Home » » Dibunuh kerana terlalu cerdik Home » » Dibunuh kerana terlalu cerdik

Dibunuh kerana terlalu cerdik

Tuesday, July 31, 2012

Tokoh-tokoh di bawah adalah insan genius, tapi malang kebijaksanaan itu dipandang songsang oleh segelintir manusia yang singkat akalnya. Hanya kerana idea-idea baru mereka bercanggahan dengan pemikiran ortodok pada zaman tersebut,cendekiawan-cendekiawan itu difitnahkan sebagai sesat, merosakkan akal fikiran anak-anak muda dan mengancam keselamatan manusia. Akibatnya, mereka dikeji, hidup merana, dibuang negeri,dipenjara dan dihukum mati. Siapakah cendekiawan-cendekiawan itu? Antaranya........


1) ANAXAGORAS:
Lahir sekitar 500 sebelum masihi di Clazomenae, Asia Minor. Tokoh astronomi dan Matematik Greek ini dihadapkan ke pengadilan kerana mengatakan matahari adalah seketul batu merah yang panas manakala bulan pula dibuat daripada bahan yang sama yang ada di bumi.

Golongan agama pada zaman itu makin marah apabila Anaxagoras mengatakan gerhana dan pelangi adalah logam yang panas menyala-nyala manakala syurga itu terhasil daripada ketulan batu yang tercampak dari bumi ketika ia sedang berputar ligat.

Teori-teori barunya mengenai alam maya ini tidak dapat diterima oleh golongan agama, lalu mereka menekan anaxagoras supaya menarik baik idea-idea tersebut. Orang-orang yang rapat dengan ahli astronomi itu juga diserang bagi ke lemahkan semangat anaxagoras.

Akhirnya, anaxagoras ditangkap kemudian dihalau keluar dari athens. Beliau mati pada 428SM di Lampsacus.


2) PROTAGORAS (490-420 SM);
Ahli falsafah Greek ini mengemukakan pelbagai idea baru, paling terkenal ialah teori relatifnya. Antara lain beliau mengatakan manusia adalah ukuran kepada segala-galanya. Kalau benar, benarlah segala-galanya. Kalau salah, salahlah segala-galanya.pandangan subjektif itu masih masih boleh diterima masyarakat, tapi apabila beliau mengatakan manusia itu tidak mampu untuk menjelaskan sama ada Tuhan itu wujud atau tidak, golongan agama terus naik angin.

protagoras lalu ditangkap dan dibicarakan di Athens atas dakwaan sesat. Tidak cukup dengan itu, bukunya dibakar di depan awam. Cendekiawan tersebut mati apabila kapalnya karam ketika melarikan diri dari Athens.

Pertelagahan semakin hangat apabila Hypatia menulis dalam bukunya, "semua agama dogma yang ada di dunia ini adalah salah dan bohong, ia tidak sepatutnya diterima oleh manusia yang berakal waras dan punya harga diri".

Ketika perselisihan pendapat itu semakin tegang, Hypatia mengajak orang ramai mempertahankan hak mereka untuk berfikir dan membuat pertimbangan. Gereja melihat suaranya itu sebagai menggalakkan lagi masyarakat menolak Kristian.

Suatu hari, sekumpulan paderi Kristian menangkap Hypatia. Wanita itu dipukul kemudian diheret ke gereja, lalu kulit dan dagingnya disiat-siat dengan batu tajam. Beberapa orang lagi mengelar-ngelar badan Hypatia dengan kulit tiram tanpa menghiraukan jeritan dan tangisannya. Darah membasahi perkarangan gereja, cebisan daging bertaburan di merata tempat. Mayat Hypatia kemudian dihumban ke dalam api diiringi sorakan dan tepukan.


3) COPERNICUS (1473 - 1543):
Lahir di Poland,Copernicus sebenarnya ahli matematik. Namun hobinya memerhatikan cakerawala semasa menjadi pendaftar hukum-hukum gereja di Frauenberg menyebabkan beliau terkenal dalam bidang astronomi moden.

Hasil pemerhatiannya, Copernicus memulakan idea matahari adalah pusat cakerawala,bukannya bumi seperti yang dipercayai oleh manusia sejak sekian lama. Kata Copernicus, bumi ini berpusing dan pusingan itu lengkap dalam tempoh sehari.ndalam masa yang sama bumi beredar mengelilingi matahari dan pusingan itu lengkap dalam masa setahun. Bulan pula berpusing mengelilingi bumi.

Pihak gereja terus melenting kerana mereka berpegang kepada ekori Ptolemic iaitu bumilah yang menjadi pusat cakerawala dan alam maya ini dibungkus oleh satu lapisan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Menyedari ideanya yang melawan tradisi, Copernicus enggan menerbitkan buah fikirannya itu. Copernicus tahu, kalau idea itu diterbitkan,dia pasti mendapat bala. Hanya ketika usianya sudah renta, barulah anak murid beliau, George Rheticus berjaya memujuk Copernicus menerima salinan pertama buku tersebut hanya beberapa jam sebelum meninggal dunia.


4) GIORDANO BRUNO (1548 - 1600):
Saintis Itali ini bertanggungjawab mengetengahkan idea Copernicus bahawa alam semesta ini tiada batas sempadan dan terdapat alam-alam lain yang dihuni oleh makhluk selain manusia. Dia mengembara ke seluruh Eropah, tapi bukan saja ditertawakan, malah dianggap sesat dan anti-Kristian.

Selepas 15 tahun mengembara, Bruno kembali ke negaranya. Sampai di Venice, seorang pemuda bernama Mocegino mengajak Bruno tinggal di rumahnya. Rupa-rupanya ia satu perangkap! Bruno ditangkap lalu dihadapkan ke pengadilan. Sejak 1593 hingga 1600, Bruno dikurung di Penjara Papal, Rome. Selama lapan tahun itu pihak gereja memaksa Bruno menarik balik idea-ideanya yang bercanggahan dengan dogma Kristian.

Biarpun dipaksa san berkali-kali di beri peluang, Bruno tetap enggan. Sebagai hukuman dia disalib, seterusnya dibakar hidup-hidup. Semasa perbicaraan Bruno ada berkata, " mungkin kamu, Yang Arif, mengumumkan keputusan ini dengan perasaan takut, melebihi ketakutan yang sepatutnya dialami oleh orang yang menerimanya".


5) GALILEO (1564 - 1642):
Beliau dianggap bapa sains moden dan memajukan bidang astronomi sebagai salah satu bidang utara dalam dunia sains. Galileo adalah manusia pertama yang mengkaji teori-teori sains menggunakan kaedah saintifik dan paling klasik, menemukan planet menggunakan teleskop. Galileo mendapati ada empat butir bulan mengelilingi Jupiter dan ini mengukuhkan lagi idea Copernicus tentang alam semesta - matahari adalah pusat cakerawala, bukannya bumi. Juga, bulan mengelilingi bumi manakala bumi mengelilingi matahari bersama planet-planet lain.

Pihak gereja melenting lagi kerana ia mencabar pegangan mereka bahawa bumilah pusat alam semesta. Akibatnya, Galileo ditangkap dan dipaksa menandatangani satu dokumen menarik balik idea tersebut. Dia dibawa ke sebuah bilik gelap lalu ditunjukkan alat-alat menakutkan yang digunakan untuk menyeksa tahanan.
"engkau boleh bayangkan apa yang akan berlaku kalau engkau tak mau menandatangani dokumen ini!!" kata seorang pegawai gereja.

Galileo yang ketika itu berusia 70 tahun, mendiamkan diri. Dia masih teguh dengan ideanya tapi demi nyawa, terpaksa juga menandatangani dokumen tersebut. Saintis itu kemudian ditahan dalam rumah selama beberapa tahun hingga meninggal dunia. Bukan itu saja, hajat Galileo untuk di kebumikan di perkuburan keluarganya di Basilica Santa Croce dinafikan pihak gereja.

Hanya pada 1737 barulah keranda yang menyimpan mayatnya itu dibongkar dari sebuah perkuburan di Florence lalu di kebumikan dalam gereja. Pada 31 Oktober 1992, iaitu 350 tahun selepas kematiannya, Pope John Paul II membuat kenyataan umum meminta maaf di atas kesilapan yang dilakukan oleh golongan-golongan agama terhadap Galileo.

"kes Galileo sudah berakhir",kata Pope John Paul II tanpa mengaku bahawa salah menghukum Galileo sebagai sesat hanya kerana dia mengatakan bumi beredar mengelilingi matahari!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Post a Comment

Jihad Al-Quran

0 comments: