Showing posts with label Realiti Akhir Zaman. Show all posts
Showing posts with label Realiti Akhir Zaman. Show all posts

Jangan Berfikiran Kolot Tentang Dajjal

Saturday, August 11, 2012


Pengenalan

Umumnya masyarakat Islam atau lebih tepat lagi 98 % berfikiran kolot tentang makhluk bernama DAJJAL serta saat-saat kemunculannya. Apakah yang dimaksudkan dengan KOLOT? Apakah kaitannya dengan masyarakat Islam?

KOLOT bermaksud ‘jumud‘ atau ketinggalan zaman atau lebih tepat lagi ‘cara lama‘. Manakala ‘Berfikiran Kolot’ pula ialah memikirkan sesuatu perkara dengan ‘cara lama’ (old style) dan langsung tidak memperbaharuinya.

Sebagai contoh, sepasang suami isteri Muslim yang berpendidikan tinggi dan moden mendapati anak mereka sakit demam yang berpanjangan walaupun sudah banyak kali berjumpa doktor. Tanpa berfikir panjang mereka mengesyaki anak mereka terkena sampuk syaitan atau perbuatan orang yang mana kebetulan juga mereka tidak berapa baik dengan jiran sebelah rumah.

Maka pasangan tersebut telah membawa anak mereka berjumpa bomoh. Memandangkan pasangan tersebut orang kaya, maka adalah sukar seorang bomoh untuk mengatakan ‘anak mereka sakit biasa saja’, peluang terbaik untuk mendapat income lebih ialah mengatakan ‘anak anda kena buatan orang’.

Itulah cara pemikiran kolot orang Islam, sudah belajar tinggi-tinggi masih mencari bomoh yang tiada sijil SIRIM itu. Begitulah juga tentang hal ehwal Dajjal. Umat Islam masih memikirkan Dajjal seperti berikut ;

A. Gambaran paling kolot !

* Digambarkan bermata satu dan bertanduk serta berbadan besar.
* Digambarkan sebagai raksasa yang ganas.
* Digambarkan seperti raksasa yang berjalan di atas permukaan bumi dan memijak semua rumah-rumah.

B. Gambaran kolot !

* Dajjal digambarkan orang bermata satu yang datang dengan tentera-tenteranya di atas satu kapal angkasa.
* Dajjal digambarkan memaksa setiap orang yang dijumpainya supaya mengaku dirinya sebagai tuhan.
* Dajjal digambarkan suatu manusia yang berperwatakan ganjil dan keadaan fizikalnya yang menakutkan serta suka membunuh semua orang yang dijumpainya.

Setelah berfikiran seperti A dan B, umat Islam secara sendirinya cuba membentuk pula jalan penyelesaian masing-masing terhadap persoalan, “apa aku nak buat jika Dajjal datang kepada ku?”

Berikut pemikiran kolot umat Islam tentang jalan penyelesaian menghadapi Dajjal;

A. Penyelesaian paling kolot !

* “Apa aku nak takut! Jika dia paksa aku, aku tetap akan berlawan jika aku mati nanti, aku akan mati syahid macam sahabat nabi“
* “Aku akan pastikan tempat persembunyian aku tidak diketahui Dajjal.”
* “Aku akan pastikan tempat sembunyi aku di bawah tanah kerana rasaksa Dajjal itu tak boleh nampak dengan jelas”

B. Penyelesaian kolot !

* “Kalau Dajjal suruh mengakui dia sebagai Tuhan, aku akan angguk saja supaya dia tak bunuh aku. Tetapi hati aku tetap akan berniat dia bukan Tuhan, kalau tidak murtadlah aku.”
* “Kalau Dajjal paksa aku mengakui dia sebagai tuhan, baik aku ikut sahaja. Lepas tu kalau aku jadi orang dia, aku akan cari peluang bunuh dia.”


Itulah pemikiran-pemikiran kolot yang dapat penulis kumpulkan. Dan banyak lagi pemikiran kolot yang tak dapat penulis tuliskan kerana terlalu banyak yang merapu dan tidak masuk akal.

Gaya Berfikir Kolot Memudahkan Kerja Dajjal?

Jika umat Islam mempunyai fikiran seperti A dan B, manakala jalan penyelesaian juga seperti A dan B, seronoklah Si Laknat itu. Mungkin ada yang memikirkan bahawa Dajjal tidak tahu cara berfikiran kolot di atas. Mana mungkin tidak! Dajjal dimudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan kerja-kerja terkutuknya.

Dajjal ditakdirkan Allah untuk mendapat bantuan dari Iblis dan sekutu-sekutu syaitan. Di dalam diri manusia mempunyai nafsu yang sememangnya dikuasai oleh syaitan untuk menyesatkan iman kita. Memandangkan gerak kerja Dajjal dibantu syaitan dan Iblis adalah tidak mustahil apa yang difikirkan manusia dilaporkan oleh syaitan untuk tujuan kajian Dajjal.

Dajjal akan mengumpulkan semua pemikiran manusia untuk dibuat satu kesimpulan yang khusus. Jika sekiranya Dajjal mendapat maklumat bahawa 90 peratus golongan remaja meminati dunia hiburan atau lebih cenderung kepada muzik. Maka Dajjal akan melaksanakan suatu bentuk penyelidikan bagaimana untuk mempengaruhi pemikiran remaja melalui muzik.

Dengan bantuan syaitan ini, Dajjal lebih mudah juga untuk memikirkan bagaimana untuk menerapkan nilai-nilai kesyaitanan dan pemujaan terhadap dirinya melalui muzik dan hiburan. Untuk memaksa manusia menyembah Dajjal secara terang-terangan adalah sukar, kerana masing-masing mempunyai agama sama ada Islam, Kristian, Yahudi atau sebagainya.

Tetapi untuk membuat manusia mengakuinya sebagai tuhan tanpa manusia sendiri sedari adalah suatu perkara yang mudah. Jika aspek hiburan adalah senjata, maka hiburanlah yang perlu kita ambil peduli dan berhati-hati.

Ingatlah wahai saudara-saudara sekelian, raksasa atau makhluk aneh yang anda tunggu-tunggu tidak akan kelihatan sampai bila-bila. Apa yang pasti, yang akan muncul nanti ialah seorang manusia yang kelihatan normal, berpendidikan, prestij, berkaliber dengan gaya ahli politik yang luar biasa. Manusia itu bernama Dajjal. Kenyataan ini telah banyak dibahaskan oleh kebanyakan pemikir-pemikir Islam dan Barat.

Cara ia memunculkan diri dan hari kemunculannya tidak diketahui melainkan konco-konconya yang terdiri dari kalangan pemimpin-pemimpin beberapa negara Eropah, billionaire dan ketua agama Yahudi. Saat ia muncul, semua umat Islam tidak menyedari kerana umat Islam masih memperhatikan manusia yang bermata satu, berbadan besar dan tertulis KAFIR di dahinya.

Semua itu tidak kelihatan. Walaupun hadis mengatakan Dajjal dengan ciri-ciri mata satu, berbadan besar tetapi semua itu boleh diubah Dajjal cuma hanya pada keadaan tertentu yang menampakkan ia begitu. Dan itulah tujuan hadis disabdakan, untuk dikaji dan diselidiki bukannya difahami secara luaran sahaja.

Hanya yang dapat mengenali Dajjal adalah konco-konconya dan ulama-ulama yang zuhud yang mana mereka dapat menghidu bau bencana akhir zaman ketika kemunculannya itu.

Adakah Hiburan Senjata Ampuh Dajjal ?

Ya, telah terbukti bahawa dunia berubah-berubah secara serentak dari segi fesyen dan alunan muzik melalui dunia hiburan. Bermula dengan agogo, twist, rock N roll, rock metal, hard rock, rap, reggae hinggalah sekarang ini semuanya berlaku secara serentak. Menghairankan ! Yakni apa yang berlaku di negara maju sama ada cara muzik dimainkan atau cara berapakaian semuanya diikuti oleh negara dunia kedua dan ketiga.

Dan sekarang ini, suatu era baru yang diketengahkan Dajjal melalui konco-konconya di Hollywood ialah ‘hiburan realiti’. Rancangan bercorak ‘realiti’ semakin menular malah lebih cepat dari virus H5N1 (Birdflu) ke dalam umat Islam.

Tak perasankah anda? Anda tentu perasan…semua ini dilihat berlaku dengan cepat dan Akademi Fantasia yang penuh maksiat dan fantasi itu menjadi pelopor sebelum Malaysian Idol dibawa masuk. Seperti yang kita ketahui, konglomerat hiburan dalam Malaysia adalah dikuasai bangsa asing termasuklah semua stesen TV (kecuali RTM). Maka seharusya kita berwaspada dengan dakyah Dajjal semua ini.

Na’uzubillahiminzaalik…..

Sumber di Sini
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Mesin Merentas Masa Tidak Akan Wujud

Wednesday, August 1, 2012

Dunia perfileman barat amat beriya-iya mempromosikan filem yang bercorak “merentas masa”. Mereka cuba mengakademikkan angan-angan dengan mencipta pelbagai teori matematik dan fizik. Maka muncullah formula-formula palsu untuk mencipta mesin merentas masa.

Konsep Einstein dalam Teori Relativiti

Dunia kajian merentas masa dari pandangan barat dikatakan dipelopori oleh profesor Yahudi bernama Albert Einstein. Profesor ini dalam kajian-kajian awalnya mengatakan masa boleh direntas sekiranya kita dapat menjumpai ruang masa ini.

Menurut pakar fizik dan astronomi, John Wheeler, Wormhole adalah sejenis ruang perjalanan pintas ke arah tempat yang jauh dan masa. Melalui wormhole, manusia dapat pergi ke satu generasi ke generasi yang lain dalam jarak masa yang singkat.

Manusia juga dapat memilih tarikh, tahun dan tempoh yang dikehendaki untuk pergi ke sana dengan bebas tanpa sebarang gangguan dan sekatan.

Antara filem yang paling mempengaruhi pemikiran masyarakat dunia tentang time travel ialah Back to the Future. Kebijaksanaan seorang profesor yang berimej rambut ala Einstein telah berjaya membantu seorang remaja kembali ke masa lampau.



(Dari kiri) Albert Einstein, John Wheeler dan Hermann Wehl


Namun begitu, John Wheeler yang sudah membangunkan teori Wormhole sejak 1957 sendiri tidak mampu memberikan bukti-bukti kukuh untuk menyakinkan masyarakat tentang kemampuan merentas masa.

Wheeler sendiri kelihatan banyak menciplak idea-idea Hermann Wehl dari Jerman yang sudah pun berteori tentang wormhole sejak 1921.

Keghairahan Dunia Akademik Dalam Isu Merentas Masa

Merentas masa adalah satu angan-angan yang cuba direalisasikan oleh dunia akademik barat. Ringkas kata, Dajjal memang tahu ianya tidak akan berlaku tetapi ia mahu masyarakat dunia berusaha ke arah angan-angan kosong yang tidak akan berlaku sehingga kiamat.

Jikapun Allah mengizinkan ada mesin yang mampu merentas masa, maka orang yang paling bermasalah ialah Dajjal itu sendiri. Apakah mungkin syeikh-syeikh Arab sanggup mengeluarkan wang beratus-ratus billion dollar untuk melancong dengan mesin tersebut?

Jika ada orang Islam yang mempunyai mesin masa, sudah pastilah Dajjal akan menghadapi masalah paling besar kerana 10 tahun dari sekarang kemungkinan besar teori bahawa Samiri yang disebut dalam surah Toha adalah Dajjal mungkin sudah banyak terima pakai.

Apabila teori Samiri adalah Dajjal diterima pakai, maka lebih baiklah orang Islam pergi berjumpa dengan Samiri yang mengikut rombongan Bani Israel merentas Laut Merah dan membunuhnya terus. Mungkin itulah yang paling banyak akan berlaku.

Masalahnya, masyarakat Islam tidak mahu menerima hakikat dan masih seronok berteori dengan Teori Relativiti ciptaan Albert Einstein itu. Amat menghairankan…

Bukti Mesin Merentas Masa Tidak Akan Tercipta

#Bukti 1 : Peringatan Rasulullah

Terdapat banyak bukti yang menunjukkan manusia tidak dibenarkan atau diizinkan merentas masa lampau (past) dan pergi ke masa hadapan (future).

Persoalan perkara yang lepas (past), sememangnya wajibak diimani bahawa kita tidak boleh lagi kembali ke masa tersebut. Sabda Rasulullah SAW;

“Rebutlah peluang lima sebelum lima; masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa miskin. Masa hidup sebelum tiba mati.”

Jika masa itu boleh berpatah balik maka tak perlulah Rasulullah SAW bersabda seperti di atas. Adalah lebih baik baginda mengatakan “…kembalilah kamu ke masa lampau untuk memperbetul kesilapan.”

Baginda Rasulullah SAW yang maksum dan penghulu segala nabi sendiri tidak diberikan kelebihan merentasi masa, inikan pula kita manusia biasa yang penuh dengan noda. Hadith di atas jelas menunjukkan ketegasan Rasulullah mengenai masa.

Ia bermakna, seseorang hamba Allah tidak akan dapat mengembalikan waktu-waktu yang telah lepas. Setiap waktu dan saat yang dianugerahkan Allah untuk dilaluinya adalah amat berharga.

#Bukti 2 : Peringatan Allah dalam Al-Quran

Di dalam ayat Al-Quran, Allah SWT menegaskan dengan jelas berkenaan masa;

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta pula berpesan-pesan dengan kesabaran.”

(Al-Asr, 1-2)

Nah, keseluruhan surah ini sudah tepat untuk membalas semua hujah ahli-ahli fizik seluruh dunia yang cuba memperkenalkan teori merentas masa. Tidak perlulah lagi bagi kami menghurai panjang akan ia.

#Bukti 3 : Merentas masa menyalahi konsep taubat

Bukti ke 3 yang menunjukkan mesin merentas masa tidak akan tercipta ialah kerana ia membelakangi konsep taubat. Islam menyuruh umatnya sentiasa bertaubat bukan sahaja kerana dosa tetapi kerana masa tidak boleh berpatah balik.

Konsep taubat ini wujud kerana semua umat Islam harus meyakini bahawa kita tidak boleh kembali ke masa lalu untuk membetulkan semula kesilapan lampau.

Setiap umat Islam disarankan memperbanyakkan taubat tanpa menunggu dosa itu wujud. Ini berdasarkan firman Allah SWT;

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan orang-orang yang banyak mensucikan diri.”

(al-Baqarah, 222)

Firman Allah lagi;

“Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian orang-orang Mukmin, semoga kamu mendapat kebenaran.”

(an-Nur, 31)

Allah telah memberi amaran kepada usaha sia-sia manusia ini dengan mendedahkan bahawa semua urusan peribadi manusia dan takdir masa depannya sudah pun tertulis di dalam Lauh Mahfudz. Allah sudah pun menetapkan bagaimanakah nasib setiap hamba ciptaan-Nya.


Isu Merentas Masa Dikalangan Para Wali

Dikalangan para ulama hatta nabi sekali pun tidak berlaku ke atas mereka kemampuan “merentas masa”, inikan pula kita manusia yang penuh hina dan noda. Apatah lagi golongan kafir seperti Albert Einstein yang bercita-cita tinggi itu.
Hatta Dajjal sekali pun tahu masa tidak boleh diubah, yang berlalu tetap berlalu dan yang akan datang belum pasti lagi.

Setakat ini, belum lagi kita melihat ada dikalangan wali dapat pergi ke masa lampau atau masa hadapan. Terdapat isu seseorang yang istimewa atau mempunyai kelebihan psikik anugerah Allah.

Golongan ini dapat melihat masa lampau hanya dengan cara menyentuh barang-barang kegunaan orang lain atau memegang sesuatu objek atau melalui sesuatu kawasan. Ia perkara yang benar dan realiti.

Psikik tidak merentas masa

Psikik terkenal bernama Dorothy Allison (gambar) yang tinggal di daerah Nutley, New Jersey pernah membantu polis negeri dan FBI menyelesaikan kes jenayah misteri iaitu kes JonBenet Ramsey (JBR). Kejayaan Allison membuatkan dia dipanggil sebagai tetamu undangan khas rancangan Larry King Live.

  Tetapi Allison tetap berada di tempat kejadian untuk mengesan kesan-kesan yang ditinggalkan penjenayah. Allison tidak hilang dari kedudukannya untuk pergi ke zaman silam. Ini secara langsung membuktikan individu psikik tidak boleh merentas masa.

Pandangan Para Wali Melihat Sejarah Seseorang
Melihat sejarah hidup seseorang dengan cara merenung wajahnya bukanlah tergolong dalam konsep merentas masa. Walaupun si pelihat itu (mungkin wali atau nabi) mampu melihat secara jelas, tetapi ia tidak mampu masuk ke dalam “masa lampau” yang dilihat. Ia hanya mampu menjadi penonton.

Suatu perkara yang mampu diusahakan manusia berkaitan masa ialah mempercepatkan perjalanan. Misalnya, pukul 2.00 petang berada di London, kemudian pukul 2.15 berada di Tokyo. Hanya itulah peluang yang ada untuk diusahakan oleh manusia.

Melajukan pergerakan objek tidak akan terkeluar dari batas masa. Jika objek itu boleh bergerak 100 kali lebih laju dari kelajuan cahaya pada tarikh 23 Januari 2009, maka objek itu tetap akan berada pada tarikh dan hari yang sama juga iaitu 23 Januari 2009.

Maka peluang itu nampaknya jelas kelihatan diambil sepenuhnya oleh Nicola Tesla dalam projek Eksperimen Philadephia. Telah kami jelaskan sebelum ini dalam artikel yang bertajuk “Cara Asif memindahkan Istana Balqis.”

Kefanatikan Golongan Fizik

Amat menyedihkan apabila pakar-pakar fizik umat Islam boleh terpengaruh dengan dakyah sesat teori Einstein, Wheeler dan Hermann. Mereka amat kagum dengan susunan fungsi fizik yang penuh nilai estetik.

Mereka berbincang berbicara suatu perkara yang telah ditetapkan dalam lauh mahfudz. Padahal, itu hanyalah pekerjaan yang sia-sia sahaja. Catatan dalam lauh mahfudz adalah kekuasaan Allah. Ianya tidak boleh diubah lagi, ianya tetap tertulis di situ.

Firman Allah SWT;

“(Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran.”

(al-Buruj, 19)

“(lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfudz.”

(al-Buruj, 22)

Kefanatikan golongan fizik lebih kelihatan fanatik apabila suatu pendekatan fungsi fizik diperkenalkan iaitu Wormhole Metric. Secara pokoknya, masyarakat cuba diberitahu bahawa merentas masa itu boleh dilakukan jika pengirannya betul dan formulanya tepat.




Maka disebabkan itu, seringkali kita dihidangkan dengan filem-filem merentas masa yang akan mempamerkan seseorang saintis membuat pengiraan matematik fizik di buku notanya.

Isu Ruang Masa Dalam Buku Muhammad Isa Dawud

Berasaskan ulasan buku Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia yang pernah kami nyatakan sebelum ini, Muhammad Isa Dawud banyak membangkitkan soal masa dan celahan-celahannya. Namun begitu, ulasannya dilihat berhati-hati dan tidak mempersoalkan merentas ke masa lampau.

Antara kes-kes celahan masa yang dimuatkan Muhammad Isa Dawud ialah berkenaan seorang kanak-kanak perempuan bernama Karen yang terjatuh di suatu tempat asing. Dikhabarkan bahawa Karen telah dibawa oleh sekumpulan makhluk seakan-akan manusia meninjau ke kawasan mereka.

Karen merasakan ia berada dikalangan makhluk-makhluk itu dalam tempoh sehari semalam sahaja tetapi, ibu bapanya hanya menjumpai beliau selepas 8 hari pencarian.

Kes ini ditafsirkan oleh Muhammad Isa Dawud sebagai terjatuh di celah masa. Muhammad Isa Dawud juga berandaikan anda kehidupan lain yang jauh di dalam bumi.

Tinggalkan Yang Sia-Sia, Kejar Yang Tersedia

Apakah peranan umat Islam dalam isu time travel ini? Tidak lain tidak bukan ialah jangan membuang masa untuk mencipta mesin merentas masa kerana mesin itu memang mudah dicipta tetapi ia tidak mampu pun bergerak.

Satu perkara yang perlu pakar-pakar fizik Muslim menyibukkan diri adalah berkaitan dengan mencari pendekatan fizik untuk melajukan pergerakan objek dalam period masa yang sama. Pakar-pakar fizik Muslim perlu mencontohi usaha Prof Dr. Yahaya Said al-Mahjari.

Walaupun sekadar teori, usahanya bukanlah untuk mencari bagaimana untuk merentas masa, tetapi ia mencari bagaimana menggerakkan suatu objek ke tempat yang jauh tanpa sebarang pengangkutan seperti yang dilakukan Asif bin Barqiya.

Usaha sebegitu tidak terkeluar dan terlanggar persoalan keimanan kepada qada’ dan qadar Allah.

Wallahu’alam…
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

[18SX] Walaupun Mereka Bertudung Tetapi.. [18TAHUN]

Sunday, September 25, 2011



 








Creadit To : UpToMu
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Engkar Hukum Allah, Jadi Kafir, Zalim Atau Fasik?

Friday, September 23, 2011
 
NegaraJika ada manusia yang dicipta Allah sebagai khalifah di dunia ini, tidak mengatur kehidupannya menurut peraturan-peraturan yang telah Allah tetapkan (syariat), dia tidak terlepas dari tiga keadaan. Sama ada dia jatuh kafir, jadi zalim atau tergolong dalam golongan fasik (derhaka).

 وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

"...dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir." (Al-Maidah:5:44)

وَمَن لَّمۡ يَحۡڪُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ

"...dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Al-Maidah:5:45)

وَمَن لَّمۡ يَحۡڪُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ

"...dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." (Al-Maidah:5:47)

Oleh kerana bumi tempat kita tinggal ini milik Allah, yang mana kita hanyalah sebagai pentadbir alam Tuhan ini, selayaknya kita mengatur kehidupan kita mengikut apa yang telah ditetapkan Allah di dalam syariat-Nya.

 
KeluargaMengatur kehidupan, sama ada mengatur diri sendiri, keluarga, masyarakat, ekonomi, nikah-kahwin, kenduri-kendara, pejabat, atau lebih besar lagi dalam mentadbir negara hinggalah ke peringkat global, hendaklah dengan peraturan yang telah ditetapkan Allah, yang disebut di dalam Al-Quran, diperjelas oleh Rasulullah ﷺ melalui hadis.

Apabila gagal berbuat demikian, maka tergolonglah kita dalam salah satu, sama ada kafir, zalim atau fasik.

Biasanya, seperti yang selalu kita dengar, soal hukum kafir, zalim dan fasik ini ditujukan kepada pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Islam dalam pemerintahan dan pentadbirannya sahaja...sebenarnya TIDAK.

Kerana ayat Al-Quran itu Allah turunkan untuk umum manusia, ertinya ia menyuluh segenap ruang kehidupan, tanpa kecuali. Janganlah kita guna Al-Quran hanya untuk suluh soal pemerintahan sahaja. Bimbang jika begitu, kita tanpa sedar telah jatuh ke dalam golongan kafir, zalim atau fasik itu tadi.

Suluhlah diri kita, apakah segala apa yang diperintahkan Allah telah kita patuhi? Sudahkan kita mengatur kehidupan sehari-hari mengikut peraturan Allah?

Allah perintahkan kita beriman. Sudahkah kita beriman dengan sebenar-benar yakin?

Allah perintahkan agar kita solat fardhu lima waktu. Sudahkah kita tunaikan tepat pada waktunya, serta menepati syarat dan rukunnya? Sudahkah kita khusyuk dalam kita melaksanakan solat itu? Sudahkah solat kita itu melahirkan rasa kehambaan kita kepada Allah?

Allah perintahkan agar menjaga kehormatan. Disegi berpakaian, diperintah kita menutup aurat dengan sempurna. Sudahkah kita laksanakan? Jika belum, bimbang kalau kita termasuk dalam 3 kategori itu, kafir, zalim atau fasik.

Suluhlah dalam perkara-perkara lain sepanjang hidup kita. Makan minum, perbelanjaan, pergaulan, pekerjaan, akhlak, tingkah laku kita dan lain-lain, apakah telah menepati syariat.

Dalam kita mengatur keluarga atau rumahtangga, sudahkah mengikut peraturan Allah? Bermula dari sebelum berkahwin, semasa bertunang, akad nikah, kenduri walimatul urus, berhubung suami isteri, hingga mendapat anak.

Setelah berkahwin, sudahkah isteri dididik secara Islam? Cukupkah solatnya, sempurnakah tutup auratnya, baikkah layanannya, sungguhkah ketaatannya kepada suami dan kepada Allah SWT? Begitu juga para suami.

Setelah mendapat anak, sudahkah anak-anak diasuh seperti diajar Rasulullah ﷺ? Diajarkan solat dan lain-lain, agar dia menjadi anak yang soleh dan solehah.

Jika kita memiliki perniagaan, apakah perniagaan kita itu atas dasar taqwa, untuk memajukan umat Islam? Apakah ia bersih dari riba dan penipuan? Apakah terpelihara pergaulan dan syariat pekerja? Sudahkah dikeluarkan zakat setiap tahun? Apakah gaji pekerja dibayar seperti yang dijanjikan?

Persoalan di atas merupakan sekelumit persoalan dalam kita mengatur kehidupan sebagai khalifah di muka bumi milik Allah ini, yang mana kita hanya layak mengaturnya mengikut peraturan Tuhan, bukan mengikut peraturan yang kita cipta sendiri.

Belum lagi kita suluh persoalan masyarakat, pendidikan, kesihatan, ekonomi, jihad, amar makruf, nahi mungkar, soal pentadbiran, pemerintahan...Sudahkah semuanya diatur seperti yang Allah kehendaki?

Jika jawapannya tidak, mungkin kita telah termasuk dalam golongan kafir, zalim atau fasik, sedangkan untuk selamat di dunia dan akhirat, kita perlu masuk golongan mukmin yang bertaqwa.

Amat malang jika tergolong dalam golongan kafir, kerana janji Allah untuk mereka,

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَن تُغۡنِىَ عَنۡهُمۡ أَمۡوَٲلُهُمۡ وَلَآ أَوۡلَـٰدُهُم مِّنَ ٱللَّهِ شَيۡـًٔ۬ا‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ‌ۚ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir, harta benda mereka dan anak-anak mereka, tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan mereka dari (azab) Allah sedikitpun, dan mereka itu ialah ahli neraka; mereka kekal di dalamnya." (A-li'Imraan 3:116)

Malang juga orang yang zalim, yang tidak mahu menurut perintah Allah,

فَبَدَّلَ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنۡہُمۡ قَوۡلاً غَيۡرَ ٱلَّذِى قِيلَ لَهُمۡ فَأَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِمۡ رِجۡزً۬ا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ بِمَا ڪَانُواْ يَظۡلِمُونَ

"Maka orang-orang yang zalim di antara mereka menukarkan perintah itu dengan perkataan yang tidak dikatakan kepada mereka. Oleh itu, Kami turunkan azab dari langit menimpa mereka, dengan sebab kezaliman yang mereka lakukan." (Al-A'raaf 7:162)

وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (Hud:11:113)

Cenderung kepada orang zalimpun Allah tegah, inikan pula bersekongkong, bersatu dan bekerjasama dengan mereka.

 
EkonomiBegitu jugalah orang yang fasik, telah Allah SWT nyatakan di dalam Al-Quran,

وَٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا يَمَسُّہُمُ ٱلۡعَذَابُ بِمَا كَانُواْ يَفۡسُقُونَ

"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka akan dikenakan azab seksa dengan sebab mereka berlaku fasik." (Al-An'aam 6:49)

Dengan ilmu ini, moga kita dapat menyuluh diri kita, mana tahu kita termasuk dalam title kafir, zalim atau fasik itu. Juga agar kita tidak mudah mudah menuding dan menuduh orang lain kafir, zalim atau fasik.

Sebagai menambah kefahaman, mari kita lihat, dalam keadaan apa seseorang itu melanggar syariat, atau tidak patuh perintah Allah, dia jatuh kafir, zalim atau fasik. Kita ambil contoh, jika meninggalkan solat.

عن جابر ابن عبدالله قال قال رسول الله صلى الله عليه والسلام  اِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلاَةِ

Dari Jabir r.a., katanya dia mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya tali penghubung antara seseorang dengan syirik dan kafir, ialah meninggalkan solat." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1, No.63]

Dalam Syarah Sunan At-Tirmizi, terdapat hadis dari Rasulullah ﷺ:

مَنْ تَرَكَ صَلَاةً مُتَعَمِّدًا فَقَدْ كَفَرَ

"Barangsiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka dia menjadi kafir." (Hadis hasan sahih, dikeluarkan oleh Ahmad, Syaikhan, An-Nasaie, Al-Hakim dan Ibnu Majah)

Di dalam hadis ini, disebut, siapa meninggalkan solat, maka dia boleh menjadi kafir, yakni bukan Islam lagi ketika itu.

Menurut takwil Imam As-Syafie, akan jatuh kafir jika dia tidak lagi yakin bahawa solat itu wajib, ertinya dia menafikan hukum. Biasa kita dengar orang berkata, "Buat apa sembahyang, buang masa saja. Lebih baik buat benda lain, ada juga faedahnya..." Kata-kata penghinaan sebegini menyebabkan seseorang itu jatuh kafir, terkeluar dari Islam, sama ada dia sedar atau tidak.

Orang yang meninggalkan solat sangat sombong dengan Allah, lebih sombong lagi jika dia menentang Allah dengan menafikan hukum wajib solat itu. Kerana itu orang yang meninggalkan solat (dalam keadaan sudah tidak meyakini kewajipannya), patut dihukum pancung. Kerana ia penderhakaan tahap tinggi selepas murtad. Menolak kewajipannya juga menyebabkan murtad, maka patut sangatlah dipancung saja jika tidak mahu bertaubat. Ini adalah satu kesalahan yang sangat besar. Sedangkan derhaka dengan ibu bapa yang melahirkan kita, pun kita rasa tidak patut. Inikan pula dengan ALLAH yang menciptakan kita.

Seseorang itu dikira zalim (menzalimi diri sendiri), jika dia meninggalkan solat, dalam keadaan dia tahu dan yakin, solat itu wajib baginya, cuma dia tidak melakukannya kerana tidak mampu lawan nafsu. Dia lalai dan leka dengan urusan-urusan lain. Ketika itu dia jatuh zalim.

Seseorang itu dikira fasik (derhaka kepada Allah) jika dia meninggalkan solat, dalam keadaan dia jahil, tidak tahu solat, atau tidak tahu bahawa solat itu wajib. Derhaka dan berdosa dia kerana tidak mahu belajar, sedangkan menuntut ilmu itu wajib.

Ketiga-tiganya, kafir, zalim dan fasik, tempatnya dalam neraka. Cuma perbezaannya, kekal atau tidak di dalamnya.

 
Suluhlah dalam perbuatan yang lain, dalam persoalan menutup aurat misalnya. Jika seseorang itu mendedah aurat, tidak kiralah lelaki atau perempuan, boleh jatuh kafir jika dia menolak kewajipan menutup aurat itu. Seperti katanya, "Menutup aurat itu hanya sesuai untuk zaman unta sahaja..di padang pasir tu banyak debu...sebab itu kena tutup." Perkataan seumpama ini menolak kewajipan menutup aurat yang diperintahkan Allah. Lebih-lebih lagi jika mengatakan ia kolot, ketinggalan zaman dan lain-lain.

Begitulah seterusnya, boleh jatuh zalim atau fasik jika meninggalkan perintah Allah itu (menutup aurat) kerana malas, tak tahan panas atau kerana jahil. Kiaskanlah dalam perkara-perkara yang lain, yang sentiasa berlaku dalam kehidupan kita.

Dalam mengatur rumahtangga, mestilah diatur menurut syariat. Masyarakat, jemaah, parti dan negara juga mestilah diatur menurut hukum dan peraturan yang telah Allah tetapkan. Jika tidak, pasti jatuh salah satu dari tiga golongan itu, kalau tidak kafir, jatuh zalim atau jatuh fasik.

Peraturan Allah, atau hukum Allah, itulah yang diistilahkan sebagai syariat. Apa itu syariat? Ikuti nota seterusnya.

1. Nota ini sambungan dari nota "Langit Dan Bumi Ini Milik Allah, Kita Khalifah-Nya"

2. Nota ini hasil dari interaksi ilmu di status Mohd Fadli Yusof pada 18 Sept, 2011,  Ahad 11:27pm



محمد فضلي بن يوسف
24 Syawal 1432H
22 September 2011

Silakan share

(Jika ingin kongsikan di blog, atau di copy paste ke nota anda, sila nyatakan nama saya dan buat pautan ke FB saya, agar saya mudah menjawab segala persoalan yang timbul dari artikel ini. Link terus ke FB saya: http://facebook.com/mfadli11 atau ke note ini, http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150382482126719)

1. Saya sudah membuat nota  Cara Membina Link dan Share Nota , harap dapat membantu untuk share nota-nota saya untuk diri sendiri dan kawan-kawan.

2. Berumrah bersama kami - Bimbingan dan tarbiyah sepanjang jalan.  Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd, hubungi saya 012-4962812, Mohd Fadli Yusof.

3. Sumbangan dialu-alukan sebagai saham akhirat untuk misi  dakwah di pedalaman Sabah. Keperluan untuk perjalanan pendakwah dan kebajikan mualaf antara yang amat diperlukan. Jika anda bermurah hati untuk menderma atau zakat, bolehlah masukkan ke akaun saya, 

164427309874 Mohd Fadli Yusof, Maybank.
14290000431202 Mohd Fadli Yusof, CIMB.
14014020737552 Mohd Fadli Yusof, Bank Islam.
email mfadli11@yahoo.com

Kalau sudah masukkan sumbangan, tolong nyatakan jumlahnya dan bila masa dimasukkan.


creadit to :  Mohd Fadli Yusof
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

[18SX] Antara Temubual Seorang Kaunseling Dengan Seorang Perogol [18TAHUN]

Friday, July 8, 2011
Ini adalah sesi soal jawab rahsia
rahsia makhluk yang tinggi egonya
rahsia hati seorang yang mengaku jejaka
inilah rahsia lelaki..Kaum Adam gelarannya!




Mari kita selongkar rahsia seorang perogol yang merogol pada kali pertama
kenapa dia ditemubual pula?
Kerana dia mengaku bukan daripada Kaum Hawa
bukan juga daripada kaum KERA
maka dia pun berjaya ditemubual akhirnya..








Kaunseling : 
Kenapa kamu merogol pada usia muda?
Kenapa tak tunggu tua?
Aku bertanya..

Perogol : 

Dia menjawab selamba
Bodoh punya soalan la!
Dah tua dah kena get ready nak mampos la
takkan tak tahu kewujudan neraka
takkan nak aku bagitahu seksa kubur itu memang nyata

Kaunseling : 


aku pun mengeluh pula dengan selamba
Fuhh..kenal juga ko seksa kubur dan neraka
habis yang ko pedajal anak dara orang tu ko ingat dapat pahala?


[ "dia menjawab dengan linangan air mata macho kononnya masih selamba" ]

Perogol : 
Errr..aku bukannya jenis jahat dan bernafsu kuda
tapi cuba ko bayangkan tiap-tiap hari aku kena seksa
tiap-tiap hari aku dikikis dan diganggu wanita

Kaunseling :

Aku dengan perasan serba tak kena
terus bertanya apa yang diKIKIS,diGANGGU dan diSEKSA wanita?
Perogol : 
Bengap sungguh laaaa!
Diorang tu lemah gemalai..suara pun manja..
lelaki berotot macam ko pun ada peluang ke diorang nak seksa?


[ "Warghhhhhhhhhhhhhh! Akhirnya si perogol jejaka tu naik gila Dengan muka merah membara dia pun melampiaskan amarahnya pada aku pula" ]

Perogol : 

Ko senang la cakap ko tak kena!
Ko tau tak aku ni dah la kerja driver bas tua
mak kena sawan babi ayah pulak kat hospital gila
yang tu aku mampu tahan lagi tapi yang satu bab ni aku terseksa
ko tahu kan Kaum Hawa sekarang suka pakai ikut main rembat
memang la lemah gemalai tapi seluar ngan baju tu bukan main singkat
memang la manja tapi dengan berpakaian sendat
mereka semua dengan kejam telah KIKIS, GANGGU, dan SEKSA aku punya jiwa aku dah la miskin tak berharta
memang dah dilayak digelar papa kedana
nak kahwin pada akhir zaman laaani punya la seksa
mas kahwin punya la mahal lagi mahal dari beribu ekor unta
hantaran pulak fulllamaaaakk kalah Ferrari punya harga
aku nak lampias nafsu kat mana??!!



 

Kaunseling : 
Err..sabar encik..sabar..bawak bertenang..apa maksud ko nak lampias nafsu kat mana?

Perogol : 

Ko taw tak wahai Zombie Insaf haaaa..
kerja aku tiap-tiap hari bawak bas tua
segala jenis Kaum Hawa aku tumpangkan dan aku bawa
dari budak tadika sampai la yang dah bekerja
tapi satu haprak pun pakaian taknak jaga!
Dedah sini sana!
MenDADA je kerjanya!
Kononnya tudung singkat tu tanda kiut la sangat!
Kononnya free hair tu tanda kita dah berjaya kalahkan Barat!
Diorang ni tak reti bahasa ke yang aku juga punya nafsu syahwat..
Diorang tak reti bahasa ke yang aku mudah stim tengok perempuan berbaju sendat..
Diorang tak kenal erti peribahasa " Tak kenal maka tak cinta " ke wahai si wanita berbaju sendat!

Kaunseling : 

Errr..jap..apa maksud peribahasa ko tu?

Perogol : 

Diorang membawa aku mengenal bentuk tubuhnya
aku tak payah pejam dah nampak saiz payudara
aku tak payah pejam dah nampak tali baju dalamnya
bukankah itu semua membawa aku MENGENALinya?

Lantas membuatkan aku jatuh CINTA akan keseksian tubuhnya?
setelah nafsu aku membuak-buak hingga tak terhingga
aku pun kembali ke rumah orang tua
minta kahwin dikata aku gataiii laa
minta kahwin dikata aku belum matang usia
minta kahwin dikata aku belum punya harta
mana aku nak lampias nafsu ni semua?!ARGHHHHHHH! Akhirnya...
kambing di belakang rumah pun menjadi mangsa
tapi malangnya jeritan kambing yang memang satu kampung bergema
membuatkan aku ditangkap dan didakwa di mahkamah dunia
belum lagi dibicarakan di akhirat sana..
aku dah taubat nasuha..
aku nak cuba ubah diri aku yang hina dina kepada seorang yang BERSIH dan bertakwa
tapi bila aku ditanya siapa yang bersalah maka aku akan menjawab penuh selamba "Salah korang la WAHAI WANITA..aku hanyalah satu daripada watak manusia jahat yang menjelma..akibat daripada ketidakpedulian korang terhadap RANGSANGAN yang Kaum kami harus terima..akibat godaan bertalu-talu daripada Kaum mu yang berpakaian SENDAT, KETAT dan PADAT!"

 Perogol : 
Kerana apa aku bagitahu korang aku tak tahan sampai tahap camni? sebab apa?? sebab...


KERANA AKU SEORANG LELAKI..

 


p/s : Pada pendapat korang..salah laki-laki ke perempuan? Entry ni adalah imaginasi yang berlakunya memanglah nyata!

p/s lagi : Bagi Zombie Insaf, dua-dua salah..yang laki gataii taknak tunduk pandangan..yang perempuan ni pulak meroyan nak tunjuk kekiutan badan..habis rosak dunia!









Sila REPORT Gambar Yang Di Post Oleh :

 

p/s lagi sekali : Yang mak bapak pulak apesal makin lama makin mahal wang hantaran? makin seksa dan menyusahkan jiwa muda yang bergelora tu nak berkahwin dan melangsungkan hubungan yang halal..jangan la terlalu dihalang..benda halal tu harap dipermudahkan la..ok? Hijab nk kawen ni! sape sudi jadi isteri hijab?? (hehe)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Al Quran Ditulis Guna Darah Saddam Hussein

Saturday, July 2, 2011
Saya petik:
[Kosmo] BAGHDAD - Pemerintah Iraq buntu memikirkan apa yang sepatutnya dibuat berhubung kitab suci al-Quran yang ditulis dengan menggunakan 24 liter darah bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein, lapor sebuah akhbar semalam.

Kitab al-Quran setebal 650 muka surat itu kini disimpan di sebuah kamar berkunci di sebuah masjid yang dikenali sebagai 'Ibu Segala Peperangan' di sini.

Empat menara masjid berkenaan menyerupai laras raifal AK-47 manakala empat lagi menara mirip peluru berpandu Scud.

Saddam dipercayai memulakan projek al-Quran itu sebagai tanda kesyukuran selepas anak lelakinya, Uday terselamat daripada percubaan untuk membunuhnya.

Ia ditulis oleh seorang ahli kaligrafi, Abbas Shakir Joody al-Baghdaddi yang dilantik oleh Saddam.
Kitab al-Quran itu ditulis dengan menggunakan darah yang didermakan oleh Saddam selama tiga tahun.
Sementara itu, Presiden Majlis Pentadbiran Iraq mahu semua barang yang berkaitan dengan Saddam termasuk kitab suci tersebut dimusnahkan.

Namun, Ali al-Moussawi yang merupakan jurucakap Perdana Menteri, Nouri al-Maliki berkata, al-Quran itu perlu disimpan bagi mengingatkan rakyat mengenai kekejaman Saddam.

Saddam yang memerintah dari tahun 1979 hingga 2003, mati dihukum gantung selepas dia ditangkap askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh Iraq. Saddam dihukum mati selepas didapati bersalah melakukan jenayah kemanusiaan.- Agensi
 Creadit To : Zamemi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Dunia Di Penghujung Nyawa | Kiamat Makin Dekat (Gambar Menarik)


Aqsa ditawan puluhan tahun oleh rejim Zionis...negara Islam terus diam memandang.
Penaklukan Baitulmuqaddis. 
Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat. Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. “ - Sahih Bukhari


[Image: Untitled-0.jpg]
 Kesan zina...anak luar nikah dibuang merata-rata..
Zina bermaharajalela. 
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim 


 Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik…
Bermaharajalela alat muzik. 
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.”, sabda Rasulullah S.A.W. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; ’Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi? Baginda menjawab: ‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita’ – Ibnu Majah


[Image: Untitled-0.jpg]
Masjid besar...jemaah sekerat saf...
Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”- Riwayat Nasai.


sumber: Metro

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”- Riwayat Ahmad dan Hakim.


Sultan Kedah mendoakan Almarhum Ust Fadzil sebelum jenazah dikebumikan.

Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad


Ariel Sharon hidup dalam seksa, satu ketika ditempat tertinggi, sekarang menderita..

Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang ***** & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” – Riwayat Thabrani


Ada ketika salam dihulur bukan pada tempatnya..

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad



Pemandangan biasa melihat wanita bertudung, tetapi baju sendat ketat...hilang sudah maruah dan malunya.

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. : “Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)…


Setiap hari siaran TV dan akhbar menipu...yang betul dan pasti hanyalah info sukan sahaja.

Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu – Sahih Muslim


Hakim, peguam, pendakwa raya, penyumpah dan segala macam banyak diragui...

Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu &; disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad


Negara Arab terjejas teruk selepas peperangan..

Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²” – Sahih Muslim
Creadit To : Zamemi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

[18SX] GAMBAR PANAS: Lagi gadis berbogel jadi model pelukis [18SX]

Tuesday, June 28, 2011
Pelik tapi benar...mungkin itulah ungkapan yang dapat kami nukilkan bila terjumpa gambar-gambar kat bawah ni.

Sebelum ni ada kami buat satu posting tentang wanita Bali menjadi model lukisan dengan memakai pakaian separuh bogel sahaja.Tapi kali ini bukan separuh bogel tapi terus berbogel dihadapan ramai pelukis yang entah suka atau mengambil kesempatan keatas pameran tubuh badan gadis tersebut.

Berapakah bayaran yang diterima gadis ini dengan sanggup menggadaikan maruah menjadi model lukisan dan adakah nilai tersebut sama harganya dengan maruah yang didedahkankan dengan percuma itu.

Renung dan fikirkan.

Dimanakah lokasi gambar ini ya?




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Raja Namrud Dan Hubungannya Dengan Illuminati


Assalaamu'alaikum w.b.t. dan selamat sejahtera ....... Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan Namrud lah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan. Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam AlQuran AlKarim.

"Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan". Orang itu berkata: "Aku dapat menghidupkan dan mematikan". Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat," lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." Surah Al baqarah : Ayat 258

Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Nimrod / Namrud telah mendatang kan dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati. Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.

Sehinggalah diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala mereka dan itu dimarahi oleh Namrud dan dia memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup. Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim a.s dari api yang panas bersemarak itu.

"Mereka berkata: "Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak". Kami (Allah) berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim", mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang yang paling merugi." Surah Al Anbiyaa' : Ayat 68 - 70

Dan dikatakan lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa raja yang menguasai belah timur dan barat dunia ada empat orang. Dua orang darinya adalah mukmin dan dua orang lagi kafir. Raja yang mukmin ialah Nabi Sulaiman bin Daud dan ZulQarnain. Sedangkan raja yang kafir itu ialah Namrud dan Bukhtanasar.

Kaitan Namrud dengan Illuminati

Subhanallah, penyebutan sedikit kisah Namrud di dalam AlQuran rupa-rupanya ada kaitan hingga ke zaman moden ini. Selain dari kisah yang berkaitan dengan perjuangan Nabi Ibrahim a.s, juga berkaitan dengan keinginan Namrud ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik nama Illuminati.

Nama 'Nimrod' dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata "Marad" yang bererti "membangkang atau murtad" . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab. Contoh kata "Marad" di dalam bahasa Arab ialah "Ridda" yang bermaksud "murtad".

Ketahuilah bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud. Kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq). Menurut suatu pendapat, Namrud memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun. Dia manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai New World Order.

Blue_Room_Christmas_treeDari catatan-catatan kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya nya amat banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Raya Natal / Krismas.

Walaupun dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud. Tammuz diberi gelaran 'Orion' yang bermaksud 'benih seorang wanita'. Semiramis mula dikenali sebagai 'Ibu perawan', 'Ibu suci' dan 'Dewi dari syurga'. Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak tuhan.

Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai 'Ratu Langit' oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai 'Anak Suci dari Syurga'. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.

 
Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu 'benih seorang wanita'.


Kemudiannya , ajaran penyembahan berhala ibu dan anak itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.

Di bawah ini merupakan gambar beberapa Goddess / Dewi kuno dan di antaranya ialah Semiramis iaitu ibu kepada Raja Namrud. Watak-watak ini telah disadur semuanya dari kisah Semiramis dengan Namrud;

ancient goddess

Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan Statue of Liberty di Amerika Syarikat. Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua negara tersebut.

semiramis in coin
Semiramis dalam duit syiling lama

illuminati_liberty

Statue of Liberty

Patung Statue of Liberty itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam. Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.

Columbia_Pictures

.

Keturunan Namrud hingga kini


Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline). Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari keturunan Firaun. Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.

13 illuminati bloodlines

Perhatikan lah bahawa Children's TV Workshop yang membuat rancangan seperti Sesame Street juga milik mereka. Dan tidak ketinggalan seperti yang dibicarakan pada topik-topik lalu iaitu Disney yang membuat pelbagai rancangan kartun terutamanya. Pertubuhan-pertubuhan seperti ini kerja mereka adalah memBRAINWASH minda kanak-kanak dan remaja, yang mana cara mereka nampak seperti bagus tetapi ada muslihat di sebaliknya terutamanya dapat menjauhkan fikiran kanak-kanak dari soal keTuhanan yang sebenar. Dari kecil lagi kanak-kanak telah disajikan dengan hiburan yang melalaikan.  

Sesame Street - Abbey Road

.

Pertubuhan dan negara yang disebut United atau Union adalah di bawah pengaruh mereka


Sila perhatikan kepada negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan berikut;

1 - UN - United Nation (PBB - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)
UN-LOGO

2 - USA - United States of America
3 - UK - United Kingdom
4 - USSR - Union of Soviet Socialist Republics
5 - UAE - United Arab Emirates , 7 wilayah iaitu Abu Dhabi, Dubai, Ajman, Sharjah, Ras AlKhaimah, Fujairah dan Umm Al Quwain.
6 - UNESCO - United Nations Educational , Scientific and Cultural Organization
unesco
Konsep UNITED ialah menyatukan semua di bawah kuasa mereka. Dan perhatikan lagi maksud-maksud yang tersirat dari bendera-bendera negara yang menjadi milik mereka.
bendera USA
Bendera Amerika Syarikat (USA) - Perhatikan ada 50 bintang (unsur 3 piramid) dan juga jalurnya ada 13 (13 bloodlines illuminati). Bendera Malaysia pun dipengaruhi oleh mereka kerana Malaysia dulunya dijajah oleh British.
bendera Australia
Bendera Australia - Perhatikan ada 6 bintang (bintang yang mempunyai 4 piramid di dalamnya), 1 bintang besar dan 5 bintang kecil. Dan ada bendera UK di dalamnya, kerana Australia ialah milik kepada UK.
bendera china
Bendera China - Ada 5 bintang, 1 bintang besar dan 4 bintang kecil
bendera russia
Bendera Russia (USSR) - Ada sabit dan tukul seolah-olah membentuk serampang 3 mata. Dan ada satu bintang di atasnya.
bendera israel
Bendera Israel - Sudah terang lagi bersuluh
bendera UK
Bendera United Kingdom (UK) - Anda mungkin tidak dapat melihat bintang di dalamnya. Tetapi jika anda berimaginasi, ianya seolah-olah anda melihat sebuah PIRAMID dari pandangan ATAS. Piramid 3 segi yang mempunyai 4 bucu. Dan cross di tengah dengan ditambah dengan 4 silang lagi itu pun secara simboliknya seperti sebuah bintang. Dan anda juga dapat melihat ada banyak segitiga di dalamnya.


Dari zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba menukar sistem pemerintahan monarki (beraja) dalam sebuah negara kepada sistem-sistem lain seperti republik (re PUBLIC) , demokrasi, komunis dan sebagainya. Kerana sistem monarki mesti taat dan patuh pada seorang raja, manakala sistem lain ialah kuasa memilih ada pada tangan rakyat. Maka senang mereka menjajah minda rakyat untuk memilih pemimpin yang sesuai dengan kehendak mereka. Dan yang paling PENTING, rakyat semakin mudah tidak akan bersatu hati dan berlaku PERPECAHAN sesama sendiri!
.
Namrud disebut juga dalam Perjanjian Lama

Di dalam kitab Perjanjian Lama juga ada menyebut tentang Namrud / Nimrod. Tetapi bukan menceritakan tentang kezaliman dan kejahatannya, tetapi kehebatannya.
Kejadian 10 : 8 Kush memperanakkan Nimrod; dialah yang mula-mula sekali orang yang berkuasa di bumi;
10 : 9 ia seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN, sebab itu dikatakan orang: "Seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN."
Tentang binaan-binaan yang mereka cuba bina ada disebutkan di dalam bahagian 11 kejadian
Kejadian 11 : 1 Semula, bangsa-bangsa di seluruh dunia hanya mempunyai satu bahasa dan mereka memakai kata-kata yang sama.
11 : 2 Ketika mereka mengembara ke sebelah timur, sampailah mereka di sebuah dataran di Babilonia, lalu menetap di sana.
11 : 3 Mereka berkata seorang kepada yang lain, "Ayo kita membuat batu bata dan membakarnya sampai keras." Demikianlah mereka mempunyai batu bata untuk batu rumah dan ter untuk bahan perekatnya.
11 : 4 Kata mereka, "Mari kita mendirikan kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai berai di seluruh bumi."
11 : 5 Maka turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh manusia.
11 : 6 Lalu Ia berkata, "Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan ini baru permulaan dari rencana-rencana mereka. Tak lama lagi mereka akan sanggup melakukan apa saja yang mereka kehendaki.
11 : 7 Sebaiknya Kita turun dan mengacaukan bahasa mereka supaya mereka tidak mengerti lagi satu sama lain."
11 : 8 Demikianlah TUHAN menceraiberaikan mereka ke seluruh bumi. Lalu berhentilah mereka mendirikan kota itu.
11 : 9 Sebab itu kota itu diberi nama Babel, karena di situ TUHAN mengacaukan bahasa semua bangsa, dan dari situ mereka diceraiberaikan oleh TUHAN ke seluruh bumi.

Mereka mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons. Mereka sememangnya hebat dalam senibina / arkitek.
Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.
Tentang binaan-binaan yang mereka bina dan tujuan pembinaan serta matlamat mereka mungkin saya akan tulis pada tajuk lain pula nanti, insyaAllah.


Babylon baru

Di dalam Perjanjian Baru pada surat Wahyu ada menyebut;
Wahyu 13 : 18 Maka inilah "hikmat". Biarlah orang yang mengerti, menghitung bilangan angka binatang itu; kerana itulah bilangan angka manusia. Adapun jumlahnya itu enam ratus enam puluh enam.

Sistem pernomboran dan harga Babylon lama ialah sexagesimal, iaitu berasaskan kepada nombor 6 atau 60. Bandingan 60 sen mereka adalah sama perkiraannya dengan 1 dollar. Dan sebenarnya kita juga sekarang ada lagi mengguna pakai sistem pernomboran mereka sebagai contoh perkiraan masa. 60 saat bersamaan dengan 1 minit, 60 minit bersamaan 1 jam, itu sebenarnya berasal dari sistem mereka. Dan perkiraan pada bulatan juga disebut sebagai 360 darjah, iaitu 60 x 6.

Babylon baru (Amerika) sekarang menggunakan sistem centesimal iaitu berasaskan kepada nombor 10. Tetapi apabila kita dekodkan nombor roman (MDCCLXXVI) pada 'The great Seal' , ianya mewakili nombor 1776, kita akan mendapati pertukaran sistem Babylon lama dengan babylon baru. Secara matematiknya, 1110 dollar Babylon lama adalah sama dengan 666 dollar Babylon baru iaitu (0.6 x 1110 = 666).
Nombor 1110 dan 666 ini telah secara halusnya dikodkan kepada nombor 1776 (1110 + 666) , iaitu tarikh terjumpanya republik Amerika dan permulaan Amerika sebagai yang disebut di dalam Bible sebagai 'Babylon yang hebat' bersama-sama dengan 'Agama Misteri' nya. Dan tahun 1776 inilah dikenali sebagai tahun lompat bermulanya Hari Isnin sebagai hari pertama dalam satu minggu (mengikuti kalendar Gregorian).
great seal
Dan ketahuilah bahawa nombor 666 TIDAK ADA KAITAN dengan AlQuran, kerana jumlah ayat AlQuran bukannya 6,666 ayat seperti yang digembar-gemburkan dulu. Itu hanyalah satu FITNAH untuk memburukkan AlQuran tetapi sudah ternyata SALAH. Jumlah sebenarnya setelah dikaji dengan teliti ialah 6,236 ayat.
barcode666
.

Hari Easter dan kaitannya dengan Semiramis di Babylon

Menurut kepercayaan umat Kristian, Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Yesus telah dihidupkan kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh mereka dan pada hari Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Yesus telah disalib. Pada Ahad Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.
Tetapi sebenarnya nama Easter itu bukan bermula di situ, tetapi sudah berkait dari zaman penyembah berhala dulu lagi, terutamanya dengan babylon. Perhatikan gambar di bawah;
easter origin
Ishtar itu adalah juga gelaran kepada Ratu Semiramis, ibu kepada Nimrod kerana dikatakan dia melahirkan Nimrod tanpa ayah dan dikatakan dia adalah Dewi dari syurga. Kerana itulah dia digelar 'Dewi Kesuburan' atau dalam bahasa babilonian nya 'Ishtar'. Maka Easter = Eastre = Ishtar = Ashtaroth = Astarte

.

Kesimpulan

Kisah tentang Namrud sememangnya masih berlanjutan hingga ke hari ini dengan diwarisi oleh keturunan-keturunannya. Dan anda dapat lihat dengan jelas kenapa Amerika Syarikat telah menakluki Iraq (Babylon) tidak lama dulu. Bukan semata-mata kerana minyak, tetapi ada agenda lain yang menjadi misi mereka.

Creadit To : Tuan Tanah Kedaung
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed