Home » » Lima Sebab DOA Ditolak Home » » Lima Sebab DOA Ditolak

Lima Sebab DOA Ditolak

Monday, February 7, 2011
Ada lima perkara yang membuatkan kita terhijab atau ditolak doa oleh Allah iaitu :

1. Dosa kerana mengingkari pemimpin. Pemimpin terbahagi kepada dua iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat. Pemimpin yang dimaksudkan disini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahan, soleh lagi berjiwa tauhid, bukan pemimpin yang fasik yang berbuat mungkar kepada Allah. Jadi ukurla diri masing-masing sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.

2. Dosa kerana tidak taat guru. Guru orang yang bertanggungjawab memdidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu diikuti. Jangan sampai guru berasa muak dengan kita, kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat diperbaiki akhlak.

3. Dosa kerana menderhaka ibu bapa. Mereka berkorban untuk menjadikan kita insan yang berguan di dunia dan di akhirat. Jika kita menderhaka atau menyikit hati mereka sedangkan perintahnya bertepatan dengan syariat islam, Allah pasti murka pada kita. Awas, Doa anak derhaka tidak diangkat malaikat kehadrat ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri kita kerana Doa mereka ditolak. Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat.

4. Dosa kerana derhaka kepada Suami. Isteri yang menderhaka suaminya tidak layak mencium bau syurga. Allah murka dan melaknat isteri yang membelakangi suaminya.
Rasulullah S.A.W bersabda Maksudnya : "Jika Allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selainnya, aku akan menyuruh isteri sujud suaminya." Besarnya kedudukan seorang suami disisi Allah. Seorang isteri walaupun ibadatnya sehibat ibadat siti maryam (ibu nabi isa), tiada nilai sedikit pun disisi Allah jika masih menderhakai suami.

5.Dosa kerana menganiaya atau menzalimi orang. Golongan yang suka menganiaya dan menzalimi orang termasuk juga orang yang lemah yang gemar menabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti hati orang lain, sama ada dengan lidah, perbuatan atau tingkah laku. Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah diatas, terhijablah doa dan amalan kita. Oleh itu, jika ingin DOA kita dimakbulkan Allah, jauhkan diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah itu.

by Pempes Drypes on Saturday, December 4, 2010 at 8:30pm
Zikir Kalammullah, MaMi PoKo, ستي هاجر and 16 others like this.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Post a Comment

Jihad Al-Quran

0 comments: