Ada pesanan masuk ke kotak inbox saya. Ada seseorang menanyakan saya masalah berikut.
salam warahmatullah.
Minta maaf kalau mengganggu, saya ada soalan, situasi yg saya alami dalam satu conversation. Satu idea muncul dari seorang yg beragama Islam, berlatarbelakangkan keluarga bermasalah, keluarga kaya. Dia hidup terumbang ambing, tercari-cari tuhan. Kalau org yg mcm kita sdh tentu berkata, Allah lah tuhan kau dan aku, sapa lagi. tapi dia tercari-cari, sampai mempertikaikan kebenaran kewujudan tuhan. ini ayatnya, lebih kurang mcm ni.
“Look at
the world, war, rape, massacre, injustice, corruption and more. For
instance; no matter how hard you pray for the palestinians, there are
still many inncocent people died. If God is fair, than why the
corruption is still going on. If God is Most Merciful, then where’s the
mercy if some innocent people in the world being killed, being raped,
abuse. Where is God to help them?”
“I was
hardly praying to Allah, but why does my problems are still there.
people saying that Allah is merciful, all-just (adil), loving, care,
he’s the one who always listen to our prayer then why all these things
are still happening. Even if its not me, other people were also having
the same problems. Then how you can say that God exist?
Lebih
kurng mcm tulah, dan saya pasti ada jawapan, ilmu saya pun masih kurang
dan ini soal akidah, risau melunturkan iman. Apa jawapan dan pendpt
abg?. Berharap utk mendengar pandangan org yg lebih berilmu.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Secara
sederhana, saya simpulkan soalan di atas kepada tiga bentuk soalan.
Pertama ‘Kenapa Allah tidak membantu menyelamatkan manusia dari
penindasan?’. Kedua ‘ Kenapa Allah tidak mengabulkan doa?’, Ketiga ‘Benarkah Allah itu wujud?’
Saya menjawab dalam gaya bahasa seolah saya berinteraksi langsung dengan tuan empunya masalah.
Hukum sebab dan akibat
Sesuatu yang
terjadi telah ditentukan oleh Allah SWT. Apa yang ditentukan oleh Allah
SWT pasti terjadi. Kita beriman bahawa sebelum Allah SWT mencipta semua
makhluk dan alam ini, Allah terlebih dahulu menulis segala takdir,
sistem, undang-undang atau sunnahNya untuk kehidupan alam ini.
Memahaminya adalah satu kewajiban syar`ie.
Tetapi Allah
tidak membuatkan sesuatu terjadi seperti ahli silap mata. Allah
menetapkan akibat dari suatu sebab. Sebagai contoh, apa gunanya
Rasulullah SAW bersusah payah berdakwah sampai dicerca, dicederakan.
Apalah gunanya sahabat syahid pada perang Uhud dan lain lain sedangkan
kemenangan Islam pada Fath Mekah telah tertulis oleh Allah SWT lama
dahulu. Sekali lagi, sebuah AKIBAT yang Allah tidak memberinya secara
PERCUMA, Allah mahu menunjukkan SEBAB. Natijah dari sebab keikhlasan,
pengorbanan dan kesungguhan, maka Allah memberikan kemenangan.
Sepinggan nasi
yang terpampang di depan mata adalah rezeki kita, tetapi nasi itu tidak
akan meloncat masuk ke mulut. Allah menhendaki kita menyuapnya. Menyuap
itu adalah sebab dan akibatnya kita dapat makan nasi.
“Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri
yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”( QS 13:11)
Anda lancang bertanya, apa yang Allah lakukan, tetapi tidak bertanya apa yang anda lakukan?.
Allah berkuasa atas segalanya
Allah memiliki
kuasa mencipta sesuatu apa sahaja `iradahNya’ dengan kata “Kun” maka
“iradahNya” itu akan jadi sebagaimana Dia Mahu.
Contohnya, ketika api nyalaan Namrud menjulang membakar Ibrahim a.s. Allah berfirman kepada Api : “ Jadilah kamu sejuk dan selamat kepada Ibrahim (QS 21:69)” lalu api itu menjadi sejuk dan Ibrahim pun selamat..
Namun Allah
menciptakan alam dunia ini untuk menguji manusia. Ujian ini menuntut
manusia berusaha dengan daya kekuatan yang dianugerahkan Allah kepada
mereka berpandukan wahyu Allah melalui qudwah para nabi dan rasul.
Kita beriman
bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, bebas melakukan apa
sahaja yang Dia mahu. Allah mampu melakukan perkara mukjizat yang di
luar kebiasaan undang-undang yang telah ditentukanNya sendiri jika dia
mahu melakukannya.
Namun, sebagai
manusia yang hidup di dunia ini kita diuji oleh Allah dengan
tanggungjawab menguruskan dunia, mentadbir, membangun, memakmurkannya
dan terikat dengan sunnatullah dan undang-undang yang telah ditentukan
Allah pada kehidupan ini.
Kita tidak seharusnya mempertikaikan apa yang Allah takdirkan. Petikaikan diri kita, apa yang kita lakukan.
Allah membalas berdasarkan USAHA bukan HASIL
Anda bertanya,
kenapa Palestin masih tak tertolongkan. Sekali lagi, anda bertanya
Allah, kenapa tak tolong Palestin, tapi anda lupa bertanya diri anda
sendiri, apa yang telah anda perbuat dan bantu rakyat Palestin?
Saya adalah
aktivis Palestin. Saya kerap memberi ceramah kepada orang ramai tentang
Palestin. Saya sedarkan mereka tentang kepentingan boikot, nasib rakyat
Palestin yang ditindas. Saya melihat air mata kesedaran tumpah pada mata
orang yang mendengar ceramah saya.
Tapi, sampai
saat ini, Palestin belum terbebas sepenuhnya. Israel masih lagi rakus
menabrak rumah rumah di Palestin. Tetap rakus merogol dan menodai anak
anak Palestin. Saya ingin bertanya, adakah dengan sebab Palestin masih
dijajah, saya tidak layak mendapat pahala dari Allah SWT?
Tentu tidak!
Selagi saya ikhlas, Allah akan memberi pahala pada saya, Insya Allah.
Allah tidak akan pernah menanyakan pada saya, kenapa sampai sekarang
Palestin masih di jajah?, Allah akan bertanya pada saya, apa yang kamu
buat untuk bantu rakyat Palestin. Dan alhamdulillah, sekurang kurangnya
saya ada jawapan. Bagaimana dengan anda?Apakah apabila ditanya di
akhirat kelak, apa yang anda perbuat untuk bantu rakyat Palestin?, anda
kembali menjawab.’ Jangan tanya saya, tanyalah ‘diri’ anda sendiri, apa
yang anda perbuat, wahai Allah?!
Allah menghitung berdasarkan usaha, bukan hasil.
“Katakanlah, “Beramallah, dan Allah pasti akan melihat amalan
kamu, dan rasul-Nya, dan orang orang beriman, dan kamu akan
dikembalikan kepada Nya, yang tahu yang ghaib dan yang nampak, dan Dia
memberitahu kamu apa yang telah kamu buat ( QS 9:105)
Anda
mengatakan Allah itu tidak adil? Keadilan Allah tidak sama neracanya
dengan keadilan makhluk. Di mata manusia, Sumayyah yang disiksa dengan
kejam oleh kafir Qurais dianggap tidak adil kerana dia orang beriman. Di
mata manusia, Rasulullah SAW yang di hujani batu mungkin tidak adil
kerana dia adalah orang yang paling dikasihi Allah SWT.
Apa neraca adil anda?
Neraca adil
orang beriman adalah ‘meletakkan sesuatu pada tempatnya’. Rasulullah SAW
diperlakukan sedemikian sebagai bukti bahawa orang yang berjuang perlu
berkorban. Ganjarannya, Allah balas di syurga nanti. Itu keyakinan orang
beriman.
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. (QS Al-Baqarah,2:82)
Doa yang tidak di makbulkan
Anda lancang
menyalahkan Allah kerana Allah tidak mengabulkan doa anda. Kononnya anda
telah berdoa bersungguh sungguh. Saya ingin bertanya
Adakah doa anda lebih hebat dari doa ibunya Maryam a.s?
Mungkin anda
pernah terbaca kisah ibunya Maryam a.s, isteri Imran ketika beliau
sangat menginginkan anak, dan Allah anugerahkan kepada beliau seorang
anak di dalam rahimnya, dengan tersangat gembiranya beliau berdoa dan
bernazar
(Ingatlah)
takkala bermohon isteri Imran: YaTuhanku! Sesungguhnya aku telah
bernazar (anak) yang dalam perutku ini akan diperhambakan kepada
Engkau. Sebab itu terimalah daripadaku. Sesungguhnya Engkau adalah Maha
Pendengar, lagi Mengetahui (3:35)
Doanya adalah
anak yang akan lahir nanti, akan jadi pengabdi Baitul Maqdis. Dia
menginginkan anak laki laki. Sekiranya lahir anaknya nanti, maka akan
diserahkannya menjadi abdi Tuhan, menyelenggarakan Baitul Maqdis, kerana
di antara keluarganya sendiripun ada yang menjadi penyelenggara rumah
suci itu, yaitu Nabi Zakaria a.s.
Tidak lama kemudian,
Lahirlah
zuriat yang dinantikan, TETAPI, anak yang lahir ini perempuan bukannya
lelaki, jadi bagaimana mahu menjadi penyelenggara baitul maqdis,
tambahan lagi ada hari hari yang wanita tidak dapat melakukan ibadah
seperti lelaki. Maka isteri Imran pun mengadu kepada tuhan
Maka
tatkala telah dilahirkannya dia, diapun berkata: Tuhanku, sesungguhnya
aku telah melahirkannya perempuan. Padahal Allah terlebih mengetahui
apa yang dilahirkannya itu. Dan tidaklah laki-laki seperti perempuan.
Dan aku telah menamainya Maryam, dan sesungguhnya aku
memper-lindungkannya dan keturunannya kepada Engkau, daripada syaitan
yang terkutuk (3:36)
Nah! Logiknya,
seakan akan Allah tidak mengabulkan permintaan ibunya Maryam a.s.
Justeru yang lahir perempuan, (Maryam) bukan seorang laki laki. Adakah
dia menyalahkan Allah?
Tidak! Allah
ada rencananya sendiri. Kemudian dari rahim Maryam, lahirlah manusia
agung. Isa a.s. Subhanallah!. Isa a.s bukan sahaja pengabdi baitul
maqdis tetapi rasul yang disanjungi.
Adakah anda
lebih bijak dari Allah. Apabila Allah tidak memperkenankan doa anda,
anda merasakan Allah telah menolak doa anda, padahal ilmu Allah itu
lebih hebat, jauh lebih hebat berbanding anda. Boleh jadi Allah simpan
dan menunggu saat yang tepat untuk mengabulkannya.
Tetapi, anda
begitu sombong merasakan yang anda lebih tahu dari Allah SWT. Terkadang,
kita menginginkan sesuatu yang kita rasakan baik, tetapi sebenarnya
tidak baik di ‘mata’ Allah SWT. Begitu juga sebaliknya. Allah meniginkan
sesuatu yang lebih baik pada anda
“Boleh
jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi
kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah),
Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak
mengetahuinya. (al-Baqarah:216)
Anda atau Allah yang lebih tahu?
Adakah Allah itu wujud?
Setelah saya terangkan hujah di atas, saya tidak tahu adakah anda masih mempertikaikan kewujudan Allah, Tuhan pencipta alam.
Saya menjawab
dengan jawapan sederhana. Saya tidak ingin membicarakan dalil dalil yang
panjang, walaupun dalilnya banyak sekali dalam Al Quran.
Setiap hari
anda melihat kereta. Banyak jenis kereta dengan pelbagai jenama. Adakah
kereta itu boleh terjadi sendiri tanpa ada yang menciptakannya?
Tentu tidak!
Siapa sahaja yang menciptakannya, akan menyiapkan buku manual yang
tersendiri untuk menggunakannya dan memastikan kereta itu selamat.
Apabila anda tidak mengikut aturannya, kereta anda akan binasa!
Nah, alam ini
lebih ‘complicated’! Ada sistem cakerawalanya yang teratur. Ada langit
yang berdiri tanpa tiang. Putaran bumi pada orbitnya yang tidak pernah
berhenti. Adakah, semua ini boleh terjadi dengan sendirinya tanpa ada
yang menciptakannya?, Mustahil!
Allah telah
menyiapkan semuanya dan Allah juga telah menyiapkan aturannya. Aturan
Allah ada pada buku manual Nya. Al Quran. Aplikasinya ada pada sunnah
para nabi dan rasul.
“Dan
Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah
perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah’, dan di
tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup.
Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang
Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui” (al Anaam 6: 73)
Kalau anda mahu selamat, kembalilah kepada manual yang sebenar. AL-QURAN dan HADIS.
Jangan menyalahkan tuhan!
Wallahua’lam
Creadit To : Ace
jawapan yang begitu meyakinkan..
terima kasih kerana berkongsi..