Home » Kucing Bermata Satu | Seperti Kisah Dajjal Home » Kucing Bermata Satu | Seperti Kisah Dajjal

Kucing Bermata Satu | Seperti Kisah Dajjal

Monday, May 30, 2011

Kita pernah dengar kucing berkepala dua atau manusia berkepala dua. Tu berita dari China, tetapi hari ini ada berita gempak pula Kucing bermata satu dan kini di MALAYSIA..

sumber : mymetro

TAWAU: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.
Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.

Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.

“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.

“Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya ketika Harian Metro, semalam.

Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.

Ni ada gambar kucing mata satu yang lain :


Membongkar Mesteri Dajjal
Dajjal Duit Kertas
Siapa Yang Boleh Mengenali Dajjal
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Post a Comment

Jihad Al-Quran

0 comments: