Friday, February 4, 2011
Ada Gambar ni dah tersebar dengan luas di internet tentang batu terapung. Ada banyak pihak mendakwa ada batu yang nak ikut Nabi Muhammad S.A.W semasa israk dan mikraj. Banyak artikel-artikel mengenai ‘Dome of The Rock’ ni.

Batu Terapung yang di palsukan oleh segelintir pihak tidak bertangungjawab

 Berkaitan gambar palsu batu terapung di atas tidak dapat dipastikan samada penulis tersebut adalah orang Islam atau beragama lain. Penulis artikel tersebut telah mengaitkan batu tersebut dengan kisah Isra’ dan Mi’raj Rasulullah s.a.w. sedangkan lokasi batu itu pun tidak diketahui di mana, dan tidak pula diketahui siapa yang telah menangkap gambar itu. Sebenarnya, bagi mereka yang berpengalaman mengedit foto, dia boleh mengedit gambar batu menjadi seolah-olah terapung dengan menggunakan teknik superimpose. Tapi kenapa mereka sanggup melakukan pekara sedemikian? apakah tujuan sebenar mereka?

Di Baitul Maqdis, khasnya di tempat yang dinamakan Haram As-Sharif, terletak Masjidil Aqsa iaitu kiblat pertama bagi orang-orang Islam sebelum kiblat dialihkan oleh Allah ke arah Ka’abah di Makkah. Di sana juga ada sebuah batu besar (panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki) terletak dalam satu binaan berkubah yang dipanggil Qubatul Sakhra’ atau ‘Dome of The Rock’.




Batu itu berbentuk hampir separuh bulatan dan di tengah-tengah batu ini terdapat satu lubang yang turun ke bawah menuju ke sebuah gua kecil yang dipanggil “Gua Arwah”.

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab r.a. kawasan batu itu dikepung dengan mendirikan sebuah masjid berbentuk bulat dan senibinanya direka khas oleh seorang akitek Greek.

Pada masa pemerintahan Abdul Malik ibn Marwan iaitu Khalifah Ke 10, masjid itu telah dibangunkan semula serta dinamakan Masjid Qubatul Sakhra’ (Dome of The Rock), setinggi 10 meter dan diameter 20 meter.

Ada cerita yang mengatakan bahawa batu ini terangkat ke atas ketika Rasulullah melepaskan kaki Baginda dari batu ini untuk melakukan Mi’raj ke Sidratul Muntaha. Batu ini dikatakan ingin mengikut Rasulullah waktu Mi’raj tetapi ditahan oleh malaikat Jibril. Bekas tapak tangan Jibril dikatakan masih ada di sana.

Menurut Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki, ulama Masjidil Haram di Makkah, mereka yang berkata bahawa batu ini tergantung di antara langit dan bumi adalah tidak benar kerana kisah ini tidak tersebut dalam Al-Qur’an atau dalil-dalil hadis yang kuat. (Bait Al-Maqdis, Masjid Al-Aqsa dan Batu Bergantung oleh Syed Hassan Muhammad Al-Attas)

Kejadian batu itu cuba terbang mengikut Nabi Muhammad S.A.W. semasa israk dan mikraj, setelah dikaji semula berdasarkan kepada hadis-hadis sahih, perkara itu tidak benar. Ia hanya bersumber dari Yahudi (dongeng Israiliyyat) . Batu itu sebenarnya tidak terapung.

Menurut Prof Dr Tala’at Muhamad Afifi, dari Universiti al-Azhar: “Qubatul Sakhra’ itu bukanlah terapung diatas udara sebagaimana yang dinyatakan didalam soalan, akan tetapi hujungnya luas dari tapaknya yang menjadikan ianya tergantung”.

Maknanya, batu itu mempunyai bahagian atas yang lebih besar dari bawah menjadikannya seolah2 terapung. Kesimpulannya, cerita Batu yang tergantung itu merupakan cerita-cerita Israiliyyat. Dikatakan bahawa orang Yahudi sengaja ingin mewarwarkan mengenai Qubatul Sakhra’ agar orang Islam dapat melupakan Masjid Al-Aqsa yang dipercayai merupakan tapak masjid yang dibina oleh Nabi Sulaiman yang ingin mereka kuasai.

Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj



Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.

SOALAN:

Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD

JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:

Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan

Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.

Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi

Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.

“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”

“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”

“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”

Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.


Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din

Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.

Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung. Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung



Meneliti Batu Terapung

Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Keadaan Berubah

Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Kegerunan Hati Manusia

Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.

Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.



Mengapa Berubah..?

Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.

Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.

SEBARKAN: Sila copy dan paste pesanan di bawah ini bermula dari tanda ** hingga ** serta sebarkan kepada kenalan anda melalui e-mail, messenger, blog atau laman sesawang yang anda kenali bagi menyampaikan info yang benar ini kepada kenalan anda dan kenalan-kenalan mereka.

** Salamun’alaik.. Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..
(mungkin ada senarai nama list kwn anda dlm fb sy yg mungkin tdk tertag.sy mohon maaf.sudilah kiranya anda bole klik SHARE)

~Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar sahih terkini dari bumi Palestine~

[GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..? Sila ke;

http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dal...

Syukran.. **

by Pempes Drypes on Sunday, September 12, 2010 at 10:23pm
 
· · Share · 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Post a Comment

Jihad Al-Quran

0 comments: