Berikut
disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan
oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian.
Berhati-hatilah dengan perancangan golongan 'Bintang Enam' tentang
Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan perancangan mereka.
Terjemahan surat Dr. Marwan:
Terdapat
beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock.
Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan
mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan.
Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana
ianya adalah perancangan mereka. Tinjauan ini diperolehi semasa saya
tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa mereka di Amerika
telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada
orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan
kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya
dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.
Ini
meyakinkan saya bahawa mereka ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa
dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina
kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang
membangkang atau merungut, maka mereka akan menunjukkan gambar The Dome
of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak
berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat
terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan
rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan
antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa
kesal dan sedih kerana hingga kini mereka telah berjaya dalam
perancangan mereka.
Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai
Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai
Creadit To : Tuan Tanah Kedaung
Post a Comment
Jihad Al-Quran
0 comments: