Home » Kisah TRAGIS di sebuah zoo di singapura Home » Kisah TRAGIS di sebuah zoo di singapura

Kisah TRAGIS di sebuah zoo di singapura

Friday, February 4, 2011
saat-saat akhir seorang penjaga zoo.

JOHOR BAHRU: Gambar kejadian ngeri membabitkan seorang lelaki warga Malaysia, Nordin Montong, 32, dibaham tiga harimau Bengal putih di Zoo Singapura mula tersebar luas di Internet.

Gambar berkenaan turut disiarkan di akhbar republik berkenaan, The New Paper yang menyebut ia disumbangkan beberapa pengunjung yang merakam kejadian itu menggunakan perakam video dan telefon bimbit.

Jumaat lalu, akhbar The New Paper dengan tajuk ‘4 Minutes of Terror’ melaporkan pengalaman sekumpulan tujuh remaja yang meluangkan masa bersama di zoo berkenaan.

Seorang saksi yang merakamkan kejadian itu, Nizam Zainal, 16, dilaporkan berkata pada mulanya mereka menyangka kejadian itu antara pertunjukan zoo kepada pengunjung.

Ketika itu, Nizam dan enam rakannya berehat selepas menjalani peperiksaan O-Level, tiba-tiba terkejut apabila terdengar percikan kuat dalam kolam di kawasan kandang haiwan terbabit.


“Saya melihat seorang lelaki berjalan perlahan-lahan dalam kolam itu sambil membawa sebatang penyapu dan satu baldi di tangannya.

“Lelaki itu kelihatan tenang dan menjerit ke arah harimau terbabit, seolah-olah ingin mendapatkan perhatian menyebabkan saya berfikir, dia kakitangan zoo yang mahir dengan pertunjukan harimau,” katanya.

Ketika itu, Nizam berkata, seekor daripada tiga harimau itu terus meluru ke arah kolam itu dipercayai tertarik dengan bunyi percikan air.

Nordin yang bekerja sebagai pencuci zoo dikatakan berjalan tenang ke arah harimau terbabit.

Mangsa kemudian berdiri di penghujung batu bertentang mata dengan haiwan terbabit.

Nizam menyangka harimau terbabit sudah biasa dengan kehadiran pencuci itu.

Bagaimanapun, haiwan itu itu tiba-tiba ‘menampar’ Nordin dengan kuat hingga mangsa jatuh melutut menyebabkan kira-kira 20 pengunjung ketakutan dan mula menjerit untuk mengalih perhatian.

Harimau itu membaham tengkuk arwah seakan-akan menjinjing mangsa ke kiri dan kanan sebelum harimau kedua datang.

Kedua-dua harimau itu mula mencium Nordin dan berjalan mengelilinginya.

Ketika itu, kelihatan jelas wajah ketakutan mangsa apabila dia menjerit meminta pertolongan.

Rakan Nizam pula, Fadzil Ramlee, 16, menjerit menyuruh mangsa terjun dalam kolam, tetapi Nordin menutup kepala menggunakan baldi dan menjerit Allahuakbar.

Katanya, ada pengunjung membaling payung, tetapi tidak mengenai haiwan itu.

Dua harimau itu seolah-olah terganggu dengan jeritan orang ramai dan tepukan tangan mereka, namun tidak meninggalkan mangsa sebelum seekor harimau itu menerkam mangsa dan mengheretnya ke bahagian dalam kandang berkenaan.

Disebabkan jeritan kuat pengunjung, dua harimau itu melepaskan Nordin sebelum mangsa dilihat berdiri, malangnya tiba-tiba dia diterkam semula dua harimau itu.

Saksi lain, Aziz Ansari, 16, berkata mangsa mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri, termasuk menendang harimau berkenaan.

Katanya, dalam klip video yang dirakamnya menggunakan telefon bimbit, dia dapat melihat Nordin cuba terjun dalam kolam apabila pengunjung menjerit memintanya berbuat demikian.

Bagaimanapun, mangsa gagal kerana dua harimau itu menghalangnya walaupun dia menggunakan baldi yang dibawanya itu sebagai perlindungan.

INNALILLAHHIWAILAIHIRAJIUN....




wajah Arwah nordin jelas dalam KETAKUTAN.



~mari la kita sedekah kn AL-FATIHAH kepada arwah nordin (al-fatihah)~


Ini merupakan cerita disebalik kejadian menimpa saudara Allahyarham Nordin yang disiarkan pada surat khabar di Singapura:

1 Mula mula Nordin Montong 32 th, jumpa kawan kawan dan bertahu mereka: "Bye bye. Engkau org TAK akan dpt jumpa aku lagi selepas ini" (ganjil kan kalau org cakap gini ?)(macam org buang tebiat, nak mati)

2 Dia naik basikal.

3 Pergi ke kawasan Buaya, BUANG semua kad kad dalam wallet (bag duit) di kawasan buaya ini. Pelancong Australia nampak & mereka HAIRAN kenapa org buang barang di kawasan buaya ini ?

4 Nordin naik basikal ke kandang HARIMAU PUTIH. Panjat tembok & turun ke kawasan "yg ada air" se dalam 6 kaki.

5 Dia berjalan dalam air ini sambil "memanggil-manggil" Harimau. Di tangan nya sebelah pegang baldi & sebelah pegang penyapu lidi.

6 Harimau (pertama) DENGAR dan pergi cari "yg memanggil-manggil". Macam kita juga, kalau "bunyi bising" kan kita akan TENGOK.

7 Nordin Monton berjalan mengharungi air, menuju ke arah Harimau & semakin "mendekatkan dirinya"

8 Seekor Harimau (yg kedua) datang. Kedua dua Harimau MERENUNG Nordin. Dengan jarak "yg sangat dekat" Nordin dah mula rasa takut. Dia kata: Ya ALLAH tolong lah aku. Aku salah. Maafkan aku.

9 Org ramai menjerit (utk kasi Harimau DISTRACT)(supaya dia TAK gigit Nordin) & pelancong (org putih) baling payung ke arah Harimau, tapi tak kena. Budak melayu yg ambil gambar video, suruh Nordin turun dari batu dan masuk ke kawasan air (pasal Harimau TAKUT air)

10 Nordin takut, ambil baldi & tutup kepala, kemudian mula turun. Bila dia bergerak, seekor Harimau mula tepuk Nordin (tahu lah tapak tangan dia "berapa punya besar ?"). Orang ramai terus buat bising, supaya Harimau TAK apa-apakan Nordin. Kedua-dua Harimau KEBINGUNGAN, tengok org-org yg buat bising.

11 Dalam masa Harimau (yg dua ekor kebingungan) (pasal bising), datang lah lagi seekor Harimau. Harimau yg ketiga ini YANG GIGIT & SERET Nordin (macam dia bawa anak dia jalan)(macam kucing angkat anak dia gitu lah). Di bawa nya ke dalam (kandang)

12 Pegawai zoo, doktor haiwan, polis etc masa ni dah tunggu. Pegawai zoo memanggil Harimau harimau ini utk masuk dalam kandang. Mereka masuk. Dengan segera, Doktor berikan rawatan pada Nordin...... ..tapi dia DAH Meninggal.

Note :- juru tembak dah tunggu. Tapi mereka TAK tembak pasal: Harimau "ada kelemahannya" Kalau mereka di sakiti (kena tembak sakit kan ?) mereka "akan lebih mengganas, akan terus gigit Nordin (yg di depan mata mereka)

Tiga hari berturut turut surat kabar Singapura siarkan berita ini

by Pempes Drypes on Monday, September 6, 2010 at 4:41pm
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Post a Comment

Jihad Al-Quran

0 comments: