[18SX] Antara Temubual Seorang Kaunseling Dengan Seorang Perogol [18TAHUN]

Friday, July 8, 2011
Ini adalah sesi soal jawab rahsia
rahsia makhluk yang tinggi egonya
rahsia hati seorang yang mengaku jejaka
inilah rahsia lelaki..Kaum Adam gelarannya!




Mari kita selongkar rahsia seorang perogol yang merogol pada kali pertama
kenapa dia ditemubual pula?
Kerana dia mengaku bukan daripada Kaum Hawa
bukan juga daripada kaum KERA
maka dia pun berjaya ditemubual akhirnya..








Kaunseling : 
Kenapa kamu merogol pada usia muda?
Kenapa tak tunggu tua?
Aku bertanya..

Perogol : 

Dia menjawab selamba
Bodoh punya soalan la!
Dah tua dah kena get ready nak mampos la
takkan tak tahu kewujudan neraka
takkan nak aku bagitahu seksa kubur itu memang nyata

Kaunseling : 


aku pun mengeluh pula dengan selamba
Fuhh..kenal juga ko seksa kubur dan neraka
habis yang ko pedajal anak dara orang tu ko ingat dapat pahala?


[ "dia menjawab dengan linangan air mata macho kononnya masih selamba" ]

Perogol : 
Errr..aku bukannya jenis jahat dan bernafsu kuda
tapi cuba ko bayangkan tiap-tiap hari aku kena seksa
tiap-tiap hari aku dikikis dan diganggu wanita

Kaunseling :

Aku dengan perasan serba tak kena
terus bertanya apa yang diKIKIS,diGANGGU dan diSEKSA wanita?
Perogol : 
Bengap sungguh laaaa!
Diorang tu lemah gemalai..suara pun manja..
lelaki berotot macam ko pun ada peluang ke diorang nak seksa?


[ "Warghhhhhhhhhhhhhh! Akhirnya si perogol jejaka tu naik gila Dengan muka merah membara dia pun melampiaskan amarahnya pada aku pula" ]

Perogol : 

Ko senang la cakap ko tak kena!
Ko tau tak aku ni dah la kerja driver bas tua
mak kena sawan babi ayah pulak kat hospital gila
yang tu aku mampu tahan lagi tapi yang satu bab ni aku terseksa
ko tahu kan Kaum Hawa sekarang suka pakai ikut main rembat
memang la lemah gemalai tapi seluar ngan baju tu bukan main singkat
memang la manja tapi dengan berpakaian sendat
mereka semua dengan kejam telah KIKIS, GANGGU, dan SEKSA aku punya jiwa aku dah la miskin tak berharta
memang dah dilayak digelar papa kedana
nak kahwin pada akhir zaman laaani punya la seksa
mas kahwin punya la mahal lagi mahal dari beribu ekor unta
hantaran pulak fulllamaaaakk kalah Ferrari punya harga
aku nak lampias nafsu kat mana??!!



 

Kaunseling : 
Err..sabar encik..sabar..bawak bertenang..apa maksud ko nak lampias nafsu kat mana?

Perogol : 

Ko taw tak wahai Zombie Insaf haaaa..
kerja aku tiap-tiap hari bawak bas tua
segala jenis Kaum Hawa aku tumpangkan dan aku bawa
dari budak tadika sampai la yang dah bekerja
tapi satu haprak pun pakaian taknak jaga!
Dedah sini sana!
MenDADA je kerjanya!
Kononnya tudung singkat tu tanda kiut la sangat!
Kononnya free hair tu tanda kita dah berjaya kalahkan Barat!
Diorang ni tak reti bahasa ke yang aku juga punya nafsu syahwat..
Diorang tak reti bahasa ke yang aku mudah stim tengok perempuan berbaju sendat..
Diorang tak kenal erti peribahasa " Tak kenal maka tak cinta " ke wahai si wanita berbaju sendat!

Kaunseling : 

Errr..jap..apa maksud peribahasa ko tu?

Perogol : 

Diorang membawa aku mengenal bentuk tubuhnya
aku tak payah pejam dah nampak saiz payudara
aku tak payah pejam dah nampak tali baju dalamnya
bukankah itu semua membawa aku MENGENALinya?

Lantas membuatkan aku jatuh CINTA akan keseksian tubuhnya?
setelah nafsu aku membuak-buak hingga tak terhingga
aku pun kembali ke rumah orang tua
minta kahwin dikata aku gataiii laa
minta kahwin dikata aku belum matang usia
minta kahwin dikata aku belum punya harta
mana aku nak lampias nafsu ni semua?!ARGHHHHHHH! Akhirnya...
kambing di belakang rumah pun menjadi mangsa
tapi malangnya jeritan kambing yang memang satu kampung bergema
membuatkan aku ditangkap dan didakwa di mahkamah dunia
belum lagi dibicarakan di akhirat sana..
aku dah taubat nasuha..
aku nak cuba ubah diri aku yang hina dina kepada seorang yang BERSIH dan bertakwa
tapi bila aku ditanya siapa yang bersalah maka aku akan menjawab penuh selamba "Salah korang la WAHAI WANITA..aku hanyalah satu daripada watak manusia jahat yang menjelma..akibat daripada ketidakpedulian korang terhadap RANGSANGAN yang Kaum kami harus terima..akibat godaan bertalu-talu daripada Kaum mu yang berpakaian SENDAT, KETAT dan PADAT!"

 Perogol : 
Kerana apa aku bagitahu korang aku tak tahan sampai tahap camni? sebab apa?? sebab...


KERANA AKU SEORANG LELAKI..

 


p/s : Pada pendapat korang..salah laki-laki ke perempuan? Entry ni adalah imaginasi yang berlakunya memanglah nyata!

p/s lagi : Bagi Zombie Insaf, dua-dua salah..yang laki gataii taknak tunduk pandangan..yang perempuan ni pulak meroyan nak tunjuk kekiutan badan..habis rosak dunia!









Sila REPORT Gambar Yang Di Post Oleh :

 

p/s lagi sekali : Yang mak bapak pulak apesal makin lama makin mahal wang hantaran? makin seksa dan menyusahkan jiwa muda yang bergelora tu nak berkahwin dan melangsungkan hubungan yang halal..jangan la terlalu dihalang..benda halal tu harap dipermudahkan la..ok? Hijab nk kawen ni! sape sudi jadi isteri hijab?? (hehe)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

TUTORIAL : Facebook Video Chat

Thursday, July 7, 2011
Salam.

Semalam aku sempat tengok video live (live streaming video) persembahan Mark Zuckerberg dalam pelancaran Facebook Video Chat. Streaming tu memakan masa lebih 1 jam kot. Oleh kerana tak larat nak tengok presentation Mark lama sangat, aku cuma tengok yang penting saja, Facebook-Skype Video Chat! Sebelum ni, aku pernah membuat artikel fasal ini (Facebook 'awesome'!) dan ternyata artikel aku itu terbukti benar.

Sebentar tadi aku berjaya install aplikasi tersebut di Facebook aku. Walau bagaimanapun, aku masih gagal membuat live video chat dengan rakan-rakan kerana rata-rata mereka masih tidak tahu bagaimana mahu buat video chat ini. Oleh kerana itu, dengan rasa bangganya aku mencipta artikel ini; bagaimana mahu install dan video chat di Facebook anda.

Hanya beberapa langkah mudah.

Pertama, klik link ini; https://www.facebook.com/videocalling dan terus klik "Get Started".

Kedua, pop-up window akan keluar dan anda hanya perlu download tanpa rasa ragu-ragu.

Ketiga, setelah selesai download, klik dua kali file yang telah anda download tadi untuk proses install. Pastikan anda tidak menutup browser anda.

Akhirnya, selepas selesai proses install, anda akan mendapati browser akan refresh Facebook dan chat anda akan automatik on (jika chat di-set off). Pilih salah seorang rakan anda pada senarai chat dan anda akan mendapati window chat berubah seperti gambar di bawah:

Untuk pertama kalinya, aku guna aplikasi Facebook terbaru ini. Tapi asih belum berjaya la.

Jadi, menjadi 'tugas' kita la menyebarkan berita gembira ini. Lepas ni, ramailah kawan-kawan kita bersembang sambil tengok muka masing-masing secara langsung (live)! Jangan lupa 'like' artikel ini kerana setiap yang anda 'like', artikel ini akan terus di-share ke Wall Facebook anda!

Creadit to :  Aduka
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Cerita Wang (Sifat Zahir dan Batin) - Bahagian 2

Monday, July 4, 2011


Apa itu wang? Satu soalan yang si bertanya akan dipandang sinis oleh yang ditanya. Walaupun manusia tahu apa itu wang tetapi boleh dikatakan majoriti tidak mengetahui apakah sebenarnya fungsi wang itu dan apakah ciri2 yang wajib ada pada wang tersebut untuk membolehkan ianya diterimapakai dengan tidak bercanggah baik dari segi moral mahupun dari segi keagamaan. Konsep wang itu sendiri disalah erti dan tidak diendahkan menyebabkan ianya menjadi "senjata" oleh mereka yang memahami dan mengawalnya untuk dimanipulasi lantas menghambakan manusia secara tanpa sedar, samada dengan cara membuatkan manusia itu cintakan wang (bertuankan wang) mahupun dengan menindas melalui aplikasi bunga/riba.

Manusia dahulu kala tidak tahu apa itu wang, ekonomi manusia dahulu kala berdasarkan konsep gotong royong yang mana mereka bekerjasama bertani atau memburu untuk mendapatkan makanan. Semuanya berjalan dengan konsep muhibah dan tolong menolong. "Stress" memikirkan wang atau duit tidak pada mereka seperti yang dialami oleh manusia zaman moden, mungkin sebab itu juga manusia dahulu boleh hidup beratus2 tahun lamanya seperti cerita didalam Al Quran (Al-Ankabut 29:14).

Apabila manusia semakin bertamadun, keperluan terhadap kepelbagaian keperluan dan kehendak, manusia berubah kepada sistem bertukar2 barang atau apa yang dipanggil sistem "barter", akan tetapi disebabkan terhad serta rumit untuk diaplikasikan didalam hidup yang semakin kompleks maka terciptalah wang atau duit yang mana ia digunakan untuk memudahkan pertukaran barang atau perkhidmatan. Pelbagai benda digunakan sebagai "medium of exchange" ini dari kulit siput, tamar, gandum dan beras hinggalah kepada logam bernilai seperti perak dan emas.

Fungsi Pertama Wang : Sebagai bahan perantaraan untuk pertukaran barangan atau perkhidmatan

Apabila wang dicipta sebagai bahan perantaraan untuk pertukaran barangan atau perkhidmatan, jika anda tidak punyai barangan atau perkhidmatan untuk diberikan kepada manusia lain, wajarkah wang boleh sampai ketangan anda? Ini satu hujah yang amat penting, saya akan kaitkan ianya selepas ini.

Apabila anda memohon pekerjaan, anda bertanya berapa gaji yang akan diberikan, apabila anda mahu membeli sesuatu barangan, anda bertanya berapa jumlah wang yang perlu dibayar untuk barangan tersebut. Jadi wang juga adalah unit ukuran untuk menilai sesuatu perkhidmatan atau barangan baik yang ingin diberikan atau diterima.

Fungsi Kedua Wang : Sebagai pengukur nilai barangan atau perkhidmatan

Anda bekerja penat lelah selama sebulan dan pada akhir bulan anda menerima gaji mengikut apa yang dijanjikan oleh majikan anda. Selepas tolak perbelanjaan hidup anda mempunyai lebihan wang untuk disimpan supaya wang tersebut boleh digunakan dikemudian hari. Jadi fungsi ketiga wang pula adalah sebagai penyimpan nilai. Bermakna penat lelah anda yang dibayar didalam bentuk wang kertas itu sepatutnya boleh menyimpan nilai penat lelah anda bekerja.

Fungsi Ketiga Wang : Sebagai penyimpan nilai.

Berdasarkan kepada ketiga2 fungsi wang diatas, adakah wang kertas yang kita gunakan selama ini menepati ciri2 tersebut? Jika kaji wang kertas dan juga sistem kewangan yang kita gunakan sekarang ini, untuk memenuhi fungsi pertama dan kedua tidak menjadi masaalah. Akan tetapi adakah fungsi yang ketiga iaitu sebagai penyimpan nilai dipenuhi oleh sistem wang sekarang?

Persoalan 1: Bolehkah wang kertas menyimpan nilai? (Zahir)

Wang yang disebut didalam Al Quran hanyalah dinar dan dirham, iaitu emas dan perak yang mana nilai wang itu sendiri ada pada wang itu sendiri. Ini menjamin akan kestabilan wang itu sendiri. Mengapa kita sering di”war-war” kan agar menyimpan wang di institusi yang menjamin pulangan lebih dari kadar inflasi? Jika tidak berbuat demikian wang kita akan lenyap dimakan oleh inflasi itu. Nampaknya wang pada zaman ini tidak lagi boleh menyimpan nilai. Adakah ini dibenarkan oleh Islam? Malah dari segi moral kemanusiaan itu sendiri ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan dibumi. Surah Ash-Shuara 26:183

Punca sebenar meningkatnya inflasi adalah sistem perbankan yang menggalakkan pemberian kredit dan pinjaman baik dari pinjaman rumah, kereta mahupun kad kredit, yang mana ia mencairkan nilai wang itu sendiri. Malah ciptaan bank itu sendiri adalah permulaan sistem perhambaan baru. Jika wang ringgit disandarkan kepada emas sekali pun, kita sebagai rakyat tidak boleh mengunjungi bank negara dan meminta diberi emas yang dikatakan sandaran kepada wang kertas tersebut.


Sebelum 1933, wang kertas Amerika masih boleh ditukarkan dengan emas seperti yang tertera pada muka depan wang tersebut, selepas dari itu wang kertas Amerika hanyalah dilabelkan sebagai “legal tender” yang mana jika dilihat pada wang ringgit tertera “sah diperlakukan”. Sistem kewangan kita ciptaan barat juga mengikut konsep wang kertas barat yang mana sebenarnya tidak mempunyai nilai tersimpan didalam nya. Inilah yang dikatakan oleh Nabi didalam hadisnya;

Abu Sa'id Al Khudri melapurkan Pesuruh Allah bersabda: Kamu akan melangkah mengikut laluan yang sama seperti mereka yang terdahulu sebelum kamu inci demi inci dan langkah demi langkah hinggakan jika mereka masuk kelubang cicak sekalipun, kamu akan tetap mengikut mereka. Kami bertanya: Pesuruh Allah, adakah kamu bermaksud Yahudi dan Kristian bagi "mereka yang terdahulu" itu? Baginda bersabda: Siapa lagi selain dari mereka? Sahih Muslim

Sistem kewangan moden ciptaan barat menggunakan wang kertas ini sebenarnya adalah satu bentuk ‘riba” halus yang terselindung dan tidak boleh dilihat baik oleh kebanyakan pemimpin apatah lagi rakyat, ia sudah menjadi suatu norma kehidupan bagi semua golongan manusia bak sabda Nabi

Diceritakan oleh Abu Hurairah: Nabi (SAW) bersabda: Akan datang suatu ketika kepada umat manusia bilamana hanya penerima riba sahaja yang tinggal, dan jika manusia itu berkata dia tidak menerimanya, debu riba tetap akan mencapainya. Sunan Abu Dawood

Dan jika saban hari kita menggunakan sistem yang berlandaskan riba ini, maka ketahuilah akan adanya peperangan dari Allah SW dan rasul terhadap kita semua, akan tetapi amaran2 sebegini tidak lagi memberi kesan apa2 terhadap hati kebanyakan umat Islam sekarang ini. Hanya yang mendapat “nur” dari Allah dan yang berusaha mencari ilmu2 untuk membuka minda, dengan tangisan dimata mahupun dihati akan berusaha sedaya upaya lari dari riba walau apa jua harga yang terpaksa dibayar.

Apa yang boleh kita lakukan untuk lari dari riba ini?

Didalam institusi kekeluargaan, jika ada masalah didalam rumah seperti kehabisan barang makanan, dengan siapa akan siibu mahupun sianak2 mengadu? Sudah tentu dengan ayah sebagai ketua keluarga. Jika didalam institusi negara, kepada siapa lagi jika bukan kepada pemimpin2 yang kita pilih. Didalam institusi keluarga jika ayah tidak mampu memperbetulkan keadaan, ahli keluarga yg lain terpaksa akur dan bersabar kerana ayah tidak boleh dipecat atau dibuang, akan tetapi didalam sistem negara, kita boleh pilih pemimpin yang berada pada landasan yang betul, landasan yang berlandaskan Al Quran dan sunnah.

Kita harus ajukan kepada pemimpin agar sedar akan dasyatnya kesan sistem kewangan moden yang mana melalui sistem inilah kekayaan rakyat secara halus dan senyap beralih kepada golongan tertentu dan rakyat terutamanya yang miskin akan menjadi semakin miskin kerana terpaksa membayar lebih untuk membeli barang keperluan. Dan jika pemimpin2 yang sedia ada tidak mahu mengubahnya maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memilih pemimpin yang mampu berbuat demikian kerana didalam institusi negara, pemimpin boleh diubah bukan seperti institusi keluarga.

Adakah kita juga harus berduyun2 membeli emas kerana khuatirkan wang kertas akan lenyap atau kerana ingin mengikut sunah? Malah ada juga syarikat yang menjual dinar emas membolehkan pembeli membeli dinar tersebut dengan kad kredit. Bagi saya niat untuk menjual dinar itu bukan untuk menggalakkan sunah, tetapi semata2 ingin mengaut keuntungan tanpa memahami konsep wang dinar itu sendiri. Apa yang harus umat islam lakukan adalah berusaha melangsaikan segala hutang2 yang ada dan berhenti mengambil hutang yang baru. Kumpul wang baru beli, kerana jika kita berhutang baik secara Islam atau konvensional sekalipun, kita bersubahat mencairkan nilai wang itu sendiri. Selepas habis membayar hutang, barulah beli emas untuk simpanan masa depan. Tidak perlu risau perlu menyimpan sekarang untuk masa depan walau hutang rumah dan kereta masih ada kerana kita juga bersubahat membiarkan bank memberi pinjaman kepada manusia lain dengan wang simpanan kita tadi. Ingatlah, jika kita bertindak untuk mendapatkan keredhaan Allah, Allah akan mempermudahkan ianya untuk kita, inilah ujian keimanan.

Moga satu hari nanti kita dapat beralih semula kepada sistem kewangan apa yang dipanggil wang sunnah iaitu wang yang mempunyai nilai sebenar didalamnya dan bukanlah hanya kertas yang sah diperlakukan sahaja.

Persoalan 2: Adakah wang ditangan anda itu benar2 milik anda? (Batin)

Jika kita rujuk pada fungsi pertama wang, untuk menjadi bahan perantaraan bagi barangan atau perkhidmatan yang diberikan,maknanya wang hanya wujud jika ada barang atau perkhidmatan jadi jika kita tidak punyai barang atau khidmat untuk diberikan, layakkah wang itu berada ditangan kita?

Katalah tiba suatu masa Allah mem”fizikal”pahala yang mana pahala boleh kelihatan dan wujud nyata. Bolehkah kita mengambil pahala orang lain? Bolehkah kita mengambil hasil usaha orang lain? Inilah sebenarnya rahsia disebalik larangan riba kerana jika kita mengambil wang orang lain dengan cara yang tidak adil, itu adalah penindasan dan wang (pahala melakukan sesuatu) itu bukan milik kita. Pengasihnya Allah itu melarang kita mengambil riba kerana kita akan menderita kerananya dan adilnya Allah itu akan mengembalikan wang itu semula kepada yang hak.

Jika kita memberi pinjaman atau menyimpan wang didalam bank, faedah yang kita terima itu sebenarnya adalah pahala orang lain yang kita ambil, umpama lintah menghisap darah manusia. Wang datang dari usaha, dan usaha adalah tenaga, maka wang itu adalah tenaga dan tenaga boleh berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain, disebabkan Maha Adilnya Allah itu maka wang (tenaga) yang kita dapat secara haram itu akan mengalir keluar dari diri kita tetapi tidak semestinya dalam bentuk wang itu sendiri, mungkin dalam bentuk lain seperti kesihatan, terpaksa berhadapan dengan masalah keluarga, masalah kerja yang mana ianya juga memerlukan tenaga kita untuk menghadapainya.

Wang yang kita dapati dengan cara yang tidak wajar contohnya bekerja tidak ikhlas, ponteng, menaikkan harga barang, rasuah, mencuri dan sebagainya, wang itu akan “lari” dari kita, satu konsep yang agak sukar untuk diterima akan tetapi itulah hakikatnya kerana kita semua adalah tenaga, jika tak masakan formula Einstein diterima pakai oleh seluruh masyarakat sains. (E=mc2 E= tenaga, m=jisim). Begitu jugalah wang yang didapati seperti hasil dari perniagaan internet yang mana melabur sekian banyak dan kemudiannya cari orang bawah, malah mlm, saham dan forex juga termasuk didalam golongan yang sama. Wang yang didapati itu bukan milik anda kan ianya akan lari, jadi pilih antara dua, wang mudah atau kesusahan pun mudah.

Mungkin ada yang berkata, ”aku tengak simamat tu kaya dengan main saham, main forex tapi hidup happy je”, jawapan saya; mungkin kita boleh mengelak dari tenaga (wang) itu untuk lari dari kita semasa hidup, akan tetapi apabila mati, tenaga negatif ini lah yang akan menjadi siksaan dikubur mahupun dineraka. Dan ingatlah Allah itu maha adil. Perasan tak mengapa apabila negara bertambah moden, semua rumah terpaksa bergrill, dengan sistem penggera malah akhir2 ini satu taman sudah berpagar dan mempunyai sekuriti? Ramai yang berkata manusia semakin jahat, perompak semakin banyak, pernahkah terfikir siapa yang mencipta perompak tersebut? Tidak lain dari sistem kewangan riba itu sendiri, baik dari anak2 yang semakin liar kerana tidak mendapat perhatian dari ibu bapa yang terpaksa keluar bekerja untuk membayar hutang rumah selama 20-30 tahun ataupun mereka yang bermain forex bersubahat menjatuhkan matawang negara lain yang menyebabkan rakyat negara tersebut hidup didalam kemiskinan dan datang kenegara kita menjadi perompak.

Kita semua berkait dengan satu jaringan tenaga yang kita tidak sedar dan nampak, ini yang dibuktikan oleh quantum fizik (nonlocality), apa yang kita lakukan mempengaruhi semua insan2 lain didunia ini, tekanan hidup menyebabkan manusia hidup didalam situasi “fight or flight” yang mana kepentingan diri sendiri lebih utama berbanding kepentingan sejagat. Hanya dengan solat yang ikhlas dan khusyuk sahajalah yang boleh mengurangkan kesan tekanan tersebut dan mengembalikan darah kefrontal lobe iaitu otak yang berfikir.

Larangan riba itu sendiri untuk kebaikan manusia itu sendiri, dengan hidup yang diperangi oleh Allah saban hari (akibat hidup dengan riba), tidak hairanlah mengapa hidup kita semakin hari semakin tersiksa, mungkin bagi individu tidak terasa akan tetapi dari segi masyarakat, surat khabar harian sudah jelas menceritakan pelbagai masalah yang dihadapi oleh umat manusia. Berusahalah kita agar dapat melihat pembohongan2 didunia ini baik dari sistem kewangan olahan barat ini mahupun juga keadaan dunia yang penuh tipu daya, tipu daya hasil inspirasi dari Dajjal bak sabda Nabi;

Diceritakan oleh Hudaifa: Nabi bersabda mengenai Dajjal yang mana dia akan mempunyai air dan api dengannya: apa yang kelihatan seperti api, adalah air yang sejuk dan apa yang kelihatan seperti air pula adalah api. Sahih Bukhari

Jadi berhati2lah dalam membuat keputusan didalam hidup kerana apa yang kita nampak itu baik (air) mungkin suatu yang akan membakar diri kita dikemudian hari. Nauzubillah.

Sumber:
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Cerita Wang [Rahsia Sebenar] - Bahagian 1

Wang atau duit, itulah yang menjadi idaman utama bagi setiap manusia yang bernyawa didunia ini, malah ada yang mengutamakan wang dari agama, akhlak dan juga kehormatan diri sendiri semata2 untuk mengaut sebanyak mungkin wang yang berada didalam kitaran sistem ekonomi.

Mengingat kembali kenangan belajar perdagangan semasa sekolah menengah dahulu, kisah bagaimana wang dicipta, polisi yang mengawalnya tidak pernah diceritakan walaupun wang itu sendiri adalah salah satu tujuan utama pergi kesekolah.. "belajar pandai-pandai supaya nanti bila besar boleh kerja gaji besar (wang banyak)" biasa dengar tak? Atau mungkin itu yang acapkali anda sebut kepada anak2 anda sekarang?.

Video yang saya paparkan ini adalah informasi penting bagi segenap masyarakat tak kira bangsa dan agama kerana ianya secara mudah menjelaskan mengapa semakin hari harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat, sebenarnya itu adalah pembohongan terbesar oleh pihak tertentu yang menutup muslihat sebenarnya. Nilai wang itu sendiri yang semakin menyusut dan bukannya barang yang semakin mahal.





Walaupun penerangan diatas menggambarkan sistem ekonomi di Amerika, sistem ini juga sebenarnya di guna di kebanyakan negara termasuklah Malaysia, bezanya Bank Negara Malaysia dipunyai kerajaan, Federal Reserve adalah kepunyaan pihak persendirian kumpulan ahli2 bank antarabangsa. Ya.. jangan terperanjat, ianya milik persendirian, golongan diatas Piramid, ingat bagaimana ekonomi dunia berubah, saham turun naik apabila FED (Federal Reserve) menaik turun kadar faedah? Mereka sebenarnya yang mengawal ekonomi dunia ini.

Orang paling kaya didunia bukan Bill Gates, akan tetapi pemilik Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF yang meng"kuda"kan presiden dengan bantuan agen2 seperti CIA dan tentera Amerika, memastikan kepentingan mereka terjaga di seluruh dunia termasuklah jika ianya melibatkan perang dan membunuh berjuta2 insan yang tidak berdosa. Amat memeranjatkan juga, mereka2 ini jugalah orang kuat dibelakang Israel dan apa yang mereka lakukan sebenarnya adalah untuk memastikan Israel semakin kuat.

Apabila kita meminjam wang dari bank, samada pinjaman rumah, kereta ataupun kad kredit, secara zahirnya kita tidak menzalimi manusia lain, sebab itu ramai berkata "aku rela bayar lebih pada bank sebab kalau tak macamana bank nak beroperasi", akan tetapi secara halusnya kita secara tidak langsung menzalimi insan2 lain terutamanya golongan yang tidak bernasib baik dan juga golongan miskin, walhal, bank itu sebenarnya tidak perlu pun wujud untuk membolehkan masyarakat mempunyai wang yang sebenarnya.

Bagaimana cara kita menzalimi manusia lain?
1. Kita bersubahat men"cair"kan atau menyusutkan nilai wang itu sendiri dengan membiarkan bank men"cipta" wang tanpa sandaran sesuatu yang bernilai samada emas atau perak. Lagi banyak pinjaman, lebih banyak lah susut nilai, sebab itu inflasi sentiasa tetap ada didalam ekonomi.

2. Kita menambahkan permintaan untuk barangan tersebut, contohnya jika kita beli rumah lain untuk pelaburan sedangkan sudah punya rumah sendiri untuk diduduki, pemaju akan menaikan harga rumah kerana banyaknya permintaan.





Jijiknya Riba' itu melebihi dosa zina, sebab itu Allah dan rasul mengishtiharkan perang terhadap mereka yang melakukannya, samada makan hasil riba' ataupun membiarkan diri ditindas dengan riba'. Disebabkan manusia semakin hari semakin tertekan, pemikiran manusia lebih tertumpu kepada "survival mode" yang mana kepentingan diri lebih utama dari kepentingan manusia2 lain.

Apabila negara merdeka, penjajah sebenarnya telah menyemai dua benih utama yang akan memastikan penjajahan mereka akan kekal, penjajahan yang mana mereka tidak perlu lagi berada di negara kita untuk memastikan kita akan senantiasa tunduk mengikut kehendak mereka tanpa sedar.

1. Benih kerajaan sekular - Kerajaan yang mana mengiystiharkan undang2 negara lebih utama dari undang2 Allah, sebagai negara Islam, Al Quran dan sunnah sepatutnya dijadikan tunjang utama undang2. Sebaliknya undang2 ciptaan manusia yg angkuh, dengan diberi sedikit akal oleh Allah mendabik dada kononnya ini adalah undang2 moden terbaik yang menjaga hak asasi manusia. Undang2 Allah sudah lapuk dan tak sesuai lebih2 lagi dengan masyarakat yg berbilang kaum.

2. Benih ekonomi Riba' - Bank negara diasaskan oleh British, Govenor pertama adalah W.H. Wilcock. Sistem wang kertas diasaskan oleh British dengan penubuhan Bank of England pada kurun ke17. Melalui sistem mereka jugalah Federal Reserve beroperasi dan juga manjadi asas yg sama untuk penubuhan bank2 di negara2 bekas jajahan mereka termasuk Malaysia. Sistem ekonomi inilah yang makin lama makin menindas rakyat kerana adanya applikasi riba'.

Dan benih2 ini sudah lama bercambah dan membesar menjadi pokok yang menaungi kita semua sekarang ini, akan tetapi bukan untuk menaungi dari panas matahari, ianya menaungi diri kita dari mendapat hujan rahmat Allah. Terfikirkah anda mengapa kehidupan sekarang ini semakin hari semakin teruk? Berdoalah kita agar ada pemimpin2 yang akan sedar akan sistem ekonomi yang menjamin kemusnahan masyarakat dan bangkit berani bertindak mengubahnya. Dengan sistem yang kaya penindasan inilah menyebabkan rakyat semakin tertekan, akibatnya penyakit sosial semakin serius, jenayah rompak samun, rasuah, penipuan malah maksiat juga berleluasa kerana manusia mengambil jalan mudah termasuklah juga menjual diri untuk mencari wang.

Yang di"atas" tidak perlu risau kerana sistem ini senantiasa berpihak kepada mereka, mereka akan kekal kaya raya dan berkuasa, rumah pagar batu berdinding tinggi dengan sistem keselamatan yg canggih, keluar dengan pengawal peribadi mengelilingi diri, mereka ini selamat di akhirat. Akan tetapi mereka inilah yg pertama sekali akan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak atas kerosakan dimuka bumi. Siapa mereka ini? Pemimpin..

Akan tetapi semasa perbicaraan diakhirat, mereka ini akan berhujah balik... "ya Allah, mereka yang pilih aku untuk memimpin mereka jadi janganlah nak salahkan aku sahaja, mereka yang mengundi, memangkah aku dipilihanraya.." Siapa pulak mereka itu..? Tak lain tak bukan selain dari kita semua sebagai rakyat.

Rakyat Malaysia semakin berpelajaran, baik ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Akan tetapi ilmu2 itu sahaja tidak cukup untuk menjamin kita mendapat kebahagian dunia dan lebih2 lagi akhirat. Berapa ramai yang sedar akan penindasan halus masyarakat melalui sistem ekonomi ini? Bak kata Sheikh Imran Hossein, ada mata, tidak boleh nampak, ada telinga tidak boleh dengar, ada hati tetapi tidak boleh memahami, ada ijazah tetapi tiada iman dan ada ilmu agama yang tinggi tetapi tidak ada "nur" dihati.

Kerana hanya dengan "nur" inilah kita mampu melihat pembohongan ini yang diinspirasikan oleh Dajjal bermata satu. Pembohongan ini amat sukar di lihat umpama cuba melihat semut hitam, diatas batu yang hitam, di malam yang gelap. Semut hitam itu hanya boleh dilihat dengan cahaya, akan tetapi bukan cahaya lampu suluh tetapi cahaya "nur" yang Allah kurniakan kepada hamba yang dikasihinya. (Al Hadid 57:28) Dan tanpa "nur" inilah manusia lebih berminat akan dunia berbanding akhirat dan menghalalkan apa yang haram.

Diriwayatkan oleh Abu Huraira: Rasul Allah berkata, "Bagaimana jika aku tidak memberitahu kamu mengenai kisah dajjal yang tiada Nabi lain memberitahu kaumnya? Dajjal itu bermata satu dan akan membawa bersamanya apa yang menyerupai neraka dan syurga, dan apa yang di gelarnya syurga adalah sebenarnya neraka; jadi aku memperingatkan kamu (mengenainya) sepertimana Nuh memperingatkan kaumnya. Sahih Bukhari.

 

Apabila pihak bank antarabangsa berjaya menubuhkan Federal Reserve, mereka mengeluarkan "Federal Reserve Note" iaitu wang kertas Amerika, mungkin ramai yang tidak perasan, jika dilihat pada belakang wang kertas 1 dollar yang sudah semestinya paling banyak didalam kitaran. Ada gambar "satu mata" di atas piramid, apakah simbol satu mata itu dan mengapa pula ada gambar piramid sedangkan piramid "gah"nya di Mesir? Mungkinkah mereka yang menubuhkan FED ini mendapat inspirasi dari dajjal yang bermata satu?

Lihat pula perkataan yang mengelilingi logo tersebut, "Annuit coeptis" jika dirujuk pada wikipedia bermakna "usaha kami direstuinya (tuhan)", dan "Novus Ordo Soclurum" bermakna "bermulanya era baru", era penjajahan rakyat dengan menggunakan wang dan mendapat restu tuhan bermata satu (dajjal).

Sama2 lah kita bertaubat dan memohon kepada Allah agar dibukakan hati, ditambahkan iman dan diberi "nur" untuk melihat serta kekuatan untuk menempuh hidup yang penuh dengan pembohongan dan tipu muslihat ini. Perbanyakkanlah mencari ilmu terutama ilmu2 yang boleh membebaskan kita dari terperangkap dengan sangkaan neraka itu adalah syurga. Insyaallah dengan solat yang ikhlas dan sempurna mampu membawa kita kearah tersebut. Berdoalah kepada Allah agar kita semua diberi "nur" di hati untuk melihat pembohongan2 ini. Amin.

Harap dapat sebarkan artikel ini kepada rakan2 yang lain, insyaallah.

Sumber:

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ketika Allah Di Persalahkan





Ada pesanan masuk ke kotak inbox saya. Ada seseorang menanyakan saya masalah berikut.

salam warahmatullah.

Minta maaf kalau mengganggu, saya ada soalan, situasi yg saya alami dalam satu conversation. Satu idea muncul dari seorang yg beragama Islam, berlatarbelakangkan keluarga bermasalah, keluarga kaya. Dia hidup terumbang ambing, tercari-cari tuhan. Kalau org yg mcm kita sdh tentu berkata, Allah lah tuhan kau dan aku, sapa lagi. tapi dia tercari-cari, sampai mempertikaikan kebenaran kewujudan tuhan. ini ayatnya, lebih kurang mcm ni.

“Look at the world, war, rape, massacre, injustice, corruption and more. For instance; no matter how hard you pray for the palestinians, there are still many inncocent people died. If God is fair, than why the corruption is still going on. If God is Most Merciful, then where’s the mercy if some innocent people in the world being killed, being raped, abuse. Where is God to help them?”

“I was hardly praying to Allah, but why does my problems are still there. people saying that Allah is merciful, all-just (adil), loving, care, he’s the one who always listen to our prayer then why all these things are still happening. Even if its not me, other people were also having the same problems. Then how you can say that God exist?

Lebih kurng mcm tulah, dan saya pasti ada jawapan, ilmu saya pun masih kurang dan ini soal akidah, risau melunturkan iman. Apa jawapan dan pendpt abg?. Berharap utk mendengar pandangan org yg lebih berilmu.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Secara sederhana, saya simpulkan soalan di atas kepada tiga bentuk soalan. Pertama ‘Kenapa Allah tidak membantu menyelamatkan manusia dari penindasan?’. Kedua ‘ Kenapa Allah tidak mengabulkan doa?’, Ketiga ‘Benarkah Allah itu wujud?’

Saya menjawab dalam gaya bahasa seolah saya berinteraksi langsung dengan tuan empunya masalah.

Hukum sebab dan akibat

Sesuatu yang terjadi telah ditentukan oleh Allah SWT. Apa yang ditentukan oleh Allah SWT pasti terjadi. Kita beriman bahawa sebelum Allah SWT mencipta semua makhluk dan alam ini, Allah terlebih dahulu menulis segala takdir, sistem, undang-undang atau sunnahNya untuk kehidupan alam ini. Memahaminya adalah satu kewajiban syar`ie.

Tetapi Allah tidak membuatkan sesuatu terjadi seperti ahli silap mata. Allah menetapkan akibat dari suatu sebab. Sebagai contoh, apa gunanya Rasulullah SAW bersusah payah berdakwah sampai dicerca, dicederakan. Apalah gunanya sahabat syahid pada perang Uhud dan lain lain sedangkan kemenangan Islam pada Fath Mekah telah tertulis oleh Allah SWT lama dahulu. Sekali lagi, sebuah AKIBAT yang Allah tidak memberinya secara PERCUMA, Allah mahu menunjukkan SEBAB. Natijah dari sebab keikhlasan, pengorbanan dan kesungguhan, maka Allah memberikan kemenangan.

Sepinggan nasi yang terpampang di depan mata adalah rezeki kita, tetapi nasi itu tidak akan meloncat masuk ke mulut. Allah menhendaki kita menyuapnya. Menyuap itu adalah sebab dan akibatnya kita dapat makan nasi.

Rogol, rompak, fitnah, semua itu adalah akibat dari rosaknya tangan manusia yang mentadbir muka bumi ini. Kerosakannya berpunca dari sikap manusia yang tidak mahu mengikut hukum Allah SWT. Luasnya paparan paparan lucah di dada dada akhbar dan media massa yang lain, menjalarnya budaya hedonisme tanpa sempadan, pengagihan kondom dan dadah yang tidak terkawal. Apakah kemudiannya, kita menyalahkan Allah atas akibat yang terjadi sedangkan sebabnya ada pada kita?Dimana letaknya keadilan?

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”( QS 13:11)

Anda lancang bertanya, apa yang Allah lakukan, tetapi tidak bertanya apa yang anda lakukan?.

Allah berkuasa atas segalanya

Allah memiliki kuasa mencipta sesuatu apa sahaja `iradahNya’ dengan kata “Kun” maka “iradahNya” itu akan jadi sebagaimana Dia Mahu.

Contohnya, ketika api nyalaan Namrud menjulang membakar Ibrahim a.s. Allah berfirman kepada Api : “ Jadilah kamu sejuk dan selamat kepada Ibrahim (QS 21:69)” lalu api itu menjadi sejuk dan Ibrahim pun selamat..

Namun Allah menciptakan alam dunia ini untuk menguji manusia. Ujian ini menuntut manusia berusaha dengan daya kekuatan yang dianugerahkan Allah kepada mereka berpandukan wahyu Allah melalui qudwah para nabi dan rasul.

Kita beriman bahawa Allah Maha Mengetahui dan  Maha Bijaksana, bebas melakukan apa sahaja yang Dia mahu. Allah mampu melakukan perkara mukjizat yang di luar kebiasaan undang-undang yang telah ditentukanNya sendiri jika dia mahu melakukannya.

Namun, sebagai manusia yang hidup di dunia ini kita diuji oleh Allah dengan tanggungjawab menguruskan dunia,  mentadbir, membangun, memakmurkannya dan terikat dengan sunnatullah dan undang-undang yang telah ditentukan Allah pada kehidupan ini.

Kita tidak seharusnya mempertikaikan apa yang Allah takdirkan. Petikaikan diri kita, apa yang kita lakukan.

Allah membalas berdasarkan USAHA bukan HASIL

Anda bertanya, kenapa Palestin masih tak tertolongkan. Sekali lagi, anda bertanya Allah, kenapa tak tolong Palestin, tapi anda lupa bertanya diri anda sendiri, apa yang telah anda perbuat dan bantu  rakyat Palestin?

Saya adalah aktivis Palestin. Saya kerap memberi ceramah kepada orang ramai tentang Palestin. Saya sedarkan mereka tentang kepentingan boikot, nasib rakyat Palestin yang ditindas. Saya melihat air mata kesedaran tumpah pada mata orang yang mendengar ceramah saya.

Tapi, sampai saat ini, Palestin belum terbebas sepenuhnya. Israel masih lagi rakus menabrak rumah rumah di Palestin. Tetap rakus merogol dan menodai anak anak Palestin. Saya ingin bertanya, adakah dengan sebab Palestin masih dijajah, saya tidak layak mendapat pahala dari Allah SWT?

Tentu tidak! Selagi saya ikhlas, Allah akan memberi pahala pada saya, Insya Allah. Allah tidak akan pernah menanyakan pada saya, kenapa sampai sekarang Palestin masih di jajah?, Allah akan bertanya pada saya, apa yang kamu buat untuk bantu rakyat Palestin. Dan alhamdulillah, sekurang kurangnya saya ada jawapan. Bagaimana dengan anda?Apakah apabila ditanya di akhirat kelak, apa yang anda perbuat untuk bantu rakyat Palestin?, anda kembali menjawab.’ Jangan tanya saya, tanyalah ‘diri’ anda sendiri, apa yang anda perbuat, wahai Allah?!

Allah menghitung berdasarkan usaha, bukan hasil.

“Katakanlah, “Beramallah, dan Allah pasti akan melihat amalan kamu, dan rasul-Nya, dan orang orang beriman, dan kamu akan dikembalikan kepada Nya, yang tahu yang ghaib dan yang nampak, dan Dia memberitahu kamu apa yang telah kamu buat ( QS 9:105)

Anda mengatakan Allah itu tidak adil? Keadilan Allah tidak sama neracanya dengan keadilan makhluk. Di mata manusia, Sumayyah yang disiksa dengan kejam oleh kafir Qurais dianggap tidak adil kerana dia orang beriman. Di mata manusia, Rasulullah SAW yang di hujani batu mungkin tidak adil kerana dia adalah orang yang paling dikasihi Allah SWT.

Apa neraca adil anda?

Neraca adil orang beriman adalah ‘meletakkan sesuatu pada tempatnya’. Rasulullah SAW diperlakukan sedemikian sebagai bukti bahawa orang yang berjuang perlu berkorban. Ganjarannya, Allah balas di syurga nanti. Itu keyakinan orang beriman.

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. (QS Al-Baqarah,2:82)

Doa yang tidak di makbulkan

 

Anda lancang menyalahkan Allah kerana Allah tidak mengabulkan doa anda. Kononnya anda telah berdoa bersungguh sungguh. Saya ingin bertanya
Adakah doa anda lebih hebat dari doa ibunya Maryam a.s?

Mungkin anda pernah terbaca kisah ibunya Maryam a.s, isteri Imran ketika beliau sangat menginginkan anak, dan Allah anugerahkan kepada beliau seorang anak di dalam rahimnya, dengan tersangat gembiranya beliau berdoa dan bernazar

(Ingatlah) takkala bermohon isteri Imran: YaTuhanku! Sesungguhnya aku telah bernazar (anak) yang dalam perutku ini akan diperham­bakan kepada Engkau. Sebab itu terimalah daripadaku. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Pendengar, lagi Mengetahui (3:35)

Doanya adalah anak yang akan lahir nanti, akan jadi pengabdi Baitul Maqdis. Dia menginginkan anak laki laki. Sekiranya lahir anaknya nanti, maka akan diserahkannya menjadi abdi Tuhan, menyelenggarakan Baitul Maqdis, kerana di antara keluarganya sendiripun ada yang menjadi penyelenggara rumah suci itu, yaitu Nabi Zakaria a.s.

Tidak lama kemudian,

Lahirlah zuriat yang dinantikan, TETAPI, anak yang lahir ini perempuan bukannya lelaki, jadi bagaimana mahu menjadi penyelenggara baitul maqdis, tambahan lagi ada hari hari yang wanita tidak dapat melakukan ibadah seperti lelaki. Maka isteri Imran pun mengadu kepada tuhan

Maka tatkala telah dilahir­kannya dia, diapun berkata: Tuhanku, sesungguhnya aku telah melahirkannya perem­puan. Padahal Allah terlebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu. Dan tidaklah laki-laki seperti perempuan. Dan aku telah menamainya Maryam, dan sesungguhnya aku memper-lindungkannya dan keturunannya kepada Engkau, daripada syaitan yang terkutuk (3:36)

Nah! Logiknya, seakan akan Allah tidak mengabulkan permintaan ibunya Maryam a.s. Justeru yang lahir perempuan, (Maryam) bukan seorang laki laki. Adakah dia menyalahkan Allah?

Tidak! Allah ada rencananya sendiri. Kemudian dari rahim Maryam, lahirlah manusia agung. Isa a.s. Subhanallah!. Isa a.s bukan sahaja pengabdi baitul maqdis tetapi rasul yang disanjungi.

Adakah anda lebih bijak dari Allah. Apabila Allah tidak memperkenankan doa anda, anda merasakan Allah telah menolak doa anda, padahal ilmu Allah itu lebih hebat, jauh lebih hebat berbanding anda. Boleh jadi Allah simpan dan menunggu saat yang tepat untuk mengabulkannya.

Tetapi, anda begitu sombong merasakan yang anda lebih tahu dari Allah SWT. Terkadang, kita menginginkan sesuatu yang kita rasakan baik, tetapi sebenarnya tidak baik di ‘mata’ Allah SWT. Begitu juga sebaliknya. Allah meniginkan sesuatu yang lebih baik pada anda

Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)

Anda atau Allah yang lebih tahu?

Adakah Allah itu wujud?

Setelah saya terangkan hujah di atas, saya tidak tahu adakah anda masih mempertikaikan kewujudan Allah, Tuhan pencipta alam.

Saya menjawab dengan jawapan sederhana. Saya tidak ingin membicarakan dalil dalil yang panjang, walaupun dalilnya banyak sekali dalam Al Quran.

Setiap hari anda melihat kereta. Banyak jenis kereta dengan pelbagai jenama. Adakah kereta itu boleh terjadi sendiri tanpa ada yang menciptakannya?

Tentu tidak! Siapa sahaja yang menciptakannya, akan menyiapkan buku  manual yang tersendiri untuk menggunakannya dan memastikan kereta itu selamat.

Apabila anda tidak mengikut aturannya, kereta anda akan binasa!

Nah, alam ini lebih ‘complicated’! Ada sistem cakerawalanya yang teratur. Ada langit yang berdiri tanpa tiang. Putaran bumi pada orbitnya yang tidak pernah berhenti. Adakah, semua ini boleh terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang menciptakannya?, Mustahil!

Allah telah menyiapkan semuanya dan Allah juga telah menyiapkan aturannya. Aturan Allah ada pada buku manual Nya. Al Quran. Aplikasinya ada pada sunnah para nabi dan rasul.

Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah’, dan  di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia  mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha  Bijaksana lagi Maha Mengetahui” (al Anaam 6: 73)

Kalau anda mahu selamat, kembalilah kepada manual yang sebenar. AL-QURAN dan HADIS.

Jangan menyalahkan tuhan!
Wallahua’lam

 


Creadit To : Ace
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

janji Allah itu pasti.. Islam akan bangun buat kali ke 2.


Tanda-tanda Sangat Hampir Kemunculan Imam Mahdi.

1. Pembunuhan Besar-besaran dan Keluar Panji-panji Hitam

A. Dari Sauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW,
“Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik. Semuanya adalah anak-anak kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu mereka akan membunuh kamu semua dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun.” Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak berapa ingat. Kemudian baginda bersabda, “Maka apabila kamu semua melihatnya, hendaklah kamu segera berbaiat kepadanya (Pemuda Bani Tamim itu) walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana di sisinya adalah Khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi.” (Ibnu Majah)

Berbunuh-bunuhan yang dimaksudkan di sini adalah Perang Teluk. Ini adalah peperangan yang besar yang menelan korban yang cukup ramai. Tujuan peperangan itu ialah sengaja mahu membunuh orang ramai yang sepatutnya tidak terlibat dalam peperangan. Lebih ramai lagi ialah orang-orang yang menderita akibat peperangan tersebut. Tempat simpanan Kaabah yang dimaksudkan adalah kawasan Teluk Parsi (Al-Khalij) kerana di situ terletaknya salah satu telaga simpanan minyak yang terbanyak di dunia. Tiga beradik yang dimaksudkan ialah tiga negara yang asal-usulnya dahulu dari satu orang khalifah Allah (Nabi Ibrahim AS) iaitu Amerika Syarikat, Eropah dan Iraq.

Ketiga-tiga pihak itu tidak satu pun yang boleh dikatakan menang atau mendapat minyak tersebut. Tiada juga yang dapat dianggap sebagai pemimpin. Tidak lama selepas itu, maka Pemuda Bani Tamim mendapat kuasa pemerintahan di Timur, iaitu di Asia Tenggara. Kuasa pemerintahannya semakin besar dan merebak kerana semua umat Islam menjadi bersatu hati apabila melihat seorang yang benar-benar layak memimpin mereka telah muncul di depan mata. Semua umat Islam menjadi bersatu semula di bawah pimpinan beliau. Seterusnya beliau memerangi semua pihak yang menentangnya dan membunuh semua musuhnya dan musuh Allah.

Jumlah orang yang mati kerana menentang pimpinan beliau sangatlah ramai di seluruh dunia. Yang ramai mati itu kebanyakannya bukan di medan perang tetapi di rumah atau di hospital. Zaman ini Tuhan jadikan orang yang berpenyakit kronik, terutamanya jantung dan darah tinggi sangat ramai. Maka semua musuh Islam yang ada penyakit jantung dan darah tinggi akan segera mati, kerana terlalu sakit hati dan marah terhadap naiknya semula Islam sebagai kuasa baru menggantikan kuasa Barat, selain penyakit-penyakit itu memang mudah menyebabkan kematian.

Ramai pula yang mati di medan perang saraf dan mati di medan perbahasan. Mereka tiada kata-kata untuk dihujahkan terhadap kepemimpinan Syuaib bin Saleh at-Tamimi. Kekeramatan Pemuda Bani Tamim itu terlalu hebat untuk ditentang oleh sesiapa pun jua yang cuba memusuhinya.

Bagi seluruh umat Islam, apabila mereka melihat Pemuda Bani Tamim telah mendapat kuasa di Timur itu, mereka akan segera berpusu-pusu ke Timur untuk menemuinya dan segera membaiatnya sebagai pemimpin mereka. Mereka sanggup bersusah payah mencari jalan menemuinya sekali pun terpaksa menjual seluruh harta bendanya, malah jika terpaksa, sanggup menjual anak isterinya, semata-mata agar dapat menemui Pemuda Bani Tamim di Timur itu. Itulah ciri-ciri pemimpin sejati, iaitu dia dicari oleh pengikut, bukan dia mencari pengikut. Dia tidak perlu bersusah payah berkempen ke sana ke mari mencari pengaruh, apatah lagi terpaksa memburuk-burukkan pihak lawan.

Mereka sanggup menemui Pemuda Bani Tamim Syuaib bin Saleh kerana apabila beliau muncul mendapat kuasa di Timur, maka yakinlah seluruh umat Islam bahawa Imam Mahdi tidak syak lagi akan segera muncul pula ke dunia ini. Maka, munculnya Pemuda Bani Tamim adalah menjadi tanda terbesar dan teryakin bahawa Imam Mahdi akan benar-benar muncul. Dan muqaddimah daulah Islamiah sudahpun terbangun ketika itu.

 

Sumber:

Sami-sami Hindu di India turut meramalkan melalui ramalannya beberapa tahun lepas bahwa bakal Perdana Menteri Malaysia selepas ini bukan lagi dari kalangan orang politik. Diberitakan bahwa Perdana Menteri Malaysia pernah mengemukakan beberapa nama untuk ditenung sebagai bakal Perdana Menteri supaya dapat dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Semua nama yang dikemukakan itu ditolak karena diberitahu nama-nama mereka itu tidak ada dalam senarai sebagai pengganti Perdana Menteri. Sahih atau tidak berita ini, tidak dapat dipastikan.

Jelaslah bahwa orang yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas ini tidak lagi dari kalangan orang-orang politik. Tambahan pula, seorang ulama besar di Malaysia telah baru-baru ini membuat perisytiharan bahwa tokoh agama akan menjadi pemimpin Malaysia pada alaf baru ini. Kebetulan pula, Malaysia ini dikatakan sebagai pusat kebangkitan Islam kali kedua, pada akhir zaman, yaitu zaman kita ini. Jika dikaitkan kedua-dua penyataan ini, bagaikan ada kaitan yang rapat antara kedua-duanya.

Sumber: General Imam Mahadi and The Last Generation Army
NABI MUHAMMAD SAW (DLM BUKU AGAMA HINDU)
Gautama Buddha, seorang Nabi Allah?
Siapa Bersama Imam Mahdi
Perintah Belajar Sejarah dalam Surat Al-Fatihah



Mengapa Israel bersusah-payah membina pangkalan dan pengaruhnya di Singapura?Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis? Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura? Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi? Apakah dia alter terahsia Bangsa Melayu?. Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?

Semua persoalan ini akan terjawab di dalam siri artikel yang penuh dramatik ini. Artikel ini berasal dari kompilasi tulisan Lodgekeeper dan temuramah-temuramah yang dibuat dalam masa yang berasingan.

Selamat Membaca.
-M.O


Kita cari masa depan,namun lupakan masa lalu ..

Kita kumpul semangat tanpa henti-hentinya,dari rimbunan cemuhan dan kejian,

Namun kita lupa kejayaan dan gemilang masa dahulu....

Kita bagaikan merpati,yang beriringan mencari mimpi...

Kita sebenarnya tidak tahu siapa sebenarnya diri kita,dan apa yang kita capai dahulu...

Kita kini berjalan di atas pecahan paku dan kaca kekerdilan diri, meraba-raba dalam kegelapan sejarah... tergapai-gapai sinar harapan sambil menutup rapat RIWAYAT AGUNG masa silam...




Haruman Dari Dalam Tabut Rahsia



dari tabut rahsia yang menyebarkan harum-haruman mengasyikkan...

dari gunung rimba yang penuh mistik...

dari tujuh lautan dan tujuh selat...

Saya, Srikandi...

cucu kepada penjaga Gua Rahsia ini,

dengan penuh sukacitanya...

mempersembahkan kepada anda...




'The Quest for The Last Malay Tabernacle'

Siapa Srikandi

 

Beliau seorang penyelidik bebas berlatar belakangkan bidang sejarah.

Beliau memiliki pengkhususan dalam bidang History Manipulation,Rewriting History Conspiracy,History Restoration Data,History Tactics Divide and Rule,Chronological Conspiracy,History Exploitation Conspiracy Studies dan Genealogy Studies.

Srikandi adalah penulis tetap dalam MistisFiles,sebuah medium internet yang diwujudkan oleh Mistis Organization.

Srikandi kini bertugas sebagai pensyarah di salah sebuah universiti tempatan.

Alang-alang menyeluk pekasam,
biar sampai ke pangkal lengan...
Alang-alang mandi biar basah...
Butang keyboard lebih tajam dari pemotong berlian...
Saya, Srikandi ...pemusnah musuh-musuh sejarah Melayu.

The Naga King's Daughter

The Naga King\
At this ruins, I write my ancient Chronicles...,
~I'm Queen of History
 
Creadit To :  Ace
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kau Bukan Ustaz, Elok Kau Diam..

Oleh Ustaz Adlan Abd Aziz

Ada satu penyakit dalam kalangan mereka yang belajar dalam pengkhususan agama. Penyakit ini pasti bukanlah berlaku kepada semua, tetapi wujud pada sebahagian mereka.

Penyakit itu ialah menutup mulut orang-orang yang bukan 'ustaz/ustazah' untuk memberikan pandangan dalam ilmu agama atau menyumbangkan tenaga dalam dakwah. Alasannya hanyalah 'kau bukan ustaz, kau bukan ustazah'.

Adakah ini alasannya untuk kita menafikan dan tidak memberikan hak untuk mereka yang bukan ustaz/ustazah untuk bercakap? Seharusnya kita mencari banyak lagi alasan lain untuk menegur mereka. Sebagai contoh, kemukakan kesalahan mereka - dalam ucapan atau penulisan - maka tegurlah mereka berdasarkan kesalahan mereka tadi dan perbetulkan.

Tindakan menutup mulut tanpa sebab kukuh akan menyebabkan golongan yang bukan ustaz ini lama-kelamaan akan memberontak dan mungkin mereka pula akan terkeluar dari batasan - iaitu mereka akan menghentam kembali para ustaz ustazah kerana melakukan kesilapan. Ini akan meluaskan lagi jurang antara mereka (pendakwah bukan ustaz/ustazah) dan ustaz/ustazah sendiri.

Saya sebagai ustaz kerap kali bertemu dengan orang-orang yang memang bukan ustaz/ustazah tetapi mengetahui dan berilmu tentang apa yang mereka ucapkan atau tulis. Apa tindakan saya? Memuji, memberikan galakan dan memberikan 'bantuan' dan idea. Itu yang sepatutnya. Bimbing dan berkongsi ilmu, bertukar pandangan dan berbincang. Tidak seharusnya saya merasa marah hanya kerana mereka tahu apa yang saya tidak tahu. Ini kerana mereka juga ada perkara yang tidak diketahui dan bertanya kepada saya juga para ustaz/ustazah lain. Itukan lumrah?

Ya, saya akui memang ada orang-orang begini yang sudah sampai ke tahap tinggi seolah-olah tidak perlukan lagi nasihat para ustaz/ustazah. Apa nak buat, begitulah juga lumrahnya yang kadangkala kita temui. Apabila diajukan nasihat dan teguran, kata-kata pedas dan angkuh yang dibalas. Apa nak buat, nasihat kita dianggap sebagai 'menyekat' dan 'menghalang'.

Tetapi tidak kurang yang positif dengan nasihat para ustaz lalu berusaha menambah ilmu dan memperbaiki kesilapan. Alhamdulillah, tahniah untuk mereka.

Adalah amat tidak adil dan menyalahi akhlak Islam apabila kita menyekat golongan bukan ustaz/ustazah dari berdakwah. Malah yang sepatutnya dan sewajibnya ialah kita galakkan mereka dan berikan dorongan untuk berdakwah dengan syarat:

'Berdakwah berdasarkan ilmu dan jangan sesekali merasa cukup dengan ilmu yang ada'

wallahu a'lam...

Nasihat untuk saya, ustaz/ustazah dan para pendakwah umumnya... 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kewajipan Mempelajari dan Mengajar Ilmu Tauhid (Ahli Sunnah wal Jama'ah)

by Mohd Fadhil El-Jeramy on Monday, July 4, 2011 at 7:57am


Kata Ibnu Al-Qayyim: "Dan wajib atas ibu bapa bahawa adalah awal-awal barang yang diperdengarkan akan kanak-kanak itu ma'rifatullah dan tauhid akan Allah. Dan bahawa diajarkan kanak-kanak itu apabila berakal ia akan barang yang wajib bagi Allah dan barang yang mustahil atasNya dan barang yang harus padaNya. Dan diajarkan pula bahawasanya Nabi Muhammad itu diperanakkan di Makkah dan dibangkitkan dia jadi Rasul pun di dalam negeri Makkah, kemudian berpindah ia ke Madinah dan wafat ia di dalam negeri Madinah jua. Dan namanya Muhammad anak 'Abdullah anak 'Abdul Muththolib anak Hasyim."

(Kitab 'Aqidatun Najin: ms 13)


Berkata Syeikh Wan 'Ali Kutan di dalamnya kitab Zahratul Murid:
"[Faedah] wajib atas wali mengajar akan kanak-kanaknya barang yang wajib dan yang mustahil dan yang harus bagi Allah dan bagi RasulNya, dan segala Qawa’idul Islam (قواعد الاسلام). Demikian lagi wajib atas suami mengajar akan isterinya dan makhdum (مخدوم) mengajar akan khadamnya dan penghulu mengajar akan hambanya akan demikian itu."


Berkata Al-'Allamah Muhammad Mukhtar ibn 'Atorid di dalam kitabnya Usuluddin I'tiqad Ahli Sunnah Wal-Jama'ah:
"Ketahuilah, bahawa wajib ke atas setiap orang yang aqil (عقل - berakal) dan baligh mengetahui sifat-sifat yang wajib bagi Allah , sifat-sifat yang mustahil bagi Allah dan sifat yang harus bagiNya. Begitu juga wajib ke atasnya mengetahui sifat-sifat yang wajib bagi Rasul, sifat-sifat yang mustahil bagi Rasul dan sifat yang harus bagi mereka."

Berkata Syeikh Ahmad Al-Fatoni di dalam kitabnya Faridatul Faraid fi 'Ilmil 'Aqaid:
"[Maka wajib] pada syarak atas tiap-tiap mukallaf, mengetahuikan segala yang wajib pada aqal pada hak Tuhan kita, dan barang yang mustahil atasNya, dan barang yang harus bagiNya. [Dan demikian] wajib atasnya mengetahuikan barang yang wajib pada hak segala Rasul عليهم الصلاة والسلام, dan barang yang mustahil atas mereka itu, dan barang yang harus bagi mereka itu."

Berkata Syeikh Isma'il Ibn 'Abdul Qadir Al-Fatoni di dalam kitabnya Syarah Bakuratul Amani:
"(Dan) wajib atas yang pandai daripada kita oleh bahawa (mengajarkan orang-orang) yang (di dalam perintah kita) seperti anak-anak kita dan isteri-isteri dan hamba-hamba sahaya dan khadam-khadam kita demikian lagi orang yang menuntuti belajar daripada kita (dengan) jalan (tafshil) hurai satu-satu pada sekalian (itu dua puluh perkara daripada) perkara-perkara (yang wajib) bagi Allah Ta'ala pada 'aqal ( dan dua puluh) perkara (daripada) perkara-perkara (yang mustahil) padaNya (dan satu) bangsa (yang harus) padaNya ........."

Berkata Syeikh Zainal 'Abidin Bin Muhammad Al-Fatoni (Tuan Minal) di dalam kitabnya Miftahul Murid Fi 'Ilmit Tauhid:
"[Dan wajib] atas tiap-tiap mukallaf dengan sebab syara’ mengenal ia akan barang yang wajib bagi Allah dan barang yang mustahil atasNya dan barang yang harus bagiNya. [Dan] demikian lagi wajib atasnya mengenal seumpama yang demikian itu pada haq Rasul عليهم الصلاة والسلام."

Berkata Tuan Haji Ahmad Bin 'Abdur Rauf Melaka di dalam nazamnya:
"Allah Allah 'Azza wa Jalla Tuhan kami * Kami minta ampun akan dosa kami
Dengan Allah kami mula nazam ini * Sebab dengan Dia jadi kitab ini
Hai saudara kami khabar akan kamu * Mengenal Allah Fardhu 'Ain atas kamu
Sabda Nabi awaluddin ia ma'rifah * Bukan Solat bukan Shiyam bukan Zakat
Dan yang wajib bagi Allah dua puluh * Jangan kurang jalan lalai bebersungguh
.................."

Berkata Syeikh 'Abdul 'Aziz Ibn Isma'il Al-Fatoni di dalam kitabnya Al-Mishbah Al-Munir Fi Ma'rifatillah Al-Qadir:
"Bermula permulaan dan umbi atau asas bagi segala perkara yang dituntut atas tiap-tiap mukallaf sebagai tuntutan yang putus yang dinamakan dia dengan fardhu 'ain, ialah mengenal ia akan Allah Ta'ala dan RasulNya dan dikehendaki dengan mengenal itu mengetahui serta mengaku putus di dalam hati tiap-tiap mukallaf dengan tentu sungguh segala perkara yang wajib bagi Allah Ta'ala dan tentu tidak segala perkara yang mustahil atas Allah Ta'ala dan segala yang harus. ............"


Berkata Al-Fadhil Muhyiddin Muhammad Ghazali Ibn Haji ‘Abdullah di dalam kitabnya Panduan Sifat Dua Puluh:
" ........... kerana mengenal Allah itu wajib ‘aini atas tiap-tiap mukallaf yang ‘aqil baligh lelaki dan perempuan dan wajib atas ibu bapa atau penjaga atau suami mengajar akan anaknya atau orang yang dibawah jagaannya atau isterinya yang tidak pandai mereka akan sifat dua puluh, kerana mereka yang tidak pandai sifat dua puluh mereka itu tidak mengenal Tuhan, maka ditakuti mati atas agama kafir. Jika mereka pandai sifat dua puluh tetapi tidak tahu mengeluarkan dalil, maka mereka itu telah dipertikaikan oleh dua pendapat ulama’, kata sebahagian ulama’ mereka itu tidak sah lagi imannya, jika ia mati maka mati ia atas agama kafir dan sebahagin ulama’ mengatakan mereka itu sudah sah imannya tetapi jika ia tidak belajar betul-betul sampai ia boleh mengeluarkan dalil maka berdosa ia. ........."

Berkata Asy-Syeikh Muhammad Solih ibn ‘Abdullah Mengkabaui di dalam kitabnya Kasyaful Asrar:

Soalan: Dan mana ilmu fardhu ‘ain menuntut dia beri kami jawabnya?
Jawab: Bermula ilmu yang fardhu ‘ain menuntut dia itu, iaitu tiga ilmu:
Pertama: Ilmu Usuluddin dan
Kedua: Ilmu Fiqah dan
Yang ketiga: Ilmu Tasowuf.

Soal: Dan mana had ilmu Usuluddin yang fardhu menuntut dia, dan mana had ilmu Fiqah yang fardhu menuntut dia, dan mana had ilmu Tasowuf yang fardhu ia menuntut dia?
Jawab: Adapun had ilmu Usuluddin itu yang fardhu menuntut dia itu, iaitu mengetahui sekadar barang yang wajib dan barang yang mustahil dan barang yang harus kepada Tuhan kita , dan seperti demikian inilah kepada segala Rasul dengan sekira-kira yang mengesahkan akan imannya. [Dan] adapun had ilmu Fiqah yang fardhu ‘ain menuntut dia, iaitu dengan sekira-kira yang mengesahkan akan amalnya, seperti mengetahui akan segala syaratnya dan segala rukunnya dan segala yang membatalkan dia. [Dan] adapun had ilmu Tasowuf fardhu ‘ain menuntut dia dengan sekira-kira mengetahui akan yang membatalkan akan pahala amal ibadatnya, seperti riya’, sum’ah, ‘ujub, takabbur dan sebagainya yang dicela oleh syara’.

Soal: Dan apa kata kamu pada orang yang beramal dengan tiada mengetahui ilmu yang tiga perkara itu?
Jawab: Sabda Nabi j: “Tiada sekali diterima segala amal ibadatnya dan jikalau mengerjakan haji sekalipun”. Dan lagi haram menuntut ilmu fardhu kifayah sebelum mengetahui ilmu fardhu ‘ain; misalnya seperti seorang berhutang qadha’ sembahyang (fardhu) luputnya dengan tiada uzur, haramlah berbuat (sembahyang) sunat sebelum habis qadha’ sembahyang (fardhu) yang luput dengan tiada uzur. Dan lagi hukumnya orang meninggalkan fardhu itu fasiq hukumnya, kerana meninggalkan menuntut ilmu yang fardhu ‘ain, tiada sah jadi wali nikah dan jadi saksi nikah kerana fasiqnya.


Berkata Syeikh Jalaluddin bin Kamaluddin Acheh di dalam Kitabnya Hidayatul ‘Awam:

"[Bermula] ketahui olehmu, hai tolib! Bahawasanya apabila ‘aqil baligh seorang anak adam, nescaya dituntut daripadanya oleh syara’ mengenal rukun lima belas yang mengandung ma’rifah Allah , iaitu lima perkara daripada rukun Islam dan enam perkara daripada rukun Iman dan empat perkara daripada rukun syahadah (شهادة). ............."


Dan kata Sayyid 'Abdul Qadir Al-Idrus di dalam kitabnya yang bernama Ad-Durrus Tsamin:
"Ketahui olehmu bahawasanya segala ilmu yang fardhu 'ain yang dituntut akan dia itu tiga perkara: (1) Ilmu Tauhid dan dinamakan akan dia ilmu Usuluddin. (2) Ilmu Syarak dan dinamakan akan dia ilmu Fiqh. (3) Ilmu Batin dan dinamakan akan dia ilmu Tasawwuf. ........"
(Hidayatus Salikin Fi Suluki Muttaqin)


Berkata Sayyid Murtadha Al-Zabidi pengarang kitab Ittihaf Al-Saadah Al- Muttaqin (Jld 2 H: 8), syarahan bagi kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali :

إِذَا أُطْلِقَ أَهْلُ السُّنَّةِ فَالْمُرَادُ بِهِ اْلأَشَاعِرَةُ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةُ.

“Apabila disebut Ahli Sunnah wal Jama’ah, maka yang dimaksudkan dengannya ialah fahaman atau fatwa yang diajar oleh Imam Al-Asy’ari dan Al-Maturidiyah.”


Lihat kenyataan Syeikh Al-Azhar:

الاثنين 04 ابريل 2011
مصرحًا بأن عقيدته أشعرية صوفية.. شيخ الأزهر يصف السلفيين بالخوارج
مفكرة الاسلام:‎ أقر الدكتور أحمد الطيب شيخ الأزهر أن عقيدة الأزهر الشريف هى عقيدة الأشعرى والماتريدى وفقه الأئمة الأربعة وتصوف الإمام الجنيد.

[Dr Ahmad al-Tayyib menegaskan bahawa akidah al-Azhar yang mulia adalah akidah Imam Asyari dan al-Maturidi, fiqhnya ialah fiqh imam empat mazhab, dan tasawwufnya adalah tasawwuf imam al-Junaid]

وفي هجوم جديد على الإسلاميين ادعى الدكتور الطيب أن من أسماهم “السلفيين الجدد” هم خوارج العصر، محذرًا من وجود مخطط لاختطاف الفكر والمنهج الأزهرى الوسطى المعتدل الذى حافظ الأزهر عليه لأكثر من ألف عام.

[Dalam satu serangan baru ke atas setengah golongan Islam (yang bercanggah dengan al-Azhar) Dr Al-Tayyib mendakwa bahawa mereka yang menamakan diri mereka itu ‘Golongan Salafi yang “Strict”/Ketat) mereka itu adalah Khawarij zaman ini, serta dengan beliau memberi peringatan tentang adanya langkah-langkah untuk merosakkan/memusnahkan pemikiran mengikut kaedah al-Azhar yang menengah dan seimbang yang al-Azhar menjaganya selama lebih daripada seribu tahun]


وبدون أن يقدّم دليلاً اتهم الدكتور أحمد الطيب السلفيين في الهجوم على الأضرحة وما يسمى “مقامات الأولياء”، وقال وفق صحيفة “الأهرام”: “هذا العمل يخالف صحيح الإسلام

وأن الازهر سيبقى أشعرى المذهب ومحافظًا على الفكر الصوفى الصحيح الذى انتمى إليه عشرات من شيوخ الأزهر على مدى تاريخه“.

…Dan al-Azhar akan kekal dengan mazhab al-Asy’ari dan menjaga pemikiran sufi yang sohih yang yang dinisbahkan kepadanya berpuluh-puluh daripada syaikh-syaikh Azhar dalam perjalanan sejarahnya

Creadit To : Hamba Hina
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Al Quran Ditulis Guna Darah Saddam Hussein

Saturday, July 2, 2011
Saya petik:
[Kosmo] BAGHDAD - Pemerintah Iraq buntu memikirkan apa yang sepatutnya dibuat berhubung kitab suci al-Quran yang ditulis dengan menggunakan 24 liter darah bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein, lapor sebuah akhbar semalam.

Kitab al-Quran setebal 650 muka surat itu kini disimpan di sebuah kamar berkunci di sebuah masjid yang dikenali sebagai 'Ibu Segala Peperangan' di sini.

Empat menara masjid berkenaan menyerupai laras raifal AK-47 manakala empat lagi menara mirip peluru berpandu Scud.

Saddam dipercayai memulakan projek al-Quran itu sebagai tanda kesyukuran selepas anak lelakinya, Uday terselamat daripada percubaan untuk membunuhnya.

Ia ditulis oleh seorang ahli kaligrafi, Abbas Shakir Joody al-Baghdaddi yang dilantik oleh Saddam.
Kitab al-Quran itu ditulis dengan menggunakan darah yang didermakan oleh Saddam selama tiga tahun.
Sementara itu, Presiden Majlis Pentadbiran Iraq mahu semua barang yang berkaitan dengan Saddam termasuk kitab suci tersebut dimusnahkan.

Namun, Ali al-Moussawi yang merupakan jurucakap Perdana Menteri, Nouri al-Maliki berkata, al-Quran itu perlu disimpan bagi mengingatkan rakyat mengenai kekejaman Saddam.

Saddam yang memerintah dari tahun 1979 hingga 2003, mati dihukum gantung selepas dia ditangkap askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh Iraq. Saddam dihukum mati selepas didapati bersalah melakukan jenayah kemanusiaan.- Agensi
 Creadit To : Zamemi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed