Home »
Realiti Akhir Zaman
»
Al Quran Ditulis Guna Darah Saddam Hussein
Home »
Realiti Akhir Zaman
»
Al Quran Ditulis Guna Darah Saddam Hussein
Al Quran Ditulis Guna Darah Saddam Hussein
Saya petik:
[Kosmo]
BAGHDAD - Pemerintah Iraq buntu memikirkan apa yang sepatutnya dibuat
berhubung kitab suci al-Quran yang ditulis dengan menggunakan 24 liter
darah bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein, lapor sebuah akhbar semalam.
Kitab al-Quran setebal 650 muka surat itu kini disimpan di sebuah kamar
berkunci di sebuah masjid yang dikenali sebagai 'Ibu Segala Peperangan'
di sini.
Empat menara masjid berkenaan menyerupai laras raifal AK-47 manakala empat lagi menara mirip peluru berpandu Scud.
Saddam dipercayai memulakan projek al-Quran itu sebagai tanda
kesyukuran selepas anak lelakinya, Uday terselamat daripada percubaan
untuk membunuhnya.
Ia ditulis oleh seorang ahli kaligrafi, Abbas Shakir Joody al-Baghdaddi yang dilantik oleh Saddam.
Kitab al-Quran itu ditulis dengan menggunakan darah yang didermakan oleh Saddam selama tiga tahun.
Sementara itu, Presiden Majlis Pentadbiran Iraq mahu semua
barang yang berkaitan dengan Saddam termasuk kitab suci tersebut
dimusnahkan.
Namun, Ali al-Moussawi yang merupakan jurucakap
Perdana Menteri, Nouri al-Maliki berkata, al-Quran itu perlu disimpan
bagi mengingatkan rakyat mengenai kekejaman Saddam.
Saddam yang
memerintah dari tahun 1979 hingga 2003, mati dihukum gantung selepas
dia ditangkap askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh Iraq.
Saddam dihukum mati selepas didapati bersalah melakukan jenayah
kemanusiaan.- Agensi
Creadit To :
Zamemi
Post a Comment
Jihad Al-Quran
0 comments: