Home » Kata-Kata Dari : Ros Khatijah Home » Kata-Kata Dari : Ros Khatijah

Kata-Kata Dari : Ros Khatijah

Thursday, February 10, 2011
 
Ros Khatijah

ALI BIN ABI TALIB berkata :

“Tanda-tanda orang yang riya’ itu ada empat;

1. Malas jika bersendirian.
2. Tangkas jika di hadapan orang.
3. Menambah amalnya jika dipuji.
4. Mengurangi amalnya jika dicela.”

SYAQIQ BIN IBRAHIM berkata:

“Benteng amal itu ada tiga:

1. Harus merasakan bahawa amal yang dilakukan tersebut adalah hidayah dan taufiq dari Allah, untuk mematahkan rasa ujub (sombong diri)

2. Niat melakukan amal tersebut semata-mata untuk mendapat redha Allah, untuk mematahkan hawa nafsu.

3. Mengharapkan imbalan kebaikan dari Allah untuk menghilangkan rasa tamak, rakus dan riya’
Dan dengan ketiga-tiga benteng ini, amal tersebut dapat dilakukan dengan ikhlas kepada Allah. Mengharapkan redha Allah supaya setiap amal hanya untuk Allah, tidak melakukan amalan yang didorong oleh hawa nafsu. Apabla amal itu kerana Allah, maka ianya tidak menghiraukan pujian atau celaan orang.”

HAMID Al AFAF berkata:

"Jika Allah menghendaki kebinasaan seseorang Itu, maka dihukum seseorang tersebut dengan tiga cara:

1. Diberi ilmu tanpa amal
2. DiberiNya bersahabat dengan orang-orang soleh tetapi tidak mengikuti jejak mereka dan tidak beradab dengan mereka.
3. Diberi jalan untuk berbuat taat tetapi tidak ikhlas melakukannya.”

(Petikan dari kitab Tanbihul Qafilin : Abullaits Assamarqandi)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Post a Comment

Jihad Al-Quran

0 comments: