Neil Armstrong | Peluk Islam Kerana AZAN

Sunday, April 10, 2011
Neil Armstrong adalah orang pertama yang mendarat di bulan. Armstrong pergi ke bulan menggunakan pesawat ruang angkasa USA bernama Apollo, bersama rekannya Buzz Aldrin. Pergi ke bulan merupakan hal yang amat menakjubkan bagi Armstrong. Saat-saat masa kejayaannya itu, tak pernah dia lupakan.

Sampai akhirnya 30 Tahun berlalu,

Saat itu Armstrong memutuskan untuk mengambil cuti kepada pihak NASA. Ia menghabiskan cutinya dengan berkunjung ke Mesir. Ini kali pertama ia mengunjungi Kairo,atau pertama kalinya ia mengunjungi sebuah negeri Islam dalam bercadang kunjungannya untuk mencari hiburan dan mengembalikan kesegaran setelah penat menghadapi rutin pekerjaan.

Beralih ke Mesir, akhirnya Armstrong bersama pengunjung lain sampailah ke sebuah hotel yang terletak di tengah kota Kairo. Setelah selesai mengurus pendaftaran, dengan perlahan dia pergi menuju kamarnya untuk beristirahat setelah letih menempuh perjalanan yang cukup jauh dari Amerika menuju Kairo. Dan ketika dia berbaring di ranjang, tiba-tiba terdengarlah adzan...

Allahuakbar….. Allahuakbar…..

Ketika mendengar seruan itu, dia berpikir bahwa ini bukan pertama kali ia mendengar seruan seperti ini. Armstrong berpikir dimana dia pernah mendengarnya sebelumnya? Armstrong terus berusaha mengingat, tetapi dia tetap tidak mampu menemukan jawabannya.

Ketika dia sedang makan di salah sebuah restoran fast food, dia sekali lagi terdengar kumandang adzan dari salah satu menara masjid yang banyak di Kairo, dia pun lantas terdiam, mencuba menghayati lantunan kalimat-kalimat adzan yang didengarnya. Kemudian dia memanggil salah seorang pelayan yang ada disana & bertanya dengan bahasa inggris, “seruan apa yg baru kedengaran?”

Pelayan tadi menjawab, “maaf saya tidak mengerti maksud tuan.”

Armstrong cuba mengulang adzan dengan tersangkut-sangkut, “Allahu akbar… Allahu akbar.”

Pelayan kemudian berkata, “itu panggilan untuk solat, panggilan kepada seluruh kaum muslimin untuk pergi ke masjid untuk melaksanakan solat yg dilakukan lima kali sehari.”

Pada keesokkan harinya Armstrong terbangun dengan suara adzan yang kembali berkumandang da dia teringat kembali tiga puluh tahun silam dia menaiki pesawat luar angkasa milik USA , Apollo, yg merupakan pesawat pertama dalam sejarah yg mampu mendarat di bulan. Tiba-tiba dia sadar bahwa “Ya, disanalah aku mendengar seruan ini untuk pertama kalinya dalam hidupku.” ungkapnya.

setelah pulang ke Amerika Armstrong berusaha mendalami agama Islam, disaat itu ia mulai tertarik dengan Islam. Akhirnya, beberapa bulan kemudian, dia memeluk islamannya, dan mengungkapkannya dalam suatu wawancara bahwa ia menyatakan masuk islam.

p/s: Banyak juga versi lain yang mencerita tentang pengislaman neil amstrong..
cerita ini saya ambil dari laman web:
http://www.silverwind69.co.cc/2010/01/kisah-neil-armstrong-masuk-is...

cerita ini juga telah saya dengar di satu majlis ilmu semasa di sekolah dahulu tentang memeluk Islam setelah dia mengetahui suara yang kedengaran semasa misinya di bulan adalah suara azan...

Selain mendengar suara azan...beliau juga ada terlihat satu garisan lurus di permukaan bulan dimana kita ketahui bahawa itu adalah mukjizat Rasulullah s.a.w iaitu bulan terbelah dua....

Peristiwa pengislaman beliau juga ada yang mengatakan yang beliau memeluk di Mesir....setelah dia diterangkan mengenai suara yang didengar itu adalah azan...

Begitu menyedihkan diberitakan semua haknya sebagai angkasawan ditarik berikutan pengislaman beliau...

Kesimpulannya Hidayah Allah s.w.t. akan datang pada sesiapa sahaja atas kehendak-Nya...terserah pada anda untuk mempercayainya atau tidak...
Segala kemusykilan kembalilah kita pada al-Quran dan sunnah....

sekian...jazakallah.....

tambahan:
http://www.mukto-mona.com/Articles/skm/neil_armstrong.htm
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isteri Harith Iskandar | Berbikini Covergirl Majalah Shape

Saturday, April 9, 2011


Jezamine Lim, muncul sebagai covergirl untuk majalah Shape dengan hanya mengenakan sepasang bikini untuk tatapan umum, serious sexy!

Isteri kepada pelakon Harith Iskandar ini, bukan sahaja cantik, malah turut bergelar sebagai seorang doktor. Dalam perkembangan terbaru, Jezamine Lim kini mempunyai sebuah restoran di kawasan Desa Sri Hartamas.

Perkenalan Jezamine Lim & Harith Iskandar berlangsung melalui laman Facebook. Wanita kacukan Cina-India kemudiannya mengahwini Harith Iskandar sekitar June 2010 dengan hantaran berjumlah RM50,000.

Dapatkan majalah Shape edisi April 2011 untuk menatap gambar Jezamine Lim yang lebih mengiurkan dan mengetarkan jiwa. NSFW selepas ini.


Susuk Tubuh yang Mengiurkan, Tapi sayangnya ianya tidak dijaga oleh tuan punya badan. Salahkan si Suami juga, kerana sebagai suami sepatutnya dia mengajar si Isteri untuk menjaga Anggota badanya tanpa berkongsi kepada media mahupn mana-mana pihak yang berwajib.Didikan Agama adalah yang sepatutnya ditumpu kepada si suami unutk si isteri..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

HUKUM HUDUD - Wanita Indonesia pengsan disebat

 
IRDAYANTI terpaksa diusung setelah dia pengsan selepas selesai menjalani hukuman sebat di Aceh Besar, Banda Aceh semalam.


BANDA ACEH - Dua pasangan Islam dihukum rotan selepas mereka didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tidak bermoral, kata seorang pendakwa raya semalam.

Pasangan itu, Sudirman Bintang, 43, dan Irdayanti Mukhtar, 34, dirotan sebanyak sembilan kali kerana mereka masing-masing telah berkahwin tetapi menjalin hubungan sulit.

Mereka dirotan di halaman Masjid Al-Munawarrah, Jantho, Aceh Besar semalam dan disaksikan oleh ratusan orang selepas solat Jumaat.

"Punca mereka dihukum keras adalah kerana kedua-dua mereka sudah berkahwin dengan orang lain," kata pendakwa raya itu, Bendry Almy. - Agensi

Kosmo Edisi Sabtu 9/4/2011
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

99 Nama Allah | Asmaul Husna

Friday, April 8, 2011
1 al-Rahman الرحمن Maha Pengasih
2 al-Rahim الرحيم Maha Penyayang
3 al-Malik الملك Maha Merajai/Memerintah
4 al-Quddus القدوس Maha Suci
5 al-Salam السلام Maha Memberi Kesejahteraan
6 al-Mukmin المؤمن Yang Memberi Keamanan
7 al-Muhaimin المهيمن Maha Pemelihara
8 al-Aziz العزيز Maha Gagah
9 al-Jabbar الجبار Maha Perkasa
10 al-Mutakabbir المتكبر Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran

11 al-Khaliq الخالق Maha Pencipta
12 al-Barik البارئ Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
13 al-Musawwir المصور Yang Membentuk Rupa (makhluknya)
14 al-Ghaffar الغفار Maha Pengampun
15 al-Qahhar القهار Yang Memaksa
16 al-Wahhab الوهاب Maha Pemberi Kurnia
17 al-Razzaq الرزاق Maha Pemberi Rejeki
18 al-Fattah الفتاح Maha Pembuka Rahmat
19 al-Alim العليم Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
20 al-Qabid القابض Yang Menyempitkan (makhluknya)

21 al-Basit الباسط Yang Melapangkan (makhluknya)
22 al-Khafid الخافض Yang Merendahkan (makhluknya)
23 al-Rafik الرافع Yang Meninggikan (makhluknya)
24 al-Muiz المعز Yang Memuliakan (makhluknya)
25 al-Muzil المذل Yang Menghinakan (makhluknya)
26 al-Samik السميع Maha Mendengar
27 al-Basir البصير Maha Melihat
28 al-Hakam الحكم Maha Menetapkan
29 al-Adl العدل Maha Adil
30 al-Latif اللطيف Maha Lembut

31 al-Khabir الخبير Maha Mengetahui Rahasia
32 al-Halim الحليم Maha Penyantun
33 al-Azim العظيم Maha Agung
34 al-Ghafur الغفور Maha Pengampun
35 al-Syakur الشكور Maha Pembalas Budi (Menghargai)
36 al-Ali العلى Maha Tinggi
37 al-Kabir الكبير Maha Besar
38 al-Hafiz الحفيظ Maha Menjaga
39 al-Muqit المقيت Maha Pemberi Kecukupan
40 al-Hasib الحسيب Maha Membuat Perhitungan

41 al-Jalil الجليل Maha Mulia
42 al-Karim الكريم Maha Pemurah
43 al-Raqib الرقيب Maha Mengawasi
44 al-Mujib المجيب Maha Mengabulkan
45 al-Wasik الواسع Maha Luas
46 al-Hakim الحكيم Maka Bijaksana
47 al-Wadud الودود Maha Pencinta
48 al-Majid المجيد Maha Mulia
49 al-Bais الباعث Maha Membangkitkan
50 al-Syahid الشهيد Maha Menyaksikan

51 al-Haq الحق Maha Benar
52 al-Wakil الوكيل Maha Memelihara
53 al-Qawi القوى Maha Kuat
54 al-Matin المتين Maha Teguh
55 al-Wali الولى Maha Melindungi
56 al-Hamid الحميد Maha Terpuji
57 al Muhsi المحصى Maha Menghitung
58 al-Mubdik المبدئ Maha Memulai
59 al-Muid المعيد Maha Mengembalikan Kehidupan
60 al-Muhyi المحيى Maha Menghidupkan

61 al-Mumit المميت Maha Mematikan
62 al-Hai الحي Maha Hidup
63 al-Qayyum القيوم Maha Mandiri
64 al-Wajid الواجد Maha Penemu
65 al-Majid الماجد Maha Mulia
66 al-Wahid الواحد Maha Esa
67 al-Ahad الاحد Maha Esa
68 al-Samad الصمد Tempat Meminta
69 al-Qadir القادر Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan
70 al-Muqtadir المقتدر Maha Berkuasa

71 al-Muqaddim المقدم Maha Mendahulukan
72 al-Muakhir المؤخر Maha Mengakhirkan
73 al-Awwal الأول Maha Awal (Alfa)
74 al-Akhir الأخر Maha Akhir (Omega)
75 al-Zahir الظاهر Maha Nyata
76 al-Batin الباطن Maha Ghaib
77 al-Wali الوالي Maha Memerintah
78 al-Mutaali المتعالي Maha Tinggi
79 al-Bar البر Maha Penderma
80 al-Tawwab التواب Maha Penerima Taubat

81 al-Muntaqim المنتقم Maha Penyiksa
82 al-Afu العفو Maha Pemaaf
83 al-Rauf الرؤوف Maha Pengasih
84 Malik al-Mulk مالك الملك Penguasa Kerajaan (Semesta)
85 Zu al-Jalal wa al-Ikram ذو الجلال و الإكرام Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan
86 al-Muqsit المقسط Maha Adil
87 al-Jamik الجامع Maha Mengumpulkan
88 al-Ghani الغنى Maha Berkecukupan
89 al-Mughni المغنى Maha Memberi Kekayaan
90 al-Manik المانع Maha Mencegah

91 al-Dar الضار Maha Memberi Derita
92 al-Nafik النافع Maha Memberi Manfaat
93 al-Nur النور Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)
94 al-Hadi الهادئ Maha Pemberi Petunjuk
95 al-Badik البديع Maha Pencipta
96 al-Baqi الباقي Maha Kekal
97 al-Waris الوارث Maha Pewaris
98 al-Rasyid الرشيد Maha Pandai
99 al-Sabur الصبور Maha Sabar
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pisau masuk dalam mata (18SG) dilarang keras tengok gambar ini bagi mereka yang lemah semangat..

Tuesday, April 5, 2011


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Maksud Arasy

Assalammualaikum. Seorang sahabat yang berada di Jihad Al-Quran Group telah bertanyakan mengenai maksud Arasy.



Cinta-qasieh Ilahi
~Assalamualaikum dan selamat pgi semua...sy nk tnye...apa maksud arasy?


Jawapan :


'Arasy atau 'Arsy (Arab: عَرْش‎) merujuk kepada tempat Allah bersemayam menurut Al-Quran.
"Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.."
- Surah Ar-Ra'd: 2
Bagaimanapun menurut Islam, Allah itu tidak sama dengan makhluk. Bila tidak sama dengan makhluk maka cara dia bersemayam juga tidak sama dengan makhluk. Bagaimana cara dia bersemayam hanya Allah sahaja yang tahu.
Dalam Al Quran terdapat sebanyak tujuh tempat Allah Taala menyebutkan yang Allah Taala bersemayam di atas arasy.
  1. Surah Al A'raf ayat 54
  2. Surah Yunus ayat 3
  3. Surah Ar Ra'd ayat 3
  4. Surah Taha ayat 5
  5. Surah Al Furqan ayat 59
  6. Surah As Sajdah ayat 4
  7. Surah Al Hadid ayat 4

Etimologi

'Arasy merupakan bentuk mashdar dari kata kerja ‘arasya – ya‘risyu – ‘arsyan (عَرَشَ يَعْرِشُ عَرْشًا) yang bermaksud bangunan, singgahsana, istana atau takhta. Di dalam al-Quran, perkataan ‘Arasy itu disebut sebanyak 33 kali. Kata ‘Arasy mempunyai banyak maksud, tetapi pada umumnya yang dimaksudkan adalah singgahsana atau takhta Tuhan.
Tentang pengertian ‘Arasy, ulama memberikan penjelasan yang berbeza-beza. Rasyid Ridha dalam Tafsir al-Manar menjelaskan bahwa ‘Arasy merupakan ”pusat pengendalian segala persoalan makhluk-Nya di alam semesta”. Penjelasan Rasyid Rida itu antara lain didasarkan pada Al Qur'an:

...kemudian Dia bersemayam di atas Arasy untuk mengatur segala urusan. (Yunus 10:3)

Letak 'Arasy

'Arasy terletak di atas syurga Firdaus, Nabi Muhammad bersabda kepada sahabat Abu Hurairah yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Ahmad, Ibnu Abi ‘Ashim:
“Apabila engkau memohon kepada Allah, maka mohonlah kepadanya Syurga Firdaus. Sesungguhnya ia (adalah) Syurga yang paling utama dan paling tinggi. Di atasnya terdapat ‘Arasy Allah yang Maha Pengasih...”
Masih diriwayatkan dari Ibnu Abi 'Ashim, Nabi Muhammad bersabda:
“Sesungguhnya ‘Arasy sebelumnya berada di atas air. Setelah Allah menciptakan langit (yang 7), ‘Arasy itu ditempatkan di langit yg ke-7. Dia jadikan awan sebagai saringan untuk hujan. Apabila tidak dijadikan seperti itu, tentu bumi akan tenggelam terendam air.”
 
 

Keagungan 'Arasy

Malaikat pernah ada yang melihat ‘Arasy dengan segala keagungan yang dimilikinya. Lalu, Allah berfirman kepada malaikat tersebut, "Sesungguhnya Aku telah menjadikan engkau memiliki kekuatan yang sebanding dengan kekuatan 7,000 malaikat." Malaikat itu diberikan 70,000 sayap. Kemudian, Allah menyuruh malaikat itu terbang. Malaikat itu pun terbang dengan kekuatan penuh dan sayap yang diberikan Allah ke arah mana saja yang dikehendaki Allah. Sesudah itu, malaikat tersebut berhenti dan memandang ke arah ‘Arasy. Tetapi, ia merasakan seolah-olah ia tidak beranjak sedikitpun dari tempatnya terbang semula. Hal ini memperlihatkan betapa besar dan luasnya ‘Arasy Allah itu.
Nabi Muhammad bersabda: "Perumpamaan langit yang tujuh dibandingkan dengan Kursi seperti cincin yang dilemparkan di padang Sahara yang luas, dan keunggulan 'Arasy atas Kursi seperti keunggulan padang Sahara yang luas itu atas cincin tersebut."

Perbezaan Pendapat Tentang 'Arasy

Di dalam perbincangan para ulama, tentang ‘Arasy ini selalu banyak pendapat. Para ulama memperdebatkan apakah ‘Arasy itu suatu nonmateri (nonfisik) atau materi (fizik). Dalam hal ini ada tiga pendapat yang berbeda:
  • Mu'tazilah berpendapat bahawa perkataan ‘Arasy di dalam al-Quran harus dimaksudkan dan difahami sebagai maksud metaforis (majazi). Jika dikatakan Tuhan bersemayam di ‘Arasy, maka maksudnya ‘Arasy di sini adalah kekuasaan Tuhan. Tuhan merupakan zat yang nonmateri, karenanya mustahil Dia berada pada tempat yang bersifat materi.
  • Mujassimah pendapat golongan ini bertolak belakang dengan pendapat pertama. Menurut mereka, kata ‘Arasy harus dipahami sebagaimana adanya. Kerana itu, mereka mengartikan ‘Arasy sebagai sesuatu yang yang bersifat fizik atau materi. Mereka memiliki paham antropomorfisme.
  • Asy'ariyah berpendapat yang menyatakan bahawa ‘Arasy dalam maksud takhta atau singgasana harus diyakini keberadaannya, kerana kitab Al-Quran sendiri bermaksudkannya demikian.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

DOA memohon keampunan Allah

"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu dan berikanlah kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami." (Surah al-kahfi ayat 10)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Doa mendapatkan anak yang sempurna (tidak cacat)

"Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat (anak) yang baik (sempuran tidak cacat) sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hambamu"
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

DOA kasih sayang/pelembut hati suami dan isteri/ anak-anak

"Taha (Hai Manusia). Tiada Kami turunakan al-Quran supaya engaku mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Wahyu yang diutuskan daripada Tuhan yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan yang Maha Pemurah, berkuasa di atas singgahsana." (Surah Taha ayat 1-5).
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

DOA mengekalkan kasih sayang suami/ isteri/ anak yang terpisah agar tertambat hati natara satu dengan lain

Monday, April 4, 2011
"Wahai orang beriman, Sabarlah dan cukupkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kepada Allah, supaya kamu beroleh kemenangan." (Surah Ali Imran ayat 200)

~ikuti link ini : Jihad Al-Quran Group
~ikuti link ini : Jihad Al-Quran Komuniti
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Doa mendapatkan anak yang berakhlak mulia dan menghormati Ibu Bapa

"Wahai Tuhankau, berilah aku kesanggupan supaya dapat mensyukuri anugerah Engkau, yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan ibu bapaku dan supaya aku dapat mengerjakan perbuatan baik yang Engkau sukai, dan perbaikilah keturunanku, sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri." (surah al-Ahqaf ayat 15)

~ikuti link ini : Jihad Al-Quran Group
~ikuti link ini : Jihad Al-Quran Komuniti
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

DOA Memperoleh Isteri Dan Anak-Anak Yang Bertaqwa

Photobucket 
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penambat hati (kami) dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang bertaqwa."  (Surah al-Furqan ayat 74)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Indahnya Sebuah Kesabaran

Tuesday, March 29, 2011
by Iffah Afifi Shahabudin on Thursday, March 17, 2011 at 8:59pm
Send By : 
Liyana Athirah  in Group Jihad Al-Quran

Sabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.

Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.

Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.

Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.

Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.

Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.

Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.

Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.

Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)

Ya, saya suka ayat ini. Ketika sedang menahan marah dan menahan sedih, ayat ini benar-benar memberi motivasi kepada saya. Bagaimana Allah memerintahkan kita untuk bersabar, malah bersabar dengan kesabaran yang baik.


Sememangnya dirasakan sabar ini merupakan sesuatu yang sangat perit sehingga kadang-kadang hati kita mengeluh.

" Asyik sabar je, penat dah sabar ni!"

Kita tidak perlu fikirkan lagi, mengapa kita bersabar dan berapa kali kita bersabar dalam hidup ini kerana saya ingin mengajak anda melihat apa yang dapat kita peroleh dari sifat sabar ini.

Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan. Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.

Untuk anda yang sedang diuji, dalam hati ini hanya ada dua pilihan, sama ada nafsu ataupun iman. Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu. Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar. Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.

Saya bagi satu contoh yang mudah. Ditakdirkan anda terpaksa menjalani kehidupan dengan seorang rakan yang sangat pentingkan diri sendiri. Setiap tindakannya pasti memberi kebaikan pada dirinya dan kita sentiasa menjadi mangsanya. Setiap perbuatan dan kata-katanya sentiasa membuat kita berkecil hati. Disini, anda hanya ada dua pilihan, memilih untuk terus bersabar dan bertahan sepanjang anda menjalani kehidupan dengannya, atau anda memilih untuk bermasam muka dengannya akibat sakit hati yang menguasai diri. Jika anda memilih untuk bersabar, anda mampu menjaga keharmonian persahabatan dengannya, namun jika anda memilih untuk bermasam muka, pastinya memberi kesan yang tidak baik dalam hubungan persahabatan itu sendiri.

Namun sahabat, perlulah kita ingat bahawa kita ini manusia, kita bukan malaikat untuk terus menjadi sempurna di mata orang lain. Sabar manusia itu ada juga batasnya dan kadang-kadang orang yang paling banyak bersabar, sekali dia 'meletup' huru-hara jadinya. Oleh itu, perlunya fungsi kita meletakkan diri kita ditempat orang lain. Malah jika kita jenis yang pentingkan diri sekalipun, sebelum bertindak, kita perlu berfikir bagaimana rasanya jika kita berada ditempat orang yang teraniaya itu.

Sebelum kita bunuh orang, cuba kita bayangkan diri kita menjadi orang yang dibunuh itu.

Sebelum kita melemparkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain, cuba bayangkan diri kita yang dilemparkan kata-kata itu.

Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi.

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita. Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Doa Pembukaan Sesuatu Majlis

Sunday, March 27, 2011
Assalammualaikum.. Saya terpanggil untuk Menjawab soalan dari Sahabat facebook  Jihad Al-Quran Group
yang ingin mengetahui bagaimanakah untuk 'memulakan' DOA dalam sesuatu majlis. Berikut adalah status comment sahabat Jihad Al-Quran Group.

 
salam..nak minta tolong n nak tanya tentang doa untuk pembukaan sesuatu majlis...contoh majlis makan malam...bleh share


Jawapan :
-[contoh | jawapan]-


Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana
telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri
Majlis Makan Malam Jihad Al-Quran pada malam
ini.
 

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang
dikehendakki ,

Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan
rahmat-Mu , pertengahannya barakah , dan disudahi
dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari
yang kami lalui permulaannya hidayah , pertengahannya
kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa
Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan
majlis ini sebagai satu wadah untuk kami bersatu-padu ,
bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami dan
juga demi membangunkan dan memartabatkan group
kami di persada arus perdana kecemerlangan pendidikan
negara.


Satukanlah hati-hati kami sebagai pentadbir , para
pendidik , kakitangan sekolah dan ibu bapa pelajar digroup
ini, agar menjadikan kejayaan dan
kecemerlangan anak-anak didik kami sebagai matlamat
kami yang utama dan bersama .
Amin Ya Rabbal’alamin

Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang
teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-
cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi
pancaroba hidup alaf baru .

Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang
benar dan cara-cara melaksanakan serta
menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka
mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga
jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui
keburukan lantas bersegera meninggalkannya .

Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai
pertemuan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah
perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang
Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed