Paling mengejutkan, umur blogger tersebut baru sahaja 14 tahun!
ini Katanya :
kesah ape aku bukan virgin
ni lagi 1 punyaa hal . aku tau dlm dunia ni tak ramai ponpuan ada DARA.
skrg susa nk dpt girl yg ade dara . aku kesah ape org nk pggil aku bohsia ?
lau kau mara org pggil kau bohsia , means betol la yg kau tu bohsia . sedar sedar la weh ..
jgn ingat dlm dunia ni aku srg je tade dara ! pkir sbelum ckp . YEAHH . aku jujor la dgn korang , AKU DA PERNAH MAEN !
puas ? ade ke org nak mngaku mcm ni ? takkan punya .. bia org nak pandang hina kat kita . asalkan kita ade MARUAH DIRI !
thankyou :)
Posted by Adinda Evans' at Sunday, December 05, 2010
Ingat lagi masa semalam aku bukak entry blog ini, hanya ada kurang daripada 20 komen sahaja.
Tapi sewaktu entry ini ditulis, sudah ada lebih 700++ komen!
Memang heboh dunia alam maya...tengok sahaja di Twitter dan Facebook.
Sudah banyak fanpage di Facebook yang mengutuk tindakan berani beliau ini.
Kalau diikutkan, di Twitter lagi heboh tentang isu ini berbanding di Facebook.
Siap ada hashtag khas iaitu: #adindaevans Sempena nickname blogger tersebut.
Memang sejak daripada malam semalam, ramai yang sudah mula menggunakan hashtag ini.
Ada yang marah dan geram dengan isu ini. Tapi ada juga yang mempertahankannya.
Memang secara jujur, aku pun tak setuju dengan apa yang dilakukannya.
Sedih dengan generasi zaman sekarang yang menganggap seks sebelum kahwin adalah satu perkara yang biasa. Dan paling aku kecewa, isu ini bukan sahaja menyedihkan, tapi juga boleh mencemarkan nama negara kita di mata dunia
Buktinya:
Bagi yang tidak tahu, atau tiada twitter, Trending Topics ini adalah isu atau topik hangat yang paling banyak dibincangkan di Twitter.
Seperti yang kita dapat lihat, hashtag #adindaevans bukan sahaja menduduki tangga teratas dalam Trending Topic di Malaysia, malah juga di dunia!
Oleh itu, hashtag #adindaevans ini boleh dibaca oleh lebih 200 Juta pengguna Twitter di seluruh dunia !
Dan mat salleh atau orang luar yang tertarik dan ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan #adindaevans , ini jawapan yang mereka akan dapat :
#adindaevans
Adinda Evans is a Malaysian. She is 14 years old and publicly admitted that she has lose her virginity on her blog.
Sumber: whatthetrend.com
Memang sebelum ini, sudah ada beberapa rakyat Malaysia yang pernah menjadi Worldwide Trending Topic di Twitter, seperti Anuar Zain, Ziana Zain , dan Datuk Lee Chong Wei.
Apa yang dilakukan oleh mereka adalah perkara yang amat membanggakan kerana 1 dunia tahu pencapaian negara kita. Tapi jika dilihat kepada isu ini, adalah hashtag #adindaev ini sesuatu yang boleh dibanggakan?
Oleh itu, berhentilah bercakap tentang #adindaevans ini. Berilah dia peluang. Umur pun baru 14 tahun.
Mungkin kita tidak sedar, dalam keghairahan kita mengutuk dan mencaci beliau, dalam masa yang sama, kita juga turut mengaibkan nama negara kita sendiri.
Copy Paste By :
Creadit To : AdmiralHafiz
Post a Comment
Jihad Al-Quran
0 comments: