Home » » Planet Dalam Filem Star Wars Telah Ditemui Home » » Planet Dalam Filem Star Wars Telah Ditemui

Planet Dalam Filem Star Wars Telah Ditemui

Sunday, September 25, 2011

 
LAKARAN artis menunjukkan sebuah planet mempunyai dua matahari. 

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – fiksyen sains bertukar menjadi realiti apabila beberapa saintis menemui sebuah planet yang dikelilingi dua matahari, lapor sebuah akhbar semalam.

Penemuan itu dibuat lebih tiga dekad selepas fenomena tersebut pertama kali digambarkan dalam filem Star Wars.

Satu adegan filem fiksyen sains berkenaan menunjukkan aktor Luke Skywalker berjalan di permukaan sebuah planet dengan dua matahari kelihatan di langit planet itu yang dikenali sebagai Tatooine.

Lebih tiga dekad kemudian, saintis-saintis AS menemui sebuah planet serupa yang dikenali sebagai Kepler-16b. Saiz planet berkenaan sebesar Planet Zuhal dan ia terletak pada jarak 200 tahun cahaya dari Bumi.

Saintis-saintis AS membuat penemuan itu dari kapal angkasa Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA).

“Kita akan dapat melihat dua matahari pada waktu senja di planet itu,” kata beberapa saintis berkenaan.

Seorang saintis Institut Carnegie di AS, Alan Boss memberitahu, planet Kepler-16b dikelilingi dua bintang.
Satu tahun di planet itu bersamaan dengan 229 hari di Bumi.

“Sekali lagi, apa yang dipaparkan dalam sains fiksyen bertukar menjadi realiti,” kata Boss.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Post a Comment

Jihad Al-Quran

0 comments: