Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Satu
hari, akibat keletihan yang amat sangat, Syeikh Abdul Qadir al-Jilani
hampir terlewat bangun subuh walaupun waktu subuh hampir tiba. Melihat
keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit
ibu jari kaki Syeikh Abdul Kadir.
Syeikh
Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu Subuh baru sahaja masuk. Dalam
pandangan mata hatinya, Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor
kucing itu.
“Mengapa kau kejutkan aku untuk solat Subuh, padahal kau amat benci pada orang yang solat?”
“Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun Subuh,” jawab syaitan.
Kehairanan, Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya, “Kenapa?”
Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah.
“Aku
takut jika kau terlewat untuk solat Subuh, kau akan menampung kelewatan
itu dengan amalan-amalan yang lain yang lebih banyak dan lebih serius,” kata syaitan.
Tambah syaitan itu lagi, “Kau
akan bersedekah. Kau akan membantu orang lain. Kau akan mengajar lebih
lama. Kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang
sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawanku pula akan bertambah
susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi, lebih baik kamu
solat Subuh tepat pada waktunya, dan kami tidak akan terpaksa
menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti!”
PENGAJARAN:
Begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia.
Dia bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat tetapi dia arif juga
tentang keutamaan amal.
Sumber: Majalah Solusi Isu 23
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani |
Post a Comment
Jihad Al-Quran
0 comments: