Home » » Nombor Talian Allah adalah : 24434 Home » » Nombor Talian Allah adalah : 24434

Nombor Talian Allah adalah : 24434

Monday, June 27, 2011
Bayangkan bila pada saat kita berdoa kita mendengar ini:
"Terima kasih, Anda telah menghubungi Rumah Allah ". Pilihlah salah satu:
* Tekan 1 untuk 'meminta'.
* Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
* Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
* Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau, bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Bolekah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:
"Jika Anda mahu berbicara dengan Malaikat:
Jibril, tekan 1.
Mikail, tekan 2.
Dengan malaikat lainnya, tekan 3.
Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu, tekan 4.
"Untuk jawab pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka, silahkan tunggu sampai Anda tiba disini!!"

Atau boleh juga Anda mendengar ini :
"Komputer kami menunjukkan bahawa Anda telah menelefon kami satu kali hari ini, Silakan cuba hubungi kembali esok hari."
"pejabat ini ditutup pada hari minggu. Sila telefon kembali hari isnin setelah pukul 9 pagi."

Alhamdulillah, Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat telefon setiap saat!!!
Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila masa saja dan Dia mendengar Anda.
Kerana bila memanggil Allah, Anda tidak akan pernah mendapat nada sibuk.
Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.

Ketika Anda memanggil, gunakan nombor utama ini ye: 24434

2 : solat Subuh

4 : solat Zuhur

4 : solat Ashar

3 : solat Maghrib

4 : solat Isya

Info selengkapnya ada di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadits Rasul"
Langsung hubungi, tanpa Operator tanpa Perantara, dan tanpa bayaran.

Nombor 24434 ini memiliki jumlah saluran penting yang tak terbatas dan seluruhnya dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365@366 hari setahun !! Berapa juta manusia di bumi termasuk kita yang pada saat bersama memerlukan untuk menghubungi-Nya!!

Sama2 kita muhasabah diri..
 creadit to : Nurmujahiddah Solehah
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Post a Comment

Jihad Al-Quran

0 comments: