam dalam almari. Berlapis debu, di makan kutu.
Aku mohon peganglah aku lagi. Bacalah aku setiap hari kerana aku akan menjadi penerang di dalam kuburmu. "
 
by Mimi Suhana Yaacob on Monday, January 10, 2011 at 11:15pm
 
Mimi Suhana Yaacob and 15 others like this.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Diam, Pejamkan Mata...

Tatkala bulan malu menunjuk rupa
Dia datang, melagukan bicara
Aku terdiam, tanpa kata-kata
Dan akhirnya madah pujangga
Diam seribu bahasa

Hilangnya aku memanglah tiada
Hilangnya dia punahlah cinta
Engkau masih mencari-cari dimana
Meredah gelora menebas belantara

Hujan merintik tepat ke dada
Menusuk tepat hinggap ke jiwa
Andai masih tidak kelihatan rupa
Resah gelisah bermain di minda

Ombak datang membawa bunga
Bunga merah menjadi ubatnya
Andai masih tidak kelihatan rupa
Pejamkan mata tidurlah selamanya

Tidak perlu engkau bermain kata
Melemparkan madah pujangga gila
Andai aku pejamkan mata
Gelaplah alam, tiadalah segala

Madah pujangga dikata gila
Sedang terangnya menjadikan buta
Usahlah engkau, memanjat pagar terbuka
Bukakan hati, masuklah ke daerah sana

Aku cuba pejamkan mata
Agar dapatlah tidur untuk selamanya
Namun apakan daya
Apabila mata terbuka
Lidah ku kelu, tanpa kata

by Dhamah Syifflah on Sunday, February 6, 2011 at 10:31am
 
Wahab Che Mat, Ai Aisyah Lovelly, Noorhaslina Halim and 19 others like this.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

~ Persediaan sebelum kita TIDOR ~

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.”
(al-Bukhari)

Huraian:

Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW. Dalam suatu riwayat menerangkan: “Daripada ‘Aisyah r.a katanya: “Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (at-Tirmizi) Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur. Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur. Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula. Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas
 
by Ummi Fatihah on Tuesday, February 8, 2011 at 2:18am
 
2 others like this.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed