Assalaamu'alaikum w.b.t. dan selamat sejahtera ....... Raja Namrud bin
Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai
seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi
Ibrahim a.s. Dan Namrud lah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup
Nabi Ibrahim a.s kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia
adalah tuhan. Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam AlQuran
AlKarim.
"Apakah kamu tidak
memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya
(Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan
(kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: "Tuhanku ialah yang menghidupkan
dan mematikan". Orang itu berkata: "Aku dapat menghidupkan dan
mematikan". Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari
dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat," lalu hairan terdiamlah
orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang
yang zalim." Surah Al baqarah : Ayat 258
Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsir kan
ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Nimrod / Namrud telah
mendatang kan dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi
dijatuhkan hukuman mati. Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan
dan mematikan orang, lantas Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan
matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana tidak dapat melakukan
sedemikian.
Sehinggalah diringkaskan cerita
kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala mereka dan
itu dimarahi oleh Namrud dan dia memerintahkan orang menangkap Ibrahim
dan membakarnya hidup-hidup. Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan
Ibrahim a.s dari api yang panas bersemarak itu.
"Mereka berkata: "Bakarlah dia
dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak".
Kami (Allah) berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi
keselamatanlah bagi Ibrahim", mereka hendak berbuat makar terhadap
Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang yang paling merugi." Surah Al Anbiyaa' : Ayat 68 - 70
Dan dikatakan lagi di dalam Tafsir
Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa raja yang menguasai belah timur
dan barat dunia ada empat orang. Dua orang darinya adalah mukmin dan dua
orang lagi kafir. Raja yang mukmin ialah Nabi Sulaiman bin Daud dan
ZulQarnain. Sedangkan raja yang kafir itu ialah Namrud dan Bukhtanasar.
Kaitan Namrud dengan Illuminati
Subhanallah, penyebutan sedikit kisah
Namrud di dalam AlQuran rupa-rupanya ada kaitan hingga ke zaman moden
ini. Selain dari kisah yang berkaitan dengan perjuangan Nabi Ibrahim
a.s, juga berkaitan dengan keinginan Namrud ingin menguasai dunia yang
kini agendanya itu diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang
ini berselindung di sebalik nama Illuminati.
Nama 'Nimrod' dalam bahasa Hebrew
(Ibrani) berasal dari kata "Marad" yang bererti "membangkang atau
murtad" . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab. Contoh
kata "Marad" di dalam bahasa Arab ialah "Ridda" yang bermaksud "murtad".
Ketahuilah bahawa manusia pertama di
muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan kemudian mengaku sebagai tuhan
ialah Namrud. Kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah
kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq). Menurut suatu
pendapat, Namrud memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun. Dia
manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia
telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota
Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai
dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai New World Order.
Dari
catatan-catatan kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya nya amat
banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama
Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang
merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud
tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan
ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu
yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru
bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud
selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang
digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari
kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Raya Natal / Krismas.
Walaupun dikatakan bahawa Semiramis
ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya
melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud. Tammuz diberi gelaran 'Orion' yang bermaksud 'benih seorang wanita'.
Semiramis mula dikenali sebagai 'Ibu perawan', 'Ibu suci' dan 'Dewi
dari syurga'. Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak
tuhan.
Melalui pengaruh dan pemujaannya
kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai 'Ratu Langit' oleh rakyat
Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai 'Anak
Suci dari Syurga'. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi
dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan
berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa
Baal, anak dewa Matahari.
Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu 'benih seorang wanita'.
Kemudiannya , ajaran penyembahan
berhala ibu dan anak itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia
bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan
Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat
pemujaan terhadap dewi Madonna.
Di bawah ini merupakan gambar beberapa
Goddess / Dewi kuno dan di antaranya ialah Semiramis iaitu ibu kepada
Raja Namrud. Watak-watak ini telah disadur semuanya dari kisah Semiramis
dengan Namrud;
Dan lihat pula persamaan antara
Semiramis dengan Statue of Liberty di Amerika Syarikat. Dan ketahuilah
bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada
Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara Amerika
Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua negara tersebut.
Semiramis dalam duit syiling lama
Statue of Liberty
Patung Statue of Liberty itu merupakan
lambang kepada Semiramis yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor
cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini.
Statue of Liberty bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di
Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam. Dan
simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.
.
Keturunan Namrud hingga kini
Keturunan Namrud itu sebenarnya masih
berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri
oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu
keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline).
Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont,
Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn,
Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds dalam Illuminati ada
dikatakan berasal dari keturunan Firaun. Maka kerana itulah mereka mahu
menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung
tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.
Perhatikan lah bahawa Children's TV Workshop yang membuat rancangan seperti Sesame Street juga milik mereka. Dan tidak ketinggalan seperti yang dibicarakan pada topik-topik lalu iaitu Disney
yang membuat pelbagai rancangan kartun terutamanya.
Pertubuhan-pertubuhan seperti ini kerja mereka adalah memBRAINWASH minda
kanak-kanak dan remaja, yang mana cara mereka nampak seperti bagus
tetapi ada muslihat di sebaliknya terutamanya dapat menjauhkan fikiran
kanak-kanak dari soal keTuhanan yang sebenar. Dari kecil lagi
kanak-kanak telah disajikan dengan hiburan yang melalaikan.
.
Pertubuhan dan negara yang disebut United atau Union adalah di bawah pengaruh mereka
Sila perhatikan kepada negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan berikut;
1 - UN - United Nation (PBB - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)
2 - USA - United States of America
3 - UK - United Kingdom
4 - USSR - Union of Soviet Socialist Republics
5 - UAE - United Arab Emirates , 7 wilayah iaitu Abu Dhabi, Dubai, Ajman, Sharjah, Ras AlKhaimah, Fujairah dan Umm Al Quwain.
6 - UNESCO - United Nations Educational , Scientific and Cultural Organization
Konsep UNITED ialah menyatukan semua
di bawah kuasa mereka. Dan perhatikan lagi maksud-maksud yang tersirat
dari bendera-bendera negara yang menjadi milik mereka.
Bendera Amerika Syarikat (USA) -
Perhatikan ada 50 bintang (unsur 3 piramid) dan juga jalurnya ada 13 (13
bloodlines illuminati). Bendera Malaysia pun dipengaruhi oleh mereka
kerana Malaysia dulunya dijajah oleh British.
Bendera Australia - Perhatikan ada 6
bintang (bintang yang mempunyai 4 piramid di dalamnya), 1 bintang besar
dan 5 bintang kecil. Dan ada bendera UK di dalamnya, kerana Australia
ialah milik kepada UK.
Bendera China - Ada 5 bintang, 1 bintang besar dan 4 bintang kecil
Bendera Russia (USSR) - Ada sabit dan tukul seolah-olah membentuk serampang 3 mata. Dan ada satu bintang di atasnya.
Bendera Israel - Sudah terang lagi bersuluh
Bendera United Kingdom (UK) - Anda
mungkin tidak dapat melihat bintang di dalamnya. Tetapi jika anda
berimaginasi, ianya seolah-olah anda melihat sebuah PIRAMID dari
pandangan ATAS. Piramid 3 segi yang mempunyai 4 bucu. Dan cross di
tengah dengan ditambah dengan 4 silang lagi itu pun secara simboliknya
seperti sebuah bintang. Dan anda juga dapat melihat ada banyak segitiga
di dalamnya.
Dari
zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba menukar sistem pemerintahan
monarki (beraja) dalam sebuah negara kepada sistem-sistem lain seperti
republik (re PUBLIC) , demokrasi, komunis dan sebagainya. Kerana sistem
monarki mesti taat dan patuh pada seorang raja, manakala sistem lain
ialah kuasa memilih ada pada tangan rakyat. Maka senang mereka menjajah
minda rakyat untuk memilih pemimpin yang sesuai dengan kehendak mereka.
Dan yang paling PENTING, rakyat semakin mudah tidak akan bersatu hati
dan berlaku PERPECAHAN sesama sendiri!
.
Namrud disebut juga dalam Perjanjian Lama
Di dalam kitab Perjanjian Lama juga
ada menyebut tentang Namrud / Nimrod. Tetapi bukan menceritakan tentang
kezaliman dan kejahatannya, tetapi kehebatannya.
Kejadian 10 : 8 Kush memperanakkan Nimrod; dialah yang mula-mula sekali orang yang berkuasa di bumi;
10 : 9 ia seorang pemburu yang
gagah perkasa di hadapan TUHAN, sebab itu dikatakan orang: "Seperti
Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN."
Tentang binaan-binaan yang mereka cuba bina ada disebutkan di dalam bahagian 11 kejadian
Kejadian 11 : 1 Semula, bangsa-bangsa di seluruh dunia hanya mempunyai satu bahasa dan mereka memakai kata-kata yang sama.
11 : 2 Ketika mereka mengembara ke sebelah timur, sampailah mereka di sebuah dataran di Babilonia, lalu menetap di sana.
11 : 3 Mereka berkata seorang
kepada yang lain, "Ayo kita membuat batu bata dan membakarnya sampai
keras." Demikianlah mereka mempunyai batu bata untuk batu rumah dan ter
untuk bahan perekatnya.
11 : 4 Kata mereka, "Mari kita
mendirikan kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit,
supaya kita termasyhur dan tidak tercerai berai di seluruh bumi."
11 : 5 Maka turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh manusia.
11 : 6 Lalu Ia berkata,
"Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan ini baru permulaan dari
rencana-rencana mereka. Tak lama lagi mereka akan sanggup melakukan apa
saja yang mereka kehendaki.
11 : 7 Sebaiknya Kita turun dan mengacaukan bahasa mereka supaya mereka tidak mengerti lagi satu sama lain."
11 : 8 Demikianlah TUHAN menceraiberaikan mereka ke seluruh bumi. Lalu berhentilah mereka mendirikan kota itu.
11 : 9 Sebab itu kota itu
diberi nama Babel, karena di situ TUHAN mengacaukan bahasa semua bangsa,
dan dari situ mereka diceraiberaikan oleh TUHAN ke seluruh bumi.
Mereka mahu membuat batu-bata dan
membina binaan besar dan tinggi untuk mencakar langit. Dan mereka ini
lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons. Mereka sememangnya hebat dalam senibina / arkitek.
Dan cita-cita Namrud pada ketika itu
tidak kesampaian, kerana itu lah keturunannya sampai sekarang mahu
merealisasikan juga cita-cita tersebut. Dan kerana itu lah lukisan
piramid pada duit 1 dollar Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal
satu bucu lagi di atas. Dan mereka sudah hampir untuk melaksanakan misi
mereka.
Tentang binaan-binaan yang mereka bina
dan tujuan pembinaan serta matlamat mereka mungkin saya akan tulis pada
tajuk lain pula nanti, insyaAllah.
Babylon baru
Di dalam Perjanjian Baru pada surat Wahyu ada menyebut;
Wahyu 13 : 18 Maka inilah
"hikmat". Biarlah orang yang mengerti, menghitung bilangan angka
binatang itu; kerana itulah bilangan angka manusia. Adapun jumlahnya itu
enam ratus enam puluh enam.
Sistem pernomboran dan harga Babylon
lama ialah sexagesimal, iaitu berasaskan kepada nombor 6 atau 60.
Bandingan 60 sen mereka adalah sama perkiraannya dengan 1 dollar. Dan
sebenarnya kita juga sekarang ada lagi mengguna pakai sistem pernomboran
mereka sebagai contoh perkiraan masa. 60 saat bersamaan dengan 1 minit,
60 minit bersamaan 1 jam, itu sebenarnya berasal dari sistem mereka.
Dan perkiraan pada bulatan juga disebut sebagai 360 darjah, iaitu 60 x
6.
Babylon baru (Amerika) sekarang menggunakan sistem centesimal iaitu berasaskan kepada nombor 10. Tetapi apabila kita dekodkan nombor roman (MDCCLXXVI)
pada 'The great Seal' , ianya mewakili nombor 1776, kita akan mendapati
pertukaran sistem Babylon lama dengan babylon baru. Secara
matematiknya, 1110 dollar Babylon lama adalah sama dengan 666 dollar
Babylon baru iaitu (0.6 x 1110 = 666).
Nombor 1110 dan 666 ini telah secara
halusnya dikodkan kepada nombor 1776 (1110 + 666) , iaitu tarikh
terjumpanya republik Amerika dan permulaan Amerika sebagai yang disebut
di dalam Bible sebagai 'Babylon yang hebat' bersama-sama dengan 'Agama
Misteri' nya. Dan tahun 1776 inilah dikenali sebagai tahun lompat
bermulanya Hari Isnin sebagai hari pertama dalam satu minggu (mengikuti
kalendar Gregorian).
Dan ketahuilah bahawa nombor 666 TIDAK
ADA KAITAN dengan AlQuran, kerana jumlah ayat AlQuran bukannya 6,666
ayat seperti yang digembar-gemburkan dulu. Itu hanyalah satu FITNAH
untuk memburukkan AlQuran tetapi sudah ternyata SALAH. Jumlah sebenarnya
setelah dikaji dengan teliti ialah 6,236 ayat.
.
Hari Easter dan kaitannya dengan Semiramis di Babylon
Menurut kepercayaan umat Kristian, Hari Easter
merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Yesus telah
dihidupkan kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu. Lazimnya ia
disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal
April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran
bulan.
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci
(Holy Week) disambut oleh mereka dan pada hari Jumaat sebelum Easter
dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Yesus telah disalib. Pada Ahad
Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap
penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.
Tetapi sebenarnya nama Easter itu
bukan bermula di situ, tetapi sudah berkait dari zaman penyembah berhala
dulu lagi, terutamanya dengan babylon. Perhatikan gambar di bawah;
Ishtar itu adalah juga gelaran kepada
Ratu Semiramis, ibu kepada Nimrod kerana dikatakan dia melahirkan Nimrod
tanpa ayah dan dikatakan dia adalah Dewi dari syurga. Kerana itulah dia
digelar 'Dewi Kesuburan' atau dalam bahasa babilonian nya 'Ishtar'.
Maka Easter = Eastre = Ishtar = Ashtaroth = Astarte
.
Kesimpulan
Kisah tentang Namrud sememangnya masih berlanjutan hingga ke hari ini dengan diwarisi oleh keturunan-keturunannya. Dan anda dapat lihat dengan jelas kenapa Amerika Syarikat telah menakluki Iraq (Babylon) tidak lama dulu. Bukan semata-mata kerana minyak, tetapi ada agenda lain yang menjadi misi mereka.
Creadit To : Tuan Tanah Kedaung
Post a Comment
Jihad Al-Quran
0 comments: