Home » » Ahli arkeologi Menemui Mesin Berusia 400 juta tahun di Russia. Home » » Ahli arkeologi Menemui Mesin Berusia 400 juta tahun di Russia.

Ahli arkeologi Menemui Mesin Berusia 400 juta tahun di Russia.

Tuesday, July 31, 2012

Mengejutkan.. ahli arkeologi daripada University of St. Petersburg menjumpai fosil aneh yang menyerupai sebuah mesin di kawasan pedalaman di semenanjung Kamchatka, 200 km daripada Tigil. Menurut salah seorang daripada ahli arkeologi tersebut, Yuri Golubev, penemuan tersebut mengejut saintis-saintis lain. Artifak tersebut dipercayai berusia 400 juta tahun yang lampau.!
Penemuan fosil dan artifak di kawasan tersebut bukan kali pertama, sebelum ini, terdapat banyak penemuan artifak-artifak purba di kawasan tersebut. Namun, untuk kesekian kalinya, penemuan untuk kali ini sangat aneh dan mengejut. Artifak tersebut menyerupai sebuah alat mekanikal yang kebiasaannya diletakkan di dalam jam atau sistem berkomputer.


Penemuan tersebut sebenarnya bermula apabila seorang pendaki menghubungi jabatan arkeologi setelah menjumpai satu anomali pelik pada sebuah batu. Para arkeologi bergegas ke tempat tersebut dan menyekat kawasan tersebut setelah masyarakat mula menyedari terdapat penemuan aneh di kawasan tersebut. Saintis daripada Amerika Syarikat melakukan kajian dan mengesahkan ia adalah sebahagian daripada mesin.

 

Saintis mulai bingung apabila penemuan tersebut menunjukkan tarikh yang langsung tidak masuk akal. Pada anggapan saintis, pada 400 juta tahun yang lampau, kehidupan di dunia adalah kehidupan yang cukup ringkas. Organisma paling lengkap belum lagi wujud. Sebelum ini, pada 1901, sekumpulan penyelam lautan dalam telah menemui satu fosil purba menyerupai mesin mekanikal di sebuah kepulauan yang dikenali Antikythera. Penemuan tersebut sangat mengejut apabila saintis menyatakan ia berusia sekurang-kurangnya 150-100 sebelum masihi. Artifak tersebut dikenali pada hari ini sebagai Antikythera Mechanism.

kredit takusahrisau.wordpress.com
di salin dari AceScripters
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Post a Comment

Jihad Al-Quran

0 comments: