Home » Peristiwa Luar Biasa Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W Home » Peristiwa Luar Biasa Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

Peristiwa Luar Biasa Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

Wednesday, February 16, 2011
Ain
Posted by Ain on February 15, 2011 at 9:44am




Nabi Muhammad dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah (20 April 571M), bersamaan Hari Isnin.

Kenapa tahun kelahiran baginda dipanggil Tahun gajah? Sebenarnya ada peristiwa aneh yang telah berlaku pada tahun itu. Peristiwa di mana Raja Abrahah membawa tentera bergajahnya untuk menyerang dan memusnahkan Kota Mekah dan Kaabah. Ketua tentera bergajah menunggang seekor gajah yang besar yang diberi nama Mahmudi.

Apabila hampir dengan tempat yang hendak diserang dengan izin Allah, gajah-gajah tersebut enggan maju ke hadapan, sebaliknya berundur. Tidak lama kemudian datang sekumpulan burung-burung kecil (Ababil) yang masing-masing membawa seketul batu pada kakinya, lalu melemparkan batu-batu tersebut kepada tentera bergajah. Lalu tentera bergajah pun hancur. Peristiwa menakjubkan ini ada terdapat dalam Al-Qur'an, Surah Al-Fil.


Sebenarnya banyak lagi keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.:
1. Bonda Rasulullah (Aminah) tidak merasa susah sewaktu mengandungkan Baginda seperi ibu-ibu hamil yang lain

2. Sewaktu bonda Rasulullah sedang tidur, dia bermimpi didatangi oleh seorang Malaikat yang mengkhabarkan kepadanya bahawa dirinya sedang mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

3. Peristiwa  cahaya berpindah dari wajah Abdullah (Ayahanda Rasululullah) ke wajah Aminah (Bonda Rasulullah)

4. Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

5. Tanah-tanah di persekitaran yang asalnya kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

6. Aminah bermimpi turut mengalami mimpi menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit, seperti kapas putih yang terapung di angkasa. Malaikat itupun berdiri di hadapan Aminag lalu berkata "Khabar bahagia untukmu, wahai ibu kepada seorang nabi. Puteramu itu akan menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.,
1. Sewaktu melahirkan Rasulullah, Aminah ditemani Asiah Binti Muzahim (Isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran (Bonda Nabi Musa). Ini menjadi petanda bahawa darjat Nabi yang lahir itu lebih tinggi Nabi Isa dan Musa. Telah diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil sebelum itu, bahawa akan lahir seorang nabi akhir zaman.

2. Bondanya menyaksikan cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria, menyerupai anak panah, bagaikan pelangi  di langit, boleh dilihat walaupun dari kota-kota yang jauh. Ada juga yang menggambarkan cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia.

3. Aminah melihat Baginda dalam keadaan terbaring sambil kedua-dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

4. Awan turun menyelimuti tubuh Rasulullah sehingga beliau mendengar sebuah seruan '"pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

5. Berhala-berhala yang terdapat di persekitaran secara tiba-tiba  rosak dan musnah.
Riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata: telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui."

6. Gegaran berlaku di istana Kisra dan menyebabkannya retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

7. Api yang disembah oleh orang-orang Majusi di negara Parsi, yang telah selama seribu tahun tidak terpadam, telah padam dengan sendirinya.

8. Tasik Sava yang dianggap suci telah  tenggelam ke dalam tanah.
 
Setelah baginda lahir,
1. Kerap berlaku tembakan bintang (shooting star) menjadi tanda tamatnya pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib.

2. Setelah Halimatus Sa'diah (ibu angkat dan ibu susuan) membawa Rasulullah ke ladangnya di pergunungan, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau. Binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu,

3. Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

4. Halimatus Sa'diah dan suaminya beberapa kali terlihat tompokan awan kecil berada di atas kepala  Rasulullah seolah-olah ingin melindungi Rasulullah daripada panas matahari.

5. Ketika Nabi berumur empat tahun, sewaktu Baginda sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, datang malaikat Jibril dan Mikail, lalu membelah dada dan mengeluarkan segumpal darah dari dada baginda. Gumpalan darah itu dicuci dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?


Sesungguhnya kelahiran Nabi Muhammad s.a.w juga telah diketahui terlebih dahulu. Hal ini dinyatakan dalam kitab-kitab terdahulu iatu Taurat, Zabur dan Injil bahawa akan lahir seorang Nabi sebagai rasul yang terakhir.

Sekian SALAM MAULIDUR RASUL 2011. Semoga saya dan kita semua mampu mencontohi akhlak  dan ketinggian pekerti baginda. Tidak sempurna iman seseorang Islam itu jika tidak menggabungkan Al-Qur'an dan Al-Sunnah sekaligus dalam kehidupan. Wallahualam..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Post a Comment

Jihad Al-Quran

0 comments: