[18THN] Pensyarah Tangkap Pelajarnya Yang Sedang "Berdehem" Di Asrama Perempuan [18SX]

Thursday, September 29, 2011




















Difahamkan Gambar ini ditangkap oleh Pensyarah selepas menerima Aduan dari seorang pelajar yang juga merupakan kawan karibnya.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

[18thn] Pembentangan bertajuk “Eutanasia” [18sx]

Wednesday, September 28, 2011
Di petik dari blog..
KISAH KISAH DI INDONESIA

Kenangan Semasa Di UI Salemba – Siri 12 – Zalilah Manan


[Foto Hiasan semata-mata]

Semerbak harum wangian bunga mawar menerpa hidungku saat pintu dewan kuliah Obgin (obstetric dan ginekologi – perbidanan dan sakit puan) aku buka. Sebahagian besar rakan rakanku telah bersedia di tempat duduk masing-masing. Rapi, tampan dan manis. Masing-masing mengenakan kot putih yang biasanya kami pakai hanya bila berada di klinik atau wad hospital. Meja panjang di depan dewan kuliah siap dipasang alas meja putih bersih dengan sebuah vas kecil berisi tiga kuntum bunga ros merah diletakkan di hujung meja.

Nama Prof. Ratna Suprapti Samil adalah satu nama besar dan digeruni di department Obgin. Bertubuh sederhana, mempunyai wajah manis keibuan, ala-ala kacukan Belanda. Prof Samil terkenal dengan ketegasan dan ketinggian disiplinnya. Mahasiswa mesti sentiasa kemas, sentiasa focus, duduk tegak penuh perhatian, ruang kuliah mesti harum dan dihias cantik dengan tiga kuntum ros merah, tidak kurang atau lebih.
Topik umum matakuliah ajaran beliau ialah Etika Kedokteran. Mahasiswa akan membuat pembentangan, komentar, perbahasan dan beliau akan memberi rumusan terakhir. Agar kelihatan lebih berwibawa, kami biasanya telah berpakat dan berbincang terlebih dahulu tentang topik-topik, soalan serta jawapan yang akan dibentangkan sehingga beliau tidak berpeluang menimbulkan persoalan lain. Bagi kami semua, jangan sampai Prof. Samil yang bertanya soalan, jika itu terjadi, kami semua berisiko ditimpa masalah besar.

Hari itu kumpulanku yang terdiri dari Yanti sebagai speaker, aku komentator pertama, Sondang dan Ari komentator kedua dan ketiga akan menyampaikan pembentangan kertas kerja kami bertajuk “Eutanasia” yang bermaksud menghentikan bantuan atau membiar kematian tanpa menyebabkan kesakitan kepada pesakit kronik yang tidak ada harapan sembuh. Topik yang agak sukar diulas kerana melibatkan etika, hukum agama, norma-norma dan budaya setempat. Juga tidak banyak bahan rujukan dan kasus yang boleh dijadikan perbahasan. Kami mendapat topik secara undian, mungkin kumpulan kami kurang bernasib baik.

“Dinginnya tangan kamu.” Kata Sondang kepadaku ketika meraih tanganku saat aku mengambil tempat duduk disebelahnya di barisan paling hadapan.

“Sama aja seperti tanganku!” kata Sondang lagi sambil ketawa dan menggenggam erat tanganku. Aku ikut ketawa cuba menghilangkan perasaan gementar yang dirasakan.

“Tenang aja, kita kan punya speaker yang paling hebat. Prof Samil pasti akan kagum dengan kumpulan kita.” Sampuk Ari yang memang punya perawakan tenang dalam situasi apapun. Memang speaker kami Yanti adalah antara yang terbaik bukan hanya dalam kumpulan Obgin sekarang tapi dalam seluruh angkatan kami.

Pembentangan Yanti berlangsung lancar hingga ke akhir. Moderator seterusnya memanggilku untuk komentar. Memang tidak dapat dibayangkan betapa gementarnya aku waktu itu. Aku bangun kemudian sedikit menunduk ke arah Prof Samil yang kelihatan tersenyum.

“Sepertinya Prof Samil bersetuju dengan pembentangan kumpulan kami.” Aku berbisik kepada diriku sendiri.

Aku memulakan komentarku dengan memberi rujukan kepada sebuah artikel yang aku baca dari majalah Times. Prof Samil mendengar dengan penuh minat dan sangat berbangga dengan persoalan yang aku lontarkan, tambahan pula ia berdasarkan petikan dari majalah bahasa inggeris ternama. Rupa-rupanya beliau sangat menggalakkan mahasiswa memperluaskan wawasan dengan membaca bahan lain selain yang berkaitan medical. Hanya kerana secebis atikel yang pada mulanya aku cuba gunakan dengan niat berlagak, tiba-tiba aku mendapat pujian segunung. Kumpulanku pula mendapat markah presentasi tertinggi dan dua orang komentator lain terselamat dari disidang oleh beliau. Nasib kumpulan yang tadinya kami fikir kurang baik ternyata berubah.

Romantika menjadi ibu
[Cuma Foto Hiasan]

Unit obgin sudah barang tentu memerlukan kami melakukan praktikal. Seperti unit-unit lain, kami perlu bertugas di klinik dan wad. Kami perlu menyambut kelahiran 30 orang bayi, mengikut 10 pembedahan kelahiran dan 10 pembedahan sakit puan dalam masa tiga bulan yang diperuntukkan.
Aku masih ingat bagaimana aku terketar-ketar menyarungkan sarung tangan ketika akan menyambut kelahiran bayi kes pertama aku. Aku telah memantau pasien ini sejak lebih enam jam yang lalu. Bermula dari wad biasa, kini sudah dipindah ke bilik bersalin. Perutku ikut-ikutan sakit demi melihat perut pasien yang sebentar-sebentar mengeras dan menegang kemudian menghilang, kemudian mengeras lagi.
Sekali sekala aku memantau bunyi jantung janin. Si ibu kadangkala gelisah, kadangkala terlihat pasrah. Berpusing ke kanan tidak kena, ke kiri juga tidak selesa, terlentang lebih lagi, serba tidak menyenangkan. Suntikan yang telah diberikan juga sepertinya tidak membawa apa-apa kesan. Sungguh aku simpati tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. “Itulah romantika menjadi ibu.” Aku berbisik kepada diri sendiri.

Peluh memercik di dahi ibu muda itu yang akan melahirkan anak sulungnya. Entah kerana kesakitan yang datang pergi yang telah ditanggung sejak berjam-jam yang lalu atau entah kerana panik memikirkan akan dibantu oleh seorang mahasiswa yang praktikal buat pertama kali. Walau aku juga gementar, aku cuba menunjukkan wajah penuh simpati dan memberikan keyakinan bahawa aku akan membantu pasienku itu sebaik mungkin.

Inilah saat yang dinanti-nantikan, aku lantas mencapai gunting yang telah tersedia sambil membayangkan gambarajah di dalam buku teks lalu ‘krruupp’ aku membuat guntingan di tempat yang tadi telah aku suntikkan ubat bius. Darah yang memercik dari luka guntingan membuat aku mengelabah seketika, namun setelah mengingat itu adalah keadaan natural bagi sesebuah luka, aku bertenang semula.

Aku terus memberi kata-kata semangat kepada pasienku yang sudah keletihan. Sewaktu-waktu menyuruhnya beristirehat sebentar semasa perutnya tiada kontraksi. Apabila kepala bayi semakin jelas kelihatan...
“Satu, dua, tiga…ngedannn buu!!!” Dengan sepenuh tenaga, seluruh kepala bayi kini sudah keluar. Aku cepat-cepat mengesat hidung, mulut dan mata bayi dari basahan air ketuban. Sekali lagi dengan kerjasama si ibu, aku menarik kepala bayi kearah bawah dan atas bagi mengeluarkan bahu yang disusuli badan dan seluruh anggotanya. Bayi pertamaku berjaya dilahirkan.

Perlahan-lahan bayi aku letakkan di atas perut ibunya yang sudah dilapisi kain balutan bayi. Aku terus mencapai klem dan mengepit tali pusat bayi di dua tempat. Bahagian berdekatan pusat aku ikat dengan seutas benang tebal dengan kemas. “kruupp” sekali lagi aku menggunting, kini tali pusat dengan sebilah gunting khusus yang kelihatan seperti paruh burung nuri.

“Kueekk!, kueek!...” tangisan bayi yang kuat dan nyaring merupakan petanda bayi sihat dan tiada masalah. Walau tanganku masih sedikit menggigil, aku mengangkat bayi kecil itu untuk di tunjukkan kepada si ibu bagi pengesahan jantina bayi. Pergelangan tangan bayi kemudian dipasangkan tanda nama yang mempunyai nama dan nombor pendaftaran serupa dengan ibunya.

Bayi dilap kering lalu dibungkus dan diserahkan kepada si ibu. Terpancar kegembiraan di wajah si ibu, air jernih tergenang dikelopak mata. Tidak lagi si ibu ingat akan kesakitannya tadi, tidak lagi si ibu peduli lukanya masih berdarah dan belum dijahit. Segala galanya tertumpu kepada si bayi, mau diselesakan, mau disusukan, sedang bayinya dengan bijak memulakan penyusuan pertama. Itulah saat paling indah dalam sebuah kelahiran. ‘Bonding’ anak dan ibu.

Tugas aku belum selesai, masih perlu melahirkan uri atau plasenta, masih perlu menutup kembali luka dari guntingan yang aku buat tadi, masih perlu memantau keadaan si ibu dan tentunya menulis laporan lengkap tentang kelahiran itu.

Hilanglah sebahagian keberkatan seorang anak setelah ibunya tiada. Berbaktilah dan sayangilah ibu anda selagi mereka masih ada….Ibu, permulaan kita semua…

Creadit To :  lokman
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kisah isteri suami dan cermin

Tuesday, September 27, 2011
 
Artikel dari :  eVa


Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari.. tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu.. Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya..

Bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya.. Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu..

dia ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya.. Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu.. Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.
Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak..

Isteri: Apsal mak ketawa?..
Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin
lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

Creadit To :  Amaini
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Doa Untuk Merawat Kesedihan


“Malam adalah masa untuk bersedih..” Tulisan ini membuatkan saya terfikir.
Adakah hari-hari kita harus dilalui bersama perasaan sedih berpanjangan? Apakah takdir ini terbeban ke atas kita sepanjang masa?

Saya yakin, setiap insan di dunia ini pasti pernah merasainya. Kita sedih kerana diperlakukan sesuatu tanpa kerelaan, ditengking, dimarahi, diejek dan dikeji, dihinakan, atau mendapat sesuatu musibah tak dijangka misalnya kematian, kesusahan, kegagalan hidup,  sukar mendapat jodoh, kesakitan serta pelbagai rona-rona rasa yang lainnya. Semangat terus lumpuh ke tahap terkebawah.

Ketika saat itu juga, hati kita menjadi rawan berpanjangan, emosi meruntun hiba, sedih bersangatan. Lalu termenung sendiri sambil menyeka air mata yang berjujuran. Air yang dihirup tidak lagi dirasa lazat, tetapi umpama duri-duri yang bercerucuk di kerongkongan. Diri lantas dipersalahkan, bahkan rasa sesal menjadi manusia bermain-main di kotak minda.
Sedangkan Allah SWT telah berfirman:
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”
“Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)
Bagi yang tidak kuat pegangan agamanya, lemah imannya, maka jalan terakhir ialah dengan cara bunuh diri. Nauzubillahhi minzalik. Pada hematnya, cara ini mampu mengurangkan tekanan yang dialami.
Tidak! Kenyataan ini tidak benar sama sekali. Bukan caranya kita bersedih lalu berusaha menjauh diri dari Ilahi atau menempah pintu-pintu neraka.

ADA PENAWARNYA
Setiap penyakit ada penawarnya, kecuali bila ajal mula mendekati – tiada penawar lagi. Justeru, indahnya Islam kerana di sana letaknya tegahan tetapi ada suruhan (bimbingan), adanya penyakit turut bersamanya penawar.

Kerana itu sahabat Baginda apabila merasa runsing dan bersedih hati, mereka langsung mendapatkan motivasi dari Rasulullah SAW agar pencerahan kembara Ilahi jelas tanpa was-was. Mereka segera kembali kepada jalan al-Quran dan Sunnah bukan mengikut telunjuk hati yang rawan ataupun syaitan yang membisikkan kenistaan.

Ayuh! Usahlah terus bersedih, bangkitlah.. jangan jadi orang ‘kalah’ lagi. Hamparkan sejadah, lalu bertawajuh dan menadahkan tangan memohon bantuan dari-Nya. Engkau tidak keseorangan.
Di bawah ini saya selitkan doa merawat kesedihan, cubalah baca dan amalkan.
Terdapat di dalam musnad Imam Ahmad dan sohih Ibnu Hibban, daripada  Abdullah Ibnu Mas’ud r.a bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah bersabda:


“Tidaklah sama sekali berkata mana-mana hamba apabila dia dilanda kebimbangan (tentang perkara akan datang) atau kesedihan (merujuk perkara yang telah berlalu); (dengan cara berdoa sebagaimana berikut):
Maksud doa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku hamba-Mu, juga anak hamba lelaki-Mu (ayahku) dan anak hamba perempuan-Mu (ibuku). Dahiku berada di tangan-Mu (Engkau bebas mengawal dan menentukan arahnya; kebaikan atau keburukan yang ditujunya). Sudah berlalu pada diriku keputusan-Mu. Sememangnya adil buat diriku (apa jua) ketentuan-Mu.
(Justeru), aku memohon kepada-Mu dengan semua nama yang selayaknya buat-Mu; yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau yang Engkau turunkannya dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkannya kepada salah seorang daripada makhluk-Mu (Nabi Muhammad SAW) atau yang Engkau (sengaja) sembunyikan tentangnya di alam ghaib di sisi-Mu..
Supaya Engkau jadikan al-Quran sebagai musim bunga (berasa tenteram dalam) hatiku, cahaya di dadaku, keluar daripada (belenggu) kesedihan, dan penghilang kebimbanganku.”
Sambungan hadis Baginda SAW:
“Melainkan pasti Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung menghilangkan kebimbangannya dan menggantikan buatnya tempat kesedihan tersebut dengan kegembiraan.”
Mereka (para sahabat r.a) berkata: “Wahai Rasulullah! Semestinya ke atas kami mempelajari bilah-bilah kata ini.”
Nabi menegaskan: “Benar! (Bukan setakat kamu; bahkan) semestinya kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya perlu mempelajarinya.”
Janganlah bersedih wahai jiwa, sekiranya engkau beriman kepada Allah SWT, percaya kepada ketentuan qada’ dan qadarnya – hikmah tersembunyi. Jangalah bersedih wahai jiwa yang tenang, kerana bersangatan sedih itu membuatkan dirimu dinodai Syaitan. Janganlah bersedih wahai jiwa yang lara, kerana bersama engkau ialah Tuhan Yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya.
Ingatlah, Allah Yang Satu itulah yang mengobarkan kemenangan insan terdahulu, yang mengatur urusan manusia sebelum-sebelumnya. Malah ada urusan mereka lebih sulit dari kita. Selalulah bersyukur dan mengingati Allah SWT.

La tansa zikrullah.
Nah, lekas hilangkan airmata dukamu beriringan penawar tersedia!

Nur Yasmin -  Artikel ini di post oleh : faridrashid. Cuba dan Amalkan 


Artikel Yang BerKenaan : 

Doa Untuk Orang BerCinta
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed