Untuk mengetahui seseorang perempuan itu menyintai lelaki amatlah banyak
kerana ianya terpulang kepada individu itu sendiri. Jadi disini saya
akan memberikan dahulu 11 langkah sebelum saya mengulas lebih panjang
dalam entri yang seterusnya.
1. Dia sering membuat ‘eye contact’ dengan anda kemudian tersenyum. Jika
hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat tahi mata di
muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada anda,
itu bermakna dia merasakan anda seseorang yang menarik dan ingin
menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.
2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak dengan anda. Dengan cara
meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar, sudah
cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.
3. Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah.
Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan
jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi
merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia
memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.
4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap anda seperti
menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau mungkin juga mencubit anda
dan bukannya ‘body contact’ dalam permainan rugbi. Paling tidak pun, si
dia akan cuba berada rapat dengan anda.
5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan kata, “adalah…”
sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia akan buat anda cemburu
dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di tempat anda
belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda.
6. Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan perasaan ingin
tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit
kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah
perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan
senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.
7. Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih
cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.
8. Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar dengan
mengulang perkataan “bosannye…..” atau mungkin bertanya tentang filem
terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk mengajak anda
keluar, dia akan menggunakan perkataan “saya belanja”.
9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah seorang ‘stalker’!
9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah seorang ‘stalker’!
10. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya
bahawa dia seringbercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia
loya, itu bermakna dia amat-amat memuja anda.
11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama anda. Dia akan cuba menjadi
yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika anda susah mahupun
senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda atau sekurang-kurangnya sms
anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk satu hari, seolah-olah ada
sesuatu yang tidak kena padanya.
Sumber di Sini
Post a Comment
Jihad Al-Quran
0 comments: