1. Sesiapa yang menjauhi bunga dunia maka dia mampu mengalahkan hawa nafsunya
2. Tidak akan tinggal bagi seseorang itu teman yang akan membantunya dalam urusan amalan akhirat sedangkan mereka adalah perosak terhadap hatinya
3. Istilah cintakan dunia itu dapat dilihat apabila seseorang itu tidak menyuruh antara satu sama lain dan tidak pula melarang antara satu sama lain
4. Sekadar mana engkau bersedih tentang dunia maka sekadar itu jualah akan terkeluar rasa pentingkan akhirat daripada hatimu. Sekadar mana kesedihan engkau terhadap akhirat maka sekadar itu jugalah akan keluar rasa pentingkan dunia daripada hatimu
5. Takutlah kamu terhadap sihir yang akan membahayakan hati ualma’ dan akan melalaikan mereka daripada Allah iaitu dunia di ma ia merupakan suatu yang paling kuat sihirnya dan paling buruk daripada sihir Harut dan Marut. Ini adalah disebabkan sihir Harut dan Marut telah memisahkan antara suami dan isteri sedangkan sihir dunia menyebabkan terpisahnya hubungan antara hamba dan Tuhannya
6. Aku bersumpah kepadamu sekiranya bagi munafik ditumbuhi ekor maka tidak akan terdapat bagi orang mukmin itu tanah untuk dia hidup
7. Sesiapa yang menuntut ilmu untuk beramal maka Allah akan menambahkan lagi kefahamannya dan sesiapa yang menuntut ilmu bukan untuk diamalkan maka akan ditambah dengan ilmu itu perasaan bongkak
8. Sekiranya manusia itu diwajibkan membawa kitab yang tertulis segala percakapannya oleh malaikat nescaya mereka akan kurangkan percakapan
9. Sesiapa yang menyuruh manusia berbuat perkara di mana dia sendiri tidak mampu melakukannya maka dia termasuk golongan munafik melainkan jika seseorang menyoalnya tentang hukumnya
10. Pasar itu memperbanyakkan harta tetapi merosakkan agama
11. Telah berwasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya : Wahai anakku! ambillah taat kepada Allah sebagai perniagaan kerana ia akan memberi keuntungan yang besar tanpa memerlukan barangan.
12. Bukan dikira seseorang itu sebagai orang yang lemah lembut jika dia melepaskan kemarahannya terhadap keldai atau kucing
13. Sesiapa yang mampu mengalahkan syahwat hawa nafsunya terhadap dunia maka inilah yang akan memisahkan syaitan daripada bayangannya
14. Sesiapa yang menjauhi bunga kehidupan dunia maka dia akan berjaya menewaskan hawa nafsunya. Sesiapa yang gembira dengan pujian maka ia adalah batil di mana syaitan akan dapat masuk ke dalam hatinya.
15. Sesungguhnya badan itu apabila sakit maka tidak dapat memberi keselesaan kepadanya sebarang makanan, minuman dan kerehatan. Demikianlah juga dengan hati apabila tersangkut kepada kecintaan terhadap dunia maka tidak dapat memberi manfaat segala peringatan.
16. Demi Allah! Sekiranya kamu dapati bagi orang yang berbuat maksiat itu bau nescaya tiada seorang pun daripadamu dapat duduk dekatku kepada tersangat busuk bauku
by Umi Kalsom on Wednesday, February 16, 2011 at 4:40pm
Post a Comment
Jihad Al-Quran
0 comments: