Home » Rahsia Ilmu Alam Home » Rahsia Ilmu Alam

Rahsia Ilmu Alam

Monday, May 16, 2011
Alam terbentang luas ini menyimpan berjuta rahsia yang tidak mungkin dapat dipelajari seluruhnya tanpa izin dari yang Zat yang Maha Esa.

Artikel hari ini akan menyentuh dan fokus kepada mengenal ilmu Alam secara ringkas. Ilmu alam ini sangat popular ketika zaman dahulu dan di amalkan oleh para cendikiawan, laksamana dan pendekar-pendekar untuk memastikan mereka berada di satu tempat yang strategik atau dikenali sebagai zon "selesa", di mana ia dapat membantu mereka mencapai kejayaan. Di negara China, ilmu ini sangat popular kepada para hulubalang dan pembesar istana, ilmu ini ialah dinamakan "ILMU ANGIN DAN AIR (feng shui)". Dahulu, ilmu ini sangat rahsia, hanya pemerintah atau orang yang tinggi tarafnya saja yang mampu memilikinya sehinggakan orang bawah yang memiliki ilmu Alam ini dihukum PANCUNG! Ketika zaman dinasti Han, mereka sangat risau bahawa ilmu ini akan jatuh ke tangan orang awam, jadi apa yang mereka buat ialah, MENCIPTA beberapa aliran sesat untuk menyampaikan ilmu alam ini. Oleh kerana sambutan terhadap ilmu ini sanggat menggalakkan sehinggakan ramai orang awam tidak tahu mana satu kah aliran yang sebenar dan mana satu juga aliran ciptaan yang sesat tersebut, ia telah berlaku sehingga ke hari ini.

Antara tokoh Islam yang popular yang menggunakan ilmu ini ialah Ibnu Sina, ketika di Baghdad beliau ingin membina sebuah rumah sakit, jadi beliau harus memilih beberapa lokasi yang beliau lawati. Beliau telah menggantung daging segar pada setiap lokasi. Hasilnya ialah, sekiranya di suatu lokasi daging itu lambat menjadi busuk, maka lokasi itu lah yang akan di pilih untuk didirikan rumah sakit. Ini kerana tenaga atau energi atau chi yang berada di kawasan tersebut mempunyai aliran yang lebih baik berbanding dengan kawasan-kawasan lain.



BEZA APLIKASI ILMU ALAM MELAYU VS CINA





Orang melayu mengaplikasikan ilmu alam lebih kepada tujuan MENANG ATAU KALAH. Sekiranya dirujuk kepada kitab-kitab lama melayu kebanyakkannya mengisarkan cara-cara pendekar melayu untuk memenangi satu perlawanan, dengan mengatur strategi dimana alam sekitar akan memihak kepada pendekar tersebut. Untuk tujuan illustrasi, saya memberi contoh:

2 orang pendekar hendak beradu kekuatan di kawasan lapang ketika waktu tengah hari yang panas terik. Pendekar yang bijaksana akan menggunakan ilmu alam untuk 'membantu' mereka mencapai kemenangan. Bagaimana? Pendekar tersebut haruslah berdiri membelakangi matahari, supaya pihak lawan akan silau ketika berlawan dengan nya. Walaupun ilmu alam tidak 'menjanjikan' apa-apa kemenangan tapi ia berkesan dalam MEMBANTU untuk menang perlawanan tersebut!





Orang cina pula menggunakan ilmu alam untuk mencapai KESIHATAN, TUAH dan KEKAYAAN. Mereka juga menggunakan ilmu yang sama tapi untuk tujuan mereka berbeza. Mereka sanggup mengupah Master-master yang handal dalam ilmu alam ini untuk membantu mereka berada di zon selesa atau hampir kepada apa yang mereka tujukan.

REALITI ILMU ALAM HARI INI.
Kebanyakkan ilmu alam, terutama di kalangan orang melayu pada hari ini semakin kurang diwarisi kerana ilmu-ilmu ini dikatakan sebagai kolot dan kuno.

"Sekarang kita mempunyai teknologi canggih jadi ilmu semacam ini sudah ketinggalan zaman",

ini lah hasil pemerhatian dan survey yang telah kami lakukan selama hampir 6 bulan. Berbeza pula dengan kaum cina mereka sangat mengagumi ilmu feng shui mereka dan diajarkan kepada anak mereka sejak kecil lagi. Semangat mereka ini untuk mewarisi ilmu alam ini harus di contohi.

AKAN TETAPI, menurut pemerhatian yang telah kami lakukan, rata-rata orang cina di Malaysia, tidak memiliki ilmu feng shui yang sebenar dan kebanyakkan mereka telah mempelajari aliran-aliran yang dicipta kemudian hari ketika dinasti Han. Apabila sebut tentang feng shui mereka akan menterjemahkan sebagai karakter-karakter yang mempunyai elemen mistik dan kepercayaan mereka kebanyakkannya ialah tahyul lagi kurafat! Ya, ia kepercayaan yang perlu di elakkan oleh orang Islam.

Kami akan membongkarkan sedikit fakta atau mitos berkaitan ilmu alam atau feng shui yang semakin popular hari ini.



Fakta:

Ilmu alam atau feng shui:

1) bukanlah satu jenis kepercayaan, ia boleh digunakan oleh sesiapa saja.

2) tidak menggunakan simbol-simbol pelik yang dipercayai boleh mendatang kan kelebihan luar biasa.

3) bukan ilmu mistik yang melibatkan bacaan mentera atau jampi serapah dan sebagainya.

4 bukan ilmu hiasan dalaman atau luaran.


Mitos:

Berikut kami garab beberapa mitos yang paling popular berkaitan ilmu alam atau feng shui.

1. Membeli barang-barang feng shui yang terdapat di MALL untuk mendapatkan nasib baik dalam karier, perniagaan dan sebagainya.

Ulasan: Ini adalah satu kepercayaan yang terang-terangan satu penipuan dan merupakan satu mitos yang popular zaman ini. Objek-objek tersebut tidak akan membantu anda kecuali anda mempercayainya. Dan mempercayai objek tersebut mempunyai kuasa adalah syirik!

2. Membeli lukisan kuda berlari-lari dan meletakkan di pejabat supaya boleh mendatangkan tuah kepada bisnes.

Ulasan: Seperti yang kami ulas tadi ilmu alam tidak berunsur mistik, anda boleh meletakkan lukisan apa-pun yang anda mahu asalkan ia membuat anda rasa bahagia dan gembira.

3. Salah membuat renovasi rumah akan menyebabkan nasib menjadi malang.

Ulasan: Baik dan buruk dari Allah, tiada istilah Malang dalam seni ilmu alam, sekiranya anda salah buat ubahsuai rumah, anda mungkin tidak berada dalam zon terbaik, tetapi ia bukan beerti malang.

4. Ilmu Alam atau Feng shui menjanjikan kekayaan!

Ulasan: Kekayaan juga datang dari Allah, seperti illustrasi pendekar di atas, ilmu ini tidak menjanjikan apa-apa kejayaan tapi ia membantu untuk berjaya, umpama anda seorang yang mempunyai ilmu dalam bidang kejuruteraan, tentulah anda memiliki kelebihan untuk berjaya dalam bidang tersebut jika dibandingkan dengan orang yang tiada ilmu kejuruteraan itu. Dalam seni ilmu alam, kita mencari titik bagaimana dalam satu keadaan untuk Alam sekeliling berpihak kepada kita supaya kita mendapat kedudukan lebih baik dari pihak lawan.

5. Nombor 8 itu kekayaan dan nombor 14 harus pasti mati!

Ulasan: Ia tidak benar sama sekali. Nombor 8 dalam seni feng shui merujuk kepada kawasan grid yang mempunyai nombor 8 di mana ia dikatakan sangat baik untuk penghuni rumah kerana pada kawasan grid 8 tersebut adalah tempat menerima Tenaga atau Chi yang terbaik jika di bandingkan dengan grid yang lain. Bukanlah nombor 8 itu sendiri seperti yang digilai ramai orang sehingga ke hari ini.

6. Meletakkan pakua di depan kedai atau rumah untuk menghalau hantu.

Ulasan: Ini juga satu lagi mitos yang popular. Sebenarnya pakua itu cuma kalkulator bagi mereka yang pandai menggunakannya, pakua itu tidak mempunyai kuasa mistik seperti yang digambarkan, sekiranya di baling dalam api, ia juga akan terbakar seperti barang-barang lain.

Begitulah sedikit sebanyak sharing kami berkaitan ilmu alam atau lebih popular sebagai ilmu feng shui, diharap ia dapat memberi manfaat kepada anda untuk mengenali ilmu ini. InsyaAllah sekiranya diizinkan kami akan berkongsi beberapa tips ILMU ALAM yang boleh anda aplikasi dalam kehidupan dalam artikel yang akan datang.

Perkongsian maklumat ini telah ditulis khas oleh ahli PANJI HITAM yang hanya mahu dikenali sebagai Highlander.

Creadit to : AHMAD SAIFUL
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Post a Comment

Jihad Al-Quran

0 comments: